Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Tiada pihak ketiga hadir tuntut wang lebih RM10 juta Jakel Trading Sdn Bhd

Tiada pihak ketiga hadir tuntut wang lebih RM10 juta Jakel Trading Sdn Bhd

Mahkamah menetapkan 14 Feb 2020 untuk pendengaran permohonan pendakwaan untuk melucut hak ke atas harta itu. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tiada pihak ketiga berkepentingan yang hadir bagi menuntut wang berjumlah RM10,747,042.77 yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Jakel Trading Sdn Bhd yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin yang turut dihadiri peguam Thevini Nayagam, mewakili Jakel Trading Sdn Bhd sebagai responden.

“Tiada pihak ketiga yang hadir ke mahkamah hari ini,” katanya.

Pihak ketiga berkepentingan perlu tampil ke mahkamah pada hari yang akan ditetapkan bagi memberikan alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 14 Feb 2020 untuk pendengaran permohonan pendakwaan untuk melucut hak ke atas harta itu.

“Pihak-pihak perlu memfailkan hujahan dalam masa dua minggu, manakala hujahan balas jika ada perlu, dibuat dalam satu minggu,” kata Hakim Muhammad Jamil.

Sementara itu, dalam kes lain, Hakim Muhammad Jamil membenarkan permohonan pendakwaan untuk mewartakan notis kepada pihak ketiga berkepentingan ke atas harta yang disita daripada Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M), MCA Pahang dan AGA Touch (M) Sdn Bhd yang didakwa berkaitan dengan dana 1MDB.

Terdahulu, Farah Yasmin berkata hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan pendakwaan (pemohon) bagi satu perintah untuk mewartakan notis kepada pihak ketiga.

“Perintah ini dibuat mengikut Seksyen 61(2) Akta Pencegahan, Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya

Peguam Tabian Tahir mewakili GBG1M dan AGA Touch pula diwakili peguam Fatin Najwa Ahmad Zainul manakala peguam Datuk Ben Chan bertindak bagi pihak MCA Pahang.

Wang yang disita daripada MCA Pahang ialah RM835,258.19 manakala GBG1M berjumlah RM170,000 manakala jumlah harta bagi AGA Touch tidak didedahkan.

Mahkamah menetapkan 21 Feb tahun depan untuk kehadiran pihak ketiga di mahkamah bagi memberikan alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan

Proses pewartaan notis berkenaan dibuat mengikut Seksyen 56(1) dan 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) di mana suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-pihak-ketiga-hadir-tuntut-wang-lebih-rm10-juta-jakel-trading-sdn-bhd-225853

Skandal 1MDB: RM254,112.24 milik UMNO Sabah kini harta kerajaan

Wang RM254,112.24 yang dibekukan daripada akaun bank milik Badan Perhubungan UMNO Sabah yang didakwa ada kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB kini menjadi harta Kerajaan Malaysia. – Foto hiasan

1 2 MAKHLUK ASING

3 HADI SYIAH

2 HADI MENIPU

KUALA LUMPUR: Wang RM254,112.24 yang dibekukan daripada akaun bank milik Badan Perhubungan UMNO Sabah yang didakwa ada kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.

Keseluruhan jumlah wang yang dimohon kerajaan untuk dilucut hak daripada UMNO Sabah ialah sebanyak RM1,254,112.24, namun RM1 juta dikembalikan kepada pihak responden.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mahadi Abdul Jumaat, memaklumkan kepada mahkamah bahawa UMNO Sabah selaku responden menyatakan persetujuan penyelesaian melalui representasi bertarikh 9 Disember lalu.

“Representasi responden telah diterima pendakwaan dan pihak-pihak terbabit bersetuju dengan penyelesaian bahawa wang berjumlah RM254,112.24 dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

“Baki wang RM1 juta dikembalikan kepada pihak responden,” katanya semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, di sini hari ini.

Peguam, Harcharanjit Singh yang mewakili UMNO Sabah mengesahkan perkara berkenaan.

“Saya memohon mahkamah merekodkan kehakiman persetujuan tanpa pengakuan salah daripada responden serta wang RM1juta itu dikembalikan kepada pihak kami,” katanya.

Mohamed Zaini kemudian merekodkan penghakiman persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

“Dokumen persetujuan seperti yang tertera dalam draf dokumen persetujuan bertarikh hari ini adalah direkodkan dengan syarat tambahan tiada pengakuan salah daripada pihak responden,” katanya.

Permohonan melucut hak itu dibuat pihak pendakwaan mengikut Seksyen 56 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pada sidang akhbarnya baru-baru ini, berkata permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) yang mana suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/639742/skandal-1mdb-rm25411224-milik-umno-sabah-kini-harta-kerajaan?fbclid=IwAR0ADte9g2eVQxCijfFjXXnntJAVmpbjiWJGrWpqytuIB0JSjmOlCMN8A2g

Kojadi tuduh Wee Ka Siong halang usahanya pulang duit 1MDB

Presiden MCA Wee Ka Siong didakwa mengeluarkan arahan kepada semua pengarah Kojadi supaya hentikan pertemuan dengan SPRM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Jun, 2019.

PENGERUSI Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi) Ng Peng Ha menuduh Presiden MCA Wee Ka Siong cuba menghalang pihaknya daripada berusaha memulangkan duit yang mereka terima terkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Ng, beliau mendapat mandat daripada ahli lembaga pengarah Kojadi untuk berbincang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kedudukan wang RM15 juta yang koperasi itu terima daripada Yayasan 1MDB pada 2012.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/164114?fbclid=IwAR3P9iMYRxyiAbVDk4VskfZNpmswFev_7zBkyLWVkjk-V_owoh-OCxEtTbU

Namun belum pun sempat temu janji dibuat dengan SPRM, Wee mengeluarkan arahan kepada semua pengarah Kojadi supaya hentikan pertemuan dengan agensi anti rasuah itu, dakwa Ng.