Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Apabila Pas sudah dapat jawatan dan kemewahan, hudud ditendang jauh-jauh?

1 HADI SESAT 41 AMANAT HADI

https://web.facebook.com/sinarplus.sinarharian/videos/1328423240537770

https://web.facebook.com/sinarplus.sinarharian/videos/1328423240537770/

Lantang, gema ikrar RUU 355
Lantang, gema ikrar RUU 355
Peserta himpunan H355 melafazkan ikrar diketuai Pengarah Himpunan 355 Nasrudin Hassan dalam Himpunan H355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur, malam tadi.

1 KERA SUMBANG 21 BERAPA NILAI MELAYU

 

PAS dah jadi bisu, mana dia laungan “Hudud nyawa kami”?

Kini nyawa sudah selesa, Islam dan Hudud tidak diperlukan lagi.

Pendirian DAP dengan Hudud ianya terhalang dengan Perlembagaan.. Maknanya bila Perlembagaan membenarkan.. Tidak menjadi keberatan bagi DAP.. Itu jelas..!

Tapi tidak bagi PAS..

Bagi PAS.. Hudud adalah senjata untuk mengkafirkan sesama islam.. Ada yang bercerai suami isteri.. Solat dua imam.. Sembelihan tidak makan.. Yang paling menyedihkan sampai ke tahap kubur juga diasingkan..

Begitulah gambaran jahatnya PAS dalam mengguna senjata Hudud..

Hari ini PAS sudah berada di dalam kerajaan PN bersama UMNO yang pernah menolak Hudud.. MIC dan MCA yang pernah menghina Hudud.. Tapi PAS diam membisu tentang Hudud.. Laungan Hudud adalah “nyawa kami” sudah hilang dari lidah pemimpin-pemimpin PAS..

Jadi..

Hari ini PAS sudah setaraf dengan mereka yang menolak dan menghina Hudud..

Khalas..!

1 HADI WAJIB BOHONG

Ana tertarik dengan ulasan Maulana Asri tentang ilmu..
Dia kata.. “Belajar ilmu.. Ramai boleh belajar.. Dan ramai yang boleh terima ilmu.. Tapi bukan semua orang boleh ambil faedah dari ilmu.. Nak tahu ada faedah atau tidak.. Boleh tengok sejauh mana kita mempu menilai sesuatu ilmu.. “
Maa syaa Allah.. Benar ulasan beliau.. Sepatutnya begitulah disiplin kita dengan ilmu.. Guru atau kitab adalah wasilah untuk kita menilai ilmu.. Lagi ramai guru.. Dan lagi banyak kitab yang kita hadam.. Lagilah berjuta² faedah yang kita dapat dari ilmu..
Tapi..
Apa guna ada seorang maha guru yang sekadar besar pada nama.. Kerjanya asyik Membohong dan memfitnah seperti walaun’s²nya.. Kan..?
Langsung tak ada faedah..!

Ular, buaya, syaitan: Hadi serang lagi pengkritik RUU 355

1 HADI SYAITAN1 KEPALA BAPAK1 HADI JUARA BOHONG

PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menyerang mereka yang mengkritik usahanya untuk memperkenalkan hukuman lebih berat di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, dengan menggunakan pelbagai perumpamaan membidas penentang rang undang-undang meminda akta itu, atau RUU 355.

“Disebabkan setiap perjalanan menuju Islam itu pasti diganggu oleh syaitan yang sentiasa mengekori di sepanjang jalan dan masa, termasuk perkara paling asas dan mudah seperti mengambil wuduk dan sembahyang pun ada was-was syaitan.

“Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia,” kata Hadi dalam penulisan terbarunya.

Pada 6 April, Hadi membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat, bagi membenarkan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah.

Ia bagaimanapun disusuli kekecohan apabila beberapa wakil rakyat Pakatan Harapan bangun mempersoalkan tindakan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana menangguhkan sesi Dewan Rakyat tanpa memberi laluan untuk perbahasan.

Hadi memuji tindakan Pandikar, dan berkata ia memberikan peluang supaya RUU itu dibahaskan secara lebih terperinci apabila Dewan Rakyat bersidang lagi pada Julai, sambil menyifatkan kaedah yang digunakan PAS sebagai “proses demokrasi paling lembut perjalanannya”.

Ular dan buaya timbul

Penulisan Hadi yang sarat menggunakan bidalan dan perbandingan itu berkata, RUU itu disokong oleh PAS dan wakil rakyat Umno, “namun kepada penentangnya laksana batu besar yang dicampak ke dalam lubuk tenang yang tidak disangka adanya buaya, bukan sahaja ikannya terkejut gelombangnya”.

“Tiba-tiba semua menimbulkan diri, termasuk ular dan buaya paling besar menerkam dengan rakus menempik segala hujah, termasuk mencetuskan perkara yang tersasul tidak ada kena mengena dengan tajuk RUU 355, apabila menimbulkan Peraturan Mesyuarat yang tidak menyentuhnya sedikit pun, niatnya untuk memamah masa supaya tidak ada ruang langsung bagi RUU 355,” katanya.

Sebelum Hadi berucap membentangkan usulnya pada 6 April, pemimpin DAP yang juga ahli Parlimen Gelang Patah bangun mendakwa Speaker tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Hadi berkata cadangan melaksanakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah adalah sesuatu yang asas dan menerima sokongan padu umat Islam walau pun yang pegangan agama mereka “sebesar zarah paling halus”.

“RUU 355 berjaya sehingga menyatukan semua penganut Islam termasuk paling jahil agamanya, namun masih wujud jati diri Islamnya tanpa mengira aliran politik dan pendidikan, kecuali segelintir yang terpinggir laksana melukut di tepi gantang.”

Sebaliknya, Hadi menganggap mereka yang menentangnya melakukan demikian secara membabi buta.

“Jelas bahawa kalangan yang menentangnya adalah secara yang disebut dalam pepatah Melayu laksana membabi buta. Sudahlah babinya najis, tiba-tiba buta pula,” kata Hadi.

Menurut Hadi, menghalang RUU merupakan “kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam”.

“Tindakannya juga mengancam perpaduan masyarakat majmuk dengan maksud melemahkan umat Islam yang menjadi terasnya, tanpa menghargai sikap Islam yang terbuka dan fleksibel terhadap semua.”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/16/ular-buaya-syaitan-hadi-serang-lagi-pengkritik-ruu-355/?fbclid=IwAR2at8aNnPlQ8hkTTypHXxj_slO_x_GbgLKBnnpzA8JOhJlGN-QUJdAGvm0