Kerajaan “Zalim” Terhadap Orang Melayu Puncak Kundang.
Ini Buktinya.
1. “Kerajaan zalim”…..
Sebab itu pihak tuan tanah Wangsa Masyhur tidak pernah kutip satu sen pun duit sewa dari kumpulan penceroboh sejak 1998. Sewa bernilai RM25K (anggaran RM100 sebulan selama 21 tahun dari 1998 – 2019) boleh difailkan ke mahkamah untuk dituntut dari kumpulan penceroboh. Tapi sebab “kerajaan zalim”, tuan tanah Wangsa Masyhur tidak membuat tuntutan sedemikian.
2. “Kerajaan zalim”…..
Sebab itu pihak tuan tanah tidak memfailkan tuntutan pampasan ekoran pencerobohan oleh kumpulan penceroboh. Adalah hak tuan tanah untuk memfailkan tuntutan pampasan ganti rugi sebab kumpulan penceroboh menggunakan barang bukan dia punya. Tapi oleh kerana “kerajaan zalim”, tuan tanah mengambil keputusan untuk bertolak ansur.
3. “Kerajaan zalim”…..
Sebab itu tempoh 21 bulan (6 Mac 2018 – Disember 2019) diberi oleh tuan tanah Wangsa Masyhur kepada kumpulan penceroboh untuk berpindah. Berdasarkan dokumen yang difailkan ke mahkamah pada tahun 2018, tuan tanah bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada kumpulan penceroboh untuk meneruskan kehidupan seharian seperti mengutip buah-buahan, dengan syarat struktur haram yang baru tidak dinaikkan. Tapi kumpulan penceroboh langgar perjanjian tersebut dan menaikkan struktur-struktur haram yg baru. Tuan tanah pun tutup sebelah mata. Sebab itu mereka zikir “kerajaan zalim”.
4. “Kerajaan zalim”…..
Sebab itu Rumah Selangorku ditawar kepada kumpulan penceroboh meskipun itu bukan hak kumpulan penceroboh. Kumpulan penceroboh menceroboh tanah orang lain, lepastu kecoh buat sandiwara buat muka kesian, lepastu doakan abang TNB yg menjalankan amanah mengikut perintah mahkamah supaya dipanah petir. Akhirnya kerajaan yang dikatakan zalim itu tawar Rumah Selangorku di Rawang. Zalim sungguh.
5. “Kerajaan zalim”….
Sebab itu berpuluh ribu orang Melayu berjaya menerima Notis 5A sejak tahun 2008. Mereka mohon cara betul, mereka ikut saluran undang-undang, mereka sabar, mereka tidak bersandiwara dan mereka menaruh keyakinan pada Pakatan Rakyat/Harapan. Akhirnya Kerajaan PR/H tidak mengecewakan mereka. Mereka menerima Notis 5A. Sebab itu “Kerajaan zalim” terhadap orang Melayu.
Sepatutnya kerajaan membela penceroboh, membela penghisap gam, membela pencuri handfon, membela scammers, membela penghisap gam, membela mat rempit barulah dikatakan tidak zalim. Betul?
(Ini posting sindiran. Otak level pencacai pembangang won’t get it.)