Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN) menyangkal dakwaan pakar perlembagaan, Dr Shamrahayu Abd Aziz yang telah memanipulasi tafsiran Perlembagaan Persekutuan serta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 terhadap soal penggantungan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ketua AWAN, Senator Aiman Athirah Al Jundi merujuk kenyataan Shamrahayu di wacana Sinar Harian baru-baru ini, bahawa tindakan melaksanakan darurat adalah untuk mengelakkan ahli politik saling jatuh menjatuhkan.
Tegas Aiman, ulasan yang dikemukakan Shamrahayu dalam wacana tersebut jelas bersifat partisan dengan penyembunyian fakta yang amat ketara, khususnya menggelapkan insiden-insiden kerakusan kuasa politik Perikatan Nasional (PN).
“Shamrahayu seolah lebih rela menggunakan statusnya sebagai ahli akademik untuk menjadi ‘enabler’ yang terjebak dengan penggelapan fakta apabila mengatakan darurat adalah satu-satunya cara berkesan menangani pandemik, sedangkan PN ternyata gagal dalam serba serbi aspek pentadbiran negara.
“Shamrahayu juga secara tidak bertanggungjawab telah menyembunyikan fakta bahawa Usul Undi Tidak Percaya atau Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri telah dinafikan melalui proses yang betul di Parlimen sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
“Pengkhianatan mandat rakyat ini telah mencetuskan episod gelap Demokrasi Berparlimen Malaysia, sekaligus membawa kepada ‘unprecendented event’ termasuk penyingkiran tidak demokratik speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Aiman, Kenyataan Shamrahayu jelas menggadaikan kejujuran akademik kerana hakikatnya politiking jatuh-menjatuhkan yang diamalkan oleh Muhyiddin lah yang membawa kepada kehilangan seorang Speaker Dewan Rakyat yang berjaya mengangkat martabat Parlimen dan ‘separation of power’ ke satu aras yang belum pernah berlaku di Malaysia.
Beliau turut menggesa agar ahli-ahli akademik tampil dengan ulasan lebih bertanggungjawab, mempertahankan fakta serta integriti intelektual dan paling penting, mempertanggungjawabkan kerajaan yang sepatutnya terus berusaha menghilangkan kelaparan, kejahilan, kebimbangan serta kedukaan rakyat.
Malangnya beliau berkata, kebanyakan ahli akademik yang tampil dalam forum awam gagal mencungkil fakta-fakta ini secara telus.
Gempar! 61,392 kilogram daging ayam sejuk beku dari Thailand dirampas
Cubaan membawa masuk 5,161 ayam sejuk beku seberat 61,932 kilogram (kg) bernilai RM495,608 dari Thailand gagal apabila dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), kelmarin.
Kesemua ayam sejuk beku itu dirampas dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Malaysia (ICQS) pada 4 petang.
Pengarah MAQIS Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, daging ayam sejuk beku itu dibawa masuk itu tanpa mematuhi syarat import iaitu dipercayai datangnya dari pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf dan meragukan.
Beliau berkata, kegagalan untuk mengemukakan maklumat berkenaan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.
“Pihak MAQIS tidak akan leka serta memandang mudah terhadap perkara ini dan akan terus komited dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikro-organisma dan makanan yang diimport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar dan tidak menjejaskan sektor pertanian negara serta mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan,” katanya. – HM
Pengurusan pandemik tidak terkawal, doktor-doktor pakar hantar surat terbuka kepada PM
ULASAN | Kami seperti penama-penama di bawah melihat status terkini wabak Covid-19 negara dengan penuh kerisauan dan keprihatinan. Pengurusan pandemik Covid-19 negara memberi gambaran yang suram dan tidak terkawal. Walaupun dijalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan intervensi kesihatan yang lain, laporan harian kes masih tidak menunjukkan tren penurunan. Kadar Insiden Terkumpul (bagi setiap 100,000 penduduk) dan Kadar Kebolehjangkitan (kes aktif bagi setiap 1,000 penduduk) tidak melandai, dengan Kadar Kebolehjangkitan berada pada tahap 0.879 bagi setiap 1,000 penduduk. Ini bermaksud antara 8 hingga 9 orang telah dijangkiti untuk setiap 10,000 orang.
Kadar Ujian Pengesanan Positif meningkat, berada pada tahap 8.9 peratus pada 3 Januari 2021, jauh mengatasi tanda aras keberkesanan pengawalan pandemik yang ditetapkan oleh WHO pada kadar 5 peratus. Izinkan kami mengusulkan 10 cadangan tindakan segera bagi menghindari Covid-19 di Malaysia sebelum ia menjadi lebih kritikal. Pertama, meningkatkan ujian pengesanan secara bersasar, besar-besaran dan lebih kerap menggunakan rapid antigen test kits (RTK-Ag) yang lebih mudah, murah dan pantas daripada PCR, untuk merencatkan penularan jangkitan Covid-19. Kedua, diagnosis awal RTK-Ag dalam tempoh masa kurang daripada 24 jam membolehkan isolasi serta merta dan membantu pengesanan kontak dengan segera.
Ketiga, pengesanan kontak menggunakan aplikasi digital mempercepatkan proses pengesanan. Disamping itu, teknologi data sains dan machine learning boleh dimanfaatkan untuk mencari kawasan sasaran untuk saringan dijalankan. Hanya melalui respon segera Find-Test-Trace-Isolate (FTTI) ini sahaja boleh memecahkan kluster Covid-19 dan seterusnya mengurangkan penyebaran sporadik virus ini. Keempat, dengan program ujian yang bersasar dan besar-besaran ini kes Covid-19 dijangkakan akan meningkat. Maka untuk melindungi kapasiti penjagaan kesihatan negara, kami menganjurkan kes klinikal tahap 1 dan 2 diisolasikan di rumah dengan garis panduan yang jelas daripada MOH. Tahap kesihatan mereka boleh dipantau secara harian dengan aplikasi digital, disokong dan dibantu oleh komuniti setempat dan penghantaran segera ke hospital Covid-19 bagi kes yang semakin merosot.
Kelima, kita mestilah melindungi kecemerlangan perkhidmatan kakitangan medikal dihospital Covid-19 kerajaan dengan memindahkan semua pesakit bukan Covid-19 ke hospital kerajaan dan swasta yang tidak merawat pesakit Covid-19. Ini membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada kes Covid-19 yang serius dan tidak terganggu dengan kes Covid-19 yang tiada bergejala atau gejala kecil sahaja. Keenam, memberi sokongan kepada industri yang penting untuk keutuhan ekonomi negara dengan program kesihatan awam yang berupaya mengurangkan 3Cs. Inisiatif POIS (Preventing and early detection of Outbreaks at Ignition Sites) adalah kerjasama pihak kerajaan, sektor swasta dan NGO yang menekankan pengesanan awal, peningkatan kesihatan umum dan pendidikan kesihatan majikan industri dan pekerja asing.
Inisiatif POIS yang dibangunkan dengan konsultasi antara industri dan WHO boleh digunapakai di pelbagai tempat sebagai alat operasi kesihatan awam. Ia merangkumi pendekatan whole-of government dan whole-of-society. Ketujuh, inisiatif sebegini juga perlu dilaksanakan di kawasan panas wabak Covid-19 yang lain, seperti di penjara dan pusat tahanan. Kelapan, mempercepat proses pengawalseliaan imunisasi, sebaik sahaja dos pertama vaksin tiba di lapangan terbang. Makluman awal kepada rakyat berkaitan pencegahan Covid-19 dan membendung berita palsu mengenai vaksin akan memperkasakan rakyat dengan informasi dan persetujuan ketika Covid-19 vaksin tiba.
Selain keutamaan diberikan vaksin kepada kumpulan berisiko tinggi, pertimbangan harus diberikan juga kepada golongan pekerja asing diindustri dan komuniti orang pelarian yang merupakan lubuk penyakit berjangkit. Kerajaan mesti menetapkan kos vaksin yang tidak melebihi RM100 bagi setiap dos bagi mereka yang mendapatkan suntikan di klinik swasta dan ujian RTK-Ag mesti tidak melebihi RM100 bagi setiap ujian untuk memastikan rakyat mampu menampung kos vaksin dan ujian dan negara mencecah liputan vaksin dan ujian yang tinggi yang bakal melindunginya daripada ancaman Covid-19 yang berterusan Kesembilan, membentuk suatu pasukan petugas khas Covid-19 yang keahliannya terdiri daripada pakar perubatan, ekonomi dan pelbagai sektor yang berkaitan perlu dibentuk dengan kadar segera untuk menyediakan khidmat nasihat kepakaran dan menyelaraskan respons pelbagai kementerian dan agensi didalam kerajaan untuk membenteras pandemik Covid-19.
Pasukan petugas khas Covid-19 akan memacu negara keluar dari wabak ini dengan kerap mengemukakan cadangan dan odit kepada kabinet, dan menekankan unsur-unsur memelihara nyawa, kesihatan fizikal, emosi dan mental rakyat jelata dan juga memelihara kesihatan ekonomi negara. Untuk memastikan kebebasan pasukan petugas khas Covid-19, pemilihan ahli perlulah dilakukan oleh, Persatuan Perubatan Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, Persatuan Pakar Kesihatan Awam Malaysia dan Persatuan Pakar Kesihatan Hospital Swasta Malaysia.Kesepuluh, jangan mempolitikkan pendemik ini, sebaliknya mendapatkan konsensus bipartisan dan pendekatan untuk melandaikan lengkuk pandemik, mempercepatkan usaha untuk mencapai imuniti komuniti untuk membentuk perlindungan masyarakat didalam rangka untuk wujud bersama (co-exist) dengan koronavirus. Mengadakan PRU15 semasa peningkatan wabak yang tidak terkawal akan membawa bencana seperti apa yang telah terberlaku di PRN Sabah.
Ini adalah pengurusan kesihatan awam yang asas di mana kami percaya YAB Tan Sri akan mempertimbangkan segera dan memandang serius untuk mengurangkan akibat yang tidak diingini berikutan wabak itu, untuk melindungi nyawa dan mata pencarian rakyat, dan memulihkan semula ekonomi Negara kita. Surat terbuka ini disokong oleh individu berikut, mengikut urutan abjad: Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman (Former Director- General of Health)Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman (Secretary General, Federation of Islamic Medical Associations)Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman (Professor of Medicine, Universiti Malaya)Prof Dr Ahmad Hata Rasit (Deputy Vice Chancellor and Consultant Orthopaedic Surgeon, Universiti Malaysia Sarawak)Dr Ahmad Munawar Helmi bin Salim (Immediate Past Chairman, Islamic Medical Association Response & Relief Team)Dr Azhar Abdul Aziz (Consultant Emergency Physician)Dato’ Dr Amar-Singh HSS (Consultant Paediatrician)Prof Dato’ Dr Azizi Haji Omar (Past President Malaysian Paediatric Association)Datuk Dr Christopher Lee (Former Deputy Director-General of Health (Research & Technical Support)Dr Dhesi Baha Raja (Consultant Public Health Physician & Chief Medical & Innovation Officer of AinqaHealth)Dr Gunasegaran PT Rajan (Past President, Obstetrical & Gynaecological Society of Malaysia)Dr Hung Liang Choo (President, Malaysian PaediatricAssociation)Dato’ Dr Jahizah Hassan (President, College of Anaesthesiologists)Dr Jeffrey Abu Hassan (Immediate Past President, Islamic Medical Association Malaysia)Dr Johari Bux (Past President, Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia)Emeritus Prof Jomo Kwame Sundaram (Former United Nations Assistant Secretary General)Dr Khor Swee Kheng (Independent Consultant, Health Systems and Policies, Consultant in Health Policies, and Malaysian Health Coalition)Datuk Dr Kuljit (President, Association of Private Hospitals Malaysia)Dr Lim Teck Onn (Former Director, Clinical Research Centre MOH)Prof Datuk Dr Lokman Hakim bin Sulaiman (Pro-Vice Chancellor (Research) International Medical University and Former Deputy Director General of Health-Public Health)Dr Mary Suma Cardosa (Past President, Malaysian Medical Association)Dr Milton Lum (Past President, MMA and Federation of Private Medical Practitioners Association Malaysia)Asst Prof Dr Mohammad Farhan bin Rusli (Consultant Public Health Physician, International Islamic UniversitiMalaysia)Datuk Prof Dr Mohamed Hatta bin Shaharom(President, Malaysian Society of Psychospiritual Therapy)Dr Mohammad Iqbal Sarwar (Consultant Paediatrician, KPJ Damansara Specialist Hospital)Dr Mohamed Namazie Ibrahim (Past President, Malaysian Medical Association)Dr Muhamad Yusri Musa (President, Islamic Medical Association Malaysia)Dato’ Dr Musa Mohd Nordin (Chairman, Advisory Council, Federation of Islamic Medical Associations)Dato’ Dr Narimah Awin (Former Director of Family Health Development)Prof Dr Norlisah Mohd Ramli (President, College of Radiology of Malaysia)Associate Prof Dr Pang Yong Kek (Respiratory Consultant, Universiti Malaya Medical Centre)Prof Dr Roslina Abdul Manap (Scribe, Academy of Medicine of Malaysia)Prof Dr Rosmawati Mohamed (Master, Academy of Medicine of Malaysia Dr Sevellaraja Supermaniam (Past President, Asia Pacific Association of Gynaecological Endoscopy and OGSM)Puan Shariah Asiah (President, Malaysian Nursing Association)Dato’ Dr Sivamohan Namasivayam (Board Member, Association of Private Hospitals Malaysia)Dr Steven Chow (President, Federation of Private Medical Practitioners Association Malaysia)Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy (President, Malaysian Medical Association)Dr Tang Boon Nee (Past President, Obstetrical and Gynaecological Society Malaysia)40. Dr Teoh Siang Chin (Past President, Malaysian Medical Association, Former Melaka State Health Director)Prof Dr Wan Ariffin Abdullah (Past President, Malaysian Paediatric Association)Dr Yap Wei Aun (Consultant Public Health Physician)Dr Yolanda Augustin, Oncologist and Healthcare Activist, St George’s University of LondonDato’ Dr Zainal Ariffin bin Omar (President, The Malaysian Public Health Physicians’ Association)Dato’ Dr Zainudin bi Md Zin (Chairman Lung Foundation of Malaysia, Past President of College of Physicians Malaysia)Datuk Dr Zulkifli Ismail (Secretary General, Asia Pacific Pediatric Association)
Pengerusi PAKATAN HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata seramai 114 hingga 115 Ahli Parlimen bersetuju sidang Parlimen diadakan segera dengan tumpuan menyelesaikan masalah COVID-19 dan ekonomi.
“Saya hanya mampu menyampaikan dan akan menyusul (mempersembah) kepada Yang di-Pertuan Agong, jumlah mencukupi tetapi kena tunggu ihsan dan budi bicara baginda untuk mendapat maklumat berikutnya,” katanya pada Program Bicara Negarawan bertajuk ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ anjuran Majlis Profesor Negara, pada 23 Januari lalu.
Beliau berkata, usahanya mengadakan sidang Parlimen segera, turut mendapat sokongan Ahli Parlimen lain termasuk Parti Warisan Sabah (WARISAN).
“Apabila ada perubahan pimpinan ia membantu, sekurang-kurangnya diberi satu anjakan daripada pendekatan lama yang polisinya agak kelam kabut.
“Tidak ada negara yang umumkan darurat atasi masalah COVID-19 sehingga terpaksa menggantung Parlimen,” tegasnya.
Dalam perkembangan yang berkaitan Perdana Menteri Kerajaan TEBUK ATAP, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ahli mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan PERIKATAN NASIONAL yang diadakan secara sidang video berpuas hati dengan penjelasan mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat, pengurusan pandemik COVID-19.
“Majlis Presiden akan terus menjadi platfom perbincangan tertinggi bagi kesemua parti politk dalam Kerajaan Perikatan Nasional demi memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran Kerajaan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara,” kata Muhyiddin dalam kenyataannya di Facebook.
Nampaknya rakyat telah digantung tidak bertali dan negara sedang ditadbir oleh gerombolan pengkhianat menerusi kenyataan di Facebook, bukan di Parlimen!
Perlembagaan digantung, undang-undang tidak diguna pakai,menjadikan para pelabur lari dan tidak lagi berani untuk terus kekal di Malaysia. Itu hakikat yang perlu kita terima dengan pengisytiharan Darurat yang dibuat Selasa minggu lalu.
“Proklamasi Darurat ini kalau dilihat di penghujungnya perlu dibentangkan dalam Parlimen menurut Fasa 3, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Namun ianya menjadi tanda tanya, bila hendak dibentangkan jika Parlimen digantung?”
Itu persoalan yang dilontarkan secara langsung oleh Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dalam Program Bual Bicara Eksklusif “Bicara YB Khalid Samad” yang bertajuk: Muhyiddin Seorang Diktator? yang disiarkan di JOM Channel malam tadi.
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga berkata pengiystiharan Darurat ini telah dilakukan atas nasihat seorang Perdana Menteri yang sudah tiada majoriti.
“Kononnya ‘Abah Kau’ menyatakan bahawa Darurat dilakukan untuk kebaikan rakyat, sedangkan hakikatnya ia telah mencampakkan negara kepada satu situasi yang lebih membimbangkan, merosakkan suasana pelaburan dan ekonomi.”
“Ini adalah satu pembohongan yang jelas dan nyata, ianya dilakukan kerana dia sudah tiada majoriti. Hakikatnya, darurat ini telah menjadikannya penguasa yang punya kuasa mutlak untuk tentukan segala- galanya” ujar Khalid.
“Saya perlu cakap walaupun ada yang mempertikaikan, dengan apa yang berlaku ini, kita takut dan khuatir imej Institusi Raja-raja Melayu khususnya Yang Di Pertuan Agong akan turut tercemar.”
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu turut melahirkan kebimbangan apabila ramai yang kelihatan sudah mula membuat pelbagai andaian kononnya Yang di Pertuan Agong ada kepentingan dan ada berpihak, bersekongkol dan sebagainya.
“Inilah di antara implikasi yang kita khuatir akan berlaku. Muhyiddin tidak pernah peduli apa yang akan berlaku kepada institusi raja, sistem penddidikan, ekonomi negara dan apa yang berlaku termasuk sistem politik yang telah hancur disebabkan oleh dirinya dan pengkhianat Azmin Ali. Mereka akan tercatat dalam sejarah sebagai perosak negara”, tambah Khalid.
Katanya lagi imej Yang Di Pertuan Agong telah terseret kerana diberikan nasihat yang tidak betul, tidak tepat dan direka2 oleh golongan yang gilakan kuasa sehingga baginda memperkenankan Proklamasi Darurat.
Tidak menghairankan!! Dan tidak menjadi kejanggalan di fikiran kita andaikata jumlah penularan Covid-19 semakin meningkat hari demi hari walaupun pelbagai perintah kawalan yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah.
PKP, PKPB dan PKPP, malah Darurat ciptaan Muhyiddin juga telah dikuatkuasakan, namun kes makin mencanak dan menyubur seolah-olah tiada sebarang tindakan yang dilakukan.
Bagaimana mungkin ianya boleh mencapai matlamat sekiranya kepimpinan atasan, mereka yang dikenali sebagai golongan cerdik pandai juga melanggar SOP?
Kecoh!!! Perdana Menteri dan ahli Bersatu kantoi TIDAK MEMATUHI penjarakan fizikal satu meter sebagai usaha menangani penularan Covid-19.
Pengabaian prosedur operasi standard (SOP) paling asas itu dikesan berlaku dalam rombongan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang semalam.
Hantaran beserta foto di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan rombongan yang mengiringi Muhyiddin di MAEPS semalam juga dikatakan telah dipadamkan. Kenapa? Terkantoi?
Dalam masa sama, Bersatu Bahagian Merbok di Kedah juga ‘kantoi’ dikatakan memadam gambar mereka beramai-ramai tanpa menjaga jarak fizikal.
Walau bagaimanapun, dua gambar yang memaparkan kira-kira 20 individu lelaki dan wanita berdiri tanpa menjaga jarak fizikal itu sempat disimpan warganet.
Bahkan, majoriti daripada mereka tidak memakai pelitup muka sekali gus menguatkan tanggapan warganet bahawa orang politik terutama daripada parti kerajaan ‘kalis peluru’ daripada dikenakan tindakan ingkar SOP.
Gambar ahli Bersatu Bahagian Merbok yang tidak memakai pelitup dan tidak menjaga jarak ini juga telah dipadamkan.
Ternyata pesanan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah agar rakyat duduk di rumah tidak diendahkan oleh mereka yang merasa dirinya pandai.
Paling menyentuh hati apabila Dr. Noor Hisham meminta rakyat agar jangan berada di hospital kecuali jika benar-benar terdesak untuk berada di situ.
Ketua Pengarah Kesihatan yang paling komited Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu dilaksanakan kerana ia memberi kesan kepada ekonomi.
Sebaliknya, beliau berkata, usaha membendung pandemik Covid-19 akan diteruskan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan untuk menurunkan kes kepada dua angka.
Menurut beliau, pelaksanaan PKP mulai 13 Januari lalu sehingga 4 Februari bertujuan untuk menstabilkan jumlah kes positif Covid-19 yang semakin meruncing kini.
*“Jadi kalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei depan kita akan dapat turunkan kes sehingga dua digit.
*“Jadi kita jangkakan empat minggu PKP. Kita tidak akan panjangkan PKP kerana ia memberi kesan kepada eknomi,” katanya.
Menteri Kesihatan dan dua timbalannya pula hari ni dikatakan banyak buat kerja di belakang tabir, apa kerja belakang tabir yang mereka buat?
Fasiliti kesihatan tetap tidak cukup. Barisan hadapan kekal lelah dan hampir putus asa. Makin banyak pulak kedengaran kes bunuh diri akibat tekanan hidup dan Covid. Bahkan banyak terdengar rungutan pesakit Covid yang lewat diambil dan dirawat?
Sekurang-kurang di zaman kerajaan PH, Dr Dzul selaku Menteri Kesihatan sendiri tampil ke hadapan bersemuka dengan media dan rakyat menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan.
Itulah bukti seorang menteri dan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab! Bukannya diserahkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan semata-mata manakala menterinya hilang entah di gua mana.
Berselindung di sebalik tabir, dan membiarkan penjawat awam bersendirian menjawab persoalan yang dibangkitkan rakyat. Akhirnya, penjawat awam juga yang akan dipersalahkan, didenda dan dikatakan tidak mematuhi SOP.
Dasar kerajaan pengkhianat dan tidak bertanggungjawab! Selagi boleh putar alam, diputar semahu-mahunya. Tidak mampu mentadbir negara, gagal tahap gaban, tetapi tetap angkuh, tidak mahu mengakuinya.
Hyundai Motor pindahkan operasi ke Indonesia, labur RM4.02 bilion
Tahukah anda wahai rakyat Malaysia, ekonomi kita semakin teruk. Pelabur asing sudah mula meluat dan jengkel memandang Malaysia yang terumbang-ambing dengan dunia politik kotor dan menjijikkan.
Terkini, Hyundai Motor Corp (Hyundai Motor’s Asia Pasific Regional HQ) yang telah memulakan operasinya di Malaysia sejak 2015 bakal memindahkan pejabatnya ke Indonesia. Pekerja tempatan telah mula diberhentikan sehingga proses pemindahan operasi selesai sepenuhnya hujung tahun ini.
Dikhabarkan, Hyundai akan membuat pelaburan berjumlah RM4.02 bilion termasuk membina kilang pemasangan kenderaan Hyundai di Bekasi, Wilayah Timur, Indonesia.
Malaysia di mana? Berputih mata dek sibuk berpolitik siang malam, ada yang sibuk berendam dalam dua kolam, ada yang sibuk dengan skandal sana-sini demi percaturan kuasa, ada yang tidak puas hati dengan ghanimah dan jawatan, malah ada yang masih mengatur strategi pengkhianatan.
Terkini, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melabelkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan paling tidak stabil dalam sejarah Malaysia. Menurutnya yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), kerajaan PN hanya memiliki majoriti tiga kerusi sahaja dalam Dewan Rakyat.
“Kalau dua orang ahli Parlimen sahaja lompat masuk Pakatan Harapan (PH) saya ingat kerajaan PN akan jatuh.
“Ini menyebabkan kerajaan tidak boleh tumpu kepada pemerintahan sebaliknya sepanjang masa guna kekuatan untuk pertahan diri supaya tidak jatuh,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Khamis.
Yang jelas sekarang ini, rakyat bayar gaji buta semua menteri kabinet yang tidak mendatangkan hasil sebutir haram kepada negara. Menteri Kesihatan dan timbalannya masuk gua mana ketika rakyat sedang berhadapan dengan Pandemik Pembunuh? Yang berjuang mati-matian hanya Ketua Pengarah Kesihatan dan anak-anak buahnya.
Paling menarik untuk ditanya, kenapa Perdana Menteri Malaysia tidak mahu bertemu dengan wartawan antarabangsa? Takut terciduk ke? Jadi tidak hairanlah kalau para pelabur lari ke negara lain yang jauh lebih stabil dan menjamin masa depan mereka.
Rakyat akan terus dilanda krisis ekonomi, hilang kerja, hilang sumber pendapatan. Hidup tidak terbela dalam keresahan, ketakutan dan tekanan yang tidak terkawal. Kerana apa? Kerana negara ditadbir oleh pak lebai penunggang agama dan penyangak yang diketuai oleh perompak dan pengkhianat.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki terus mengulangi desakan supaya kerajaan mempermudahkan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN), pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa syarat dan moratorium dilanjutkan.
Beliau berkata, adalah wajar perkara yang dituntut itu disegerakan kerana semua kemahuan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah dipenuhi.
“Bajet sudah diluluskan, darurat sudah diperkenankan… maka wajarlah jika disegera dan dipermudahkan pula BPN, i-Sinar KWSP tanpa syarat dan lanjutan moratorium,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis.
Segera pulihkan fungsi Perlembagaan sejurus darurat
Sementara itu, dalam ruangan komen pada hantaran sama, Asyraf Wajdi turut menyangkal dakwaan bahawa Pemuda UMNO hanya berjuang mengenai isu tersebut di laman sosial Facebook semata-mata.
Beliau sebaliknya berkata, perjuangan mengangkat suara rakyat dalam isu pengeluaran simpanan rakyat dalam KWSP dan lanjutan moratorium ini telah dilakukan sejak dari awal lagi.
Katanya, selain bersuara di Facebook yang mendapat perhatian kerajaan, Pemuda UMNO telah berusaha pelbagai cara termasuk menghantar memorandum kepada kerajaan, berdialog bersama Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, melobi melalui menteri-menteri UMNO dan menghantar memorandum kepada Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Cuma satu sahaja yang masih tidak berjaya. Tiga kali janji temu untuk bertemu dengan CEO KWSP dibatalkan pada saat akhir dan sehingga hari ini masih belum dapat masa dan tarikh baharu walaupun dijanjikan beberapa kali,” katanya.