Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu pengambilalihan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) kepada 1MDB adalah untuk menyembunyikan penyelewengan Najib Razak ke atas bon pinjaman Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) berjumlah RM5 bilion yang dimohon TIA.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan TIA Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendedahkan perkara itu semasa membacakan penyataan saksinya setebal 270 muka surat pada hari ke-13 perbicaraan kes Najib melibatkan dana 1MDB.
Loading…
“Berdasarkan apa yang saya tahu sekarang, saya yakin bahawa dasar pengambilalihan TIA kepada 1MDB secara as is where is basis ini adalah dirancangkan oleh Jho Low (Low Taek Jho) dengan restu daripada Najib untuk menyembunyikan penyelewengan beliau semasa penerbitan bon IMTN RM5 bilion dengan Jaminan Kerajaan yang dibuat pada Mei 2009,” jelasnya.
Shahrol Azral, 49, juga berkata Jho Low mengarahkannya menulis surat kepada Najib bagi memastikan 1MDB tidak perlu diaudit.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata Jho Low memintanya menulis surat 1MDB bertarikh 11 Dis 2009 kepada bekas perdana menteri itu atas alasan ia adalah permintaan Najib.
“Dalam surat ini, pihak 1MDB telah menyatakan berkenaan ‘1MDB: Updates & Approvals’ yang pihak TIA merujuk kepada keputusan dan kelulusan oleh Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB yang bersetuju supaya hala tuju BOA mengenai proses pengambilalihan TIA kepada 1MDB.
Saksi penting itu berkata beliau tidak terlibat dalam perbincangan awal mengenai perkara itu tetapi percaya kandungan surat berkenaan telah dibincangkan terlebih dahulu oleh Jho Low dan Najib.
“Ini berdasarkan satu dokumen talking points (tajuk perbincangan) yang dihantar melalui e-mel oleh Jho Low kepada saya yang sudah tidak ada dalam simpanan saya lagi.
Katanya surat berkenaan turut dilampirkan kepada Ambrin Buang (Ketua Audit Negara), Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) dan Che Lodin Wok Kamaruddin (Pengerusi Lembaga Pengarah).
Shahrol Azral juga mengesahkan beliau telah menerima surat 1MDB itu daripada Najib bertarikh 22 Dis 2009.
“Di dalam surat itu menyatakan Najib mengambil maklum bahawa Lembaga Penasihat 1MDB bersetuju supaya pemersekutuan TIA seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri kepada 1MDB dilakukan atas dasar as is where is dan tiada keperluan bagi audit dan due diligence dilaksanakan oleh Ketua Audit Negara kerana pemindahmilikan saham telah pun sempurna.
“Najib juga bersetuju dengan keputusan Lembaga Pengarah 1MDB iaitu 1MDB sebagai sebuah syarikat diperbadankan mengikut Akta Syarikat 1965 mesti diaudit oleh juruaudit profesional luar lantikan Lembaga Pengarah dan keperluan bagi Ketua Audit Negara mengaudit 1MDB tidak timbul sama sekali,” katanya.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Najib Razak mengarahkan Jabatan Audit Negara tidak melakukan audit ke atas 1MDB, kata bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 September, 2019.
NAJIB Razak menghalang Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan audit ke atas 1MDB pada Disember 2009, beberapa bulan selepas kerajaan persekutuan mengambil alih pemilikan dana kekayaan negara itu, kata seorang saksi di mahkamah tinggi hari ini.
Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam keterangannya memberitahu beliau menulis sepucuk surat bertarikh 11 Disember 2009 dialamatkan kepada Najib yang juga menteri kewangan ketika itu untuk meminta audit tidak dijalankan agensi kerajaan itu.
BUKTI JELAS NAJIB ADALAH KHADAM KEPADA JHO LOW DAN PENDERHAKA KEPADA SULTAN.
24 SEPT 2019
HARI KE 12
BERITA PERBICARAAN KETUA PARTI PENYAMUN UMNO NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH
SAKSI TERUS DEDAH TEMBELANG SKANDAL 1MDB NAJIB RAZAK DI HADAPAN HAKIM MAHKAMAH
Malaysiakini
BERITA
Bon TIA: Agong titah gantung, Najib kata teruskan, kata saksi
News | Diterbitkan Hari ini 4:53 petang | Dikemaskini Hari ini 24 SEPT 2019 4:53 petang
KES 1MDB NAJIB l Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Najib Razak mengarahkan untuk meneruskan pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dimohon oleh Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) berjumlah RM5 billion walaupun Sultan Mizan Zainal Abidin yang merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu menitahkan pinjaman IMTN digantung dan ditangguhkan dahulu.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan TIA, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata setelah menandatangani resolusi yang dikemukakan Sultan Mizan untuk menggantungkan IMTN dan terbitan IMTN ditangguhkan.
Saksi kemudian berjumpa Najib di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur, pada 22 Mei 2009, pada pukul 8 malam bagi memaklumkan perkara itu.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi
“Setelah menandatangani resolusi itu di Istana Terengganu pada hari yang sama iaitu pada 22 Mei 2009, saya menelefon Jho Low (penasihat TIA) dan memaklumkan apa yang berlaku….
“Dia terkejut dan meminta masa untuk menyelesaikan masalah tersebut dan memaklumkan akan menghubungi saya semula. Selepas beberapa ketika, Jho Low ada menghubungi saya semula dan meminta saya pergi ke rumah bekas perdana menteri itu.
“Dalam masa yang sama, saya ada menghubungi Casey Tang (pengarah eksekutif 1MDB) dan memaklumkan status tersebut dan meminta beliau berbincang dengan Ambank sekiranya memerlukan IMTN digantung.
“Casey memaklumkan ia tidak boleh digantung kerana perjanjian telah dimeterai dan pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu juga memaklumkan sebahagian bon itu telah dibeli semasa book building exercise (tempah). Ia dikira melanggar perjanjian yang sudah dimeterai,” katanya.
Joanna Yu
Ketika sampai di rumah Najib, saksi berkata beliau mendapati Jho Low dan Najib sudah sedia menunggu di ruang tamu dan mereka berkelihatan seolah-olah sudah berbincang dan menunggu ketibaanya.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, beliau menjelaskan kepada Najib bahawa Sultan Mizan menitahkan bon digantung dan Ambank pula tidak membenarkan ia digantung disebabkan faktor perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal sebelum titah Sultan Mizan.
“Jho Low memaklumkan bahawa disebabkan IMTN dijamin Kerajaan Persekutuan, maka pengantungan di peringkat akhir ini akan menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur terhadap bon-bon kerajaan Malaysia. Najib bertanya kepada saya sama ada saya tahu kenapa DYMM Tuanku murka dan saya telah menjawab saya tidak tahu.
“Beliau (Najib) bertanya balik adakah saya diberikan sesalinan resolusi tersebut dan saya memberitahu tidak mendapat. Kemudian beliau telah memberitahu dalam ayat lebih kurang seperti berikut: You go ahead, I will talk to Tuanku.
Najib Razak
“Saya menerima ia sebagai arahan dan mandat daripada perdana menteri merangkap menteri kewangan untuk meneruskan IMTN kerana beliau merupakan menteri yang bertanggungjawab memberikan Jaminan Kerajaan tersebut. Jho Low juga mendengar arahan itu, kemudian saya terus pulang manakala Jho Low masih lagi tinggal di rumah Najib,” katanya.
Ketika menjelaskan mengenai penerbitan IMTN, saksi berkata Jho Low dan Casey telah berurusan terus dengan AmInvestment Bank sebagai ‘Lead Arranger’ dan juga beberapa perunding yang dilantik untuk memuktamadkan perjanjian IMTN ini.
“Mereka berdualah yang meneliti dan menyemak kesemua butiran dalam perjanjian-perjanjian tersebut. Saya tidak terlibat di peringkat ini kerana ini merupakan bidang dan kepakaran mereka berdua.
“Setelah perjanjian-perjanjian ini siap, Casey dan pihak AmInvesment Bank telah membawa perjanjian tersebut kepada saya untuk ditandatangani. Saya mempercayai bahawa kesemua butiran dalam perjanjian ini telah dipersetujui oleh semua pihak termasuk stakeholders (DYMM Tuanku Mizan dan Najib) kerana ia telah diteliti dan disemak oleh Jho Low dan Casey Tang,” katanya.
Katanya, beliau menurunkan tandatangan terhadap dokumen-dokumen perjanjian tersebut berdasarkan resolusi kelulusan penurunan kuasa kepadanya oleh Ahli Lembaga Pengarah (BOD) TIA.
Beliau juga berkata, Sultan Mizan juga menitahkan BOD TIA untuk melantik adinda Baginda iaitu YAM Tengku Datuk Rahimah Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah untuk menjadi salah seorang pengarah TIA bagi mewakili kepentingan negeri Terengganu.
“Ia bertujuan untuk memastikan perjanjian IMTN ini tidak membelakangkan kepentingan negeri Terengganu kerana tujuan asal penubuhan TIA adalah untuk dana kekayaan berdaulat Terengganu,” katanya.
Terhadap soalan tambahan oleh Sri Ram bagaimana saksi tahu bahawa Jho Low dan tertuduh telah berbincang ketika dia memasuki rumah tertuduh, saksi itu berkata dia membuat kesimpulan itu setelah Najib bertanya kepadanya mengapa Sultan kecewa dan sama ada dia mempunyai salinan resolusi.
Sri Ram: Apa suasana di mesyuarat itu? Bagaimana tanggapan anda?
Shahrol Azral: Saya akan mengatakan bahawa ia adalah tenang, saya menjangka ia menjadi lebih tegang. Sungguh-sungguh ia adalah tenang, walaupun saya fikir ia harus lebih tegang.
Sri Ram: Kenapa anda menjangkakan begitu ?
Shahrol Azral: Kerana ini adalah masalah besar dan ini melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan di mana kita mempunyai bon bernilai RM5 bilion, yang merupakan bon Islam pertama selama 30 tahun, yang dikeluarkan oleh kerajaan. Jadi, sebagai menteri kewangan, saya menjangkakan lebih banyak pertanyaan.
Sri Ram: Di manakah Jho Low apabila tertuduh berkata go ahead, I will talk to Tuanku?
Shahrol Azral: Dia ada di sana, saya tidak perasan, dia berkata apa-apa.
Sri Ram: Adakah terdapat perbualan dengan Jho Low dan tertuduh? Saksi menjawab “Saya tidak boleh ingat”
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014, dan untuk 21 lagi pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah diteruskan.
SAKSI pendakwaan, Shahrol Azral hadir bagi perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan supaya bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) terbitan Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) diteruskan, walaupun Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin murka dengan pelaksanaannya.
Pendedahan itu dibuat bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada hari ke-12 perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana 1MDB dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Shahrol Azral berkata, arahan bagi meneruskan pelaksanaan IMTN itu diberikan Najib dalam pertemuan mereka di kediaman bekas Perdana Menteri itu di Langgak Duta, di sini.
Beliau berkata, terdahulu selepas pertemuan bersama Sultan Mizan pada 22 Mei 2009, beliau menghubungi ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low untuk memaklumkan perkara yang dibincangkan di Istana Terengganu.
Katanya, Jho Low kemudian memintanya bertemu dengan Najib untuk menyelesaikan kemelut IMTN itu.
“Ketika dihubungi, Jho Low terkejut dan meminta masa untuk menyelesaikan masalah itu dan memaklumkan akan menghubungi saya semula.
“Selepas itu, Jho Low menghubungi saya semula dan meminta saya pergi ke rumah Najib di Jalan Langgak Duta pada malam itu pada jam 8 ke 9 malam.
“Pada masa sama saya ada menghubungi Casey Tang (bekas Pengarah Eksekutif 1MDB) dan memaklumkan status itu serta memintanya berbincang dengan Ambank sekiranya memerlukan IMTN digantung.
“Casey Tang memaklumkan ia tidak boleh digantung kerana perjanjian sudah dimeterai dan Pengurus Perhubungan Ambank ketika itu, Joanna Yu juga memaklumkan sebahagian bon itu sudah dibeli ketika ‘book building exercise’ (tempah). Ia dikira melanggar perjanjian yang sudah dimeterai,” katanya.
Shahrol Azral dalam keterangannya berkata, sebaik saja tiba di kediaman Najib, beliau mendapati Jho Low dan Najib menunggunya di ruang tamu dan mereka kelihatan seperti sudah berbincang.
Katanya, beliau menjelaskan kepada Najib bahawa Tuanku Mizan menitahkan bon digantung dan Ambank pula tidak membenarkan ia digantung disebabkan faktor perjanjian yang ditandatangani lebih awal sebelum titah Sultan.
Tambahnya, Jho Low memaklumkan bahawa disebabkan IMTN dijamin Kerajaan Persekutuan, maka penggantungan di peringkat akhir ini akan menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur terhadap bon kerajaan Malaysia.
“Najib bertanya kepada saya sama ada saya tahu kenapa Tuanku murka dan saya menjawab, saya tidak tahu.
“Beliau (Najib) bertanya balik adakah saya diberikan sesalinan resolusi dan saya memberitahu tiada. Kemudian beliau memberitahu dalam ayat lebih kurang seperti berikut, ‘you go ahead, I will talk to Tuanku’ (Kamu teruskan, saya akan cakap dengan Tuanku).
“Saya menerima ia sebagai arahan dan mandat daripada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk meneruskan IMTN kerana beliau menteri yang bertanggungjawab memberikan Jaminan Kerajaan itu.
“Jho Low juga mendengar arahan itu. Kemudian saya terus pulang manakala Jho Low masih lagi berada di rumah Najib,” katanya.
Amhari mendedahkan, beliau telah diarahkan untuk mencincang beberapa dokumen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah diarahkan untuk mencincang beberapa dokumen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan berkata, beliau berbuat demikian selepas menerima arahan daripada ketua staf pejabat Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Katanya, beliau menyimpan semua dokumen penting di apartmen sepupunya di Persiaran Tropicana di sini seperti yang diarahkan oleh ketua staf pejabatnya.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-10 perbicaraan bekas Perdana Menteri itu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhammad Shafee: Anda telah menyimpan semua dokumen penting ini di dalam rumahnya (sepupu) dan bukan di rumah anda sendiri. Kenapa begitu?
Amhari Efendi: Saya fikir ada … menjelang pilihan raya, arahan dari ketua staf adalah untuk mencincang semua doumen yang perlu dicincang, memfailkannya dengan sewajarnya.
“Apabila perlu, berikannya kembali kepada ketua staf supaya dapat difailkan dengan sewajarnya. Itulah cara ia berfungsi. Ia adalah pejabat besar yang semua orang mempunyai kertas sendiri. Dan simpan yang sangat penting supaya selepas pilihan raya, sebahagiannya digunakan semula. Itu adalah arahan.
“Pada masa itu saya sangat sibuk. Saya juga terlibat dengan pilihan raya, kempen, kebanyakan kerja bukan berkaitan ekonomi. Jadi kerja-kerja pilihan raya yang saya lakukan kebanyakannya di rumah saya.” Melakukan kempen, mesej media sosial untuk Datuk Seri Najib dan sebagainya dan cara begitulah ia dibahagikan.
“Suatu hari, saya memerlukan bantuan dari sepupu saya, kerana semua orang sibuk dan dia membantu saya dan saya memberitahu dia saya akan mendapatkannya tetapi saya tidak .. Terdapat beberapa kotak sahaja. Kebanyakan bahan pilihan raya, bahan media sosial, berada di rumah saya, tidak relevan dengan serbuan,” katanya.
Antara dokumen yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah pelan rasionalisasi 1MDB, butiran percakapan mengenai 1MDB dan e-mel peguam Perbadanan Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) Martin Edelman.
Muhammad Shafee: Ini adalah cara anda menyembunyikan dokumen. Anda memutuskan untuk bekerja dengan SPRM supaya masalah anda akan diperlakukan dengan ringan, atas kesalahan yang jelas anda lakukan. Maksud saya, anda masih tidak didakwa. Ini adalah aksi pukul memukul (tit-for-tat), di mana anda memberikan beberapa maklumat untuk mereka yang akan menyalahkan klien saya.
Amhari Efendi: Saya tidak bersetuju.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, dan juga 21 pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – BERNAMA
Ketua kakitangan Najib arah musnah dokumen sebelum PRU14, kata saksi
Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 September, 2019.
KETUA kakitangan Najib Razak, Abdul Aziz Kassim mengarahkan supaya dokumen, termasuk yang berkaitan dengan 1MDB, dimusnahkan sebelum pilihan raya umum tahun lepas, kata saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan yang arahan diberikan kepada semua pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum pilihan raya 9 Mei.
KES 1MDB | Lima hari pertama perbicaraan kes rasuah 1MDB bekas perdana menteri Najib Razak setakat ini telah menyaksikan bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin tampil sebagai saksi penting pendakwaan.
Amhari, 43, yang berkhidmat untuk Najib selama 10 tahun, memberi butiran mengenai kerja-kerja pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan urusan mereka dengan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Amhari memulakan kerjayanya di Bank Negara Malaysia selepas tamat pengajian pada 1999, sebelum dipindahkan ke Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sebagai pegawai khas Effendi Norwawi, yang merupakan menteri yang bertanggungjawab memantau EPU di bawah PMO pada tahun 2006.
Dua tahun kemudian, Amhari kembali ke BNM sebagai pengurus Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia dan sempat berkhidmat selama dua bulan ketika ditawarkan untuk menjadi pegawai khas Najib.
Iklan
Amhari kemudian ditugaskan untuk menguruskan media sosial dan komunikasi dalam talian untuk Najib, yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri. Tugas lain termasuk mempromosikan jenama 1Malaysia.
Amhari diletakkan di bawah pengawasan Azlin. Apabila Najib menjadi perdana menteri keenam pada April 2009, Azlin menjadi pengarah Bahagian Ekonomi PMO, dan Amhari telah ditugaskan menjadi pegawai khas kepada PM yang turut berada di jabatan yang sama.
Amhari Efendi Nazaruddin.
Selepas kematian Azlin dalam nahas helikopter pada tahun 2015, Amhari kemudian diberikan tugas Azlin, termasuk urusan yang sangat sulit bagi mewakili pihak perdana menteri.
Pada 2016, Amhari dipindahkan dari Bank Negara ke Khazanah Nasional Bhd, dan menerima gaji bulanan sebanyak RM55,000. DIa memperoleh RM25,000 sebulan ketika berada di bawah BNM.
Menurut keterangannya di mahkamah, sejak pemindahannya ke Khazanah Nasional, Amhari memperoleh RM75,000 sebulan, termasuk RM20,000 lagi sebagai pengarah Orb Solutions Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada tahun 2010 untuk membantu mempromosi Najib dalam talian.
Antara perkara penting dari keterangannya adalah seperti berikut:
1) Pegawai Najib mengadakan pertemuan rahsia dengan Jho Low
Amhari memberi keterangan mendakwa bahawa dian dan pegawai atasannya di PMO, Allahyarham Azlin Alias, telah bertemu Jho Low secara rahsia berhubung 1MDB tetapi hanya menyedari ia merupakan satu skandal apabila nama syarikat tersebut mula timbul dalam berita.
Menurutnya, ini kerana kerja-kerja mereka dibahagikan secara berasingan, dan hanya Najib dan Jho Low “mempunyai gambaran keseluruhan mengenai apa yang dirancang”.
Amhari memberi keterangan bahawa pertemuan dengan Jho Low dilakukan pada waktu malam di Prince Hotel di Kuala Lumpur di mana projek dan keputusan utama dibincangkan.
2) Amhari mendakwa Jho Low berada dalam lingkungan keluarga Najib
Amhari pertama kali berjumpa dengan Jho Low pada tahun 2007 ketika menjadi pegawai khas kepada Mohd Effendi Norwawi, kemudian Menteri yang bertanggungjawab memantau EPU.
Menurutnya, sejak pertama kali bertemu dengan Jho Low, ahli perniagaan itu banyak bercakap tentang keluarga Najib seolah-olah dia berada di dalam keluarga keluarga timbalan perdana menteri itu.
Jho Low juga kemudian memberitahu Amhari bahawa dia rapat dengan Najib, dan Jho Low mengenali ahli parlimen Pekan itu melalui anak Najib, Riza Aziz memandangkan Jho Low sudah mengenali Riza sejak zaman remaja mereka.
“Banyak kali Jho bercakap tentang kekerapan pertemuannya dengan keluarga Najib dan kadang-kadang dia tahu lebih banyak mengenai rancangan yang telah dibuat oleh keluarga Najib walhal saya sendiri, sebagai pegawai khasnya, tidak tahu mengenainya,” kata Amhari.
Amhari juga mendakwa bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor sering menerima panggilan daripada Jho Low.
3) Jho Low tahu lebih banyak maklumat daripada pegawai Najib sendiri
Menurut Amhari, Najib sering berjumpa dengan Jho Low untuk membincangkan pelbagai perkara termasuk hal-hal sulit.
Amhari yang menggambarkan Jho Low sebagai ‘penasihat penting’ kepada Najib berkata ahli perniagaan yang kini dalam buruan itu telah mengenali Najib sebelum Amhari menjadi pegawai khasnya.
Amhari turut menggambarkan Jho Low ‘sangat rapat’ dengan Najib dan isterinya, Rosmah.
Menurutnya, terdapat juga situasi ketika arahan khusus yang melibatkan perkara sulit diberikan kepadanya atau Azlin oleh Jho Low.
Jho Low
Dia percaya bahawa Najib telah meluluskan arahan ini kerana ketika mereka mengesahkan perkara tersebut dengan Najib, Najib mengetahuinya dan mengarahkan Amhari dan Azlin untuk mengikuti arahan yang diberikan oleh Jho Low.
Amhari juga memberi keterangan bahawa dia percaya yang Jho Low adalah “pakar manipulasi”, yang dapat memperoleh perkara yang diinginkan.
“Sepanjang pengalaman saya berurusan dengan Jho Low, saya mendapati dia pandai dan manipulatif ketika berurusan dengan pegawai dari pelbagai peringkat dan pangkat, dari Malaysia atau luar negara, yang kebanyakannya diketahui Najib,” katanya.
4) Jho Low menggunakan pembantu Najib untuk membuka akaun bank
Pada 2012, Amhari dan Azlin membuka akaun bank di luar negara atas arahan Jho Low, dan Jho Low mendakwa ia sebagai akaun ‘standby’ dan ‘just in case’ yang akan dikendalikan olehnya.
Walaupun kedua-dua mereka menyatakan kebimbangan, Amhari berkata mereka terpaksa mengikut perintah Jho Low kerana mereka takut sesuatu yang buruk akan berlaku kepada mereka atau kerjaya mereka jika mereka memilih untuk melawannya.
Amhari kemudian mendapat tahu pada tahun 2016 bahawa akaunnya dengan BSI Switzerland mempunyai lebih dari AS$800,000 ketika dia menerima panggilan daripada bank. Bagaimanapun, akaun itu terpaksa ditutup atas arahan BSI dan dia terpaksa membuka akaun lain di Bangkok.
Dia mendakwa kedua-dua akaun itu berada di bawah kawalan Low dan tidak tahu apa yang berlaku kepada wang itu.
5) Jho Low mengarahkan pembantu Najib untuk hapuskan dokumen, tetapi Amhari tidak melupuskan kesemuanya
Amhari di mahkmah juga mendakwa bahawa Jho Low sentiasa mengingatkan dia dan Azlin untuk menghapuskan dokumen yang mereka miliki selepas setiap mesyuarat.
Selain dokumen, pegawai-pegawai juga dimaklumkan untuk memadamkan setiap e-mel dan mesej Blackberry Messenger yang Jho Low telah hantar kepada mereka.
Menurut Amhari, ketika menghapuskan dokumen dari perbincangan mereka, ada beberapa yang dia terlepas pandang.
Amhari bagaimanapun percaya bahawa Azlin mungkin telah menghapuskan semua dokumen dalam simpanannya kerana menurutnya Azlin merupakan seseorang yang pandai menyimpan rahsia.
6) Jho Low bertemu dengan Agong terdahulu mengenai 1MDB
Amhari pertama kali menyertai mesyuarat berhubung rancangan untuk menubuhkan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), (nama sebelum ditukarkan kepada 1MDB), atas perintah Jho Low, yang mendakwa bahawa dia mendapat kelulusan Najib untuk meyakinkan Amhari.
Sekitar akhir 2008, pertemuan itu diadakan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur, dan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Menurut Amhari, Jho Low telah membangkitkan rancangan untuk menubuhkan TIA kepada Agong ketika itu, tetapi Tuanku Mizan tidak memberikan sebarang keputusan.
Amhari berkata dia mula mengetahui tentang rancangan untuk menubuhkan TIA menerusi kutipan dana apabila Jho Low menjelaskan kepadanya tentang idea menggunakan papan putih di dapur rumah Jho Low di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.
Jho Low juga memaklumkan kepadanya bahawa rancangan TIA mengambil model dana kekayaan Mubadala di Abu Dhabi, dan TIA adalah projek Najib.
Amhari juga memberi keterangan bahawa Jho Low terlibat dalam perancangan kerjasama 1MDB dengan IPIC dan Aabar. Bagaimanapun, Amhari berkata dia tidak mempunyai banyak maklumat kerana kebanyakan perbincangan telah dikendalikan oleh Azlin.
7) Jho Low arahkan naratif mengenai kawalan kerosakan 1MDB
Selepas skandal 1MDB mendapat tumpuan, PMO terutamanya Azlin yang merupakan ketua setiausaha sulit Najib perlu mendapatkan penyelesaian untuk melindungi imej Najib sebagai perdana menteri.
Amhari berkata, Jho Low telah memainkan peranan dalam usaha menangani kesan skandal 1MDB, dengan beliau telah menyediakan kandungan ucapan dan pelan tindakan untuk PMO.
Ahli perniagaan tersebut juga telah memberikan soalan-soalan lazim (FAQ) kepada PMO untuk digunakan apabila menjawab soalan 1MDB.
Menurut keterangan Amhari, pada satu tahap, Jho Low juga menyediakan dokumen yang menyangkal dirinya sendiri mempunyai sebarang peranan dalam 1MDB.
Amhari berkata apabila pihak berkuasa Malaysia menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat isu 1MDB, Jho Low menyerahkan dokumen kepadanya dan Azlin untuk membuktikan, antara lain, tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Petrosaudi.
8) Pelan rasionalisasi 1MDB datang dari Jho Low
Antara lewat tahun 2014 dan awal 2015, Amhari menerima dokumen yang disediakan oleh Jho Low, yang memperinci rancangannya untuk menyelesaikan hutang 1MDB.
Menurut saksi, dokumen yang bertajuk ‘1MDB Rationalisation Plan Overview: Accompanying Notes’ menerangkan pelan rasionalisasi untuk 1MDB.
“Dokumen ini adalah rancangan Jho Low untuk menyelesaikan hutang 1MDB. Nota ini adalah untuk menjelaskan pelan rasionalisasi untuk 1MDB. Pelan ini merupakan isu hangat ketika itu.
“Oleh kerana isu 1MDB tersebut tidak begitu baik, rancangannya adalah untuk menjual semua aset dan liabiliti 1MDB, dan untuk menutup 1MDB.
“Jho Low mahu menjual semua aset dan liabiliti 1MDB untuk menampung masalah hutang yang dihadapi oleh 1MDB.”
9) Najib mengarahkan Amhari untuk berunding penyelesaian IPIC
Apabila Abu Dhabi berhasrat membawa Malaysia ke mahkamah antarabangsa berikutan hutang 1MDB kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) pada tahun 2016, Najib kemudian mengarahkan Amhari untuk mengadakan misi rundingan.
Dia diminta berunding dengan ketua pegawai eksekutif Mubadala, Khaldoon Mubarak di Abu Dhabi.
“Najib menjelaskan jika Abu Dhabi mengheret Malaysia ke mahkamah antarabangsa kerana gagal membayar hutang bon yang dijamin oleh IPIC, ia akan menjejaskan hubungan dua hala antara negara, dan juuga mencetuskan risiko politik dalam pilihan raya umum akan datang.
“Pada masa itu, isu 1MDB masih menjadi topik hangat di seluruh dunia,” katanya.
Menurut Amhari, satu siri rundingan kemudiannya dijalankan, termasuk antara 1MDB dan IPIC dan peguam kedua-dua syarikat tersebut, sebelum perjanjian penyelesaian akhirnya ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada pertengahan 2017.
10) Tiga rundingan dengan China bertujuan untuk menyelamatkan 1MDB
Sekitar masa yang sama ketika rundingan dengan Abu Dhabi sedang berjalan untuk mencapai penyelesaian hutang 1MDB, Amhari juga telah dihantar untuk misi lain ke China – bagi membincangkan projek-projek yang akan menyelamatkan 1MDB.
Amhari berkata dia diarahkan oleh Najib untuk terlibat dalam perbincangan pelaburan China-Malaysia bagi menyelamatkan 1MDB.
“Seperti yang ditunjukkan oleh (ahli perniagaan itu) Low Taek Jho menerusi kandungan ucapan dan pelan tindakan kepada saya, perjanjian dan usaha (antara Malaysia dan China) bertujuan untuk menjadi pelaburan yang akan membantu membayar hutang 1MDB (bailout) seperti hutang kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC).
“Saya juga boleh mengesahkan bahawa lawatan saya ke China (pada tahun 2016) hanya diketahui oleh Jho Low dan Najib,” kata Amhari.
Projek-projek yang Amhari maksudkan adalah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Saluran Paip Pelbagai Bentuk (MPP) dan Saluran Gas Paip Trans Sabah (TSGP).
Merujuk kepada dokumen yang bertajuk ‘Action Point: China-Malaysia Economic Programme’ yang dihantar melalui e-mel kepada Amhari oleh Jho Low, Amhari berkata e-mel itu bertujuan untuk memastikan Najib memberi Terence Geh, rakan sekutu Jho Low, peranan penyelaras untuk 1MDB dan program penyelesaian hutang SRC yang dikaitkan dengan rundingan pelaburan Malaysia-China.
Saksi itu berkata dokumen menyatakan cadangan projek yang boleh menyelamatkan 1MDB.
“Dokumen tersebut memiliki nota pada maklumat (talking points) untuk mengemas kini status projek itu dan juga susulan kerja kepada tiga projek iaitu TSGP, MPP dan ECRL,” kata Amhari.
Pada Nov 2016, Najib mengunjungi China untuk membuat beberapa perjanjian dengan negara tersebut dan syarikat-syarikat di negara itu.
Menurut Amhari, perjanjian tersebut merupakan:
1. Perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan di antara China Communications Construction Company (CCCC) dengan ECRL Sdn Bhd, dan CPP dengan Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER)
2. Perjanjian pembiayaan penuh antara China Exim dan ECRL dan antara China Exim dan SSER.
3. Perjanjian penuh Bon Renminbi antara China dan ECRL, dan antara SSER dan pihak China.
SEKARANG.. saksi telah dedahkan dalam perbicaraan 1MDB hari ini bhw NAJIB SENDIRI beri mandat kepada JHO LOW untuk urus bailout hutang 1MDB dan SRC.
Malah Jho Low hadiri program antarabangsa Najib, lawatan kerja, sediakan cadangan dandasar perniagaan, kerja sosial dan perkara berkaitan dengan 1MDB. Dan segala tindak tanduk Jho Low juga dipersetujui Najib sendiri.
MANA MAU LARI NAJIB NAK KELENTONG KENCING LAGI !!!
Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.
Semalam masa tonton Awani laporan Perbicaraan Najib.. tengok visual Najib tiba di Mahkamah.. nampak mukanya macam orang bermasalah.. mesti ada masalah besar yg kita tak tahu..
Sekejap tadi aku baru berkesempatan tonton video Malaysiakini, Terkejut aku bila tengok Najib menjerit, tengking Anggota Polis.. memang sah lah Najib sekarang jiwanya kacau..
Anwar dulu pun tak sampai tahap tu walapun ketika dia dipenjara.. Susah kalau bekas bekas PM dn Pemimpin yang terlatih dalam Politik ni nak tengking anggota Polis ni, maknanya Najib betul betul tengah Stress..Tak lama lagi kalau Tak sakit jiwa, dia masuk Hospital lah tu..
Nasiblah Penyokong PH ni jenis tak pandai Troll Macam Najib.. kalau dapat kat geng depa pemimpin PH tengking Polis macam tu.. 7 hari 7 malam depa main isu pemimpin PH kurang ajar dengan anggota Polis.. ini baru penyokong PH periksa kereta anggota Polis pun depa dok jadikan isu mcm penyokong PH sembelih anggota Polis macam Kat memali..
Tu lah Najib.. suka sangat Troll orang.. Last last jiwa sendiri yang sakit..