TAMU HOTEL KUALA LUMPUR, MILIK BUMIPUTRA MUSLIM
Hotel & service apartment yang baru beroperasi selama 1 tahun ini mempunyai 40 tingkat, dengan 27 tingkat untuk hotel dan 13 tingkat suites apartment ini DIBINA SENDIRI oleh syarikat pembinaan ZIKAY dengan sebahagian bantuan pembiayaan Perbankan Islam, bertaraf Hotel 5 bintang, cuma ia setakat ini hanya mendapat 4 bintang disebabkan ketiadaan beberapa fasiliti yang ‘kontroversi’ bagi pengkelasan 5 Bintang.
Hotel yang terletak berdepan dengan Masjid Kampung baru ini sangat menarik kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar KL dan pelbagai kawasan membeli belah, berhadapan Hospital Islam dan Masjid.
Kami tumpang berbangga dengan hasil usaha mereka, malah teruja apabila kami dijamu di cafe mereka dengan pelbagai hidangan yang memang sedap (bukan ber’mujamalah’ tetapi benar-benar), khususnya nasi briyani dan juga sup kambingnya yang sangat lazat. Kami juga dibawa melawat ke semua bilik, function room dan suites apartment. Jelas, ia sememangnya pada tahap 5 bintang dari sudut bersih dan design bilik yang sangat kemas ditambah dengan permandangan hebat dari majoriti biliknya yang boleh menghadap KLCC, menara KL dan KL view juga. Harga bilik juga sangat berpatutan.
Tahniah Dato Khay dan Dato Iszhar dan team…kami doakan perniagaan mereka berkembang pesat..menambah zakat, bertambah berkat. Marilah bawa program syarikat dan keluarga ke hotel ini. Insha allah puas hati.
Sumber FB: Dr. Zaharuddin Abd Rahman
www.elzarshariah.com
SILA LAWATI KEMUDAHAN HOTEL DI WEB http://tamuhotel.com/rooms.html