Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Senyap-Senyap Harga Saham FGV Naik 100%

Mesti terkejut kan baca tajuk di atas? Saham FGV bukan dah ke laut ke? Oh ya, dulunya ia dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings, sebelum ditukar ke nama sekarang iaitu FGV Holdings.

Kalau diikutkan:

Harga saham FGV Holdings 14 Disember 2018: RM0.64

Harga saham FGV Holdings 26 November 2019: RM1.31

Kenaikan: +RM0.67 atau +104.69%

SumberBursa Marketplace

Apa Punca Kenaikan Harga Saham FGV Holdings?

Mesti nak tahu apakah puncanya harga saham FGV Holdings ini naik secara mendadak?

1. Perlantikan Pengurusan Baru

Kredit GambarFB FGV Holdings Berhad

Selepas kejatuhan harga saham ke paras terendah pada Disember 2018, FGV Holdings telah membuat rombakan terhadap pihak pengurusan syarikat. Datuk Haris Fadzilah Hassan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada Januari 2019.

Turut dilantik 3 ahli lembaga pengarah yang baru, iaitu Datuk Mohd Hairul Abdul Hamid, Mazri Abdul Rahim dan Dr Christina Ooi Su Siang.

Dengan adanya pihak pengurusan yang baru, perlahan-lahan FGV Holdings membuat turnaround.

2. Kerugian Berkurang

SumberMalaysiaStockBiz

Kalau dilihat kepada laporan di atas, FGV Holdings telah mencatatkan kerugian lebih daripada RM1 bilion bagi tahun berakhir 2018.

Syarikat masih rugi, namun syarikat telah berjaya mengurangkan kerugian, dan mungkin akan mencatatkan keuntungan pula bagi tahun berakhir 2019.

3. Harga Minyak Kelapa Sawit Mentah Meningkat

SumberTrading View

Dalam masa setahun kebelakangan ini, harga minyak kelapa sawit mentah telah meningkat sebanyak 38%. Bila harga naik, keuntungan FGV Holdings pun meningkat sama.

4. Eksport Turut Meningkat

SumberMalaysian Palm Oil Council (MPOC)

Harga pun semakin meningkat, jumlah eksport pun meningkat naik juga. Memang berganda-ganda kenaikan yang dikecapi negara, lebih-lebih lagi FGV Holdings.

OK ke tak OK pulangan sebanyak 100% setahun dengan pelaburan saham FGV Holdings ni?

Nak Saham Naik Lebih 100% Sehari Juga Tak Mustahil

Ini bukan scam ya, tapi inilah yang berlaku kepada harga saham Solarvest yang baru diapungkan semalam.

Harga Tawaran IPO: RM0.35

Harga Penutupan Hari Pertama: RM0.755

Kenaikan Sehari: +RM0.405 atau 115.71%

Macam tak percaya kan? Patuh syariah pula tu. Ingat scam je yang boleh menjanjikan keuntungan melampau? Jom belajar lagi tentang macam mana nak buat duit dalam pelaburan saham patuh syariah.

Baca Panduan Beginner Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Senyap-Senyap Harga Saham FGV Naik 100%