Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Pengetua ditahan, dipercayai rogol pelajar-Kelantan Serambi Mekah

Seorang pengetua sekolah menengah agama di Machang, ditahan polis kerana dipercayai merogol pelajarnya sejak tiga tahun lalu.

Kejadian itu terbongkar sejak beberapa hari lalu sebelum pengetua berusia 45 tahun itu ditahan di kediamannya jam 6.30 pagi tadi di Machang.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, ketika mengesahkan perkara itu berkata, pengetua dan pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan dipercayai bercinta dan sentiasa berhubung tanpa pengetahuan keluarga.

“Modus operandi yang dilakukan suspek adalah dengan mengajak mangsa ke sekolah dipercayai beberapa kali seminggu ketika ketiadaan murid lain serta guru. Kejadian rogol itu dilakukan di sekolah.

“Kejadian itu mula terbongkar apabila pihak ketiga yang mengetahui perkara itu membuat aduan kepada Talian Kasih sebelum

perkara itu dimaklumkan kepada pihak polis.

“Sebaik ibu bapa berkenaan bertanyakan kepada pelajar berkenaan apa yang berlaku, pelajar berkenaan mengaku sebelum polis menghantarnya ke Hospital Raya Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengetua berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak selain sudah bertugas di sekolah menengah agama itu sejak beberapa tahun lalu.

“Berdasarkan siasatan awal polis, pelajar berkenaan tidak diugut oleh pengetua itu sepanjang dua tahun lalu sebaliknya apa yang berlaku sudah ada persetujuan bersama antara mereka.

“Mungkin mereka bercinta dan kedua-duanya sentiasa berhubung secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek direman pagi ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/12/763595/pengetua-ditahan-dipercayai-rogol-pelajar

KELANTAN GEDUNG ILMU SESAT

Image may contain: 1 person, text
Farid Ibnu Ismail is with Mohd Fitri.

DtsectetmombtgSerrm 29o,s lp2don0usto17Srlrued  · 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan larangan mencetak,menjual,menerbit dan memiliki 21 jenis buku termasuklah;

1-Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan (Hampir Tidak Kesampaian Berakhir Tiada Kesudahan).

2-Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan (Dimanakan Ku Cari Ganti).

3-Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan (Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri).

4-Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan (Pencarian Ilmu Di Hujung Rasa).

Individu yang mencetak,menerbit,menjual serta memiliki boleh disabit kesalahan dengan penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM 20,000 atau kedua-duanya sekali dibawah seksyen 8(2) Akta 301.Sumber:Kosmo! 29 Disember 2017Link:http://www.kosmo.com.my/…/21-penerbitan-buku-dikenakan…

SERAMBI MEKAH BERTUKAR KEPADA SERAMBI SYAITAN-TAKBIR.

Negeri Serambi Mekah ‘juara’ kes penyalahgunaan dadah

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan negeri di pantai timur Semenanjung, Kelantan mencatatkan kes paling ramai dalam kalangan pelajar sekolah rendah hingga menengah berusia 12 hingga 20 tahun terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Dilaporkan bahawa seramai 1,417 individu terjebak bagi tempoh tiga tahun sejak 2018 hingga Jun lalu.

Menurutnya, remaja dan pelajar sekolah sentiasa berisiko terdedah dengan penyalahgunaan dadah akibat kewujudan pelbagai jenis dadah sintetik yang semakin berleluasa.

Ujarnya, kumpulan dadah yang paling menjadi pilihan pelajar ialah Amphetamine-Type Stimulants (ATS) seperti syabu, pil kuda dan ekstasi apabila sebanyak 8,052 ketagihan direkodkan.

“Apa yang membimbangkan, ketagihan akan menjadi lebih teruk apabila penagih bergantung kepada dadah ini sehingga menyebabkan masalah mental,” tegasnya.

Zulkifli berkata, kemasukan dadah dipercayai melalui jalan-jalan tikus memandangkan kedudukan negeri-negeri terbabit yang berdekatan dengan negara-negara jiran.

Tahun lepas, Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat dikesan berlaku seawal usia tujuh tahun.

Statistik terkini pula menunjukkan 74 peratus penagih baharu datang dari golongan berusia 19 hingga 39 tahun. Pada setiap hari kira-kira 70 penagih dadah baharu direkodkan dan angka ini amat membimbangkan apabila dadah kini menjadi pilihan utama masyarakat.

Beliau menggesa ibu bapa agar memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam kegiatan berkenaan.

“Ini kerana kita dapati punca utama penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berlaku atas faktor kekurangan masa ibu bapa bersama anak-anak selain tidak mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan.

“Oleh itu, dalam tempoh seminggu sekurang-kurangnya perlu ada sekali waktu perlu diluangkan ibu bapa untuk anak-anak mereka,” katanya.

Inilah dia masalah di hadapan mata yang cuma dipejamkan oleh pemimpin politik yang hanya sibuk mencari kuasa dan kekayaan sendiri. Ibu bapa terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk keluarga sehingga kebajikan anak-anak terbiar.

Sungguh memalukan apabila negeri-negeri yang terbabit majoriti penduduknya beragama Islam. Salah DAP juga ke? Atau mahu menunggu Ustaz Ebit selesaikan isu ini?

Ulamak Pas Kelantan Tidak Pandai Tadbir Negeri.

Image may contain: 2 people, including Khairuddin Abdulaziz, people smiling

Screenshot_2019-11-30-08-28-03-48Screenshot_2019-11-30-08-27-55-87

Biar rakyat papa kedana asalkan pemimpin bergaya.

Image may contain: 11 people, people smiling, text

Mana-mana walaun teringin nak jadi orang besar hanya kena belajar jadi muka tebal untuk minta sedekah dengan Lim Guan Eng.

Tokan Dadah Kelantan Ditahan Sebelum Ke Mekah Dalam Kes Pil Kuda Bernilai RM 11 Juta – Utamakan Barangan Keluaran Orang Melayu Dan Islam.

Image may contain: 1 person, text

Utamakan Barangan Keluaran Orang Melayu Dan Islam.