Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Ini caranya Ebit Lew dapatkan duit bantu orang

Wow !!! Ini caranya Ebit Lew dapatkan duit bantu orang

Ini caranya Ebit Lew dapatkan duit bantu orang

Nama Ustaz Ebit Lew tentu sekali sudah tidak asing bagi rakyat Malaysia, seorang pendakwah yang begitu popular di media sosial, dan sering tular dengan kerja-kerja kebajikan yang dijalankan oleh beliau membantu pelbagai golongan susah.

Kalau kita lihat, setiap kali Ebit Lew turun memberi bantuan kepada orang miskin, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan sebagainya di pelbagai tempat, kelihatan beliau seperti mempunyai dana yang begitu besar untuk dihabiskan.

Justeru ramai juga yang tertanya-tanya dari mana sebenarnya Ebit Lew memperolehi duit yang begitu banyak untuk membantu golongan memerlukan.

Malah bantuan begitu banyak diberikan oleh Ebit Lew mengalahkan seorang wakil rakyat yang menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan.

Tidak dinafikan bahawa beliau adalah seorang hartawan, namun bantuan yang disalurkan kepada orang ramai nampaknya terlalu besar dan tentu sekali memerlukan sumber kewangan yang sangat besar juga.

Dalam satu temubual dengan portal media tempatan The Malaysian Insight, Ebit Lew telah menjelaskan persoalan tentang bagaimana dan dari mana beliau mendapat dana untuk membantu ramai golongan yang memerlukan.

Menurutnya sejak mula bekerja dan sudah mempunyai duit sendiri, beliau sering berjalan di sekitar Kuala Lumpur, termasuk di bawah-bawah jambatan mencari golongan susah untuk diberikan bantuan makanan.

“Saya dah lama pusing-pusing bagi makan, sejak saya bekerja sendiri saya memang pusing di KL cari bawah jambatan, saya banyak bawa maknyah-maknyah pergi kursus secara percuma, semua sekali,” katanya.

Semua bantuan yang diberikan itu katanya, menggunakan duit hasil perniagaan, yang baginya dianggap sebagai zakat dan infak, namun selepas itu ramai orang mula berminat untuk menyumbang terhadap aktiviti kebajikan yang dijalankan olehnya.

“Saya ambil anak-anak yang tidur tepi jalan bawa ke hotel, semua gunakan duit sendiri, namun kemudian ada orang mula nak menyumbang, masing-masing ada perniagaan sendiri,” ujarnya.

Menurut Ebit Lew, bantuan kewangan yang diterima dari pihak lain menerusi pelbagai cara, disatukan dalam satu tabung khas, dan menurutnya ramai pihak yang telah menyumbang di dalam tabung berkenaan.

“Alhamdulillah ada banyak juga yang menyumbang, awal covid hari tu, sebab itu kita gunakanlah. Sebab itu orang tengok kenapa ustaz beli macam habiskan je, memang kita nak habiskan pun, itu bukan simpanan saya, saya ada duit saya sendiri. Sebab itu bila ada orang sumbang, saya gunakan sahajalah,”

“Sebab itu kita hantar pakai kapal terbang, pakai lori, lori pula sampai empat lima lori. Semasa PKP kita hantar guna 3 lori, tiga hari untuk 1,000 orang lebih kurang RM70,000,”

Katanya beliau turut mengupah penghantar makanan FoodPanda dan Grab, dan Lala Move dari pagi sehingga petang untuk menghantar makanan di semua tempat berdasarkan senarai nama yang diberikan.

Selain itu Ebit Lew turut mendedahkan antara sebab beliau begitu bersemangat menubuhkan rangkaian pasaraya Elews Mart adalah untuk membantu golongan susah secara berterusan.

“Yang kedai ni semangat nak buat, sebab saya fikir macam mana nak tolong orang secara berterusan, kami bincang dengan kawan-kawan yang lain dan saya fikir kena ada Food Bank, itu antara niat utama,”

Pada peringkat awal beliau menyediakan peruntukkan sendiri untuk menyediakan ‘Food Bank’ bagi memastikan tiada penduduk setempat yang terpaksa berlapar, namun selepas itu ramai yang turut membantu memberikan sumbangan.

“Supaya tak ada orang kawasan tu (setempat) lapar, bila dia perlu dia boleh ambil, jadi saya peruntukkan setiap hari bawah RM500 satu kedai kita letak barang (keperluan harian), tapi alhamdulillah ramai pula orang menyumbang dan ramai juga orang ambil,” jelasnya.

Setakat artikel ini ditulis, Pasaraya Elews Mart yang diusahakan oleh Ebit Lew kini sudah mempunyai 18 cawangan di pelbagai daerah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Berita penuh : https://www.milosuam.net/2020/12/ebit-lew-dedahkan-bagaimana-beliau.html#ixzz6gxoW2C9L

UST EBIT LEW AMAT MESRA BERSAMA LIM KIT SIANG – SUBHANALLAH.

DAKWAH INFRADI DAH DISAMPAIKAN OLEH KARKUN PADA LIM KIT SIANG

Syukur dapat cakap kebesaran Allah pada Lim Kit Siang. beritahu Islam inginkan kebaikan pada semua manusia. Dapat masa dia setengah jam. Dia dengar dengan baik. Dari dulu bila saya terlihat sesiapa dalam tv selalu doakan mereka dapat Islam dan kerja Nabi. Tertengok siti nurhaliza pun selalu doa dekat dia. Tertengok mana artis tak tutup aurat pun selalu doakan mereka.

Umur dia muda sikit dari ayah saya. Ya Allah berilah hidayat kepada beliau dan keluarganya. Kata imam ghazali seorang mati dihujung dunia tanpa agama kita akan ditanya di akhirat pernah sampaikan atau doakan mereka.

Ya Allah berilah hidayat kepada semua orang di Malaysia.dan dunia-ebit lew

©️Ebit Lew

Biodata Ustaz Ebit Lew

1 ISLAM DALAM BAHAYA

Biodata Ustaz Ebit Lew

Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
Umur: 36 Tahun
Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
Bangsa : Cina
Agama: Islam
Status : Berkahwin
Pendidikan :

SK Bukit Ridan (1991-1996)
SMK Muadzam Shah (1997-1999)
SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Ustaz Ebit Liew
21 Pesanan Bermakna Dari Beliau
Posted on April 21, 2020

1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”

Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew

Ebit Lew telah membongkar kesusahan penduduk dijajahan takluk parlimen Mat Amar menyebabkan Mat Amar marah!

1 CAKAP KOSONG1 kelantan darul sampah

Ebit Lew telah membongkar kesusahan penduduk dijajahan takluk parlimen Mat Amar menyebabkan Mat Amar marah!

Kg Tapang, dalam Dun Panchor, Kawasan Dato Mohd Amar.

Sindiran Dato Mohd Amar ini dituju kepada Ustaz Ebit Lew;

Ya Allah tuhanku di celahan bandar ini ujian buat pakcik makcik di Kg Tapang Kota Bharu dah tak boleh bergerak sangat. serta anak dan cucu. Rumah hampir roboh. Bilik air tak rupa bilik air dah roboh. Tumpang tanah orang. 20 tahun duduk sini. Makcik mengengsot ke bilik air. Langsung tak boleh berjalan. Dua-dua uzur sakit. Masing-masing kerja susah. Abang ni dapat duit bantuan jkm rm400 dan persatuan tentera arm300.

Kasihan tengok cucunya seorang comel jer. Baik pakcik makcik ini. Katanya kami bersyukur atas segala nikmatnya. Kami Redha ini rezeki kami. Anaknya kerja sikit-sikit jer. Kedai burger dan tolong-tolong orang.

Saya ajak pakcik makcik ini pindah. Dia suka sangat cuma katanya tak nak berharap sangat sebab macam mustahil dan tak mimpi pun nak kemana-mana.

Pohon doakan saya dapat mencari rumah untuk saya bayar sewa untuk keluarga ini selagi mampu dan selagi hidup. Doakan yer.

Terima kaseh Ngo Usroti yang bantu saya tunjuk rumah dan bawa kesini. Terima kaseh JKM. Terima kaseh Zakat. Terima kaseh semua badan berwajib yang selalu hantar bantuan keperluan rumah buat keluarga ini. Terima kaseh orang masjid dan jiran-jiran semua yang membantu keluarga ini selama ini.

~ 30 Tahun Pas Memerintah Kelantan, Timbalan Menteri Besar nak selesaikan hal di dalam Dun sendiri pun tak dapat?

Mercedes mahal dah dapat, Elaun RM50,000 setiap Exco dah dapat, Duit RM400 juta pun dah masuk, duit Royalti pun dah masuk 50 juta lebih. Kemana duit tu semua? Hurm.

Ni laporan gambar lawatan Ustaz Ebit Lew di sebuah rumah warga emas di Kg Tapang.

Ustaz Ebit Lew, Jutawan Penyayang Berhati Mulia.

 

1 EBIT RUMAH MEWAH

Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun buruk. Dulu sekolah stokin pun takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.

Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah sekali hadir 7000 orang. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Syukur ramai yang mendapat manfaat. Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa. Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai islamic.

Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya youtube dan facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat fb dengam youtube.

Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Ramai juga yang lain dekat 40 orang on off sukarelawan saya yang ada bayaran juga.

Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.

Yakin pada Allah. Allah beri rezeki. Dia punya semua. Tiada kita punya. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat. Tahajud dan Dhuha. Jaga mak ayah dan mertua dengan baik.

Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki.

Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju buruk pergi masjid. saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar. Sampai orang kata saya bodoh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat sogo.

Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati. Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujian ada rahmat.

Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Penting didik anak rajin. Didik anak jadi orang kaya takwa. Didik anak jadi pemimpin. Didik anak jadi terkenal dunia dan akhirat. Supaya kita semua jadi Duta Islam dan bawa akhlak Nabi saw..-ebitlew

TAHNIAH UST EBIT DAN TERIMA KASIH PDRM KERANA BEKERJASAMA DI JALAN KEBAIKAN.

Image may contain: 6 people, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: 1 person, sitting and outdoor

Image may contain: 3 people, meme, text that says 'KAMI TIDAK ADA ADIWIRA KHAYALAN TERKENAL SATU DUNIA MACAM AVENGERS ATAU JUSTICE LEAGUE TAPI KAMI ADA MEREKA... MEN THE REAL SUPERHEROES'

Sahabatku usahlah bersedih dan jangan putus asa.
Seorang anak muda tanya saya, “tak sangka dunia tak indah seperti yang kita sangka. Kita cuma ingin beri kasih sayang. Kasih sayang tanpa batasan bangsa dan agama. Rupanya boleh jadi pesalah macam jenayah. Dulu saya jahat ustaz. Ramadhan kali ini pertama kali saya puasa. Saya solat. Saya berubah ustaz. Tapi tak berhenti orang cari pasal dengan kita kenapa yer. Kita tak kacau orang pun. Tak lawan orang pun. Tak langgar undang-undang pun. Anak muda tadi menangis.
Kerana Allah sayang kita. Untuk dekat pada Allah memang ada ujian. Diugut,ditakutkan, dimarah, dihina, dipermainkan, dipersalahkan, dijatuhkan, dimalukan,dicari salah..begitulah perjalanan ini. Dari saya kecil perkara sama saya lalui. Dari orang kecil sampai orang yang berkuasa. Tugas kita maafkan semua orang yang hina atau buat tak baik pada kita. Doakan mereka. Takde apa kita lalui ini berbanding Nabi saw dan sahabah rhum. Semoga Allah temukan kita dengan Nabi Muhammad saw. Kita tak payah balas. Biarlah Allah tentukan. Bukan kita nak. Allah yang beri. Kita reda dengan ketentuan Allah. Dulu kini selamanya yang beri rezeki dan jaga kita Allah.
Percayalah, Allah memiliki segala sesuatu. Kepadanya kita berserah. Jangan bersedih kita ada Allah. Dulu kini dan selamanya. Kita tak hidup untuk penghormatan orang, kita hidup untuk Allah sayang. Kita hidup bila Allah tentukan. Kita mati pun Allah yang tentukan.
Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Cukuplah Allah tempat kita berserah.
1 ISLAM VS PAS1 ROHINGYA D.1 US SYAFIQ RASUAH1 UST SYAFIQ ASWAJA HINA US EBIT.1 EBIT KAFIR 2
MELAYU/ISLAM/ASWAJA TETAPI TIDAK BERAKHLAK MULIA.

ALLAH SWT MEMBERI KEMENANGAN KEPADA USTAZ EBIT LEW BERBANDING GENG-GENG RASIS.

Ustaz Ebit Lew Kembali Menyumbang