Hukum Makan Dedak Najis Rasuah Najib

KE MANA PERGINYA USTAZ HAZMI DIBOK APABILA MENGETAHUI PERIHAL DEDAK?

Sungguh, Ustaz Hazmi Dibok di belakang saya. Ada orang kata, dia sebelah saya. Saya benar-benar yakin, beliau beralih dari kanan saya ke belakang ketika peristiwa hitam itu.

Katika itu, saya bebar-benar mendekatinya. Saya benar-benar perlu berdepan di hadapannya kerana saya memang mengkritik beliau yang menuduh kami adalah kumpulan ‘jemaah dalam jemaah’. Saya kritiknya sehingga dia tidak mampu membalas balik. Terdiam seribu bahasa. Sebolehnya, saya nak dengar hujah di mulutnya. Namun, beliau memang mendiamkan diri apabila bertemu.

Anggapan saya ketika itu, agaknya dia sedar kesilapan tuduhannya ke atas kami. Rupanya tidak, pada hari kami mendengar pembongkaran dedak, beliau masih menyokong pemberi dedak. Beberapa kali saya bertanya rakan-rakan, beliau ke mana? Kenapa senyap?

Rupanya, beliau sudah jadi ‘syaitan bisu’. Baru saya kenali watak rakan saya ini. Tulisannya tajam bermain kata-kata, tetapi senyap atas kemungkaran.

Saya pelik, beliau beranggapan isu ini dianggap khilaf yang boleh jadi halal dan boleh jadi haram. Pada mulanya, saya tak ambil serius kata-katanya kerana bidangnya adalah qiraat, bukan fekah. Tapi, makin lama, makin mual dengan pandangannya.

Untuk Ustaz Hazmi Dibok, memang ada kelonggaran kepada pemberi dedak yang terdesak untuk meminta keadilan dan menolak kezaliman. Tetapi, tiada khilaf hukum haram kepada penerima dedak.

Fahamilah, YB Ustaz Nik Abduh (UNA) dan sekutunya adalah penerima dedak yang tanpa khilaf kerana tiada keadaan atau situasi terpaksa terima dedak. Hanya kelonggaran diberikan dalam keadaan terdesak apabila penerima memaksa pemberi memberi dedak.

Kalau susah sangat nak faham, marilah kita berwacana mengenai isu dedak ini. Kita bentang hujah masing-masing agar benar-benar jelas yang mana haram dan yang mana halal. Percayalah, hukum halal dan haram bukan dengan menggunakan persepsi tetapi hukum halal dan haram bersandarkan nas al-Quran dan al-Sunnah.

Dr. Muhammad Atiullah bin Othman
5 Ramadan 1440
10 Mei 2019

RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA

72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/

 

HADI MASIH BUTA DAN TIDAK DAPAT MELIHAT KEBENARAN, WALAUPUN SERIBU BUKTI JENAYAH NAJIB TELAH DIZAHIRKAN.

 

Hidup Islam Bersama KERAJAAN PAKATAN HARAPAN , Dibawah Pimpinan Tun M Beragama  Islam, Bermazhab Syafie  Dan Marilah Bersama-sama  Kita Berselawat  Kepada Rasulullah SAW Junjungan Kita Dengan Lafaz..  اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

 

SEMOGA KITA SEMUA MENJADI UMAT RASULULLAH SAW DI AKHIRAT NANTI.

Mengeluarkan Zakat daripada 
modal induk haram

1 HARAM PUASA 1MDB1 PARTI LANUN

 

SAYA mempunyai kemusykilan yang sekian lama bersarang di minda. Soalannya, apakah hukumnya apabila sebuah syarikat induk yang menjalankan perniagaan 100 peratus haram. Misalnya kilang arak dan pusat perjudian dan kemudiannya ia menubuhkan sebuah anak syarikat yang menjalankan penternakan ayam (iaitu halal 100 peratus). Apakah anak syarikatnya itu wajib menunaikan zakat perniagaan? Bukankah anak syarikat itu mendapat suntikan modal daripada induknya yang jelas haram perniagaannya? Harap penjelasan ustaz, terima kasih.

JAWAPAN

Segala puji-pujian bagi Allah SWT yang terus memberikan kita kekuatan akal fikiran sehingga dapat terus berfikir demi kebaikan diri dan ummah keseluruhannya. Sesungguhnya, soalan yang dikemukakan oleh saudara ini amat besar faedahnya. Moga-moga saya diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk memberikan jawapannya.

Sebenarnya, jauh sebelum saudara mengemukakan soalan ini, pihak pusat zakat memang ada menerima zakat dari syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan yang halal, namun diketahui juga bahawa induknya memang menjalankan perniagaan yang haram. Maka di sinilah timbulnya perbahasan ulama mengenai status harta yang diperoleh secara haram, kemudian diserahkan kepada pihak lain, apakah statusnya berkekalan haram atau tidak?

Sebelum itu, suka dinyatakan bahawa ulama sebenarnya membahagikan harta yang haram itu kepada dua cara memperolehnya:

  1. Haram dengan cara menzalimi orang, misalnya dengan merompak, menipu, riba, mencuri, memeras ugut dan meragut.
  2. Haram tetapi tanpa menzalimi orang, misalnya menjalankan perniagaan arak, perjudian, pelacuran, rasuah dan kelab disko.

Apakah kesannya daripada kedua-dua kaedah memperoleh harta haram berkenaan kepada zakat? Ya, hakikatnya memang ada kesannya dan ada hukumnya yang tersendiri. Bagi pihak yang mendapatkan harta melalui cara yang pertama, iaitu dengan cara menzalimi orang lain, maka harta yang diperolehnya itu adalah haram mutlak ke atas dirinya, malah haram juga diterima oleh orang lain jika mereka mengetahui ia adalah daripada hasil kezaliman.

Nabi Muhammad SAW menyatakan dengan jelas: Allah tidak menerima solat tanpa bersuci dan sedekah daripada pengkhianat (penzalim). (riwayat Imam Muslim)

Maka, orang yang mendapatkan harta dengan cara menzalimi orang lain, hakikatnya dia telah melakukan dua kejahatan. Pertama, mencari harta dengan cara haram dan kedua, menzalimi orang lain pula.

Harta yang diperoleh dengan cara seperti ini, tidak ada jalan lain kecuali hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya, kerana memang diketahui daripada siapa ia diperoleh.

Setelah dikembalikan atau diminta halal maka wajib bagi si penzalim meminta ampun kepada orang yang dizaliminya dan bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha.

Sementara itu, bagi pihak yang mendapatkan harta dengan cara kedua, ada perbahasannya yang lebih panjang. Fuqaha menyatakan, harta berkenaan memang haram mutlak buat diri orang yang mendapatkannya, namun apabila dia memberikannya kepada orang lain, maka keharaman itu tidak pula berjangkit kepada pihak yang menerimanya.

Orang yang menerimanya, halal menikmatinya biarpun dia tahu asal harta itu diperoleh daripada sumber judi, riba dan arak.

Contohnya, si Abu mendapat wang dengan cara membuka disko (di dalam disko ada arak dan judi), kemudian si Abu memberikan wang hasil perniagaannya kepada si Ali atas dasar menjelaskan hutangnya. Maka halal bagi si Ali menikmati wang berkenaan, biarpun si Ali tahu wang itu berasal daripada hasil arak dan judi.

Kenapakah wang itu menjadi halal kepada si Ali; namun haram kepada si Abu? Harus diingat, haram kepada si Abu kerana sudah terang lagi bersuluh dia melakukan pekerjaan yang haram dan pastilah hasilnya juga adalah haram. Manakala bagi si Ali, dia menerima wang itu bukan atas dasar jual beli arak atau judi, tetapi atas dasar hutang. Si Abu membayar hutangnya, maka si Ali menerima hutang. Hutang adalah halal.

Haram kepada halal

Sebelum menamatkan jawapan ini, ingin dikemukakan sebuah hadis bagaimana suatu hari Nabi Muhammad SAW memakan kambing yang asalnya disedekahkan kepada Barirah, bekas hamba Aisyah rha. Perlu diingat, Nabi SAW dan seluruh keturunannya haram memakan sedekah.

Lalu, kenapakah Nabi memakan sedekah yang diberikan kepada Barirah tersebut? Bukankah ia haram kepada Nabi? Tidak lain, kerana Barirah yang menerima sedekah itu dan kemudiannya kala Barirah memberikannya kepada Nabi, Barirah telah memberikannya sebagai hadiah (berubah status kambing berkenaan, daripada haram kepada halal).

Lalu nabi menjelaskan: Untuk dia (Barirah adalah) sedekah, untuk kita (Nabi dan Aisyah adalah) hadiah (halal dimakan). (riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Ia menunjukkan, asal harta itu haram bagi Nabi, namun berubah menjadi halal apabila Barirah menukarnya daripada sedekah kepada hadiah. Asal harta bagi syarikat induk adalah haram (kerana terlibat dengan arak dan judi); namun ia menjadi halal di sisi anak syarikatnya kerana menjalankan perniagaan minyak angin. Apa yang diambil kira bukan sebelum itu, tetapi keadaan sekarang, iaitu perniagaannya yang halal.

Kesimpulannya, wajiblah zakat bagi mana-mana pihak yang menerima harta yang didasari pekerjaan yang halal, biarpun dia tahu dia dibayar oleh pihak sebelumnya daripada sumber yang haram.

Samalah seperti kakitangan awam yang tahu sumber perbendaharaan negara adalah bercampur antara segala macam yang halal dan haram, namun dia bekerja sebagai guru dan pekerjaannya adalah halal, maka wajiblah dia mengeluarkan zakat atas pendapatannya sebagai guru. Wallahua’lam.

Berbalik pada kes Ali yang disebutkan sebelum ini tadi, banyak sekali dalil yang boleh dikemukakan demi menguatkan hujah kehalalan bagi si Ali menerimanya. Antaranya, Allah SWT menyatakan di dalam surah al-An’am, ayat 164: Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seseorang atau satu individu) melainkan dialah yang menanggung dosanya (sendiri) dan seseorang yang boleh memikul (dosa) tidak akan memikul dosa orang lain (pelakunya).

Jelas di sini, si Ali menerima hutang, itu hak Ali. Dia tidak akan dipertanggungjawabkan atas kejahatan dan dosa si Abu dalam mendapatkan wang untuk membayar hutangnya. Abu berdosa, Ali tidak.

Mungkin ada pihak yang berhujah, bukankah itu namanya seperti bersubahat atau bersekongkol dengan kejahatan? Bukankah sepatutnya jika si Ali sudah tahu si Abu mendapat wang dengan jalan yang haram, maka dia patut menolak wang itu agar si Abu mencari sumber yang lain? Jawapannya, tidak dinamakan subahat atau bersekongkol bagi Ali tatkala dia menerima hutangnya.

Namun, atas dasar Islam mencegah kemungkaran, maka wajiblah bagi si Ali membuat suatu tindakan agar pekerjaan haram si Abu dapat dihentikan. Misalnya, memberikan nasihat, teguran malah jika perlu meminta pihak berkuasa agama menutup perniagaan haram berkenaan.

Pendek kata, dia tidak boleh reda dengan pekerjaan si Abu, apatah lagi jika menggalakkannya pula. Jika dia menggalakkan Abu kekal bermaksiat, baharulah jadi subahat.

Maka, berbalik kepada persoalan yang telah dikemukakan di atas tadi, bagaimanakah status zakat perniagaan sebuah syarikat yang halal 100 peratus (misalnya syarikat minyak angin) tetapi ditubuhkan oleh sebuah induk yang haram 100 peratus?

Dengan berpandukan dalil dan kaedah di atas, maka jelas bahawa zakat perniagaan yang dikeluarkan oleh syarikat penternakan itu adalah halal, hasil perniagaannya halal dan boleh diterima sebagai zakat perniagaan. Alasannya:

Wang yang haram hanya kepada induknya (kerana jelas perniagaannya haram), apabila berpindah kepada anak syarikat ia sudah berubah menjadi halal. Ertinya induk tidak boleh membayar zakat perniagaan, tetapi anak syarikatnya boleh.

Perniagaan yang dijalankan oleh anak syarikat adalah berbeza, iaitu halal maka halallah kesemua pendapatan anak syarikat itu dan halal jugalah zakatnya.

ZAKAT wajib dikeluarkan bagi sumber pendapatan yang halal, walaupun daripada sumber yang haram. – Gambar hiasan.

http://www.utusan.com.my/mega/agama/zakat-daripada-8232-modal-induk-haram-1.104325

Penafian: Semua Komen di bawah tidak mencerminkan pendirian atau pandangan Utusan, ia merupakan pandangan peribadi penulis.

 

Najib Menggunakan Dana Wang Pencen Rakyat Malaysia Untuk Perbelanjaan Peribadi

HABISLAH !!.. Saksi bgtau di mahkamah duit2 KWAP yg diberi kpd SRC tak boleh tidak boleh digunakan untuk tanggungjawab sosial, korporat dan tujuan politik.

TAPI Najib peduli apa belasah juga utk bayar kad kredit lebih sejuta ringgit sbb ‘bershopping’ di butik Chanel, Hawaii, ubahsuai rumah Najib, utk korporat & politik termasuklah bayar utk risikan UMNO !!

MANA NAK SOROK LAGI putar belit nk bg alasan. Ada mahkamah sibuk tanya pasal untung rugi KWAP yg kamu dok heboh pasal laporan kewangan KWAP tu.

MAHKAMAH NAK TAHU KE MANA KAMU BELASAH DUIT RM42 JUTA TU !!!

~SR

NAJIB HIDUP MEWAH, RAKYAT SETIA BERSABAR

Penyamun ambik gaji RM58,605.15 sebulan..(Mei 2009 – April 2018)
Elaun khas jadi PM RM1,017,014.39

Menteri Kewangan ketika itu Najib, Telah Meluluskan bayaran elaun khas kepada Perdana Menteri ketika itu Najiib.

PERBICARAAN KES NAJIB DI MAHKAMAH TINGGI KL SEBENTAR TADI.

Zarina Yusof (Timbalan Ketua Akauntan Jabatan Perdana Menteri) memberitahu mahkamah Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai anggota pentadbiran kerajaan pada Mei 2018 menerima bayaran khas berjumlah RM1,017,014.39.

Zarina Yusuf, juga memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, jumlah pendapatan Najib bermula Januari hingga April 2009 adalah sebanyak RM48,681.65 setiap bulan.

Zarina yang juga saksi ke-27 pendakwaan berkata, pada Mei 2009 hingga April 2018 pula, jumlah pendapatan bulanan Najib sebanyak RM58,605.15.

Beliau yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan pada sesi pemeriksaan utama, berkata pada Mei 2018, selain menerima bayaran khas RM1 juta, Najib juga menerima gaji berjumlah RM6,627.09.

Saksi itu berkata, jumlah itu berkurangan kerana ia dikira dari 1 hingga 9 Mei 2018 dan selepas itu beliau bukan lagi Perdana Menteri.

“Najib juga menerima bayaran khas pada Disember 2011 dan 2012 masing-masing berjumlah RM22,826.65 dan RM11,413.30,” katanya.

Najib terima bayaran khas RM1 juta

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada prosiding perbicaraan kes yang dihadapinya membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima bayaran khas sebanyak RM1 juta pada Mei 2018 sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

Timbalan Ketua Akauntan (Pengurusan) di Jabatan Perdana Menteri, Zarina Yusuf, 49, berkata pada bulan berkenaan, Najib yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, telah menerima pendapatan berjumlah RM1,017,014.39 termasuk gaji dan elaun lain.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan mengenai maksud bayaran khas itu, saksi tersebut berkata: “Saya tidak begitu pasti mengenai perkara itu.”

Zarina, yang merupakan saksi ke-27 pendakwaan berkata pada Mei 2018, Najib juga menerima gaji RM6,627.09.

Beliau berkata demikian pada hari ke-12 perbicaraan kes bekas perdana menteri itu yang berdepan tujuh pertuduhan berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Menjawab soalan Muhammad Izzat mengenai sebab gaji yang diterima Najib berkurangan (RM6,627.09), Zarina berkata jumlah itu dikira dari tarikh 1 hingga 9 Mei 2018 kerana pada masa itu, beliau masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Zarina, yang bertugas di Bahagian Akauntan, berkata bekas perdana menteri itu juga pernah menerima bayaran khas sebanyak dua kali, masing-masing berjumlah RM22,826.65 dan RM11,413.30 pada Disember 2011 dan Januari 2013.

“Jumlah pendapatan yang diterima Najib bagi setiap bulan bermula Januari hingga April 2009 ialah sebanyak RM48,681.65 manakala pada Mei 2009 hingga April 2018, beliau menerima pendapatan bulanan sebanyak RM58,605.15,” katanya.

Saksi itu turut memaklumkan kesemua gaji dibayar kepada Najib melalui akaun Affin Bank miliknya bernombor 100040014008.

Muhammad Izzat: Siapa yang membayar kesemua gaji berkenaan?

Zarina: Kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Farah Nurdiana Azhar, pegawai tadbir berkata Najib menerima elaun sebagai Ahli Dewan Parlimen sebanyak RM6,508.59 dan elaun sebagai Ketua Dewan sebanyak RM3,846.59 sepanjang 2011 hingga 2014.

“Jumlah pendapatan bulanan untuk tempoh 2011 hingga 2014 Najib ialah sebanyak RM10,355.18 kecuali pada bulan yang beliau layak mendapat sebarang pembayaran khas,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya hari ini.

Saksi ke-26 pendakwaan itu menjelaskan bagi tempoh Januari 2015 hingga Mac 2018, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, telah menerima elaun sebagai Ahli Dewan Parlimen sebanyak RM16,000 dan elaun sebagai Ketua Dewan sebanyak RM3,846.59.

“Jumlah pendapatan bulanan untuk tempoh 2015 sehingga 2018 Najib adalah sebanyak RM19,846.59 kecuali pada bulan yang beliau layak mendapat sebarang pembayaran khas,” katanya.

Farah Nurdiana, 42, yang bertugas di Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen Malaysia, berkata pembayar kedua-dua elaun ialah Parlimen

“Berdasarkan rekod yang berada dalam milikan saya, pembayaran elaun ini dibuat kepada akaun milik Najib di Affin Bank bernombor 100040014008,” katanya.

Terdahulu, saksi ke-25 pendakwaan Daman Huri Nor, yang merupakan Setiausaha Bahagian, Seksyen Hal Ehwal Perlembagaan dan Parlimen turut memberi keterangan.

Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/26268/BERITA/Nasional/Najib-terima-bayaran-khas-1-juta?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Najib%20terima%20bayaran%20khas%201%20juta&utm_content=&utm_term=

 

Aktiviti Najib Mencuri Wang Rakyat Bermula 2011 Tetapi Kerajaan BN dan Badan2 Penguatkuasaan Undang2 Negara Tidak Bertindak.

Wang berjumlah RM1.9 bilion dipindah masuk ke dalam akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setakat tahun 2013, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu semalam.

Kemasukan wang itu berlaku antara tahun 2011 dan 2013 berdasarkan dokumen penyata akaun Ambank milik Najib, yang dirujuk peguam bela Harvinderjit Singh kepada saksi ke-21 pendakwaan, Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi.

Ketika dirujuk kepada dokumen berkenaan, Uma Devi bersetuju dengan cadangan Harvinderjit bahawa setakat tahun 2011, RM304 juta dikreditkan ke dalam akaun semasa Ambank bernombor 2112022009694 milik Najib.

Uma Devi turut bersetuju dengan cadangan peguam bahawa setakat 2012 pula, RM756 juta dikreditkan ke dalam akaun sama.

Harvinderjit kemudian mencadangkan kepada saksi itu bahawa setakat 2013, akaun itu menerima kemasukan wang berjumlah RM1.9 bilion, yang dijawab saksi, “Ya”.

Peguam itu kemudian mengemukakan Surat Arahan daripada Najib kepada Ambank bertarikh 30 Julai 2013 yang menyatakan bahawa wang berkenaan adalah derma dari Arab Saudi.

Harvinderjit: Berdasarkan kepada surat ini, adalah jelas bahawa pihak bank mengetahui wang yang dikreditkan itu adalah derma?

Saksi: Ya

Harvinderjit: Malalui surat ini, representasi yang dikemukakan kepada pihak bank ialah jumlah itu membabitkan pemulangan wang derma dan hadiah yang tidak digunakan?

Saksi: Ya

Bagaimanapun, saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau bukan pegawai yang layak untuk mengesahkan wang yang dinyatakan adalah derma, sebaliknya hanya pegawai kiriman wang yang boleh berbuat demikian.

Harvinderjit turut mengemukakan transaksi pindah masuk wang yang didakwanya terus daripada Putera Arab Saudi Faisal Al-Turki melalui dokumen penyata bank dengan nombor akaun sama kepada Uma Devi.

Dokumen itu menyatakan wang yang didakwa dikreditkan Putera Faisal ke dalam akaun Najib itu, antaranya pada 24 Februari 2011 dan 12 Jun 2011 yang satu daripada transaksi itu berjumlah RM30.5 juta, serta pada 2012 berjumlah RM152 juta.

Harvinderjit kemudian mengemukakan dokumen dua transaksi pindah masuk wang ke dalam akaun sama pada Ogos dan November 2011 berjumlah RM324 juta yang peguam itu cadangkan daripada Menteri Kewangan Arab Saudi.

Saksi itu juga bersetuju apabila Harvinderjit mencadangkan bahawa hanya pegawai kiriman wang yang boleh mengesahkan sumber dana berkenaan daripada Putera Faisal dan Menteri Kewangan Arab Saudi.

Uma Devi juga bersetuju dengan cadangan peguam berdasarkan Surat Arahan Najib kepada Ambank, wang yang tidak digunakan berjumlah AS$620 dimasukkan ke dalam akaun Ambank AmPrivate Najib yang baharu sebelum dipulangkan kepada pengirimnya.

Sementara itu saksi itu berkata, akaun Ambank Gandingan Mentari Sdn Bhd, subsidiari kepada SRC International Sdn Bhd, disenaraikan sebagai akaun berisiko tinggi.

Uma Devi berkata, ia disenaraikan demikian oleh Ambank kerana akaun itu mengendalikan jumlah aliran wang yang banyak.

Katanya akaun berkenaan memerlukan pemantauan tambahan daripada Jabatan Pematuhan bank, berdasarkan sistem bank yang tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan.

Ketika disoal Harvinderjit mengenai kaedah pemantauan dilakukan pihak bank terhadap akaun berisiko tinggi, Uma Devi menjawab: “Pihak bank akan meneliti akaun itu secara berterusan.

“Proses itu akan dibuat secara bulanan oleh Jabatan Pematuhan,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung hari ini.

https://www.bharian.com.my/…/rm19-bilion-dalam-akaun-najib-…

RM4 Bilion Masuk SRC

Image may contain: 3 people, text

Hari ke-11: Para pegawai bank lulus pindah RM4b ke SRC

Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, dijadual meneruskan keterangannya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sehingga perbicaraan ditangguhkan petang semalam Uma Devi masih disoal balasa peguam bela Najib Razak, Harvinderjit Singh.

Malaysiakini menyiarkan laporan langsung perjalanan kes berprofil tinggi ini di sini dari semasa ke semasa.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta
Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB

1 tuduhan salah guna kuasa
3 tuduhan pecah amanah
3 tuduhan pengubahan wang haram
Klik untuk perincian lanjut hakim, pasukan pendakwaan dan pembelaan

5.20 petang: DPP Sithambaram memohon perbicaraan seterusnya berlangsung pada Khamis dan meminta prosiding bermula sedikit lewat kerana pada pagi yang sama telah ditetapkan untuk pendengaran permohonan pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah.

Beliau memberitahu hakim Nazlan permohonan itu merupakan notis usul supaya perbicaraan kes Najib Razak berkaitan SRC International didengar di hadapan hakim Lawrence sebelum perbicaraan tertuduh melibatkan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Pada hari Khamis, pendakwaan mempunyai notis usul sebelum Hakim Collins meminta kes ini (percubaan SRC Antarabangsa) selesai sebelum kes 1MDB.

“Pendengaran (mahkamah di hadapan hakim Lawrence) ditetapkan pada pukul 9 pagi,” kata Sithambaram (gambar).

Peguam bela Najib, Harvinderjit menyokong Sithambaram, berkata pihaknya tidak pasti berapa lama permohonan di hadapan hakim Lawrence akan diputuskan sebelum pihak terlibat boleh hadir ke Mahkamah Tinggi dengan hakim Nazlan untuk menyambung semula perbicaraan kes SRC International.

Nazlan kemudian membenarkan permohonan perbicaraan SRC International bersambung semula pada jam 9.30 pagi Khamis minggu ini.

Mengikut salinan permohonan pendakwaan yang ditetapkan untuk pendengaran di hadapan hakim Lawrence pada hari Khamis ini, pihak pendakwa berusaha untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB yang didengar hakim berkenaan (dokumen pendakwaan merujuk kepada perkara itu sebagai “perbicaraan kes Tanore”).

Sebelum ini, perbicaraan kes tersebut ditetapkan bermula pada 14 Mei ini.

Menurut kertas mahkamah, pihak pendakwa memohon penangguhan kerana ia melibatkan perkara kepentingan awam untuk kes jenayah yang melibatkan Najib agar dapat diselesaikan secepat mungkin.

Kertas mahkamah juga menyatakan penangguhan itu perlu dilakuka supaya pembelaan tertuduh Najib tidak akan menjadi prasangka kerana beberapa perbicaraan berasingan juga menjalankan pendengaran.

4.55 petang: Saksi Wedani memberitahu mahkamah jumlah keseluruhan sebanyak RM4 bilion dimasukkan ke dalam akaun SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011 dan 2012.

Wedani memberi keterangan sejumlah RM2 bilion dimasukkan ke dalam akaun SRC International pada 29 Ogos 2011 dalam empat transaksi.

Jumlah yang sama dikreditkan secara sekaligus (lumpsum) dalam satu transaksi melalui Sistem Rentas (Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata) pada 28 Mac 2012.

Ketika pemeriksaan utama oleh DPP Sulaiman Kho, pengurus Unit Rentas Pusat Kiriman Wang Ambank itu menjelaskan pegawai bank yang berpengkat pengurus dan ke bawah boleh mengendalikan pemindahan maksimum sebanyak RM500 juta bagi setiap transaksi.

Jumlah melebih RM500 juta hanya boleh dilakukan oleh para pegawai bank berpengkat pengurus kanan dan ke atas, kata saksi itu memberi keterangannya.

Sulaiman: Mengapa 4 terma resit untukk pemindahan RM2 bilion ini?

Wedani: Sistem teras perbankan memerlukan surat rasmi kerana had pemindahan yang boleh dikendalikan (pegawai bank berpangkat) pengurus dan ke bawah.

Sulaiman: Maksud puan, masa pemindahan ini, kelulusan pegawai adalah pada had RM500 juta?

Wedani: Ya, betul.

Sulaiman: Untuk pindah RM2 bilion ini memang perlu empat transaksi?

Wedani: Ya, betul.

Sulaiman: Setiap satu RM500 juta?

Wedani: Ya betul.

Sulaiman: Dua dokumen dirujuk kepada puan, RM2 bilion pada SRC International, tapi satu resit. Kenapa?

Wedani: Duit masuk daripada KWAP kami terima pukul 5.40pm, Bank Negara Malaysia tutup jam 6 petang. Jadi kena masukkan sekaligus (one lump sum). Pengurus kanan dan ke atas boleh melakukan ini.

Sulaiman: Memerlukan kelulusan senior manager dan ke atas?

Wedani: Ya.

Sulaiman: Dua transaksi ini untuk KWAP telah berjaya dilakukan tindakan?

Wedani: Ya.

Sulaiman: Penyata bank SRC International ini, dikredit ke akaun SRC International?

Wedani: Ya.

Sulaiman: Puan rujuk transaksi ini… Minta puan rujuk penyata bank (P107). Penyata bank SRC International berakhir angka 9736.

Wedani: Ada.

Sulaiman: Mohon puan sahkan ada tertera pada penyata bank?

Wedani: Ada.

Sulaiman: Tarikh?

Wedani: 29 Ogos 2011.

Sulaiman: Ada berapa kemasukan duit pada tarikh itu?

Wedani: Ada empat transaksi.

Sulaiman: Jumlah?

Wedani: RM500 juta setiap kali.

Sulaiman: Mohon puan rujuk penyata bank SRC International berakhir angka 0650.

Wedani: Ada.

Sulaiman: Semak sama ada transaksi tertera pada penyata bank itu.

Wedani: Ada.

Sulaiman: Tarikh?

Wedani: 28 Mac 2012.

Sulaiman: Jumlah?

Wedani: RM2 bilion.

4.20 petang: Perbicaraan bersambung semula.

4.10 petang: Mahkamah berehat selama kira-kira 10 minit.

3.30 petang: Saksi Wedani Senen mengesahkan bahawa bahagian kedua sebanyak RM2 bilion mengalir masuk dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) ke dalam akaun bank SRC International pada 28 Mac 2012.

Pengurus Unit Pusat Rentas AmBank membenarkan dokumen nasihat pengesahan (confirmation advice) yang ditunjukkan oleh DPP Sulaiman Kho.

Sebelum ini, saksi R Uma Devi memberi keterangan bahawa RM2 bilion dipindahkan ke akaun SRC International pada tarikh yang sama.

Bahagian pertama sebanyak RM2 bilion telah dipindahkan dari akaun KWAP ke dalam akaun SRC International pada 26 Ogos 2011.

3.05 petang: Sejumlah RM2 bilion wang dipindahkan dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada akaun syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) pada Ogos 2011.

Saksi pendakwaan yang juga pengurus Unit Rentas Pusat Kiriman Wang Ambank, Wedani Senen memberitahu mahkamah transaksi tersebut berlaku pada 26 Ogos tahun berkenaan.

Menjawab soalan timbalan pendakwa raya, Sulaiman Kho, saksi ke-21 itu memberitahu pemindahan tersebut direkodkan melalui confirmation advice yang dikeluarkan.

Sulaiman: Boleh puan maklumkan apa dokumen ni?

Wedani: Confirmation advice. Duit masuk dari Kumpulan Wang Persaraan kepada Amislamic Bank.

Sulaiman: Jumlahnya?

Wedani: RM2 billion kepada SRC pada 26 Ogos 2011.

Sulaiman: Adakah confirmation advice ini dikeluarkan Unit Rentas Ambank?

Wedani: Ya.

Terdahulu saksi itu memberitahu mahkamah confirmation advice ialah dokumen yang dikeluarkan secara automatik oleh Sistem Rentas bank terbabit bagi melengkapkan pelaksanaan pemindahan wang dari sebuah bank ke akaun Ambank.

Katanya bagi wang yang dipindahkan dari Ambank ke bank lain dokumen berkenaan dikenali sebagai completion advice.

12.30pm – Ahli perniagaan Habibul Rahman tampil sebagai saksi. Dia menggambarkan dirinya sebagai perunding perniagaan dan penasihat korporat, dengan syarikatnya SKS pakar dalam urusan penggabungan dan penyerahan.

Nama Habibul sebelum ini dibangkitkan Rabu lalu apabila peguamnya Ashraf Abdul Razak tampil sebagai saksi.

Ashraf memberitahu mahkamah bahawa bekas perdana menteri Najib Razak memberikan cek berjumlah RM2.5 juta kepada firma guamannya untuk diberikan kepada Habibul.

Peguam itu berkata dia menerima arahan untuk mengagihkan wang berkenaan kepada isteri dan anak Habibul.

12.07pm – Pasukan pendakwaan memanggi saksi ke-22 Lew Choon Lai yang merupakan pemaju hartanah kecil-kecilan dan pemilik syarikat pengurusan majlis bernama Solar Shine Sdn Bhd.

Lew memberitahu mahkamah bahawa syarikatnya dimulakan pada 2010 dengan aktiviti utama adalah menyediakan barangan cenderahati untuk diedarkan di kawasan perumahan India.

Syarikatnya juga menguruskan majlis makan malam untuk masyarakat Cina di kawasan pedalaman, kata Lew.

Dalam sesi soal balas utama oleh DPP Saifuddn, Lew berkata dia menerima sendiri cek RM1 juta daripada Najib pada 2015.

Katanya, wang berkenaan digunakan untuk kempen mempromosikan agenda 1Malaysia.

Tambah Lew, kempen itu dugunakan untuk meninjau sentimen orang ramai terhadap dasar kerajaan, sebelum laporan diserahkan kepada Najib.

11.15 pagi: Mahkamah berehat selama kira-kira 10 minit.

11 pagi: Kata Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan dia mendapati transaksi untuk akaun bank Najib tiada melibatkan apa-apa yang mencurigakan sehingga ia boleh membimbangkan.

Kali ini disoal balas ketua pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah, R Uma Devi berkata dia tidak tahu lebih lanjut mengenai kemasukan dana didakwa dari Kementerian Kewangan Arab Saudi semasa ia berlaku.

Muhammad Shafee
Kata Uma Devi hanya kakitangan yang bertugas ketika itu mempunyai maklumat lebih banyak mengenainya.

10.41 pagi: Ketua pasukan pembelaan Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah mengambil giliran menyoal balasa R Uma Devi.

Disoal Shafee, pengurus bank tersebut memberitahu setakat apa yang dia tahu tiada amaran dikeluarkan pihak Ambank untuk meneliti transaksi mencurigakan dalam akaun Najib.

Uma Devi juga memberitahu mahkamah menjadi tugas seseorang pegawai bank yang menguruskan transaksi pelanggan untuk mengesahkan tandatangan pada sesuatu cek dan surah arahan.

Katanya proses transaksi tidak akan diteruskan jika didapati tandatangan itu tidak sepadan dengan contoh yang ada dalam pangkalan data bank.

Hal itu, kata Uma Devi, kemudian akan dimaklumkan kepada pelanggan.

Menjawab soalan Shafee, Uma Devi menambah, mengikut maklumat yang ada padanya, tiada siasatan berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram dijalankan bagi mana-mana transaksi membabitkan akaun Najib.

Shafee: Berapa banyak dana yang boleh membawa kepada siasatan?

Uma Devi: Biasanya apabila melebihi RM50,000 bank akan membuat pertimbangan.

Shafee: Untuk mengesan sumbernya?

Uma Devi: Ya, tujuan dan sumber dana.

Shafee: Dalam kes ini, daripada apa yang kamu lihat pada semua dokumen, kamu tidak melihat sesuatu yang tidak diingini. Kamu tidak mendapati sebarang dokumen menandakan sesuatu penelitian boleh dibangkitkan berhubung dana-dana tersebut?

Uma Devi: Tidak setakat rekod yang saya ada.

Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan itu juga memberitahu semua transaksi melibatkan dana RM10,000 atau lebih dari atau ke luar negara perlu diisytiharkan kepada Bank Negara.

Katanya perintah itu berkuat kuasa sebelum 2013 dan memerlukan pelanggan menyatakan – antara lain – tujuan dana itu dipindahkan.

Dia juga memberitahu mahkamah bank kemudian memerlukan surah kebenaran dari Bank Negara sebelum urusan itu boleh dilakukan.

9.50 pagi: R Uma Devi mengesahkan ada beberapa transaksi pantas yang menyebabkan akaun di Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, KL, menjadi overdraf sepanjang tempoh 2014 dan mendorong transaksi selepasnya dikawal.

Semasa disoal balas peguam bela Harvinderjit Singh, pengurus Ambank itu mengesahkan beberapa dokumen yang ditunjukkan di mahkamah berhubung transaksi berkenaanm termasuk beberapa keping cek bernilai berjuta-juta ringgit.

Harvinderjit merujuk kepada satu penyata bank untuk Sept 2014 menyaksikan sekeping cek pembayaran bernilai RM5 juta dan menyebabkan akaun bernombor akhir 898 menjadi overdraf.

Gambar fail
Sehari kemudian didapati ada pemindahan kredit bernilai RM5 juta untuk mengimbangi akaun berkenaan.

Uma Devi juga mengesahkan dana sebanyak RM10 juta dipindahkan masuk dan keluar dari satu akaun pada hari yang sama pada 10 Feb 2015.

Transaksi itu melibatkan akaun yang bernombor akhir 880.

9.08 pagi: Najib Razak tiba dalam hujan lebat. Bekas perdana menteri itu mengenakan sut berwarna krim dan terus menuju ke mahkamah tempat beliau dibicarakan.

9.21 pagi: Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali masuk ke mahkamah dan Najib mengambil tempatnya dalam kandang tertuduh.

Semalam saksi ke-21 pendakwaan R Uma Devi memberitahu baki wang dalam salah satu akaun Ambank Najib berada pada jumlah RM1.9 bilion pada 2013. Untuk rekod Najib ialah perdana menteri Malaysia pada ketika itu.

Uma Devi ditanya mengenai beberapa prosedur yang diperlukan supaya transaksi dalam jumlah yang besar itu dilaporkan kepada Bank Negara.

Perbicaraan di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali itu juga dimaklumkan, jumlah akaun berkenaan berada pada tahap RM756 juta pada 2012.

Kata Uma Devi kira-kira RM304 juta dimasukkan ke akaun Najib pada 2011 oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Selain Harvinderjit, Najib turut diwakili peguam Mohd Yusof Zainal Abiden, Kamarul Hisham Kamaruddin, Chong Loong Men, Devanandan S Subramaniam, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah, Zahria Eleena Redza dengan Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua.

Peguam Negara Tommy Thomas pula mengetuai pasukan pendakwaan yang dianggotai 12 timbalan pendakwa raya lain membabitkan Sulaiman Abdullah, V Sithambaram, Manoj Kurup, Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashraf Adrin Kamaril, Muhammad Izzat Fauzan, dan Mohd Ashraf Adrin Kamaril.

 

Najib Rasuahkan Habibul Rahman RM2.5 Juta Untuk Menjalan Risikan

Image may contain: one or more people and text

Habibul: Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik

KES NAJIB | Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak memberikan RM2.5 juta kepada salah seorang kenalan rapatnya untuk mengumpul risikan.

Saksi Habibul Rahman berkata wang berkenaan adalah untuk “manfaat politik BN”.

Wang berkenaan dikatakan disalurkan melalui cek yang diberikan kepada sebuah firma guaman.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi: Bolehkah anda menjelaskan kenapa cek itu diberikan kepada firma guaman dan bukannya anda sendiri?

Habibul: Saya sendiri minta kerana jika di bawah nama saya ia akan dianggap sebagai hasil pendapatan saya.

Bukan untuk tujuan saya. Ia untuk operasi pertahanan politik, digunakan (untuk memperoleh) risikan politik.

Saifuddin: Risikan untuk siapa?

Habibul: Ia ada tertulis dalam sebuah senarai, semua pihak yang terima (wang). Wang itu adalah untuk bayaran balik (aktiviti) politik.

(Kadang-kadang) saya perlu guna duit sendiri. Jadi saya ambil (sebahagian wang).

Rabu lalu, peguam yang mewakili Habibul, Ashraf Abdul Razak memaklumkan mahkamah mahkamah bahawa bekas firma guamannya sebelum ini menerima cek RM2.5 juta bagi anak guamnya itu.

Ashraf juga berkata dia menerima arahan daripada Habibul untuk membuat beberapa bayaran, termasuk kepada anak dan isteri Habibul.

Hari ini, Habibul menjelaskan bahawa wang yang diagihkan kepada keluarganya adalah bayaran balik wang yang dia sudah gunakan untuk tujuan mengumpul bahan risikan politik.

Habibul juga menjelaskan bahawa Ashraf tersilap memberitahu mahkamah bahawa RM2.5 juta itu adalah bagi tujuan kontrak pertahanan.

Ketika sesi pemeriksaan balas oleh peguam Shafee Abdullah, Habibul bersetuju bahawa “semua” presiden Umno menguruskan wang parti.

Ketika Shafee bertanya sama ada Habibul pernah menyoal Najib tentang sumber dana itu, Habibul berkata dia percaya ia dari “sumbangan politik”.

“Sejak 1984 ketika saya sertai Umno, orang sentiasa kata bila anda jadi perdana menteri, semua orang mahu beri sumbangan politik kepada anda,” katanya.

Shafee: Apa yang anda buat adalah operasi pertahanan politik. Adakah terlalu sensitif untuk tanya tentang perkara ini? Boleh berikan gambaran kasar apa ia sebenarnya?

Habibul: Dalam politik, anda perlu pengetahuan tertentu tentang apa yang anda jangka akan berlaku, sebab itu ada risikan politik. Anda perlukan rangkaian yang akan memberikan maklumat dari semasa ke semasa. Tiada sesiapa beri maklumat secara rahsia.

Shafee: Pernahkah anda terlibat dalam sebarang projek politik khusus?

Habibul: Saya tak fikir yang mahu jawab soalan ini. Saya tak kata ‘black ops’. (Tapi saya kata) ‘special ops’ (operasi khas).

Shafee: Ada melibatkan isu undang-undang?

Habibul: Tiada yang melanggar undang-undang. Ideanya adalah untuk meredakan krisis politik dan menyingkirkan seteru politik

 

https://web.facebook.com/PenyokongPPBMnegeriMelakaOfficial/photos/a.361556500842202/898334273831086/?type=3&theater

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan