Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Tengku Adnan Tengku Mansor Memiliki Kekayaan Mencecah RM800 Juta.

1 LOKMANKERAJAAN PINTU BELAKANG.

1 ku nan1 kaya

1 kaya 2

Hari ini kita mendapat kejutan baru mengenai kekayaan luar biasa oleh pemimpin umno di Mahkamah Kuala Lumpur. Ternyata dibongkar kekayaan yang mungkin mencecah 800 juta ringgit dipunyai oleh mantan menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor

Jika benar PM Tan Sri Muhyiddin Yasin berikrar untuk membersihkan jentera kerajaan, beliau harus meminta penjelasan dari Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor, tentang bagaimana wang begitu banyak dikumpul. Dipunggah dari mana, khazanah rakyat mana, tanah negeri mana, saham peruntukan bumiputera yang mana, barulah secara jujur kita boleh menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin ini adalah pejuang hakiki orang Melayu.

Saya mohon rakyat membuka mata dan minda untuk menuntut Perdana Menteri yang baru memberi penjelasan yang saksama dan jangan hanya bergelut untuk memperoleh kuasa tapi tidak memikul amanah.

Anwar Ibrahim

Mahkamah benar pasport Tengku Adnan dikembalikan sementara – Bukti Mutu Perkhidmatan Kesihatan Malaysia Tidak Setanding Dengan Kepakaran Doktor Australia.

Penyakit Yang Dihadapi Oleh Tengku Adnan Tidak Ada Kepakaran Di Malaysia Dan Kepakaran Doktor  Di malaysia  Tidak Boleh Mengambil Alih Kes Tersebut ? Ini Satu Petanda Awal Kerajaan PH Tidak Lagi Bersungguh2 Memerangi Rasuah Dan Pecah Amanah.

Tanda kemenangan awal kepada Umnopas. Lakonan Tun M dan Kerajaan PH untuk memerangi rasuah akan terbongkar serta tidak mustahil UmnoBn berkuasa kembali. Tiada Tanda Dan Usaha Bersungguh2 Untuk Menangkap Najib Walaupun Sudah 46 Kali Najib Menipu.

MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau membuat pemeriksaan kesihatan dan menjalani rawatan susulan di Melbourne, Australia, hujung tahun ini.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan Tengku Adnan, 68, selepas mendengar hujahan daripada peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan, dan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/205869?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0gR7K0gm9Rl6YPE1akZ5v9pnp73giklAGS6rtxYLPdXfPd_beOw5efF9I

Adnan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Makan Rasuah

Image may contain: 3 people

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor diperintah untuk membela diri berhubung pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tengku Adnan.

Tengku Adnan, 68 atas kapasitinya selaku penjawat awam dituduh menerima RM2 juta daripada Chai Kin Kong, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik Aset Kayamas Sdn Bhd.

Cek tersebut didakwa didepositkan ke akaun bank CIMB milik Tadmansori Holding Sdn Bhd, di mana Tengku Adnan mempunyai kepentingan, dan diketahui bahawa syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2016.

Tuduhan dibuat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan Ku Nan Tertangguh Kerana Ku Nan Mohon Tukar Hakim

Image may contain: 1 person, text

Bukankah sepatutnya perbicaraan rasuah Ku Nan bermula hari ini DAN TERPAKSA DITANGGUHKAN.

KENAPA TIBA-TIBA KU NAN mintak tukar hakim lain setelah pemberi rasuah terhadap Ku Nan mengaku bersalah tempohari ??!

Asal saja pemimpin² UMNO nak dibicara di mahkamah dlm kes² jenayah rasuah mereka pelbagai taktik licik diberi utk nak melengahkan perbicaraan mereka berlangsung.

NAMPAK TAK !!

Perbicaraan Kes Rasuah Membabitkan Tengku Adnan (Umno) dan Datuk Tan Eng Boon (MCA).

Image may contain: 5 people, people standing and text

1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELASIngat Mati1 KERIS UMNO LAYU

Tarikh 20 Ogos 2019 adalah tarikh perbicaraan kes rasuah membabitkan Tengku Adnan dan Datuk Tan Eng Boon, 70.

Eng Boon dituduh memberi rasuah RM1 juta kepada Tengku Adnan berhubung kelulusan menaikkan ratio pembangunan di Jalan Semarak. Tengku Adnan pula didakwa menerima wang RM1 juta terbabit bagi kelulusan itu.

Semalam Eng Boon mengaku bersalah merasuah Tengku Adnan RM1 juta dan didenda oleh Mahkamah sebanyak RM1.5 juta. Segalanya telah terbukti. Tinggal Penjara Sungai Buloh sahaja bakal menanti Tengku Adnan.

https://web.facebook.com/TeamCYTOP/photos/a.677631046029992/765381530588276/?type=3&theater

LHDN saman Ku Nan tuntut bayar cukai pendapatan RM57.17 juta

Tengku Adnan kini menghadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi, di sini iaitu masing-masing menerima wang RM2 juta dan RM1 juta yang mana satu kesnya pada peringkat perbicaraan manakala satu kes lagi ditetapkan perbicaraan pada 3 Sept.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memfailkan saman terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menuntutnya membayar wang berjumlah RM57.17 juta terhadap cukai pendapatan yang tidak dibayar sejak  2012 sehingga 2017.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Tengku Adnan yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO sebagai defendan.

Mengikut penyataan tuntutan itu, Kerajaan Malaysia  mendakwa Tengku Adnan masih terhutang bagi cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

Ia berkata Notis Taksiran itu telah dihantar secara Akuan Terima Berdaftar (A.R) kepada defendan pada 20 Mac lepas ke alamat terakhirnya dan Notis Taksiran itu telah diterima dan ditandatangani pada 22 Mac lalu melalui pengembalian semula kad kuning Akuan Terima Berdaftar.

Kerajaan Malaysia mendakwa, oleh kerana Tengku Adnan gagal membayar jumlah cukai pendapatan dari tahun 2012 sehingga 2017 itu dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian Notis Taksiran yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, maka kenaikan cukai 10 peratus telah dikenakan.

Plaintif berkata defendan masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang itu dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 itu menjadikan kenaikan cukai sebanyak lima peratus lagi dikenakan terhadap defendan.

Kerajaan Malaysia mendakwa sehingga kini defendan masih  gagal membayar amaun cukai pendapatan  yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Jumlah itu ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05  (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).

Oleh itu Kerajaan Malaysia menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atas jumlah RM57,167,069.35 pada kadar lima  peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 8 Ogos di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada  Ramli.

Pada 25 Jun lepas Kerajaan Malaysia melalui LHDN menfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menuntutnya membayar  cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 30 Ogos  di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurliana Ismail.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-214080#.XWlRgmISZQo.whatsapp

3 AHZAB1 ISLAM TERANCAM