Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

“Selagi masih waras, sila bersara” – kata Hanipa kepada Abdul Hadi

"Selagi masih waras, sila bersara" - kata Hanipa kepada Abdul Hadi

Permintaan itu dibuat kerana Hadi sering mengajar ahli PAS untuk tidak mengamalkan assobiyah, tetapi tidak memegang pada ajarannya sendiri, kata Hanipa Maidin..

1 MENIPU1 DUSTA1 KESAN BERBOHONG1 PUNCA ISLAM DIHINA1 TUN SAYANG1 MUJAHID1 A CERDIK1 FITNAH

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Hanipa Maidin meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersara selagi masih mempunyai ‘kewarasan’.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, permintaan itu dibuat kerana Abdul Hadi sering mengajar ahli PAS untuk tidak mengamalkan ‘assobiyah’, tetapi tidak memegang pada ajarannya sendiri.

Hanipa membuat kenyataan demikian dalam catatan di laman Facebooknya, dengan memuatnaik petikan laporan portal bertajuk Kesabaran kami ada had, henti tuduh orang Melayu ‘rasis’, kata Abdul Hadi.

Maaf lah jika saya kata. Plse lah bersara.. Dah makin tak ketahuan YB. Resign so long your sanity is still ok. Dulu YB yang ajar kami semua tak boleh عصبية . Kok sekarang tebalnya ‘ asobiyyahnya YB,” tulisnya.

Dalam artikel dari portal Free Malaysia Today itu, Abdul Hadi dilaporkan memberi amaran kepada kaum lain supaya tidak melabelkan orang Melayu sebagai “rasis” kerana kesabaran mereka ada batasnya.

Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, dipetik sebagai berkata, terdapat dwistandard untuk label “rasis” dan orang Melayu sering diberikan label itu walaupun mereka hanya menuntut hak sendiri.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/selagi-masih-waras-sila-bersara-kata-hanipa-kepada-abdul-hadi-221118?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=27-10-2019_selagi_masih_waras_sila_bers

KISAH BERUK TEPOK KAMBING BUTA

Image may contain: 4 people, people smiling

Daripada FB Mohd Sayuti Omar

KISAH BERUK TEPOK KAMBING BUTA

Tergelak sendiri saya mendengar kisah penglipur lara disampaikan oleh Tok Dor Hadi bagaimana muafakat di antara beruk tepok dengan kambing buta.

Menarik kisahnya disebabkan kedua hewan itu cedera, beruk tepok (tempang) manakala kambing buta maka tidak dapatlah mereka cari makan seperti lazimnya. Lalu timbul hidayah kepada mereka berpakat demi hidup.

Kambing rela belakangnya dirukuh oleh beruk. Beruk pula dengan berada atas belakang kambing bolehlah dia mencari ulat di daunan untuk dimakan, dia makan ulat daunan dijatuhkan untuk dimakan oleh kambing.

Hasil muafakat itu kedua hewan itu gemuk gedebuk. Satu hari ini mereka berdua bertembung dengan harimau yang kebetulan lapar. Begitu melihat kelibat kambing, harimau sedia untuk menerkamnya. Tetapi belum sempat bertindak harimau ternampak atas belakang kambing ada beruk.

Harimau berasa pelik dengan keadaan itu, tidak pernah jumpa binatang bertubuh kambing dan berkongsi kepala dengan beruk. Lalu harimau terkejut ketakutan lari lintang pukang.

Terselamatlah beruk dan kambing.

Menyimpulkan kisah penglipur lara itu kata Tok Dor Hadi, maufakat Pam dengan Umno bukan muafakat seperti beruk degan kambing itu, sebab katanya parti itu bukan binatang tetapi diuruskan oleh manusia, dia dan Zahid Hamidi.

Benar dan betul kata Tok Dor Hadi itu, Pam dan Umno bukan beruk dan kambing tetapi bila Tok Dor mengambil teladan daripada cerita beruk tepok dan kambing buta itu maka dapatlah difahami bahawa Umno kini dalam keadaan tepok selepas kalah, manakala Pam pula kambing buta kerana sudah tidak tahu membaca arah dan kompas perjuangan lagi.

Pandai Tok Dor buat cerita penglipur lara berdasarkan pengalaman sendiri….

ABDUL HADI ULAMAK KESAYANGAN MCA & MIC, TOLONG JANGAN NYALAKAN API SENTIMEN PERKAUMAN

1 TUN SAYANG

ABDUL HADI, TOLONG JANGAN NYALAKAN API SENTIMEN PERKAUMAN

1). Seperti laporan Malaysiakini pada 17 September, Presiden PAS berkata antaranya, “Biar Melayu yang menguasai Sarawak ini…kita tidak (mahu) halau orang Cina, tidak! Tapi jangan (kita biarkan) orang Cina (DAP) menguasai Sarawak ini.”

2). Menurut portal Malaysiakini, ucapan itu dipetik daripada laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily.

3). Presiden PAS tidak wajar mengeluarkan ucapan yang mengandungi unsur-unsur yang berpotensi untuk menyalakan api sentimen perkauman di negara ini.

4). Rakyat Sabah dan Sarawak hidup aman damai dalam pelbagai kaum dan agama semenjak sekian lama. Di Sabah, Muslim majoriti. Di Sarawak, bukan Muslim majoriti.

5). Namun begitu, hubungan antara pelbagai kaum dan etnik di kedua-dua negeri itu berlangsung dengan harmoni. Gereja The Good Shepherd di Lutong Sarawak, hanya berjarak sekitar 100 meter sahaja dengan Masjid al-Naim.

6). Pada hari Jumaat, pengurusan gereja membuka kawasan parkir untuk orang Islam. Pada hari Ahad pula, pengurusan masjid membuka kawasan parkir untuk penganut Kristian. Mereka berbeza agama, tetapi berkongsi kemudahan untuk keharmonian.

7). Rakyat Sabah dan Sarawak walaupun berlainan agama berkongsi pasar, rumah panjang dan perigi. YADIM sendiri dengan kerjasama pelbagai NGO ada membina sebuah perigi yang dikongsi oleh penganut Islam dan Kristian di sebuah penempatan rumah panjang di Sarawak.

8). Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, PM pertama Malaysia telah memperkenalkan konsep “Muhibbah” dalam memupuk keharmonian hidup antara rakyat pelbagai kaum dan agama. Konsep ini dihayati oleh masyarakat di kedua-dua negeri itu sehingga kini.

9). Justeru, Presiden PAS tidak wajar bermain dengan api sentimen perkauman khususnya untuk masyarakat Sabah dan Sarawak. Permainan sentimen itu sangat bahaya. Jika ia menyala, tiada sesiapa pun yang untung. Semuanya hangus terbakar.

10). Ambillah ikhtibar daripada pelbagai negara yang musnah angkara peperangan saudara yang berlaku. Negara itu hancur. Rakyatnya menderita sangat panjang, generasi demi generasi.

11). Tiada mana-mana pihak yang menang kerana semua pihak terpaksa menanggung derita kekalahan akibat kemusnahan. Membangunkan kembali kemusnahan itu mengambil masa yang sangat lama dan jumlah dana yang sangat banyak.

12). Bahkan tidak salah untuk dikata, membangunkan kembali negara yang musnah kerana persengketaan sesama rakyat adalah sesuatu yang mustahil kecuali bersama keajaiban.

13). Kepada Presiden PAS, saya sarankan, berpolitiklah dengan rasional. Jangan kerana kepentingan politik kuasa PAS, negara ini berdepan dengan ketegangan kaum yang membawa kehancuran.

Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.

ZOLKHARNAIN ABIDIN,
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Nasional,
20 September 2019 C&P.

Bukti Pas Bersama Parti Harbi Menentang Hudud

1 MCA HARBI1 MCA TOLAK HUDUD.

1 HUDUD DIJADIKAN PERMAINAN OLEH ULAMAK MALAYSIATAKIYUDDIN HUDUD1 PAS PUTAR ALAM1 PAS MIC SATU KELUARGA.1 HADI ROSAKKAN ISLAM1 pas hudud1 A TERANCAM1 INFO1 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailang Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.