Melarik Pelangi Bangsaku – Prof. Dr. Haim Hilman

1 BANGSA KU A1 KERIS UMNO LAYU1 KEJAYAAN SYAITAN1 MUFTI1 AAA RASUAH 21 AAA RASUAH1 PUNCA ISLAM DIHINA1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 MUJAHID

Melarik Pelangi Bangsaku

Bangsaku Melayu..
Indahnya 14hb Sept. itu..
Bila melihat 2 parti terbesar bangsaku bersatu..
Sedih, sebak, terharu, hanya Allah yang tahu..
Sengketa berdekad² lalu terlerai satu-persatu.

Pemimpin UMNO..
Banyak jasa kalian pada negara & bangsa Melayu..
Banyak juga dosa kalian ketika memerintah dahulu..
Ingatlah keramat UMNO itu hanya retorik dan palsu..
Realitinya, pemimpin harus jujur, amanah & berintegriti selalu..

Pemimpin PAS..
Tekad kalian untuk agama luar biasa sekali..
Namun ghairah kalian menghukum meremukkan hati..
Mudah²an selepas ini kalian lebih berhati²..
Sesungguhnya Islam itu indah & penuh nilai² terpuji..

Pemimpin Melayu PKR, PAN & BERSATU..
Pasti kalian rasa gementar, marah dan mungkin keliru..
Melihat UMNO dan PAS kini bersatu..
Jika benar kalian berjiwa besar dan cintakan Islam dan Melayu..
Hulurkanlah salam persahabatan & bersama membin Melayu baru..

Pemimpin² Melayu..
Zahirkanlah jiwa besarmu..
Ketepikan sengketa dan dendam lamamu..
Percayalah, bangsa² lain itu akan lebih tunduk & tahu malu..
Apabila Melayu bersatu padu..
Sesungguhnya, itulah harapan kami, anak bangsamu..

Orang² Melayu..
Leraikanlah taksub kepada pemimpin ‘gila’..
Meletak kepentingan diri lebih besar dari ABATA..
Gunakanlah akal dalam menilai madu & tuba..
Agar kelak diri tidak sesal, bersulam derita..
Angkara mendukung pemimpin berhati hitam, berlidah dusta..

Bangsaku Melayu..
Baik kaya mahupun hidup biasa..
Hentikanlah caci maki dan sengketa sesama kita..
Jangan izinkan beza politik, bangsa kita diperkuda..
Oleh mereka pengadu domba yang licik bermuka²..
Marilah kita perteguhkan persaudaraan sesama kita..
Demi Islam, demi Melayu dan demi tanahair tercinta..

Bersama Kita Melarik Pelangi Bangsa..😊

Prof. Dr. Haim Hilman

#umno
#pas
#amanah
#bersatu
#utusanmalaysia
#beritaharian
#sinarharian