“Orang lain buang kad bisnes saya, tetapi Tuanku…’ – Jejaka ini dijemput datang ke istana

"Orang lain buang kad bisnes saya, tetapi Tuanku...' - Jejaka ini dijemput datang ke istana

BEBERAPA hari lalu,  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menunjukkan keprihatinnya terhadap mangsa kemalangan di dua lokasi berbeza di Putrajaya apabila Seri Paduka Baginda sanggup turun dari kenderaan rasminya bagi memeriksa keadaan mereka.

Dalam satu video yang dikongsikan di dalam Instagram Istana Negara, Seri Paduka Baginda dilihat melangkah penghadang besi pembahagi jalan untuk ke laluan bertentangan bagi bertanya khabar mangsa kemalangan, sambil diiringi pegawai istana dan pegawai pengiringnya.

Tidak habis di situ, semalam salah seorang mangsa kemalangan tersebut yang dikenali sebagai Hafiz Azizan berkongsi pengalamannya ketika Seri Paduka Baginda mencemar duli.

Menurut Hafiz, dia terharu dengan sikap Seri Paduka Baginda yang berjiwa rakyat dan prihatin terhadap dia dan mangsa kemalangan ketika itu.

Paling mengujakan, Seri Paduka Baginda sudi menerima kad perniagaan miliknya dan menghubunginya kembali untuk menjempuntnya datang ke Istana.

“Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuanku kerana berkenan mencemar duli bertanya keaadan isteri saya selepas kemalangan pagi tadi.

“Sesungguhnya Tuanku benar-benar berjiwa rakyat dan Patik tiada lain selain rasa penuh hormat dan bangga mempunyai pemimpin seperti Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa dibawah rahmat Allah. Daulat Tuanku.

“Setinggi terima kasih juga kepada Tuanku membenarkan kami berdua bergambar bersama Tuanku dan peluang untuk saya beri bisnes kad saya.. Tuanku ambil pulak tu (siap contact saya balik invite datang istana). Orang lain buang je bisnes kad saya. Tuanku memang terbaik,” tulisnya.

Hafiz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik fotonya bersama Seri Paduka Baginda di tempat kejadian.

Sementara itu, Hafiz turut meminta maaf apabila ada yang menegur caranya bersalaman dengan Seri Paduka Baginda yang dianggap tidak mengikut protokol yang betul.

“Kepada netizen yang menegur cara saya bersalam dengan Tuanku, terima kasih atas teguran anda, I humbly accept it. (video tu masa Tuanku nak balik dah, masa sampai saya salam dulu tau). Dalam kelam kabut dan keterujaan saya blur.. Cut me some slack ya semua.

“Insya-Allah next time jumpa Tuanku saya dah tau mcm mane nak react (saya dah belajar protokol dengan @hammamiyusoff).

“All in all it is such a great experience. A blessing in disguise. Alhamdulillah juga wife saya tiada kecederaan. Salam Maulidur Rasul,” jelasnya lagi.

View this post on Instagram

Merafak sembah dan ucapan setinggi- tinggi terima kasih kepada Tuanku kerana berkenan mencemar duli bertanya keaadan isteri saya @sarahjimz slps kemalangan pagi tadi.. Sesungguhnya Tuanku benar2 berjiwa rakyat dan Patik tiada lain selain rasa penuh hormat dan bangga mempunyai pemimpin seperti Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa dibawah rahmat Allah. Daulat Tuanku 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 . Setinggi terima kasih juga kepada Tuanku membenarkan kami berdua begambar bersama Tuanku dan peluang untuk saya beri bisnes kad saya.. Tuanku ambil pulak tu(siap contact saya balik invite dtg istana). Org lain buang je bisnes kad saya 😂😂😂. Tuanku memang terbaik 🙏 . Kepada netizen yang menegur cara saya bersalam dgn Tuanku, terima kasih atas teguran anda, i humbly accept it. (vid tu masa Tuanku nk balik dh, masa sampai saya salam dulu tau 😁)Dalam kelam kabut dan keterujaan saya blur..cut me some slack ya semua 😅Insyaallah next time jumpa Tuanku saya dh tau mcm mane nk react(saya dh belajar protokol dgn @hammamiyusoff ) . All in all it is such a great experience. A blessing in disguise. Alhamdulillah juga wife saya tiada kecederaan. . Salam Maulidur Rasul . ikhlas dari bro baju kuning @mhafiz_azizan . Jgn lupe follow saya ya netizen. Nnt saya share gbr bersama Tuanku 😁 . Daulat Tuanku 🙏🙏🙏 . #agongkita #ourking #mhlegacy#entrepreneur

A post shared by MH (@mhafiz_azizan) on

1 DOA UNTUK AGONG DAN PH1 JANGAN MENCELA PEMERINTAH

AKIDAH DENGAN MENYAMPAIKAN RISALAH TAUHID DILAKSANAKAN DAN PERJUANGAN MEMERANGI RASUAH SERTA PECAH AMANAH WAJIB DITERUSKAN

31 OGOS 20191 ISLAM TERANCAM1 PAS IDAK CERDIK3 AHZAB2 SOKONG PEROMPAK2 SRC 1MDB

GENG LAWYER BURUK KELANTAN

2 BILA NAJIB DIPENJARA

AKIDAH DAN PERJUANGAN

Akidah merupakan suatu perkara yang paling penting dalam perjuangan Islam.

Ia merupakan suatu kekuatan utama yang mesti dimiliki oleh seluruh pejuang Islam agar perjuangan yang didokongi tidak lari daripada matlamat asal serta tidak bercanggah daripada landasan yang telah digariskan oleh Islam.

Menyedari betapa pentingnya kekuatan akidah ini kepada jatuh bangunnya perjuangan Islam telah menyebabkan musuh Islam dari dulu hingga kini sentiasa berusaha di dalam menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar melalui serangan pemikiran. Kesinambungan daripada itulah maka kita sebagai orang yang mengaku berjuang Islam mesti faham, mengguna serta mempertahankan kekuatan akidah ini daripada sebarang usaha musuh Islam untuk merobek dan menghancurkannya demi mencapai kejayaan dan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.

Dari segi bahasa akidah berasal daripada perkataan ‘aqada yang bermaksud ikatan atau simpulan yang kukuh. Menurut istilah syara’: Akidah ialah kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai oleh apa jua suasana dan keadaan. Akidah Islamiyyah ialah satu ikatan yang menghubungkan antara makhluk (yang dicipta) dengan Allah sebagai Khaliq (pencipta). Ia dibina di atas Rukun Iman.

ﻓَﻤَﻦْ ﻳَﻜْﻔُﺮْ ﺑِﺎﻟﻄَّﺎﻏُﻮﺕِ ﻭَﻳُﺆْﻣِﻦ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻓَﻘَﺪِ ﺍﺳْﺘَﻤْﺴَﻚَ ﺑِﺎﻟْﻌُﺮْﻭَﺓِ ﺍﻟْﻮُﺛْﻘَﻰَ ﻻَ ﺍﻧﻔِﺼَﺎﻡَ ﻟَﻬَﺎ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﺳَﻤِﻴﻊٌ ﻋَﻠِﻴﻢٌ

“Dan barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah memegang tali yang amat kuat dan tidak akan putus.” (Surah al-Baqarah, ayat 256)

ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﺛُﻢَّ ﻟَﻢْ ﻳَﺮْﺗَﺎﺑُﻮﺍ

“Orang-orang Mukmin hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

ﺫَﻟِﻚَ ﺍﻟْﻜِﺘَﺎﺏُ ﻻَ ﺭَﻳْﺐَ ﻓِﻴﻪِ ﻫُﺪًﻯ ﻟِّﻠْﻤُﺘَّﻘِﻴﻦَ

“Kitab itu (al-Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 2)
Tiga unsur utama akidah ialah;

1. Tidak mencari Tuhan selain Allah

2. Tidak mengambil pemimpin atau pelindung selain daripada Allah

3. Tidak mencari hakim selain Allah
Sesungguhnya akidah ini wajib diperjuangkan. Perjuangannya ialah menegakkan kalimah Allah dan meruntuhkan segala kekufuran.

Tidak sempurna iman bagi sesiapa yang hanya menumpukan amal untuk dirinya sendiri tanpa ada hubung kait dengan masyarakat. akidah ini bukan untuk dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja.

Ia juga bukan hanya perlu diperjuangkan oleh orang-orang tertentu sahaja.

Bukan hanya diperjuangkan oleh para Nabi dan Rasul atau para ulama’, bahkan seluruh umat Islam. Sebagaimana Allahu Subhanahu Wa Ta’ala menyebut di dalam al-Quran dalam banyak ayat tentang akidah dan perjuangan.

Disebut tentang kewajipan berada dalam perjuangan ini seiring dengan perintah beriman kepada-Nya. Dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.

ﻭَﻟَﻘَﺪْ ﺑَﻌَﺜْﻨَﺎ ﻓِﻲ ﻛُﻞِّ ﺃُﻣَّﺔٍ ﺭَّﺳُﻮﻻً ﺃَﻥِ ﺍﻋْﺒُﺪُﻭﺍْ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻭَﺍﺟْﺘَﻨِﺒُﻮﺍْ ﺍﻟﻄَّﺎﻏُﻮﺕَ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan pada tiap-tiap umat akan Rasul (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut.” (Surah al-Nahl, ayat 36)

ﻛُﻨﺘُﻢْ ﺧَﻴْﺮَ ﺃُﻣَّﺔٍ ﺃُﺧْﺮِﺟَﺖْ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ ﺗَﺄْﻣُﺮُﻭﻥَ ﺑِﺎﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ ﻭَﺗَﻨْﻬَﻮْﻥَ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻤُﻨﻜَﺮِ ﻭَﺗُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh melakukan yang ma’ruf dan kamu melarang dari mengerjakan yang mungkar serta beriman kepada Allah.” (Surah Aali-Imran, ayat 110)
ﻭَﻗَﺎﺗِﻠُﻮﻫُﻢْ ﺣَﺘَّﻰ ﻻَ ﺗَﻜُﻮﻥَ ﻓِﺘْﻨَﺔٌ ﻭَﻳَﻜُﻮﻥَ ﺍﻟﺪِّﻳﻦُ ﻛُﻠُّﻪُ ﻟِﻠَّﻪ

“Perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama semuanya hanyalah untuk Allah.” (Surah al-Anfal, ayat 39)

ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﺛُﻢَّ ﻟَﻢْ ﻳَﺮْﺗَﺎﺑُﻮﺍ ﻭَﺟَﺎﻫَﺪُﻭﺍ ﺑِﺄَﻣْﻮَﺍﻟِﻬِﻢْ ﻭَﺃَﻧﻔُﺴِﻬِﻢْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺃُﻭْﻟَﺌِﻚَ ﻫُﻢُ ﺍﻟﺼَّﺎﺩِﻗُﻮﻥَ

“Orang-orang Mukmin hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta benda dan dirinya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻫَﻞْ ﺃَﺩُﻟُّﻜُﻢْ ﻋَﻠَﻰ ﺗِﺠَﺎﺭَﺓٍ ﺗُﻨﺠِﻴﻜُﻢ ﻣِّﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏٍ ﺃَﻟِﻴﻢٍ . ﺗُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﻭَﺗُﺠَﺎﻫِﺪُﻭﻥَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑِﺄَﻣْﻮَﺍﻟِﻜُﻢْ ﻭَﺃَﻧﻔُﺴِﻜُﻢْ ﺫَﻟِﻜُﻢْ ﺧَﻴْﺮٌ ﻟَّﻜُﻢْ ﺇِﻥ ﻛُﻨﺘُﻢْ ﺗَﻌْﻠَﻤُﻮﻥَ

“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari azab yang pedih. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu.

Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Surah al-Shaf, ayat 10-11)
Perjuangan ini adalah jihad.

Akidah dan jihad ibarat sebatang pokok yang mana akidah sebagai akarnya dan pucuknya adalah jihad.
Kecacatan Akidah Tanpa Perjuangan
Jika kita lihat masyarakat Islam pada hari ini dapat kita lihat betapa sedikitnya golongan yang memperjuangkan Islam. Agama dianggap hak individu.

Padahal Islam bukan agama individu, tetapi agama jamaah. Pandangan sesetengah anggota masyarakat kita, “biarlah dia (orang yang melakukan kemungkaran).

Kita jaga diri kita cukuplah”. Mereka kedekut untuk menyampaikan ajaran Islam kepada orang ramai.

Ini sebenarnya akidah yang tidak jelas. Para penjajah pada era penjajahan dahulu, amat suka golongan macam ini.

Walaupun ‘abid (orang yang kuat beribadat), tetapi tidak ambil kisah soal orang lain, soal negara dan sebagainya.

Asalkan tidak mengganggu ibadat khususnya. Lebih malang apabila ada golongan yang hendak memperjuangkan undang-undang Islam, politik Islam, maka akan dianggap salah. Sedangkan kita sedia maklum tentang kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar dan kewajipan beramal dengan seluruh ajaran Islam.

Tidak ada seorang Rasul pun yang bersenang-lenang tanpa perjuangan menegakkan Islam.

dan jika tidak kerana perjuangan orang-orang terdahulu menyebarkan Islam, mungkin Islam tidak akan sampai ke nusantara ini.
Setiap individu Muslim wajib berjuang menegakkan Islam. lebih-lebih lagi pada saat ini di mana tiadanya satu khilafah ataupun daulah yang melaksanakan seluruh ajaran Islam dan menggunakannya dengan adil.

Malah, ummat Islam sebahagiannya dijajah oleh Barat dan Yahudi. Golongan yang tidak berjuang untuk Islam mereka juga tidak selamat. Allahu Subhanahu Wa Ta’ala mengingatkan kita akibat meninggalkan perjuangan menegakkan agama Allah dalam al-Quran dalam beberapa kisah.

Di sini saya memetik peristiwa pada hari Sabtu kaum Nabi Musa alaihissalam.

ﻭَﺍﺳْﺄَﻟْﻬُﻢْ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻘَﺮْﻳَﺔِ ﺍﻟَّﺘِﻲ ﻛَﺎﻧَﺖْ ﺣَﺎﺿِﺮَﺓَ ﺍﻟْﺒَﺤْﺮِ ﺇِﺫْ ﻳَﻌْﺪُﻭﻥَ ﻓِﻲ ﺍﻟﺴَّﺒْﺖِ ﺇِﺫْ ﺗَﺄْﺗِﻴﻬِﻢْ ﺣِﻴﺘَﺎﻧُﻬُﻢْ ﻳَﻮْﻡَ ﺳَﺒْﺘِﻬِﻢْ ﺷُﺮَّﻋﺎً ﻭَﻳَﻮْﻡَ ﻻَ ﻳَﺴْﺒِﺘُﻮﻥَ ﻻَ ﺗَﺄْﺗِﻴﻬِﻢْ ﻛَﺬَﻟِﻚَ ﻧَﺒْﻠُﻮﻫُﻢ ﺑِﻤَﺎ ﻛَﺎﻧُﻮﺍ ﻳَﻔْﺴُﻘُﻮﻥَ . ﻭَﺇِﺫْ ﻗَﺎﻟَﺖْ ﺃُﻣَّﺔٌ ﻣِّﻨْﻬُﻢْ ﻟِﻢَ ﺗَﻌِﻈُﻮﻥَ ﻗَﻮْﻣًﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻣُﻬْﻠِﻜُﻬُﻢْ ﺃَﻭْ ﻣُﻌَﺬِّﺑُﻬُﻢْ ﻋَﺬَﺍﺑًﺎ ﺷَﺪِﻳﺪًﺍ ﻗَﺎﻟُﻮﺍْ ﻣَﻌْﺬِﺭَﺓً ﺇِﻟَﻰ ﺭَﺑِّﻜُﻢْ ﻭَﻟَﻌَﻠَّﻬُﻢْ ﻳَﺘَّﻘُﻮﻥَ . ﻓَﻠَﻤَّﺎ ﻧَﺴُﻮﺍْ ﻣَﺎ ﺫُﻛِّﺮُﻭﺍْ ﺑِﻪِ ﺃَﻧﺠَﻴْﻨَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻳَﻨْﻬَﻮْﻥَ ﻋَﻦِ ﺍﻟﺴُّﻮﺀِ ﻭَﺃَﺧَﺬْﻧَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻇَﻠَﻤُﻮﺍْ ﺑِﻌَﺬَﺍﺏٍ ﺑَﺌِﻴﺲٍ ﺑِﻤَﺎ ﻛَﺎﻧُﻮﺍْ ﻳَﻔْﺴُﻘُﻮﻥَ . ﻓَﻠَﻤَّﺎ ﻋَﺘَﻮْﺍ ﻋَﻦ ﻣَّﺎ ﻧُﻬُﻮﺍْ ﻋَﻨْﻪُ ﻗُﻠْﻨَﺎ ﻟَﻬُﻢْ ﻛُﻮﻧُﻮﺍْ ﻗِﺮَﺩَﺓً ﺧَﺎﺳِﺌِﻴﻦَ

“Tanyakanlah kepada mereka tentang negeri yang terletak berhampiran laut.

Ketika mereka melanggar perintah Allah pada hari Sabtu, ketika ikan-ikan mereka datang terapung-apung (di muka air) pada hari Sabtu, sedangkan pada hari (yang lain) bukan hari Sabtu tiada datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka disebabkan mereka orang-orang fasiq.

Ketika segolongan di antara mereka itu berkata: Mengapa kamu menasihati kaum, sedang Allah akan membinasakan mereka itu atau menyiksanya dengan seksaan yang keras? Mereka menjawab: (kami nasihati mereka itu) untuk meminta uzur (setelah menunaikan tanggungjawab dakwah) kepada Tuhan-Mu dan mudah-mudahan mereka itu bertakwa.

Tatkala mereka melupakan apa-apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang kejahatan dan Kami seksa orang-orang yang aniaya dengan ‘azab yang keras, disebabkan mereka fasiq.

Setelah mereka sombong (melanggar) apa yang terlarang, Kami berfirman kepada mereka: Jadi keralah kamu serta terusir.” (Surah al-A’raaf, ayat 163-166)
Dalam ayat lain, Allahu Subhanahu Wa Ta’ala menyebut:

ﻟُﻌِﻦَ ﺍﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﻛَﻔَﺮُﻭﺍ ﻣِﻦْ ﺑَﻨِﻲ ﺇِﺳْﺮَﺍﺋِﻴْﻞَ ﻋَﻠَﻰ ﻟِﺴَﺎﻥِ ﺩَﺍﻭُﺩَ ﻭَﻋِﻴْﺴَﻰ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺮْﻳَﻢَ ﺫَﻟِﻚَ ﺑِﻤَﺎ ﻋَﺼَﻮْﺍ ﻭَﻛَﺎﻧُﻮﺍ ﻳَﻌْﺘَﺪُﻭْﻥَ . ﻛَﺎﻧُﻮﺍ ﻻَ ﻳَﺘَﻨَﺎﻫَﻮْﻥَ ﻋَﻦْ ﻣُﻨْﻜَﺮٍ ﻓَﻌَﻠُﻮْﻩُ ﻟَﺒِﺌْﺲَ ﻣَﺎ ﻛَﺎﻧُﻮﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

“Terlaknatlah orang-orang kafir dari golongan Bani Israel melalui lisan Nabi Allah Daud dan Isa bin Maryam, itu adalah disebabkan oleh derhaka mereka (terhadap Allah Ta’ala) dan mereka melampau, mereka tidak mencegah kemungkaran di kalangan mereka – itulah seburuk-buruk amalan mereka.” (Surah al-Maidah, ayat 78-79)
Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﻧَﺒِﻰٍّ ﺑَﻌَﺜَﻪُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓِﻰ ﺃُﻣَّﺔٍ ﻗَﺒْﻠِﻰ ﺇِﻻَّ ﻛَﺎﻥَ ﻟَﻪُ ﻣِﻦْ ﺃُﻣَّﺘِﻪِ ﺣَﻮَﺍﺭِﻳُّﻮﻥَ ﻭَﺃَﺻْﺤَﺎﺏٌ ﻳَﺄْﺧُﺬُﻭﻥَ ﺑِﺴُﻨَّﺘِﻪِ ﻭَﻳَﻘْﺘَﺪُﻭﻥَ ﺑِﺄَﻣْﺮِﻩِ ﺛُﻢَّ ﺇِﻧَّﻬَﺎ ﺗَﺨْﻠُﻒُ ﻣِﻦْ ﺑَﻌْﺪِﻫِﻢْ ﺧُﻠُﻮﻑٌ ﻳَﻘُﻮﻟُﻮﻥَ ﻣَﺎ ﻻَ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮﻥَ ﻭَﻳَﻔْﻌَﻠُﻮﻥَ ﻣَﺎ ﻻَ ﻳُﺆْﻣَﺮُﻭﻥَ ﻓَﻤَﻦْ ﺟَﺎﻫَﺪَﻫُﻢْ ﺑِﻴَﺪِﻩِ ﻓَﻬُﻮَ ﻣُﺆْﻣِﻦٌ ﻭَﻣَﻦْ ﺟَﺎﻫَﺪَﻫُﻢْ ﺑِﻠِﺴَﺎﻧِﻪِ ﻓَﻬُﻮَ ﻣُﺆْﻣِﻦٌ ﻭَﻣَﻦْ ﺟَﺎﻫَﺪَﻫُﻢْ ﺑِﻘَﻠْﺒِﻪِ ﻓَﻬُﻮَ ﻣُﺆْﻣِﻦٌ ﻭَﻟَﻴْﺲَ ﻭَﺭَﺍﺀَ ﺫَﻟِﻚَ ﻣِﻦَ ﺍﻹِﻳﻤَﺎﻥِ ﺣَﺒَّﺔُ ﺧَﺮْﺩَﻝٍ

“Tidak ada dari Nabi yang diutus dalam ummat sebelumku, kecuali dari ummatnya terdapat orang-orang yang membelanya dan sahabat-sahabat yang melaksanakan sunnahnya dan meneladani perintahnya. Kemudian setelah itu akan datang orang-orang yang mengatakan apa yang tidak mereka lakukan dan melakukan apa yang tidak diperintahkan. Barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan tangannya, maka dia mukmin.

Barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan lisannya, maka dia mukmin. Barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan hatinya, maka dia mukmin. Setelah itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar biji jagung.” (Riwayat Muslim)
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi:

ﻣَﻦْ ﻟَﻢْ ﻳَﻬْﺘَﻢَّ ﺑِﺄَﻣْﺮِ ﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴﻦَ ﻓَﻠَﻴْﺲَ ﻣِﻨْﻬُﻢْ

“Barang siapa yang tidak mengambil tahu ataupun mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah golongan mereka (orang-orang Islam).”

Kecacatan Perjuangan Tanpa Asas Akidah Yang Kukuh
Seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) tentang jihad:

ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻟِﻠْﻤَﻐْﻨَﻢِ ﻭَﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻟِﻴُﺬْﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻟِﻴُﺮَﻯ ﻣَﻜَﺎﻧُﻪُ ﻓَﻤَﻦْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻣَﻦْ ﻗَﺎﺗَﻞَ ﻟِﺘَﻜُﻮﻥَ ﻛَﻠِﻤَﺔُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺃَﻋْﻠَﻰ ﻓَﻬُﻮَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ

“Orang yang berjuang kerana mahukan harta rampasan, orang yang berperang kerana mahu namanya disebut, orang yang berperang kerana menunjuk-nunjuk kepada orang maka siapakah yang dikatakan berperang fi sabilillah?” Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menjawab: “Orang yang berperang pada jalan Allah, ialah mereka yang berperang kerana menegakkan kalimah Allah yang Maha Suci.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Kepentingan akidah terhadap perjuangan Islam:

1. Supaya jelas matlamat perjuangan

2. Supaya perjuangan benar-benar ikhlas kerana Allah

3. Supaya dapat merasai kemanisan iman dalam perjuangan

4. Supaya tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam perjuangan

5. Supaya tidak menjadikan perjuangan sebagai tempat mencari habuan dunia

6. Supaya amanah (tidak khianat) dan bertanggungjawab dalam perjuangan

7. Supaya tidak mudah goyah apabila diserang oleh pihak musuh Islam

8. Supaya dapat lari daripada menjadi pengkhianat terhadap perjuangan Islam

9. Supaya tahan dalam menerima ujian dan cabaran

10. Supaya sentiasa muhasabah diri dalam perjuangan

11. Sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah

12. Supaya tidak mencampur-adukkan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, dosa dan pahala, ibadat dan maksiat dalam perjuangan
Pejuang Islam mesti tahu bahawa perjuangan yang sedang didokongi merupakan suatu tuntutan Allah di mana setiap gerak kerja yang dilakukan mestilah selari dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. Bagaimana kita mahu berjuang sekiranya kita tidak tahu matlamat perjuangan Islam yang sebenarnya.

Sebuah hadis daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawasanya seorang Arab Badwi telah datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bertanya:

ﻳﺎﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ! ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻟِﻠْﻤَﻐْﻨَﻢِ ﻭ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻟِﻴُﺬْﻛَﺮَ ﻭ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻟِﻴُﺮَﻯ ﻣَﻜَﺎﻧُﻪُ؟ ﻭﻓﻰ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﺷَﺠَﺎﻋَﺔً ﻭ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﺣَﻤِﻴَّﺔً، ﻭﻓﻲ ﺭﻭﺍﻳﺔ : ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻏَﻀَﺒًﺎ ﻓَﻤَﻦْ ﻓﻰ ﺳﺒﻴﻞ ﺍﻟﻠﻪ؟ ﻓﻘﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ : ﻣَﻦْ ﻗَﺎﺗَﻞَ ﻟِﺘَﻜُﻮْﻥَ ﻛَﻠِﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪ ﻫِﻰَ ﺍﻟﻌُﻠْﻴَﺎ ﻓَﻬُﻮَ ﻓِﻰ ﺳَﺒِﻴْﻞِ ﺍﻟﻠﻪ

“Ya Rasulullah! Ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan supaya disebut-sebut namanya dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya”.

Dan dalam riwayat lain “Ada seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberaniannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya”. Dan riwayat yang lain pula disebutkan “Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya maka yang mana di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah?” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah (Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah.”

Terdapat dua kisah dalam peperangan Uhud, apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini dia telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan.

Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tetang perkara ini lalu bagnda menjawab: “Dia masuk syurga”. Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang di pihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir.

Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya.

Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya.

Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunun diri.

Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda: “Dia masuk neraka”

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Anas:

ﺛَﻼﺙٌ ﻣَﻦْ ﻛُﻦَّ ﻓِﻴْﻪِ ﻭَﺟَﺪَ ِﺑﻬِﻦَّ ﺣَﻼﻭَﺓَ ﺍﻹْﻳﻤَﺎﻥ : ﺃَﻥْ ﻳَﻜُﻮْﻥَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺭَﺳُﻮْﻟُﻪُ ﺃَﺣَﺐَّ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ِﻣَّﻤﺎ ﺳِﻮَﺍﻫُﻤَﺎ ﻭَﺃَﻥْ ﻳُﺤِﺐَّ ﺍﻟﻤَﺮْﺀَ ﻻﻳُﺤِﺒُّﻪَ ﺇِﻻ ِﻟﻠﻪِ ﻭَﺃَﻥْ ﻳَﻜْﺮَﻩَ ﺃَﻥْ ﻳَﻌُﻮْﺩَ ﻓِﻰ ﺍﻟﻜُﻔْﺮِ ﺑَﻌْﺪَ ﺃَﻥْ ﺃَﻧْﻘَﺬَﻩُ ﺍﻟﻠﻪُ ﻣِﻨْﻪُ ﻛَﻤَﺎ ﻳَﻜْﺮَﻩُ ﺃَﻥْ ﻳُﻘْﺬَﻑَ ﻓِﻰ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ

“Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman iaitu dia mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka.”

Akidah sangat penting dalam perjuangan ini supaya kita tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam perjuangan. Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran:

ﻛَﺄَﻳِّﻦ ﻣِّﻦ ﻧَّﺒِﻲٍّ ﻗَﺎﺗَﻞَ ﻣَﻌَﻪُ ﺭِﺑِّﻴُّﻮﻥَ ﻛَﺜِﻴﺮٌ ﻓَﻤَﺎ ﻭَﻫَﻨُﻮﺍْ ﻟِﻤَﺎ ﺃَﺻَﺎﺑَﻬُﻢْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﻣَﺎ ﺿَﻌُﻔُﻮﺍْ ﻭَﻣَﺎ ﺍﺳْﺘَﻜَﺎﻧُﻮﺍْ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﻳُﺤِﺐُّ ﺍﻟﺼَّﺎﺑِﺮِﻳﻦَ

“Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa.

Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah berkenaan tiga orang yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:

ﻭَﺭَﺟُﻞٌ ﺑَﺎﻳَﻊَ ﺇِﻣَﺎﻣًﺎ ﻻﻳُﺒَﺎﻳِﻌَﻪُ ﺇِﻻ ﻟِﺪُﻧْﻴَﺎ . ﻓَﺈِﻥْ ﺃَﻋْﻄَﺎﻩُ ﻣِﻨْﻬَﺎ ﻭَﻓَﻰ ﻟَﻪُ ﻭَﺇِﻥْ ﻟَﻢْ ﻳُﻌْﻄِﻪِ ﻣِﻨْﻬَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﻒِ ﻟَﻪُ

“Seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunaikan ketaatannya, tetapi jika pemimpin tidak memberinya habuan maka dia tidak mentaatinya.”

Pesan Sayyidina Umar al-Khattab radhiallahu anhu, “Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh.

Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat.

Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah.”

Perjuangan ini hendaklah didasari dengan akidah. Tanpa akidah maka perjuangan menjadi batil, sebagaimana orang-orang munafik yang ikut Rasulullah dalam peperangan, tetapi mereka tiada akidah Islamiyyah.

Perjuangan sebegini tidak diterima oleh Allah.

akidah yang lemah akan menyebabkan kita lemah dalam perjuangan.

Kita akan mudah goyah dan juga akan mudah terpesong dengan kehendak-kehendak dunia yang sementara apabila akidah kita tidak kukuh.

Justeru, hendaklah kita sentiasa bermuhasabah diri sejauh manakah kedudukan iman dan akidah dalam perjuangan kita.

Di samping kita beramal secara jama’ie dan amal ijtima’ie, jangan kita lupa untuk mendekatkan diri kepada Allah di malam hari dengan berqiamullail dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Kita juga perlu menekankan amalan-amalan tazkiyatun nafs (mendidik jiwa), amalan-amalan fardi (individu) supaya kita benar-benar berjuang pada landasan akidah.

Dalamilah ilmu akidah, ilmu tauhid, ilmu usuluddin, ilmu kalam. Biarlah hubungan kita rapat dengan Allah supaya perjuangan kita tidak terpesong dengan keinginan duniawi.

Tidak disekutukan dengan sesuatu dan hanya bermatlamatkan Allah. Jangan kita terlalu asyik mengutamakan ilmu-ilmu haraki dan gerak kerja sedangkan ilmu-ilmu fardhu ‘ain, ilmu feqah, ilmu akidah kita tidak dalami, dan jangan pula kita asyik dengan amalan-amalan fardi (individu) sehingga melupakan tanggungjawab kita terhadap masyarakat. Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam perjuangan ini hanya untuk Allahu Subhanahu Wa Ta’ala.

Akidah mestilah diperjuangkan, dan perjuangan mestilah berteraskan akidah.”

 

Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan  maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

 

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.

 

Dalam Sejarah Yang Di-Pertuan Agong bersama Jemaah Menteri mendendangkan lagu patriotik bertajuk ‘Setia’ – Amat Terharu

Rakaman Penuh SETIA Yang Di-Pertuan Agong bersama Jemaah Menteri

TERKINI

AGONG, PM, TPM DAN ANGGOTA KABINET DENDANG LAGU PATRIOTIK ‘SETIA’

Buat pertama kalinya dalam sejarah kemerdekaan negara yang ke-62, Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama barisan anggota Kabinet merakamkan video khas sempena Hari Kebangsaan Ke-62 dengan mendendangkan lagu patriotik bertajuk ‘Setia’.

Video berdurasi 3 minit 33 saat itu dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasmi Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail malam ini.

Dalam video berkenaan, Al-Sultan Abdullah yang diapit Dr Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta anggota Kabinet menyampaikan lagu patriotik itu yang mempunyai bait lirik cukup bermakna dengan penuh semangat.

Antara rangkap lagu itu berbunyi: ‘Demi negara yang tercinta, dicurahkan bakti penuh setia. Demi Raja yang disanjung tinggi, kesetiaan tak berbelah bagi.”

Video itu diakhiri dengan Yang di-Pertuan Agong dan anggota Kabinet mengucapkan ‘Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia’.

Video itu menyentuh hati dan membangkitkan semangat harmoni apabila netizen berbilang bangsa menghantar komen menyuarakan rasa bangga menjadi anak Malaysia, malah tidak kurang yang menyifatkan lagu patriotik berkenaan membawa banyak kenangan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat negara ini.

Lagu Setia didendangkan buat pertama kali oleh penyanyi asalnya Francesca Peter dan dicipta oleh Ahmad Dasilah dan Allahyarham Mohamed Rahmat.

– LIRIK LAGU ‘SETIA’ –

Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara