Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Ketua Polis Negara Yang Baru – In Sya Allah.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting

Bulan depan Pdrm bakal memiliki Ketua Polis Negara yang baru. Seorang ketua yang berani, berintigriti dan bermaruah tinggi.

Semoga Datuk Abdul Hamid Bador dapat melakukan perubahan besar dalam Pdrm.

Tahniah.

 

Perlantiakan Datuk Abdul Hamid Bador Mengembalikan Integriti Dalam PDRM.

Image may contain: 1 person, smiling, hat

5 Feb 2016 Pendedahan Berani Mati Hamid Bador..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Nampaknya tiada keinsafan langsung di dalam hati Perdana Menteri dalam kemelut jijik yang tercetus akibat kelemahan diri beliau sendiri. Saban hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan episod demi episod pembohongan oleh agen-agen serta para penasihat beliau bagi menutup jenayah jijik yang menjerumuskan negara ini ke dalam kancah penuh keserabutan. Bukan itu sahaja. Imej negara di arena antarabangsa turut terjejas dengan buruk sekali.

Baru-baru ini Peguam Negara tampil mengumumkan keputusan beliau terhadap hasil siasatan SPRM. Kononnya Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan bersabit “wang derma RM2.6 billion” dan penyelewengan wang negara dalam SRC. Saya tidak tahu di mana beliau belajar undang-undang tetapi bagi orang seperti saya hasil siasatan SPRM itu amat jelas menunjukkan wujud salahlaku jenayah.

Betapakan tidak, dokumen carta aliran keluar masuk wang dalam SRC dan akaun bank peribadi Perdana Menteri yang dipamirkan oleh Peguam Negara itulah yang turut saya perolehi dan berbincang dengan pihak SPRM sewaktu saya masih memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 dulu.

Ketika itu saya aktif membantu Taskforce 1MDB yang ditubuhkan khas untuk menyiasat penyelewengan dalam entiti tersebut. Ibarat sudah terang lagi bersuluh. Mengapa dengan mudah Peguam Negara mengenepikan bukti ini. Bukan sekadar RM42 juta malahan berpuluh juta ringgit lagi digubah di dalam akaun ini dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Tidak kah Peguam Negara nampak bukti-bukti ini???

Berapa banyak dari wang negara ini yang telah diguna untuk menjelaskan hutang piutang kad kredit PM???

Cepat sungguh Peguam Negara dapat membaca hati PM dengan mengatakan bahawa PM tidak tahu menahu asal usul wang SRC itu!!! Jika PM menyatakan bahawa beliau tidak tahu wang tersebut adalah ‘Public Fund’ atau wang kerajaan mengapa sehingga saat ini pun beliau tidak MENGEMBALIKAN SEMULA wang tersebut kepada kerajaan ??? Ingat ya……bukan RM42 juta sahaja tetapi ada berpuluh juta lagi yang masih belum diisytiharkan.

Saya juga ingin bertanya di sini samada wang berbillion billion yang “didermakan” itu sudah dibayar cukai ataupun belum??? Jika belum, saya mohon LHDN menagih cukai tersebut supaya penderma misteri tersebut sedar bahawa di Malaysia ada undang-undang berkaitan dengan “derma” se macam ini.

Wahai Peguam Negara, ingatlah kuasa mutlak yang diberikan oleh Perlembagaan Negara itu wajib digunakan untuk melindungi kepentingan negara. Bukannya untuk menegakkan benang yang basah!!! Kuasa tersebut bukannya untuk digunakan sesuka hati bagi MELINDUNGI JENAYAH.

Jika Peguam Negara kurang yakin dengan segala bukti yang telah dikemukakan oleh SPRM maka aktifkan semula Special Taskforce 1MDB yang sekarang ini hanya tinggal nama sahaja.

Saya menawarkan diri untuk sama-sama tampil membantu taskforce ini menyiasat salahlaku pengurusan 1MDB. Saya amat yakin dengan kejujuran Tan Sri Zeti, Tan Sri Abu Kassim, Tan Sri Gani Patail dan saya sanggup berjumpa Tan Sri Khalid, KPN, untuk mendedahkan banyak bukti lain.

Sungguh janggal sekali apabila Peguam Negara bertindak mengarah siasatan kes ini dihentikan oleh semua pihak dan failnya ditutup. Amboi amboi amboi !!! Mudah sekali ya tugas dan tanggungjawab Peguam Negara yang baru ini. Mengapa rendah sangat martabat diri??? Siapa kah yang ditakuti……..hantu, toyol, iblis, syaitan, puaka ???

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=821967114846532&set=gm.851627561875031&type=3&theater

Datuk Abdul Hamid Bador menasihati pegawai-pegawai SPRM agar berdiri teguh dan mempertahankan integriti

Image result for abdul hamid bador

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia Datuk Abdul Hamid Bador hari ini menasihati pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berdiri teguh dan mempertahankan integriti agensi itu.

Ini berikutan tekanan supaya tindakan diambil terhadap Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zain kerana berkata pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menutup kes membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kepada semua pegawai SPRM saya menyeru supaya jangan sekali-kali takut dengan gertakan (atau) ugutan sesiapapun.

“Pertahankan kesucian peranan dan tanggungjawab agensi. Jalankan kerja dengan niat yang ikhlas demi kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sambil menasihati mereka supaya meneruskan tugas-tugas tanpa rasa takut dan pilih kasih, katanya, rakyat tahu menilai di antara yang baik dengan yang buruk.

Hamid tahun lalu secara tiba-tiba dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri selang beberapa hari berita bahawa perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara ditamatkan.

SPRM telah merujuk kedua-dua kes rasuah yang membabitkan Najib kepada panel kajian operasinya.

Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini badan anti-rasuah mencadangkan supaya tiga pertuduhan dikenakan ke atas Najib yang disiasat berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion dan dana RM42 juta dari firma milik negara SRC International yang disalurkan ke akaun banknya.

Kenyataan Bahri mengenai untuk ‘merayu’ keputusan peguam negara itu menerima ‘serangan’ dari blog pro-Umno, termasuk serangan terhadap ahli keluarganya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya, SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam memo dalaman yang terbocor berikrar bahawa beliau lebih rela meletakkan jawatan daripada mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawainya yang hanya menjalankan kewajipan mereka di bawah undang-undang.

[Baca berita penuh]

https://m.malaysiakini.com/news/329005

Datuk Abdul Hamid Bador : Tegas siasatan telus 1MDB punca ditukar

Image result for abdul hamid bador

Hamid: Tegas siasatan telus 1MDB punca ditukar

Zulaikha Zulkifli
 (Dikemaskini )

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador berkata, antara sebab beliau ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) mungkin disebabkan kelantangannya meminta supaya siasatan telus dilakukan terhadap isu 1MDB.

Katanya, antara kemungkinan lain menjadi faktor beliau ditukar selepas 37 tahun berkhidmat di bahagian cawangan khas itu kerana beliau tidak mahu melaksanakan “agenda tertentu”.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut maksud “agenda tertentu” itu.

“Mereka mungkin meragui taat setia saya untuk laksana agenda tertentu. Saya (bersikap) profesional dan apa yang saya siasat, itulah hasil siasatan.

“Kami tidak akan tukar laporan menjadi sebaliknya. Kita akan beritahu perkara yang sebenar, mungkin mereka tak suka dan mahu dengar sesuatu yang indah. Nak syok sendiri.

“Mungkin juga (saya ditukar) kerana saya kerap kata supaya lakukan siasatan 1MDB dengan telus,” katanya pada sidang medianya hari ini.

Pertukaran Abdul Hamid merupakan perubahan terkini yang berlaku dalam Cawangan Khas selepas Datuk Mohamad Fuzi Harun menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat selaku pengarah cawangan khas.

Mengulas mengenai pertukarannya, Abdul Hamid berkata beliau dipanggil berjumpa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di Bukit Aman, dua minggu sebelum surat pertukaran dikeluarkan.

Dalam pertemuan itu, Abdul Hamid berkata beliau diberi dua pilihan sama ada ditukarkan ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau JPM.

Pilihan itu dibuat selepas pertemuan Zahid dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Abdul Hamid lagi.

“Saya dipanggil masuk dan dia sampaikan bahawa perdana menteri beri saya dua pilihan sama ada ditukarkan ke MKN atau JPM.

“Saya tergamam dan terkejut. Saya termenung sejenak. Berat betul hukuman saya terima sampai kena keluar dari PDRM, saya berkata dalam hati.

“Macam seolah-olah saya lakukan dosa besar dan tak boleh diampunkan sampai kena dijinak di luar PDRM,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata beliau masih belum lagi memutuskan sama ada akan melapor diri di JPM pada 17 September depan kerana jawatan timbalan pengarah isu-isu keselamatan dan transnasional yang ditawarkan belum tersedia.

“Yang hairannya jawatan yang ditawarkan kepada saya itu belum lagi tersedia dan pihak JPM masih lagi berbincang dengan JPA,” katanya lagi.

https://m.malaysiakini.com/news/309575

Datuk Abdul Hamid Bador – ‘Tangkap saya, lagu polis berkumandang di penjara’

Image may contain: 1 person, standing

‘Tangkap saya, lagu polis berkumandang di penjara’

 (Dikemaskini )

Pemindahannya secara tiba-tiba ke Jabatan Perdana Menteri tahun lalu tidak mengentarkan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia Datuk Abdul Hamid Bador.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Hamid berkata tindakannya tidak menyalahi mana-mana undang-undang negara dan reda jika diheret ke penjara sekiranya ketua polis negara mendapat arahan dari ‘langit Putrajaya’ untuk berbuat demikian.

“Jika IGP mendapat arahan dari langit Putrajaya untuk menangkap saya maka saya reda.

 “Hati ini semakin reda apabila mengenangkan Hari Polis 25 Mac depan semakin hampir. Masih kuat lagi semangat di dalam hati ini untuk menyanyikan lagu Polis Sedia Berkhidmat. Sewaktu dalam lokap nanti saya akan kumandangkan lagu keramat ini.

“Semua manusia mempunyai harga untuk dibeli dan dikompromi. Begitulah kata orang tua-tua dulu. Harga bagi diri saya ialah…. mengaku sajalah dan bertaubat,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan siapa yang dirujuk itu ataupun kesalahan apa perlu individu berkenaan bertaubat.

Walaupun bersedia ke penjara, Hamid berkata beliau yakin beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang dan telah menjalankan kewajipannya sebagai seorang pegawai polis dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi kehendak Akta Polis.

“Peranan dan fungsi utama saya adalah untuk mengesan dan mencegah jenayah.

“Undang-undang itu sendiri mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menyembunyikan sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah,” katanya.

Hamid tahun lalu secara tiba-tiba dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri selang beberapa hari berita bahawa perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara ditamatkan.

Beliau sebelum ini mendakwa terdapat usaha untuk menyembunyikan saksi dalam siasatan jenayah terhadap Najib.

https://m.malaysiakini.com/news/329020