Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Covid-19: KKM kesan satu mutasi lebih ganas, jangkiti 120 individu – Dr Noor Hisham

Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap COVID-19 mendapati terdapat satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia membabitkan kes ke-26, di mana mutasi tersebut dikesan pada kodon 15.

“Jadi, mungkin kes ke-26 ini menjangkiti (pesakit) kerana mutasi tersebut. Jadi, mutasi baharu lebih dahsyat dari segi jangkitan ataupun penularan dalam kalangan indvidu-individu terlibat, itu yang pasti,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.

Loading…

Mengulas lanjut, beliau berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah pun melakukan pengasingan virus dan kultur tersebut.

Namun, katanya tumpuan perlu dilakukan untuk mengkaji sama ada terdapat strain yang berbeza.

“Setakat ini yang kita pasti ialah lihat pada gelombang pertama dan peringkat awal gelombang kedua. Kes-kes kita adalah daripada strain B iaitu sama dengan di Wuhan, China berbanding dengan strain A di Amerika Syarikat (AS) dan strain C di Eropah.

Loading…

“Tetapi apa yang kita perlu laksanakan ialah membuat kajian untuk gelombang kedua (membabitkan) pesakit-pesakit kita yang telah disahkan (positif COVID-19) dan pulang dari negara tertentu, contohnya. Jadi, kita masih melaksanakan pengasingan kultur dan kajian virus tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, penyelidik di Institut Genomik Bioperubatan Negara (NIBMG) India mendakwa mengesan 10 mutasi berbeza, di mana salah satunya disifatkan lebih berbahaya.

Jenis mutasi tersebut diklasifikasikan sebagai A2a dan disifatkan lebih cepat menular dalam kalangan manusia. – Astro Awani

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/04/covid-19-kkm-kesan-satu-mutasi-lebih-ganas.html#ixzz6L3SKeAzW

Inilah 4 panglima yang sering membantu saya – Dr Noor Hisham

Malaysiakini

Ketika pujian dan harapan yang tinggi terus menerus masuk untuk Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dia dengan pantas menepis semua pujian yang diberikan kepadanya.

Dr Noor Hisham menegaskan bahawa semua kecemerlangan Kementerian Kesihatan dalam memerangi Covid-19 bukan hanya miliknya.

Di akaun Facebook rasminya, Dr Noor Hisham memberi penghargaan kepada “panglimanya”, Datuk Dr Rohaizat Yon (Timbalan Ketua Pengarah, Perubatan), Datuk Dr Chong Chee Keong (Timbalan Ketua Pengarah, Kesihatan Awam) dan Dr Hishamsham Mohd Ibrahim ( Timbalan Ketua Pengarah, Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) serta Dr Norhayati Rusli, pengarah bahagian kawalan penyakit kementerian.

Nama yang disebut beliau adalah wajah-wajah yang tidak asing lagi sepanjang wabak Covid-19, kerana mereka sering berada di sisinya semasa sidang media harian kementerian itu.

“Di dalam perang menentang penularan wabak COVID-19, saya sentiasa dibantu oleh ‘panglima-panglima’ yang sering berada di kiri dan kanan ketika sidang media berlangsung,” tulis Dr Noor Hisham, sebelum menamakan keempat-empat pegawai tersebut.

Ini bukan kali pertama Dr Noor Hisham menepis pujian yang diberikan kepadanya kerana pengurusan wabak Covid-19 di negara ini.

Ketika diminta mengulas mengenai disenaraikan di antara tiga doktor terkemuka dunia dan pegawai kesihatan awam atas pendekatannya dalam menangani wabak Covid-19, Dr Noor Hisham berkata: “Saya melihat ini sebagai pengiktirafan bagi negara, bukan saya.”

Dua doktor lain yang disenaraikan oleh China Global TV Network (CGTN) adalah pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci dan ketua pengarah kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/22/dr-noor-hisham-pays-tribute-to-his-four-039generals039-in-fb-post

Noor Hisham antara tiga doktor terbaik, diyakini di dunia

KUALA LUMPUR – Komitmen Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengetuai Kementerian Kesihatan (KKM) memerangi wabak koronavirus (Covid-19) bukan sahaja mendapat pujian rakyat Malaysia, bahkan turut diiktiraf dunia.

Terbaharu, Dr Noor Hisham termasuk dalam ranking tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak itu.

Stesen televisyen China, Global TV Network menganugerahkan pengiktirafan itu kepada Dr Noor Hisham yang turut menyaksikan pakar kesihatan masing-masing dari Amerika Syarikat dan New Zealand iaitu Dr Anthony Fauci dan Dr Ashley Bloomfield turut tersenarai.

Dr Noor Hisham, 56, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013 dan berasal dari Kuala Lumpur, sememangnya mendapat kepercayaan penuh rakyat Malaysia susulan kekerapan beliau mengemas kini data situasi semasa keadaan Covid-19 menerusi media sosial dan sidang media.

Beliau juga difahamkan sentiasa bekerja lebih masa mengetuai pasukan perubatan negara dalam memastikan rantaian penularan Covid-19 dapat diputuskan segera.

Bahkan, Dr Noor Hisham merupakan seorang pemimpin tegas yang tidak takut melontarkan kebimbangan terhadap sebarang keputusan kerajaan yang dilihat mampu memberi impak negatif terhadap usaha menangani Covid-19.

Dr Fauci dan Dr Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.

Selain itu, keupayaan menjadi sumber maklumat paling telus serta meredakan keadaan panik orang ramai terhadap penularan Covid-19 di negara masing-masing menyebabkan ketiga-tiga tokoh perubatan itu menerima pujian menggunung sejak beberapa minggu ini. – Sinar

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/04/noor-hisham-antara-tiga-doktor-terbaik-dunia.html#ixzz6JjOwJSfr

Kejayaan hari ini kerana perancangan Disember 2019 – Dr Noor Hisham

Kejayaan hari ini kerana perancangan Disember 2019 – Dr Noor Hisham

Mendengar Pengiktirafan Dunia pada kejayaan Kementerian (KKM) di bawah Dr. Dzulkefly Ahmad pada Buletin TV3 malam tadi, terutamanya kenyataan Ketua Pengarah pada kecemerlangan Belanjawan 2020 oleh Kerajaan lepas menjadikan kita begitu berbangga dan bersyukur bahawa tema “Rahmatan lil ‘Alamin” yg dilulus oleh Majlis Raja-Raja dan diangkat sebagai Dasar Kerajaan menunjukkan betapa dekatnya kita pada Ketaqwaan apabila Negara diuruskan penuh ‘adil oleh individu yg punyai kredibiliti & integrity (Amanah).

Ummah & Negara merindui saat itu…

Pengkhianatan politik yg dilakukan oleh Mahyuddin, Azmin, Zuraida, semua cartel bersama Umno/Pas yg dipimpin oleh Zahid & Hadi adalah satu kecelakaan & malapetaka politie sebenarnya pada ummah & Negara.

Satu persatu kita akan terus melihat kaffarah Allah akan timpa pada pengkhianatan ini.

Terkini, Menteri KPT yg jaga IPT mengajak mahasiswa berbuat maksiat tiktok pada Sya’ban yg sedang diuji ini adalah jelas betapa curruprlt & kebiadaban party Umno dan komplot pengkhianat itu membawa Negara

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashi…/10157997917554876

Tahniah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah & Frontliners Malaysia

1 TAHNIAH FRONLINER

1 MENTERI MELAYU BODOH

Dr Dzul, Belajarlah Dari Keangkuhan Singapura

April 12, 2020
Saya terkejut bila hari ini Dr Dzul dilaporkan berkata kerajaan patut buat ujian antibodi COVID-19 (serological test) besar-besaran dan bukannya memanjangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) [1]. Saya tak boleh bayang kalau dia masih lagi Menteri Kesihatan.

Dr Dzul, nasihat saya belajarlah daripada keangkuhan Singapura. Ketika kita mula melakukan PKP, Singapura negara terawal mengkritik kita. Kita dituduh ekstrem, tindakan tidak kompeten, merosakkan ekonomi dua negara dan bermacam lagi [2].

Ya. Mereka ada fasiliti kesihatan bertaraf dunia. Rakyat mereka paling berdisiplin dan paling patuh arahan. Ujian besar-besaran dibuat kerana mereka yakin simptom awal dapat dikesan.

Mereka melakukan 72,680 pengujian setakat 7 April 2020. Atau nisbah 12,250 pengujian per sejuta penduduk – antara tertinggi di dunia. Malah nisbah ini sebenarnya lebih tinggi daripada Korea Selatan (9100 ujian per sejuta penduduk)

Tetapi Singapura silap. Mereka gagal mengambil kira faktor luar jangka. Contohnya 88% pesakit COVID-19 sebenarnya tiada simptom / mempunyai simptom minimum. Tetapi masih mempunyai potensi menyebarkan virus kepada orang lain.

Singapura rebah. Kes positif tiada tanda turun. Kadar kesembuhan mereka adalah 23.7%, lebih rendah daripada kita yang mencatat 44%. Akhirnya Singapura terpaksa mengalah dan mengisytiharkan lockdown (mereka panggil Circuit Breaker) bermula 7 April

Tetapi sudah terlambat. Kes mereka menjadi tidak terkawal. Pada 9 April mereka menerima 287 kes positif – lebih tinggi daripada kadar harian paling buruk negara kita.

Singapura menyesal. Lawrence Wong, Menteri Pembangunan Negara mereka mengatakan, “Jika saya tahu virus ini boleh merebak dengan cepat, saya akan melakukan tindakan yang berbeza (daripada sebelum ini iaitu ujian besar-besaran dan amalan social distancing sahaja)”

Bahayanya Singapura sehinggakan BBC sendiri memberi amaran bahawa dunia hari ini sepatutnya mula bimbang dengan trend yang sedang berlaku di negara tersebut. [3]

Jauh berbeza dengan Malaysia. Bukan sahaja PKP yang dijalankan telah berjaya mengurangkan kes-kes aktif malahan usaha dan inisiatif terutama oleh pasukan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah berjaya memastikan negara kita bersedia untuk pandemik yang lebih serius

Dengan kurang daripada 2500 kes aktif hari ini, kita masih jauh daripada kapasiti maksimum 7000 pesakit yang boleh dirawat di pusat-pusat kesihatan negara.

Pengujian kes kita juga semakin lama menunjukkan angka yang memberansangkan. Kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi Menteri dan MOSTI pada akhir Mac membolehkan 10 makmal tambahan digunakan bagi pengujian pada skala yang lebih besar. [4]

Ia akhirnya menyumbang kepada peningkatan pengujian harian daripada 5,341 pada 29 Mac kepada 12,138 pengujian pada 7 April.

Itulah jasa Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Ingatlah. Jangan dipandang sangat kehebatan negara luar. Kerana kadang-kadang yang memukau itu cumalah kosmetik yang meliar.

Banggalah dengan negaramu sendiri. Yakinlah dengan bakat tanah air mu ini. Percayalah dengan kesabaran setiap rakyat yang senyum menanti.

Hanya dengan itu perang ini akan kita menangi

#KitaAkanMenang
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu
p/s:
Bertuahlah jadi rakyat Malaysia.

Syabas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan barisan hadapan (doktor, jururawat, pembantu perawatan kesihatan, pemandu ambulans dan kakitangan perubatan yg lain termasuk cleaner, polis, tentera, KKM, agensi2 dan pihak berkuasa terlibat, sukarelawan, NGO dll yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm memerangi Covid-19) kamu semua adalah wira negara ini.

Teruskan perjuangan kamu demi negara.

InshaaAllah #MalaysiaHarmoni.

Noor Hisham terpilih sertai saintis dunia lakukan kajian perangi Covid-19-Tahniah.

Image may contain: 1 person, text that says 'astro AWANI Malaysia Noor Hisham terpilih sertai saintis dunia lakukan kajian perangi COVID-19'

Tahniah Ketua Pengarah Kesihatan, Membanggakan Nama Negara!

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah dipilih menyertai sekumpulan saintis dunia untuk membuat kajian memerangi pandemik COVID-19.

Noor Hisham merupakan salah seorang penandatangan dan ahli Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 tersebut.

Dalam satu kenyataan, Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbangga dapat menyertai gabungan yang berusaha mencari penyelesaian yang akan memberi manfaat kepada semua.

https://web.facebook.com/sahabatdap/photos/a.685871631513929/2537101889724218/?type=3&theater