Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kes Takiri sebenarnya simple je… Tak perlu siasatan polis

Dari Meja ~ Ipoh Mali

Kes Takiri sebenarnya simple je… Tak perlu siasatan polis, tak perlu dibawa ke pejabat Peguam Negara pun… Apa lagi melibatkan Peguam Negara… Tak perlu bukti keterangan, apa lagi bukti klinikal, forensik pun… Tak perlu borang 14B… Kenyataan rasmi permohonan maaf Takiri cukup wujud asas undang2 dia didakwa…

Notis tu seperti saman trafik… Dalam kes Takiri, cukup Pegawai Undang2 di Pejabat Kesihatan ada kuasa mendakwa… Mcm kes trafik, langgar lampu isyarat… Pegawai Undang2 Trafik dan Pegawai Undang2 JPJ pun ada kuasa mendakwa…

Pergi lah Mahkamah Trafik… Tak perlu pun orang tak dak roadtax… Tak dak lesen… Langgar lampu isyarat dibuka kes siasatan di IPD atau Pejabat Pendakwaraya… Hatta kalau speedtrap… Tanpa notis pun dipanggil untuk siasatan… Tak mengaku salah baru didakwa…

Cuba tanya, semua kes didakwa… Mamak Sivagangga ke… Makcik tudung Pink ke… Ada dibawa ke pejabat Peguam Negara ke? Undang2 tetap berkuat kuasa biar pun tanpa Notis Saman… Apa lagi hat langgar undang2 ni bukan org awam… Boleh dikata Law Maker… Pembuat Undang2 dan dasar… Depa buat… Depa langgar…

Tapi itu lah… Kenapa Takiri diselamatkan… Mudah je… Sebab tipu ditutup dengan tipu… Kalau masuk mahkamah… Dia kena beri keterangan dan bukti… Masih ingat Notis Saman Backdated? Betul atau tidak… Siapa punya arahan… Pegawai ada bagi notis 14B atau tidak… Pegawai cuai atau sengaja… Itu mahkamah tentukan… Yg jelas dia dah langgar undang2…

Itu belum akan kantoi dia pergi Turki atas sebab kerja atau cuti ngan bini… Semua tu kalau pi mahkamah akan kantoi… Hat tu yg nak ditutup… Bagi aku, atas sebab Notis Backdated… Isu Notis 14B… Ia akhirnya cemarkan imej baik intergriti DG Dr Noor Hisham…

Macam pendatang tanpa izin lah… Bila dia dah kena tangkap… Dah mengaku… Mana boleh kata, dia tak melalui pintu imigresen… Dia tak diperiksa passport… Dia patut tahu, masuk negara tanpa kebenaran dan passport tetap salah… Salah tetap salah…

Tapi itulah kalau nak tahu… Mcm tu lah ramai Ustaz hatta ada ADUN PAS hat kahwin kat Thailand… Tak berdaftar… Akhirnya sebab depa ni musang berjangggut… Dia yg buat undang2… Semua boleh padam… Jadi bayar je lah denda… Biar pun perkahwinan sah dari sudut agama, tapi salah dari sudut undang2… Itu pun kena pergi Mahkamah untuk tentukan, penjara atau denda… Tapi kes mcm ni Ustaz sama Ustaz… Bayar denda je…

Cuma Allah nak zahirkan bagaimana penguatkuasaan zaman Islam dikatakan memerintah, dari PDRM, SPRM dan Pejabat Peguam Negara…

Itulah bani PAS… Hudud PAS… Semua boleh padam… 😉

Takdirrr… C&P.

CARA PAS MELAKSANAKAN HUDUD DENGAN PENUH HIKMAH.

HUDUD PAS HANYA PROPAGANDA POLITIK MURAHAN

APABILA BURUNG HUD-HUD MELAKSANAKAN HUDUD.

HUDUD PAS :

  1. Dahulunya alasan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat ( PR ) adalah kerana DAP dan PKR tidak bersama PAS untuk Laksanakan HUDUD diatas alasan DAP & PKR Hudud tidak sesuai kerana Malaysia negara majmuk.
  2. Selepas keluar daripada PR dan tidak bersama dengan PH sebelum menjadi kerajaan pusat, PAS berkata pula ” mustahil hudud dapat dilaksanakan dinMalaysia akibat negara majmuk “…kata Hadi.
  3. Sekarang, setelah PAS menjadi kerajaan memerintah diMalaysia bersama PN, PAS melalui Timbalan Menteri Agama telah mengeluarkan kenyataan bertulis didalam Parlimen bahawa Hudud dan RUU 355 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Negara Malaysia , maka ia tidak sesuai untuk dilaksanakan diMalaysia.

Ok …kalau gitu apa gunanya Ibrahim Libya mati ditanam tanpa dimandi dan dikapankan kerana sekarang ternyata ditipu Hadi , kononnya dulu dulu bersama dengan 13 ahli PAS yang lain Syahid kerana mati melawan UMNO dan BN.

Adakah Hadi sanggup bertanggungjawab sekarang diatas pembohongan beliau selama ini didalam PAS?

😂😂😂😂 Kasihan ahli PAS kerana tetap Istiqamah ditipu Hadi.

LTTE KINI BERSAMA PAS TALIBAN ?

http://chedet.cc/?p=3172
LTTE
7 Sep 2020

  1. Saya tidak tahu apa tujuan surat bertarikh 12 Februari 2020 yang saya tulis kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan saya masih Perdana Menteri Malaysia, dikeluarkan untuk tatapan umum melainkan untuk memperlihatkan seolah-olah saya penyokong LTTE.
  2. Saya mencadang supaya Tamil Tigers tidak lagi dilabel sebagai terrorists kerana Kerajaan Sri Lanka sendiri, di mana pertembungan mereka dengan Tamil Tigers berlaku, tidak lagi melabel kumpulan dan pengikutnya sebagai terrorists.
  3. Jika label terrorists diguna terhadap Tamil Tigers, maka mereka tidak boleh ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.
  4. Langkah ini konsisten dengan pendirian kita sebelum pilihanraya 2018 bahawa kita menentang penggunaan beberapa peruntukan undang-undang yang telah disalah guna oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk menahan mereka yang menentang pencurian yang mereka lakukan menerusi 1MDB dan juga salah guna kuasa. Dan mereka yang menentang ini telah ditahan tanpa dibicarakan dan tidak dibenar ikat jamin. Ini satu travesty of justice ataupun satu ketidakadilan yang melampau.
  5. Kerana itu saya membuat cadangan di atas kepada Tan Sri Muhyiddin ketika itu.
  6. Berkaitan dengan Hamas, saya gunakannya sebagai contoh di mana kita tahu masyarakat dunia memang melabel Hamas sebagai kumpulan terrorist. Tetapi kita tidak pernah bersetuju dengan dakwaan ini. Semua tahu bagaimana kita telah beri bantuan kepada Hamas di Gaza. Kita juga telah terima lawatan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh pada 22 Januari 2020. Saya sendiri telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin Hamas ini.
  7. Berkenaan dengan penyokong LTTE, saya dimaklumkan oleh Peguam Negara bahawa tidak ada bukti kukuh untuk mendakwa mereka di bawah undang-undang terrorist yang tidak boleh diikat jamin semasa menunggu perbicaraan. Saya memberi pendapat saya kepada Menteri yang bertanggung jawab berkenaan perkara ini. Pendapat saya bukan suatu arahan.
  8. Bagi saya, jika Kerajaan dan Peguam Negara pada hari ini merasa terdapat bukti yang kukuh untuk mendakwa mereka, seharusnya mereka memulakan proses perundangan yang sewajarnya.
  9. Saya berharap tidak berlaku kezaliman apabila menegakkan keadilan dan melaksanakan undang-undang.

Sekian, terima kasih.

Statemen Bodoh Pas – Burung Hud-Hud

Statemen bodoh oleh menteri bodoh piang. Mu ingat PAS ni agama, menentang PAS bermakna menentang agama? Menentang PAS yg perkuda/perlembu/peralat (bkn ikut agama, agama kena ikutmu) agama ni jihad bro. Dah tentu dpt ganjaran pahala d sisi Allah

PAS dimusuhi kerana bawa Islam

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, PAS tetap teguh berdiri membawa perjuangan Islam sejak sekian lama walau pelbagai tohmahan dan fitnah telah dilemparkan.

“PAS berjuang dalam tempoh yang panjang sejak dari (tahun) 1951 sehingga sekarang, kita dihina, kita dikeji, kita dihamun, dikata macam-macam semata-mata kerana kita membawa Islam,” katanya dalam video berdurasi 2 minit yang disiarkan dalam akaun Facebook miliknya semalam.Advertisement

Justeru itu beliau berkata, oleh kerana PAS membawa perjuangan Islam, parti DAP dan parti seangkatan dengannya sering memusuhi PAS.

Namun katanya, jika PAS tidak membawa perjuangan Islam seperti mana yang diperjuangkan hingga ke hari ini, PAS pasti tidak akan dimusuhi.

Dalam pada itu beliau turut memetik cerita dari sirah perjuangan para sahabat yang mana Rasulullah s.a.w dan para sahabat ketika itu telah berhijrah meninggalkan Kota Mekkah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah.

Golongan tersebut telah diizinkan oleh Allah untuk berperang dan mereka diperangi oleh kaum Quraisy.

“Allah sebut, jika tidak kerana Allah yang menolak hati seorang manusia untuk menentang manusia lain, dengan maksud membangkitkan rasa untuk berjuang di hati orang-orang yang berjuang dengan Allah, untuk menentang orang-orang yang menyeru ke arah kebatilan.

“Jika tidak kerana hal seumpama ini, sudah lama tempat ibadah seperti mana tempat ibadah Yahudi, Nasrani termasuk masjid-masjid orang Islam akan dirobohkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/9/2020

HUD HUD TAKIRI SEMAKIN GILA

FacebookWhatsAppEmailPrintFriendlyKongsi

Ipohmali

Makin Teruk Gila Takiri.. Bayangkan masa baca tajuk laporan Berita Harian tadi.. dia Langgar SOP, Tapi salahkan DAP dan PH Sabotaj…

Sabotaj atau tidak, Jawb kat Mahkamah lah… Jangan sembang di Facebook.. Aku pun tak faham ,apa keperluan soal siasat Polis dan fail dihantar ke pejabat peguam Negara,

Kes Langgar Kuarantin ni simple jer.. sama lah macam kes Makcik Pink..mcm kes Trafik.. Kes Road Tax tamat tempoh… atau memandu tanpa lesen, tak perlu saksi, tak perlu minta DNA, laporan forensik pun.. sama jer seperti mana jawapan Polis bila krorang kena tahan memandu tanpa Road tax, apa apa..jawab di Mahkamah.. pegawai JPJ dan Trafik pun boleh jadi pendakwa.. dalam kes Takiri ,cukup pegawai Undang2 KKM jer..

Tapi pelik bila seolah olah kes Takiri sengaja ke dilambat lambatkan.. di lengah lengahkan..semacam pentas di dramakan..Nak kena soal Siasat.. sampai kena ke bukit aman..Nak bawa ke Pejabat peguam Negara.. nasib tak kata tunggu laporan forensik dan perubatan, atau laporan kimia… saja lah tu nak bagi orang lupa…

Agaknya dia terbang ke Turki ngan Bini dia Anwar Ibrahim Beli kan tikett.. Lepas tu Pegawai KKM bersubahat dengan Lim Guan Eng.. dan Mat sabu pula telah berjaya mencuri gelang pink dia… manakala Lim Kit Siang telah memaksa dengan ugutan senjata agar dia keluar rumah..pergi ke Parlimen dalam tempoh kuarantin..

agaknya Tu sebab Takiri kata.. DAP dan PH ada peranan sebabkan dia langgar SOP..agaknya tu siasatan jadi panjang.. banyak elemen Konspirasi, Boleh jadi ada agenda Iluminati dan Freemason menjatuhkan seorang pemimpin Islam… kuat betul fantasi dia mcm Presiden PAS..

Macam macam jenis Gila hari ini.. yang Pembela Ummahpulak gila salahkan DAP pasal Tanah Durian Musang king.. walhal UMNO perintah Pahang dah 60 tahun..

BURUNG HUD-HUD AKAN MELAKSANAKAN HUDUD

Air di Kelantan dah selesai ke? Tuan Ibrahim kena serang

Rakaman menteri hud hud sedang temberang pasal Islam sebelum PRU14.

Menteri hud hud ini mendakwa Pas tak boleh bergabung dgn PH (dalam PRU14) kerana PH tidak mahu laksanakan Islam.

Dia beri contoh keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan terjemahan ‘parent’ kepada ‘ibu dan bapa’ (dalam isu hak perkenan kanak2 masuk Islam) sebagai bercanggah dengan Islam. Dia yang jahil tentang pendapat ulama, dia kata orang lain menyanggahi Islam. Maka PH dikatakan melanggar Islam kerana menyokong keputusan mahkamah tentang terjemahan ‘parent’ kepada ‘ibu dan bapa’, bukan ‘bapa’ sahaja. Perkara khilaf sepatutnya dilihat pendapat mana yg lebih maslahah, bukan melabel pendapat bertentangan sebagai melanggar Islam. Ayat al-Quran dan hadis mana yg memutuskan perkataan ‘parent’ itu terjemahannya ‘bapa’ sahaja atau ‘ibu’ sahaja? Tiada.

Menteri hud hud beri alasan Pas tak perlu bergabung dgn PH kerana PH tak mahu laksanakan Islam. Soalnya Islam yang mana PH tak mahu laksanakan? Dan Islam yang mana sekarang telah dilaksanakan oleh parti menteri hud hud sejak mereka menjadi kerajaan secara tebuk atap?

Hudud?
Tutup pusat judi?
Tutup kilang arak?
Semua pramugari menutup aurat?
Adib terbela?
Zakir Naik boleh berceramah?
Tutup sekolah vernacular?
Haramkan Dong Zong?

Semuanya kekal dengan status quo, tak berubah pun.

Mana Islam yang kamu laksanakan dan kamu tuduh PH tak nak laksanakan itu Lebai?

Oh.. Islam yang kamu laksanakan ialah membezakan hukuman bagi kesalahan yang sama, iaitu rakyat kena denda dan penjara setelah sabit bersalah langgar SOP tak kuarantin sedangkan kamu yang melakukan kesalahan sama bahkan pergi merata tempat dlm tempoh kuarantin, masih bebas. Itulah Islam yang kamu dah laksanakan!

Menteri hud hud juga mendakwa Pas tak boleh kerjasama atau bergabung dengan Umno BN dan akan terus melawan parti itu ‘demi melaksanakan Islam’. Kini Pas telah melanggar ikrarnya sendiri untuk lawan Umno dengan terjebak dalam kerajaan perampas mandat PRU14 untuk duduk bergabung dgn Umno. Sedangkan Umno dan pemimpinnya yang ramai terlibat rasuah serupa itu juga, tak berubah. Umno tak berubah, Pas pula yang berubah kpd lunak dengan kemungkaran Umno. Puas hati sentiasa dengan penjelasan Umno.

Di hujung klip video ini menteri hud hud kata Pas tak akan bergabung dengan Umno lagi setelah ditendang drp Kerajaan Perikatan pada tahun 1978 dahulu, berdalilkan maksud hadis “orang Islam tak akan dipatuk ular dua kali..”

Setelah menonton video ni, hangpa nak gelak ka..🤣, nak teghiak..😭?