Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Keputusan lucut hak wang Umno Kelantan terkait 1MDB didengar 24 Januari 2020

Keputusan lucut hak wang Umno Kelantan terkait 1MDB didengar 24 Januari

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 24 Januari tahun depan untuk keputusan permohonan pendakwaan bagi melucut hak ke atas wang berjumlah RM32,962.87 yang disita daripada Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan.

Wang tersebut yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lepas, didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/203147?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2t3Tt9eBY4uelSroily1c5biFdNK6kBg9M8smH0Yb64AH5tN-JCr575pQ

Taikun Sarawak serah RM3.7 juta dipercayai dana 1MDB kepada kerajaan

Bustari Yusof dilaporkan ialah orang kanan bekas perdana menteri, Najib Razak. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Sarawak, Bustari Yusof kehilangan RM3.7 juta kepada kerajaan dalam penyelesaian ke atas dana dipercayai datang daripada 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, jumlah itu dipersetujui dan diterima daripada pasukan peguam Bustari sebagai penyelesaian terhadap permohonan pelucuthakan kerajaan.

“Pihak pendakwaan turut diberikan arahan untuk menyahbekukan akaun Bustari.”

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah kemudiannya membatalkan permohonan pelucuthakan kerajaan terhadap Bustari dan berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana berjaya mencapai penyelesaian.

Taikun itu yang merupakan adik kepada bekas menteri kerja raya, Fadillah Yusof dan dilaporkan merupakan orang kanan bekas perdana menteri, Najib Razak, memohon untuk menyelesaikan permohonan pelucuthakan kerajaan atas dakwaan menerima RM11.9 juta dana 1MDB.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cuba mendapatkan semula RM270 juta daripada 41 entiti dan individu yang didakwa disalurkan kepada akaun bank Najib.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/26/taikun-sarawak-serah-rm3-7-juta-dipercayai-dana-1mdb-kepada-kerajaan/?fbclid=IwAR2wpjemsLlmIjTH5YdNW7s8kgLA7DAkgDFr9bMh7R5KQFUieoFTPv9dOj0