Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Bersangka Baik Dengan Allah

1 HARAM TAK KIRA1 MELAYU BODOH1 MALAYSIA RASUAH 11 TSMY 26 BILION

Bersangka Baik Dengan Allah
========
1. al-Imam Ibn al-Jauzi merekodkan satu insiden penting tentang pandangan Khalifah Umar Abdul Aziz terhadap al-Hajjaj bin Yusuf al-Saqafi. Al-Hajjaj adalah gabenor yang zalim dimata kebanyakan penulis sejarah.

2. Al-Hajjaj dikatakan mengetuai misi ketenteraan bagi memerangi sahabat yang ternama iaitu Abdullah bin al-Zubayr. Kematian Abdullah bin al-Zubayr dalam insiden yang tragis itu menimbulkan lebih kuat kebencian terhadap al-Hajjaj.

3. Namun dalam gambaran kezaliman yang dipotretkan oleh lembaran sejarah, terdapat perkara positif yang pernah diungkapkan oleh Umar Abdul Aziz tentang al-Hajjaj. Pertama, Umar Abdul Aziz pernah berasa jealous terhadap kecintaan al-Hajjaj terhadap al-Quran. Kata Umar Abdul Aziz:

ما حسدت الحجاج ، عدو الله ، على شيء حسدي إياه على حبه القرآن ، واعطائه أهله

“Aku tidak pernah merasa dengki terhadap al-Hajjaj (musuh Allah) melainkan terdapat beberapa perkara yang aku cemburu terhadapnya iaitu: Kecintaannya terhadap al-Quran dan pemberiannya terhadap ahli-ahli al-Quran.” (Ibn al-Jauzi, Sirah Umar Abdul Aziz)

4. Malah apa yang lebih menarik lagi, al-Hajjaj sangat bersangka baik dengan Allah. Beliau tetap memohon agar Allah mengampunkan dosanya sekalipun manusia menyangkakan Allah tidak akan mengampunkan dosanya. Inilah yang diceritakan oleh Umar Abdul Aziz yang menceritakan tentang saat kematian al-Hajjaj. al-Hajjaj dikatakan berdoa ketika dihujung nyawanya:

اللهم اغفر لي ، فإن الناس يزعمون أنك لا تفعل

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, sesungguhnya manusia menyangkakan bahawa engkau tidak akan berbuat demikian (iaitu tidak akan mengampunkan dosaku). (Ibn al-Jauzi, Sirah Umar Abdul Aziz)

5. Perhatikan di sini dua sifat utama yang disebutkan oleh Umar Abdul Aziz tentang al-Hajjaj. Sekalipun beliau diungkapkan sebagai gabenor yang zalim, terdapat dua perkara yang dipuji oleh Umar kepadanya iaitu sikap dia menyayangi dan berkhidmat buat al-Quran, serta al-Hajjaj sangat bersangka baik dengan Allah.

6. Ingatlah, banyak mana dan besar mana sekalipun dosa kita dengan Allah, jangan pernah putus asa untuk kembali kepada Allah. Dan al-Quran adalah jalan yang terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Kembali kepada Allah, perbanyakkan membaca dan menghayati al-Quran dan jangan jemu berkhidmat buat al-Quran.

Semoga Allah membimbing kita.

Ust Ahmad Marzuk Marahkan Timb. Menteri Agama Sebab Tidak Berani Haramkan Kasino Genting, Sport Toto, Magnum, Da Ma Cai

1 PAS HARAM KASINO GENTING

Harap Ust Ahmad Marzuk marahkan Timb Menteri Agama sbb x berani bersuara haramkan Kasino Genting, Sport Toto, Magnum, Da Ma Cai.. Ramai rindu ngan ketegasan Ustaz sorang ni..

Lembutkan Hati Dengan al-Quran

1 PUNCA PENGANGGUR

Lembutkan Hati Dengan al-Quran
============
1. Sayyid Qutb dalam karyanya menukilkan kisah bagaimana al-Walid ibn Mughirah, seorang pembesar Qurasyh yang tersohor memberikan reaksinya mengenai al-Quran. Beliau pada suatu hari diminta oleh Abu Jahal untuk memberikan pandangan tentang al-Quran. Setelah mendengar al-Quran, al-Walid berkata:

صبأ والله الوليد، ولتصبون قريش كلها

Maksudnya: Sesungguhnya (aku) al-Walid telah terpukau (mendengar al-Quran ini), dan pasti Quraysh akan terpukau mendengarnya.

Reaksi al-Walid ini membuatkan Abu Jahal kecewa. Al-Walid adalah tokoh Quraysh yang hebat. Bukan sahaja beliau hebat, anak beliau Khalid al-Walid juga adalah tokoh Islam yang terkemuka. Namun, apabila mendengar bacaan al-Quran ini, al-Walid menjadi tersentuh dengan keindahan al-Quran.

2. Ibn Hisham pula meriwayatkan kisah bagaimana ‘Utbah ibn Rabiah, seorang pembesar Qurasyh yang datang menawarkan kepada Rasulullah ﷺ harta serta pangkat dengan harapan supaya Rasulullah ﷺ berhenti daripada berdakwah.

Setelah selesai dari segala tawaran tersebut, Rasulullah ﷺ membacakan kepada beliau potongan ayat dari surah Fussilat. Sehinggalah apabila Rasulullah ﷺ membaca ayat sujud (sujud sajdah), Utbah turut sujud bersama-sama dengan Rasulullah ﷺ. Lihatlah bagaimana Utbah yang pada awalnya datang untuk menghentikan dakwah Rasulullah ﷺ, akhirnya sujud bersama Rasulullah ﷺ setelah mendengar al-Quran.

3. Al-Bukhari pula meriwayatkan kisah bagaimana Rasulullah ﷺ surah al-Najm di hadapan khalayak ramai. Abdulullah ibn Mas’ud yang menyaksikan peristiwa ini berkata:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قرأ بالنجم فسجد، فلم يبق أحد إلا سجد

“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ membaca surah al-Najm, lalu Baginda sujud dan tidak ada seorang Quraysh yang mendengar surah tersebut melainkan sujud bersama Baginda.”

4. Begitu juga kisah Saidina Umar yang popular yang mendengar Surah Taha sehingga menjadi punca kepada keislaman beliau.

5. Perhatikan insiden-insiden yang direkodkan dalam Sirah Rasul ﷺ ini, bagaimana manusia yang keras hatinya boleh terpukau dan terpesona dengan al-Quran. Hati mereka turut lunak menghayati maksud yang ingin disampaikan.

6. Ingatlah kata-kata Yahya bin Muaz, seorang tokoh sufi yang terkemuka pada kurun ketiga. Kata beliau:

دواء القلب خمسة أشياء: قراءة القرآن بالتفكر، وخلاء البطن، وقيام الليل، والتضرع عند السحر، ومجالسة الصالحين

“Penawar hati itu ada lima: Membaca al-Quran sambil bertafakkur, mengosongkan perut, qiamullail, berdoa penuh khusyuk di sepertiga malam dan bergaul bersama orang-orang yang soleh.” (al-Azkar, al-Imam al-Nawawi)

Semoga Allah membimbing kita

8 NASIHAT AMAT BERGUNA DARI IMAM AL-GHAZALI

1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 31 ZUL FITNAH AMAT BESAR 2.

_- NASIHAT IMAM AL-GHAZALI.._

_Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara ;_

_1. من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها._
_1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia._

_2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى_
_2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah._

_3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب_
_3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati._

_4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه_
_4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat._

_5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح_
_5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda._

_6. ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة_
_6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat._

_7. ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات_
_7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan._

_8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع_
_8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama’, Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia._

_(Kitab Tanbihul Ghofilin)_

_Perhatikanlah dengan siapa kita bersahabat.._

CANTIK BIARLAH ZAHIR DAN BATIN

1 HADI TOTO1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 21 AZMIN HAMIL1 KATAK BEROMEN1 HARAM TAK KIRA1 HARAM PURA KAYA1 HARAM SEDEKAH

💞 SEGALA puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.
⭕ CANTIK BIARLAH
ZAHIR DAN BATIN
💞 ALLAH SWT berfirman maksudnya:
“SESUNGGUHNYA Kami telah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.”
(Surah at-Tin 95:4)
💞 JUSTERU pertahankanlah ciptaan Allah SWT yang baik dan sempurna ini dengan sentiasa bersyukur memujiNya dan taat beribadah kepadaNya.
💞 SEMPURNA dan cantiknya ciptaan Allah SWT itu adalah mengikut ukuran dan acuan yang telah ditetapkanNya sejak azali lagi dan setiap satunya ada kebaikan tersendiri yang Dia sahaja Maha Ketahui.
💞 YANG pasti, tidak ada persamaan di antara satu sama lain, walaupun ianya kembar. Namun olehsebab manusia ini dikenali dengan bentuk fizikal dan rupa parasnya, maka masing-masing antara kita seolah berlumba-lumba menghiasi diri untuk lebih dikenali.
💞 TIDAK salah kita menghiasi diri kita sendiri, tetapi nilai orang terhadap kita adalah subjektif. Jadi janganlah merasa dukacita sekiranya orang masih tidak menghargai keterampilan kita walaupun telah kita cuba hiasinya pelbagai cara. Lain orang lain pula “citarasanya”.
💞 HAKIKATNYA, kita masih belum lagi sempurna dalam mengatur keutamaan sebenar (prioriti) hiasan diri kita, iaitu hiasan dalaman diri. Kecantikan rupa paras kita sebenarnya adalah cerminan daripada hati kita yang beriman, baik budi bahasa, tulus dan ikhlas serta ubudiyyah kita dalam mentaati segala suruhan dan menjauhi segala larangan Allah SWT.
💞 BILA semua hakikat dalaman ini sempurna lalu mendapat keredhaan dan rahmat Allah, maka dengan sendirinya penampilan kita terserlah berseri, ceria, lembut, manis dan menggamit hati manusia yang memandangnya.
💞 DEMIKIANLAH peraturan mengikut sunnatullah seperti dalam sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda:
“SESUNGGUHNYA Allah tidak melihat pada bentuk tubuh kamu dan tidak juga melihat pada rupa paras kamu, tetapi Allah melihat pada hati kamu.”
💞 WALLAHU A’LAM

LIHATLAH KEBAWAH

1 TUN M INTAI 21 AZMIN JIJIK BAGI UMNO1 TUN DAN ANWAR1 MELAYU BODOH 21 3 PEMIMPIN DUNIA ISLAM 2

SEGALA puji bagi hanya Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.
⭕ LIHATLAH KEBAWAH
🧿 BETAPA tidak terhitungnya nikmat setiap hari yang kita nikmati di dalam hidup ini. Justeru, sebanyak itu jugalah seharusnya, bahkan diwajibkan, kita ini berterima kasih kepada Allah SWT
dengan bersyukur.
🧿 INGATLAH akan pesanan Allah SWT ini:
“SEDIKIT sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.”
(Surah Saba’ 34:13)
🧿 SUKARNYA kita ini meluahkan rasa terima kasih dan bersyukur, bukan sahaja sesama manusia di atas sesuatu kebaikan atau nikmat, bahkan juga kepada Allah SWT Pengurnia Segala Sesuatu Nikmat.
🧿 ORANG yang tidak tahu bersyukur adalah orang yang sombong kerana dia merasakan setiap nikmat yang dimiliki olehnya itu adalah di atas susah payah dan usahanya sendiri. Dia tidak sedar yang kehebatan serta usahanya itu adalah mutlak milik Allah SWT yang dipinjamkan kepadanya hanya buat sementara sahaja.
🧿 ALLAH SWT amat murka kepada orang yang sombong dan tidak tahu bersyukur:
“DAN ingatlah ketika Rabbmu berfirman, jika sungguh kamu mensyukuri nikmatKu maka Aku akan tambahkan (nikmat) kepadamu, dan sungguh jika kamu mengingkarinya (kufur) maka seksaKu amatlah berat.”
(Surah Ibrahim 14: 7)
🧿 LEBIH parah lagi, orang yang tidak bersyukur itu seringkali tidak puashati dengan apa yang dimiliki olehnya, justeru turut tidak senang hati melihat akan kelebihan orang lain. Lalu timbullah perasaan irihati dan dengki yang tidak berkesudahan. Dia tidak akan pernah merasa puas walaupun banyaknya nikmat yang dimilikinya. Malah tidak pernah pula merasa cukup ketika mendapat yang sedikit.
🧿 HIDUPNYA tidak pernah merasa tenang walaupun dengan harta yang melimpah ruah kerana merasakan ia masih lagi kurang, masih belum cukup dan masih belum puas. Lalu dia tenggelam dalam nikmat ini sehingga dia lupa pemilik sebenar nikmat tersebut. Kerana itulah dia tidak pernah bersyukur.
🧿 TERKADANG bila kita sakit, ketika itulah baru kita ingat betapa besarnya nikmat sihat. Ketika kita diuji dengan kekurangan atau kemiskinan, maka saat itulah baru kita sedar betapa berharganya harta yang dimiliki. Semasa kita kelaparan maka teringat betapa nikmatnya makanan dan minuman.
🧿 DEMIKIANLAH manusia, seringkali alpa ketika nikmat itu berada di sekelilingnya, dan hanya akan tersedar dari lamunan ketika hilangnya nikmat tersebut.
🧿 OLEH itu, selalu-selalulah lihat ke bawah, bukan ke atas, untuk lebih mudah menyedarkan diri kita dan menyuburkan rasa syukur kita kepada Allah SWT:
📌 KETIKA memandang kepada seseorang yang tidak sempurna anggotanya, maka bersyukurlah kerana Allah SWT jadikan kita lebih sempurna dan lebih baik darinya.
📌 KETIKA melihat orang lain menderita kemiskinan maka bersyukurlah kerana kita masih lagi dikurniakan kecukupan untuk meneruskan kehidupan.
📌 KETIKA memandang pesakit di katil hospital maka bersyukurlah kerana kita masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah kepada Allah SWT.
📌 JUSTERU, selalulah melihat ke bawah agar kita sentiasa tunduk merendah dan rasa berpada dengan apa yang kita miliki. Walaupun nikmat itu sedikit, namun hati kita tetap tenang dan sering rasa cukup dengan apa yang kita ada.
📌 ALHAMDULILLAH Ya Allah…

Kita semua milik Allāh dan kepadaNya kita kembali.

1 ISLAM DALAM BAHAYA1 DEDAK TSMY1 AMANAT TSMY1 RASUAH BAPA RASUAH MALAYSIA1 HADI DAN ZAHID BERBISIK1 AGAMA GAGAL

Kita semua milik Allāh dan kepadaNya kita kembali.

Pemergian Habib Ali al-Masyhur pastinya adalah antara tragedi yang paling besar terjadi pada ahli Hadrmawt dalam tempoh 50 tahun yang lepas.

Ini adalah Habib Ali Al-Masyhur, abang kepada Habib Umar.

Dia sangat istiqamah bertahan di dalam bidang da’wah. Selepas kematian bapanya, yang terbunuh oleh rejim Soviet, Habib Ali Al-Masyhur mengambil alih tugas ayahnya dalam setiap aspek. Tentera Soviet berfikir bahawa dengan membunuh bapanya, mereka dapat menghentikan kerja da’wah. Tetapi Habib Ali Al Masyshur terus berani. Mereka memutuskan untuk memberi amaran kepadanya, sama seperti mereka memberi amaran kepada bapanya. Mereka mengata kepadanya, jikalau dia tidak mengambil pengajaran tentang kematian bapanya maka dia akan tahu apa yang akan berlaku kepadanya jika dia tidak berhenti melakukan da’wah. Habib tidak menjawab mereka, tidak dia berhenti melakukan dawah. Hari selepas mereka memberi amaran kepadanya, dia bangun seperti biasa dan menjalankan kegiatannya untuk Allah, tanpa takut kepada mereka. Ini dia terus melakukan sehingga hari ini dan Allah telah melindungi dia dan kerjanya.

Hampir semua ulama dari Tarim pernah menjadi pelajarnya. Beliau menguasai cara mengajar sehingga dikatakan bahawa beliau dapat mengajar keldai. Beliau juga merupakan pengerusi majlis fatwa di Tarim. Walaupun pada usia lanjut ini, dia sangat giat terlibat didalam da’wah, sehinggakan kita lelaki muda berasa malu.

Apabila duduk bersamanya, anda dapat merasakan bahawa hatinya penuh dengan kasih sayang dan belas kasihan untuk anda. Dia sangat takut melakukan apa-apa jenis dosa sehinggakan dia tidak mahu memasuki kapal terbang lagi, kerana takut melihat seorang wanita tanpa tudung.

Beliau mempunyai ramai cahaya mata, semuanya telah berkahwin dengan pasangan yang mulia dan murni, yang mana kebanyakan mereka adalah ulama’.

Semoga dunia terus mendapat faedah darinya dan semoga Allah memberikan Syurga kepada keluarganya.

BAHAYA MENUNDA-NUNDA TAUBAT.

1 TUN M INTAI 21 AZMIN HAMIL1 KATAK BEROMEN1 HARAM TAK KIRA1 TSMY RM 295 BILION1 HARAM BERSEDEKAH DGN HARTA HARAM

BAHAYA MENUNDA-NUNDA TAUBAT.

Menunda-nunda taubat adalah perangkap iblis yang paling berkesan agar manusia terhalang dari taubat dan meninggalkan ketaatan.

Perangkap syaitan halus, dia tidak menyuruh manusia supaya jangan langsung berbuat baik, tetapi dia membisikkan kepada manusia agar menunggu untuk melakukan kebaikan pada esok, lusa, minggu depan, tahun depan, sehingga akhirnya tiba ajal dan tidak sempat lagi untuk berbuat apa-apa.

Firman Allah سبحانه وتعالی,

“Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) lalu berkata: “Bukankah kami dulu bersama-sama dengan kalian?”

Orang-orang mukmin menjawab: “Benar, tetapi kalian mencelakakan diri kalian sendiri dan kalian menunggu dan kalian ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kalian telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.”
(Al Hadid: 14)

Berkata Ibnu Abbas رضى الله عنه, yang dimaksudkan dengan firman Allah “dan kalian menunggu” adalah menangguh-nangguh untuk bertaubat, “serta kalian ditipu oleh angan-angan kosong” iaitu dengan menunda-nunda untuk beramal soleh, “sehingga datanglah ketetapan Allah”, iaitu kematian.
(Lihat Syu’ab Al-Iman).

Mengenangkan bahaya sikap menunda-nunda, Rasulullah ﷺ telah mengingatkan kita supaya bersegera mengerjakan kebaikan sepertimana sabda Baginda,

“Gunakan lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum masa tua, sihatmu sebelum sakitmu, waktu kaya sebelum miskinmu, waktu lapang sebelum sibuk, dan hidup sebelum mati.”
(Sahih. Hadis riwayat Al-Hakim)

Menunda taubat dan amal soleh adalah penyesalan di Hari Kiamat.

Firman Allah سبحانه وتعالی,

“Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahanam; dan pada hari itu ingatlah manusia, tetapi tidak berguna lagi mengingati itu baginya.
Dia mengatakan: “alangkah baiknya sekiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini.”
(Surah Al-Fajr: 23-24)

Akhlak yang baik

1 TUN M INTAI 21 AZMIN JIJIK BAGI UMNO1 TSMY 26 BILION1 HADI SYAITAN 21 HADI SYAITAN 31 MALAYSIA RASUAH 11 MELAYU BODOH

Akhlak yang baik, bukan hanya sekadar penampilan pada zahir. Akhlak yang baik, berpunca daripada keimanan yang terhunjam didalam hati. Akhlak itu buah daripada iman, buah daripada keyakinan.

Jika akhlak yang baik, yang bukan buah daripada keimanan yang terhunjam didalam hati, itu boleh dikatakan kepura-puraan atau sesuatu yang berbentuk zahirnya sahaja. Akhlak yang baik itu terbit daripada iman yang mantap.

Kadang kadang ada orang bukan Islam berbuat baik kepada kita, tetapi itu sebenarnya bukan akhlak yang baik. Itu hanya pada penampilan sahaja.

Akhlak yang baik itu berpunca daripada lubuk hati yang dalam, beriman dengan ALLAH SWT. Jika kita orang Islam, tunjuk kata akhlak tak baik, bermakna imannya ada masalah. Kerana itu Nabi kita mengaitkan akhlak itu dengan iman.

 

Semoga Bermanfaat.

Nasihat Imam al-Haddad tentang memperbetulkan niat.

1 HARAM TAK KIRA1 TSMY RM 295 BILION1 TUN M INTAI 21 TSMY SELAMATKAN PEROMPAK1 TSMY BERDOA

1 AZMIN JIJIK BAGI UMNO

Adakah anda tahu nasihat Imam al-Haddad tentang memperbetulkan niat?

Terdapat empat langkah yang perlu anda lakukan,

1. Perbetulkan niat anda
2. Lakukan niat dengan ikhlas
3. Periksa kembali niat anda
4. Berfikir dengan baik sebelum bertindak

Mengapa Islam sangat menekankan tentang niat? Rasulullah ﷺ bersabda,

“Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya; setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan.”

Semua perbuatan yang bermanfaat jika diiringi dengan niat kerana mencari keredhaan Allah maka ia akan bernilai ibadah. Sebagai contoh,

“Saya makan makanan ini supaya saya dapat kekuatan untuk mengerjakan ibadah Allah.”

“Saya memakai pakaian ini kerana ia sederhana dan Allah suka akan kesederhanaan.”

“Saya memanggil ibu kerana Syurga berada di bawah telapak kakinya.”

“Saya ingin berjumpa rakan saya dihari penghakiman kelak untuk memberitahu bahawa dia telah melakukan perkara yang baik.”

“Saya akan tidur sekarang supaya saya dapat bangun dan beribadah kepada Allah.”

“Senyuman adalah satu dakwah.”

“Saya bersenam untuk menjaga tubuh yang telah Allah berikan kepada saya untuk menunjukkan penghargaan saya kepada-Nya.”

“Saya berehat di atas sofa ini supaya saya dapat mengumpul tenaga untuk melakukan perbuatan baik kepada Allah.”

“Saya membersihkan kekotoran di rumah ini (walaupun bukan saya yang melakukannya) untuk menunjukkan perkara yang baik kepada keluarga saya, kerana Rasulullah ﷺ suka akan kebaikan.”

Semoga Bermanfaat.