RM90 JUTA PEMBUNUH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).

1 BAHAYA FITNAH1 RAZMAN MUNAFIK1 RAKYAT DAN PH

Walaun sila baca dan faham tulisan Ipoh Mali ni.

Pemimpin PAS kata dah terbukti mereka difitnah.. Sebab duit RM 90 juta tak masuk akaun PAS.., Cuma aku nak tanya Pemimpin dan Walaun PAS, cari dalam artikel Sarawak Report.. Sarawak Report ada sebut ker RM 90 juta masuk Akaun PAS ? sapa boleh bagi bukti SR ada sebut.. aku bagi RM 10 ribu sebagai ganjaran..

Jadi Pemimpin PAS tak payah Bodohkan Ahli depa lah.. Kalau yang dituduh dalam Sarawak Report tu PAS, yang saman Sarawak Report tu adalah PAS bukan Haji Hadi.. artikel SR tu tuduh Najib..tapi Hj Hadi pergi saman SR, nampak tak mudahnya Haji Hadi dikhadamkan Najib..

Kenapa Haji Hadi yg saman bukan PAS ? Sebab PAS menafsirkan ” Top Echelons” dalam artikel SR dimaksudkan Haji Hadi, Dalam pembelaan SR pulak kata “Top Echelons” semua pemimpin Utama ada kaitan dengan PAS.. Tu sebab Haji Hadi Tarik balik Saman..Memang Haji Hadi dah Comfirm Kalah..

Macam Calon PKR yg saman Hj Hadi..Sebab dia kalah, Sebab Hj Hadi Fitnah Pil Kuda tak sebut nama… Shamsul takda hak untuk saman, Walaupun dalam penghakiman, Hakim mendapati Haji Hadi mengfitnah.. orang yg patut saman adalah PKR bukan Shamsul..

Bila Sarawak Report dalam Pembelaan dia,dia sebut yang dimaksudkan “Top Echelons” kesemua Kepimpinan Utama PAS.. tu yang Pemimpin PAS pakat takut.. Semua pemimpin depa , akaun pemimpin depa akan diheret ke Mahkamah London… Tembelang akan Pecah kat sana…

Sama macam kes 1MDB.. Bila dituduh kerugian RM 40 billion skandal 1MDB.. bukan makna RM 40 Billion masuk akaun Najib dari 1MDB, akhirnya yang sampai tak sampai 2 Billion pada akaun Najib..yang Najib terima pun bukan dari 1MDB..tapi SRC.. itu lah cara depa alirkan duit.. Cuci Duit, sama macam kes Peguam UMNO yang dapatRM 15 juta..tu sebab dalam Artikel Sarawak Report Sebut Najib alirkan RM 90 juta kepada Pemimpin Utama PAS untuk pecahkan Pembangkang.. dia tak kata masuk Akaun..

Apa yang SR tulis.. ? RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS in recent months (BN veterans would tell them they came cheap). “.. nampak tak ada dia sebut akaun PAS ? RM 90 Juta masuk akaun mana mana ? yang jadikan kes ini dengan tajuk RM 90 juta sebagai isu bukan Pembangkang..sebenarnya PAS sendiri..

Tapi kita faham lah..IQ Pemimpin PAS, apa lagi walaun PAS bukan cerdik mana.. inilah Kelompok Ruwaibidhah.. Jangan kata hal Undang2..Hal agama pun depa jahil..Dulu depa kata depa dah menang Saman Sarawak Report.. last2 Haji Hadi sendiri tarik balik Saman..

Sama macam Walaun PAS sambut Haji Hadi bagai wira dulu kat Airport.. kata depa RUU 355 dah berjaya dibentang..walaupun baru baca tajuk.. Tu bukan Rang Undang2..tu baru usul pembangkang..Rang Undang2 ni dibuat Kerajaan bukan Pembangkang..baca usul pun depa kata dah bentang RUU.. begitulah mudahnya pembodohan yg berlaku kepada pengikut2 PAS..lebih teruk dari pengikut Ayah Pin.. Memang Sejarahnya orang Terengganu ada bakat sesatkan orang.. takda beza Ayah Chik dan Ayah Pin..

Depa ni jangan kata lah, Bab Undang2 Jahil..Bebas dengan jaminan Polis pun depa kata Suspek dah dibebaskan.. Macam depa percaya Najib tak bersalah sebab Najib masih bebas.. tak sangka begitu teruk cara orang agama, Bani Melayu berfikir.. agaknya tu sebab,paling ramai jadi mangsa Syarikat Scam adalah Bani Melayu.. tak heran lah air kencing Serangga pun depa tadah minum..jadi air suci.. buakn takat air anai anai 30 Juzuk..

Sudah sudah lah PAS..tak payah Bodoh kah ahli..kalau rasa saman Sarawak Report Kos tinggi..Saman jer Husam, Mahfuz.. Malah Exco Kedah dengan beraninya tunjuk resit transaksi RM 2.5 juta Duit UMNO masuk ke akaun PAS.. Jadi saman jer lah.. ni yg tuduh ni taraf Pemimpin Utama,EXCO..

Pemimpin PAS mengaku jer lah… FAKTANYA.. Sebenarnya Memang wujud Kerjasama Sulit PAS dan UMNO sebelum PRU 14 pecahkan pembangkang.. sepertimana ditulis Sarawak Report.. Mengaku jer lah PAS memang terima Duit UMNO.. Makan Duit UMNO.. berapa pun jumlah yang sampai pada PAS tak penting..Yang penting telah dibuktikan sebelum PRU 14, Haji Hadi.. PAS makan duit UMNO.. Buat kerja untuk UMNO..Jadi Khadam Najib untuk pertahankan BN di Putrajaya.. Duit Deposit calon pun UMNO tolong Support.. 👍👌💪🏿

Cnp Ipohmali🥳🤹🏽‍♂😊

Pekerja Utusan menderita, berhutang ‘ah long’, susu anak berganti sirap

Pekerja Utusan menderita, berhutang 'ah long', susu anak berganti sirap

‘Orang kuat’ di sebalik NUJ, (dari kiri) Muhammad Basir Abu Baklar, Chin Sung Chew dan Bahatruddin Yaacob mahu tindakan segera diambil demi membela nasib kakitangan Utusan. – Astro AWANI/Faris Danial

KUALA LUMPUR: Apakah nasib kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad sekarang ini?

Setelah hampir tiga bulan tidak dibayar gaji, seramai 769 kakitangan syarikat akhbar itu terpaksa menanggung derita sehingga ada yang berhutang dengan ‘ah long’ dan sanggup menggadaikan harta yang mereka miliki demi meneruskan kehidupan seharian.

Bagi yang mempunyai anak kecil pula, mereka mendakwa terpaksa memberi air sirap untuk menggantikan susu yang sudah tidak mampu dibeli kerana ketiadaan wang.

Ekoran nasib tidak menentu yang kini ditanggung kakitangan syarikat itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini mendesak Pengerusi Utusan Melayu Datuk Aziz Sheikh Fadzir melepaskan pegangan sahamnya dengan kadar segera demi kepentingan syarikat akhbar itu.

Menurut Setiausaha Agung NUJ, Chi Sung Chew, UMNO pula secara jelasnya tidak mempedulikan nasib kakitangan Utusan ketika ini sehingga sanggup melihat mereka menderita.

“UMNO adalah parti yang membela nasib orang Melayu tetapi pada hakikatnya pekerja Melayu di syarikat sendiri pun tidak terbela,” katanya sewaktu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Lebih menyedihkan, tambah Chin, mereka yang bekerja di Utusan juga mengalami kesukaran untuk ke tempat kerja kerana tiada wang untuk mengisi petrol kenderaan, dan apatah lagi untuk melakukan tugasan liputan di lokasi tertentu.

“Ramai ahli kami sekarang diburu oleh bank-bank lantaran gaji kerap dibayar lewat sejak awal tahun ini. Malah ia menjadi lebih teruk apabila gaji langsung tidak dibayar pada bulan lalu (Julai),” ujar Chin.

Lebih parah, Chin turut menjelaskan bahawa wang potongan gaji seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), zakat, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), pinjaman bank dan Tabung Haji pula ibarat ‘dirompak’ kerana bayarannya tidak sampai ke agensi berkenaan sedangkan dalam slip gaji, ia dipotong seperti biasa.

“Sudahlah tidak dibayar gaji bulanan, ahli kami di Utusan sudah lima tahun tidak menikmati kenaikan gaji mengikut perjanjian bersama atas alasan syarikat tidak mempunyai sumber kewangan.

“Namun, peliknya syarikat di bawah kepimpinan Aziz ini boleh pula menaikkan gaji kakitangan atasan sehingga 10 ke 30 peratus sejak April lalu walaupun dikatakan tiada wang,” tambah beliau.

Chin menyifatkan bahawa tindakan seperti itu bukan sahaja bersikap pilih kasih atau ‘double standard’ tetapi juga bertujuan menjejaskan keharmonian dalam kalangan pekerja dalam Utusan.

Ekoran itu, beliau berkata, NUJ akan mengadakan piket di hadapan pejabat Utusan pada 19 Ogos jika gaji masih belum dibayar. Ia akan dilakukan untuk memberi tekanan kepada pihak pengurusan supaya menjual sebahagian aset syarikat untuk membayar gaji dan tuntutan kakitangan.

NUJ juga telah menubuhkan dana untuk membantu kakitangannya. Wang itu boleh disalurkan ke akaun CIMB NUJ di 8000367100.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pekerja-utusan-menderita-berhutang-ah-long-susu-anak-berganti-sirap-214643

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pekerja-utusan-menderita-berhutang-ah-long-susu-anak-berganti-sirap-214643

Penca Sebenar Utusan Malaysia Ditutup.

Sepatutnya Persatuan Pengguna Islam Pulau Pinang (PPIM) Mengambil Alih Pengurusan Pentadbiran Utusan Malaysia Dan Jadikan Barangan Produk Halal Malaysia.

Ulamak Umnopas Membisu Seribu Bahasa Semasa Najib Jual Tanah Kerajaan Bernilai RM4 Bilion

Image may contain: text

1 NAJIB HADI PENYAMUN1 KERIS UMNO LAYU1 PENIPU AAAA

1 jho low sifu

1 Jho Low Sufi

GENG LAWYER BURUK KELANTAN

AHMAD MASLAN TERSENARAI ANTARA 80 PENERIMA WANG 1MDB – TERBUKTI 1MDB SENJATA BERBISA YANG MAMPU MEMBUNUH UMNOBN DAN PAS.

No photo description available.

AHMAD MASLAN TERSENARAI ANTARA 80 PENERIMA WANG 1MDB

Seramai 80 individu dan entiti akan menerima notis kompaun daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes 1MDB dengan jumlah notis kompaun berkaitan kes 1MDB bernilai RM430 juta.

Antara individu dan pertubuhan yang disenaraikan termasuklah:

1) Adik bekas Presiden Umno, Nazir Razak
2) Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan
3) Bekas Setiausaha Politik bekas perdana menteri, Fatmi Che Salleh
4) Pergerakan Puteri Umno Malaysia
5) Wanita Umno Bahagian Pekan dan ramai lagi

Keseluruhan wang yang disyaki diterima semua individu dan entiti dalam kes 1MDB itu dianggarkan RM430 juta itu masing-masing menerima antara RM100,000 hingga lebih RM100 juta.

Notis kompaun itu dikeluarkan mengikut Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Tanah Rizab Melayu hilang Dibawah UmnoBN ?

lk_01 : DI SEBALIK pembangunan yang pesat masih adakah Tanah Rizab Melayu

DI SEBALIK pembangunan yang pesat masih adakah Tanah Rizab Melayu di situ?

(siri 1 Laporan Khas Tanah Rizab Melayu) TAHUN ini, genap 100 tahun kewujudan Tanah Rizab Melayu, sebuah perundangan yang diwartakan menerusi Enakmen Rizab Melayu 1913 bagi menjamin pemilikan tanah untuk kaum Melayu di Semenanjung Malaysia.

Namun selepas satu abad, iaitu sejak dikuatkuasakan pada 1 Januari 1914, Tanah Rizab Melayu kini tidak pernah mencapai sasaran 50 peratus daripada jumlah keseluruhan tanah di Semenanjung Malaysia sebaliknya hanya tinggal kira-kira 12 peratus sahaja.

Apa yang berlaku? Bagaimana Tanah Rizab Melayu boleh susut, sedangkan ia dilindungi undang-undang tanah di semua negeri malah undang-undang Persekutuan? Pihak mana yang perlu bertanggungjawab atas ‘kehilangan’ tanah-tanah tersebut? Ikuti Bahagian Pertama laporan khas oleh KAMIL MASLIH dan MOHD. AZRAIE MD. YUSOF mengenai isu penyusutan Tanah Rizab Melayu yang boleh mengancam kepentingan generasi anak Melayu pada masa hadapan.

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Wasiat raja-raja Melayu semasa pembentukan Perlembagaan Perse­ku­­tuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu. Tetapi hakikatnya kini setelah 57 tahun merdeka, ia menyusut kepada 12 peratus sahaja.

Penyelidikan yang dilakukan termasuk oleh pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohd. Hasrol Haffiz Aliasak membongkar fakta penyusutan keluasan dan realiti terbaharu itu. Ia sesuatu yang mengejutkan dan pasti menggusarkan orang Melayu iaitu tentang Tanah Rizab Melayu, yang dilindungi untuk kepentingan anak cucu bangsa pribumi negara ini.

Satu daripada tujuh wasiat raja-raja Melayu itu menyebut: “Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.”

Amanat raja-raja Melayu itu dimaktubkan dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri mengisytiharkan Tanah Rizab Melayu dan melarang sebarang bentuk penjualan ataupun pajakan tanah itu kepada bukan Melayu.

Secara tidak langsung, ketetapan itu mengukuhkan kedudukan dan kuasa Enakmen Rizab Melayu yang telah wujud seawal tahun 1913 iaitu kira-kira 100 tahun dahulu bagi menjamin pemilikan tanah oleh orang Melayu di bumi milik nenek moyang sendiri.

Wasiat raja-raja Melayu nyata jauh daripada sasaran. Kajian pada 2009 mendapati keluasan tanah berkenaan hanya kira-kira 12 peratus daripada 12.9 juta hektar keseluruhan tanah semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka.

Realitinya, kelemahan pengurusan di peringkat kerajaan negeri menyaksikan banyak tanah berstatus Tanah Rizab Melayu yang tidak diganti semula selepas dilupuskan statusnya.

Semakin hari semakin mengecil keluasan Tanah Rizab Melayu iaitu daripada keluasan 3.1 juta hektar (23.92 peratus) pada tahun 1931 kepada 1.57 juta hektar (11.99 peratus) pada tahun 2009.

Cukup menyedihkan, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu juga pernah mencatatkan angka yang cukup rendah iaitu 1.30 juta hektar (9.9 peratus) pada tahun 1983.

Mengambil contoh perbandingan berdasarkan negeri, Perak yang pada satu ketika pernah mencatatkan keluasan Tanah Rizab Melayu sebanyak 1.4 juta hektar pada tahun 1921 telah menyusut kepada 309,051 hektar pada tahun 2009.

“Penyusutan berkali-kali ganda ini tidak hanya sebuah negeri sahaja, malah negeri-negeri seperti Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan mencatatkan penurunan lebih 50 peratus daripada jumlah asal yang diisytiharkan Tanah Rizab Melayu.

“Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor telah menyumbangkan peningkatan jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu sebagaimana disaksikan dalam statistik tahun 1947 namun trend penurunan kemudiannya dapat dilihat di beberapa buah negeri,” kata Mohd. Hasrol Haffiz.

Beliau merupakan pensyarah di Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM.

Negeriseperti Kelantan, bagai­mana­pun, menunjukkan keluasan yang tinggi apabila mewartakan kira-kira 85 peratus daripada keseluruhan tanahnya di bawah Tanah Rizab Melayu manakala negeri Johor pula memasukkan kesemua tanah Felda dan Felcra di bawah Tanah Rizab Melayu.

Kajian yang dilakukan terhadap negeri Terengganu mendapati, perolehan keluasan yang sedikit kerana negeri itu tidak hanya menggunakan Tanah Rizab Melayu tetapi juga Tanah Pegangan Melayu untuk melindungi kepentingan rakyat negeri tersebut.

Secara rumusannya, kajian beliau mendapati keluasan Tanah Rizab Melayu menunjukkan trend penyusutan ekoran terdapat banyak Tanah Rizab Melayu telah dibatalkan status untuk tujuan pembangunan dan penggantian tidak dilakukan secara serta-merta.

Sama ada melalui pelupusan tanah terhadap Tanah Rizab Melayu milik kerajaan ataupun pengambilan tanah terhadap tanah-tanah milik individu, banyak daripada Tanah Rizab Melayu itu tidak diganti semula seperti dikehendaki oleh enakmen berkenaan.

Perkara 89 Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan antara lain meletakkan tanggungjawab kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menggantikan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan dengan suatu tanah lain yang sama jenis.

Kuasa pengisytiharan Tanah Rizab Melayu terletak pada Menteri Besar dengan kelulusan Raja Dalam Mesyuarat dan perlu dibuat melalui warta kerajaan bertujuan mewujud, membatal, meminda had atau sempadan Tanah Rizab Melayu dan memasukkan tanah ke dalam kawasan tanah rizab sedia ada.

Penangguhan demi penangguhan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk menggantikan Tanah Rizab Melayu menyebabkan trend penyusutan itu berterusan dan tidak mustahil perkara itu menggugat kepentingan generasi Melayu akan datang.

Amat menyedihkan sekiranya Pihak Berkuasa Negeri terus gagal mematuhi undang-undangnya sendiri iaitu wajib menggantikan mana-mana Tanah Rizab Melayu yang telah dikeluarkan daripada statusnya.

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/tanah-rizab-melayu-hilang-1.6455?fbclid=IwAR2Gxap77ICmTx-GcMBHop2kkQ_Febic5BbdtNQWXAHjnz2r9Ksuz0uJpa0

Pas Kawasan Batu, Bubar – Cikgu Ishak Surin

Image may contain: 6 people, text

1 NAJIB HARAM1 TALQIN

17 Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu yang diketuai oleh YBhg. Cikgu Ishak Surin telah meletak jawatan secara rasmi,

SPRM diberi masa 7 hari pinda notis lucut hak UMNO Pekan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi masa tujuh hari bermula hari ini untuk meminda permohonan notis lucut hak yang dikemukakan terhadap UMNO Bahagian Pekan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan demikian selepas menolak permohonan peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili UMNO Pekan untuk membatalkan notis lucut hak dikemukakan SPRM melalui Pendakwa Raya terhadap pertubuhan itu.

Beliau kemudian mengarahkan SPRM diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai untuk meminda nama UMNO Pekan kepada nama pemegang jawatan dalam notis berkenaan.

“Mahkamah menolak permohonan pemohon (UMNO Pekan) untuk membatalkan permohonan melucut hak difailkan respoden (SPRM).

“Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan responden meminda penama dalam notis lucut hak mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Permohonan UMNO sebelum ini adalah untuk membatalkan permohonan lucut hak terhadap wang berjumlah RM700,000 milik UMNO Pekan yang dibekukan.

Permohonan melucut hak itu dibuat pendakwaan mengikut Seksyen 56 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Dalam permohonan itu, UMNO Pekan mendakwa SPRM menamakan pihak yang salah, sebaliknya ia sepatutnya menamakan pengarah atau individu UMNO Pekan.

Mahkamah menetapkan 6 September depan untuk pengurusan kes bagi mewartakan notis pihak ketiga.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pada sidang akhbarnya, berkata permohonan pelucutan hak difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Latheefa berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) yang suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/601662/sprm-diberi-masa-7-hari-pinda-notis-lucut-hak-umno-pekan?fbclid=IwAR0im5fhLy0ybgPkkDN6UZKCiimOgh62ByOEl7fRVb0YjRPBc9RgmTRxF0w

Create your website with WordPress.com
Get started