Jalan kaki dari KL ke Kelantan, Dibuang kerja & dihalau dari rumah sewa di musim PKP.

Dibuang kerja, dihalau dari rumah sewa, lelaki nekad jalan kaki dari KL ke Kelantan

Kuala Lumpur – Gara-gara tidak bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seorang lelaki di dakwa telah dibuang kerja dan di halau dari rumah sewa oleh majikannya.

Menurut Sara Anisa, isteri kepada lelaki tersebut suaminya nekad untuk berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Tanah Merah, Kelantan kerana tidak mempunyai sebarang punca pendapatan.

“Suami aku buat kerja gila, jalan kaki balik kampung. Sekarang otw (dalam perjalanan) ke Gerik. Gilo palo mikir, duduk KL pun majikan dah halau (sebab) dah sebulan tak kerja.

Loading…

“Majikan pun halau la dari rumah yang dia duduk tu. Duit pun dah tak ada nak makan jadi dia (suami) ambil keputusan jalan kaki untuk balik rumah (di Kelantan),” ujarnya di laman Facebook sebentar tadi.

Sementara itu tinjauan di laman Facebook lelaki tersebut mendapati dia telah selamat tiba di Ipoh.

“Tunggu bila betul-betul dah sampai nanti baru saya beritahu kenapa saya boleh nekad untuk buat keputusan ini. Saya tak salahkan sesiapa musim (PKP) ini (kerana) saya sendiri yang pilih jalan ini dan nekad untuk buat keputusan ini,” luahnya pula.

Loading…

Dia yang mengunakan nama MatNoe Poksu Din dikatakan mula berjalan kaki dari Kuala Lumput lewat malam Sabtu lalu.

“Dari RTC Gipeng ke Terminal Amanjaya, dua roadlock (sekatan jalan) di 2 tol lepas. Jalan kaki seolah halimunan, tak ada yang perasan. Tahan peronda pun tak berhenti, taha lori tak berhenti (sebab) tak laray bak teruskan (perjalanan) ke Gerik dan selepas itu ke Jeli,” tulisnya pula.

MatNoe juga dilihat menolak sumbangan orang ramai dengan baik kerana mendakwa masih memiliki wang untuk makan selain turut menyatakan beliau tidak tergamak untuk mengambil wang orang ramai dalam situasi PKP ini.

Netizen memohon agar pihak berkuasa untuk membantu MatNoe supaya beliau dapat pulang ke pangkuan keluarganya di Kelantan dengan selamat. Segala update, beliau akan kongsikan di Facebook beliau. – SuaraTV/Cinca

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/04/lelaki-nekad-jalan-kaki-kl-kelantan.html#ixzz6Kx3uhXZ6

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/04/lelaki-nekad-jalan-kaki-kl-kelantan.html#ixzz6Kx3BYT3J