6 Jam Bekerja Tanpa Henti Di Awal Ramadan, Frontliner Tersandar Mengigil Kepenatan
Sedang kita tenang menjalani ibadah puasa di rumah masing2, namun buat para petugas barisan hadapan, bulan Ramadan mungkin lebih mencabar berbanding hari biasa.
Bayangkanlah, mereka masih perlu bertugas seperti biasa, dalam keadaan terik mentari sambil memakai sut PPE sehari suntuk, tanpa makan dan minum sudah pasti satu dugaan yang besar buat para petugas
Seperti perkongsian yang dibuat oleh Nurul Nadirah di facebook, yang merupakan salah seorang petugas barisan hadapan, bercerita mengenai pengalaman bekerja dalam misi Covid19 ketika di awal Ramadan.
Nurul Nadirah memaklumkan, pasukannya menerima lebih kurang 20 bas pelajar yang baru pulang daripada Cairo. Kira-kira, 400 pelajar yang baru tiba di Malaysia perlu disaring.
Nadirah memaklukan, ada dalam kalangan rakan sekerja sudah kehabisan tenaga, kerana bekerja tanpa henti sehingga membuatkan ramai di antara mula berasa lemah, muntah dan hampir pengsan
Bukan mudah pekerjaan mereka ini, semoga berkat bulan Ramadan yang mulia, wabak virus segera pulih agar dapatlah para petugas barisan hadapan berehat dan berpeluang memperbanyakkan ibadah.
Kredit : Nurul Nadirah
Muhammad Hafiz