Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Zahid: MP Umno jumpa Azmin bincang projek kawasan

1 SERIK1 TUN M DAN ANWAR1 NAJIB DAN PELACUR1 PERANGI NAJIB DAN RASUAH

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pertemuan antara anggota parlimen Umno dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali semalam adalah bagi membincangkan penyaluran projek-projek kerajaan ke kawasan mereka.

Bagaimanapun, Zahid mengakui menerima aduan pihak parti yang merasakan perjumpaan itu membelakangkan nasihat yang dibuat Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob, yang menyebabkan ramai pihak menspekulasikan tujuannya.

“Saya menerima maklumat … mesyuarat itu diadakan untuk tim pengundi mereka dalam mendapatkan projek-projek kerajaan untuk disalurkan melalui peruntukan sebagai ahli parlimen.

“Bagaimanapun, ia mewujudkan persepsi … Ketua pembangkang sebelum ini mengingatkan bahawa setiap perjumpaan mesti dibuat secara en bloc (bersama).

“Dan tempat mesyuarat mesti di parlimen, ini akan kelihatan lebih baik dan lebih sesuai,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur petang ini.

Zahid mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menjelaskan perjumpaan yang berlangsung di kediaman rasmi Azmin, yang juga merupakan menteri hal ehwal ekonomi, di Putrajaya malam tadi.

Perjumpaan dua jam itu dilaporkan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 22 ahli parlimen BN dan lima ahli parlimen PKR termasuk Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang) dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar (Ahli Parlimen Bandar Tun Razak).

Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, menambah bahawa parti itu mengambil perhatian terhadap masalah yang dibangkitkan oleh anggota Umno berhubung perjumpaan itu.

Zahid juga memaklumkan bahawa kepimpinan parti bersetuju agar jawatankuasa disiplin parti melakukan siasatan di bawah peraturan sedia ada.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menjangkakan akan menerima aduan berhubung perjumpaan itu.

Apandi berkata perkara itu akan disiasat mengikut prosedur sedia ada.

Dalam sidang media itu, Zahid juga menekankan agar semua anggota Umno, termasuk ahli parlimen, mematuhi keputusan yang diambil oleh kepimpinan parti.

“… dan apa-apa tindakan yang diambil oleh sesiapa pun (dari parti), mereka tidak boleh berkompromi dengan mana-mana blok dalam kerajaan atau mana-mana pemimpin yang mewakili kerajaan.

“Baik dalam kapasiti peribadi, atau melalui pintu yang tidak disahkan, kerana keputusan parti adalah keputusan rasmi,” katanya.

“Dan kami berharap tidak ada percubaan untuk bertindak dengan cara yang tidak mengikut Majlis Tertinggi dan keputusan rasmi parti,” tambah Zahid.

Ditanya mengenai ahli parlimen BN yang dikatakan mempertimbangkan sokongan sama ada terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad atau Presiden PKR Anwar Ibrahim, Zahid berkata: “Apabila kita membuat keputusan, ia mesti dilakukan secara bersama atau en bloc “.

Ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan ahli parlimen Umno berjumpa dengan Azmin malam tadi bagi merancang untuk membentuk parti baru, Zahid berkata beliau tidak mendengar apa-apa seumpamanya.

[Baca berita asal]

https://m.malaysiakini.com/news/500400?fbclid=IwAR3szlkLTGy5_IF5KaLL4qMBvfKWL9Bad7HKvYdoooZwp5NyrcmbDS5cakI#.XdO0icbQvk4.facebook

Azmin, Zuraida Tidak Dijemput Hadiri Konvensyen Reformis Esok

Azmin, Zuraida Tidak Dijemput Hadiri Konvensyen Reformis Esok

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin tidak dijemput ke Konvensyen Reformis yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini esok.

Menurut BH Onlien, ia disahkan pihak penganjur merangkap Setiausaha Otai Reformis 98, Abdul Razak Ismail, namun beliau mengulas lanjut mengapa kedua-dua pemimpin utama parti itu tidak dijemput menghadiri konvensyen berkenaan yang akan dirasmikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan tidak menjemput Mohamed Azmin dan Zuraida dipercayai mempunyai kaitan dengan hubungan dingin membabitkan kedua-dua pemimpin itu dengan Anwar sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, Mohamed Azmin melabel pihak yang ghairah mahu berkuasa dengan mengubah pentadbiran kerajaan lebih awal dari lima tahun, disifatkan sebagai cuba menubuhkan kerajaan menggunakan ‘pintu belakang’.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menegaskan rakyat menyerahkan mandat kepada pentadbiran sedia ada untuk mentadbir kerajaan bagi tempoh lima tahun pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Perkara itu turut disokong Zuraida yang mahu Dr Mahathir Mohamad meneruskan khidmatnya sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal PRU-14.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan kenyataan Mohamed Azmin yang menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Port Dickson itu, berkata hanya Majlis Presiden PH akan menentukan sama ada Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal atau sebaliknya.

Pendirian Mohamed Azmin itu bertentangan konsensus PH membabitkan pertukaran Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh penggal PRU-14 seperti dilaporkan sebelum ini.

Anwar sebelum ini dilapor membayangkan akan mengambil alih tampuk pentadbiran negara daripada Dr Mahathir sekitar tahun depan, iaitu dua tahun selepas PH mentadbir.

Isnin lalu, Mohamed Azmin turut dilaporkan mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PKR di kediamannya di Presint 10, Putrajaya, yang turut dihadiri Zuraida.

Pada Jun lalu, Otai Reformis 98 menggesa Dr Mahathir memberi tarikh peralihan kuasa kepada Anwar bagi memastikan masyarakat dan pelabur lebih yakin dengan masa depan kerajaan.

Azmin, Zuraida Tidak Dijemput Hadiri Konvensyen Reformis Esok

DS Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan MP2 PH dan BN .

Image may contain: 1 person, close-up

Menteri Hal Ehwal Ekonomi…..DS Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan MP2 PH dan BN di kediaman rasminya di Presint 10 di sini malam ini.

Dipercayai kesemua mereka berada di rumah tersebut sejak pukul 7 petang dan kelihatan meninggalkan kediaman beliau itu pada pukul 11 malam.

Antara yang hadir ialah:

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Presiden PKR….. Zuraida Kamarudin

Timbalan Menteri Pengangkutan….Kamaruddin Jaffar

MP Kuala Kangsar…..Mastura Mohd Yazid

MP Lipis…..Abdul Rahman Mohamad

MP Maran…..Ismail Abd Muttalib

MP Cameron Highlands…..Ramli Mohd Nor.

Antara pemimpin yang dipercayai hadir ialah:

MP Jasin…..DS Ahmad Hamzah

MP Arau…..DS Shahidan Kassim

MP Kuala Krau…..DS Dr Ismail Mohamed Said

MP Gerik…..Datuk Hasbullah Osman

MP Paya Besar….. Mohd Shahar Abdullah.

Selain itu :

MP Maran…..DS Dr Ismail Abdul Muttalib

MP Jelebu…..Datuk Jamaluddin Alias

MP Pengerang…..DS Azalina Othman Said

MP Parit Sulong….Datuk Noriani Ahmad.

Terdahulu kecoh satu mesej bertebaran menerusi aplikasi WhatsApp mengenai pertemuan melibatkan DS Azmin dengan beberapa MP PH dan BN.

Mesej tersebut yang disebarkan kepada beberapa orang wartawan itu turut mendakwa berlaku pertemuan antara DS Azmin Ali dengan MP Sembrong….. DS Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut mesej tersebut pertemuan itu didakwa diadakan bagi mendapatkan sokongan MP terbabit untuk mengagalkan peralihan kuasa PM Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR….DS Anwar Ibrahim.

Lebih 10 buah kenderaan berada di perkarangan kediaman rasmi DS Azmin malam ini.

MP Umno Yang Bersama Azmin Ali – Golongan Munafik

Image may contain: 5 people, people sitting

 

Umno akan ditinggalkan ujud parti baru.Bagi puak kerajaan Azmin puak dia akan tinggalkan Keadilan.yg mampus kita siang mlm beramok..yg untung dia orang jenis pemimpin2 pukimak..belaka.. — with Zulkipli Hj SudinAbd HolifJemahMael LavenderPaklong DannBang Zal LiSaleh Bin Abas SalehAkasia RedSolero AceRambo KlDoyleJalaluddin Johan JalalBee Jay and Badrul Hisham Yusop.

Azmin jumpa Ahli Parlimen BN

Mohamed Azmin bersama Zuraida di kediamannya di Presint 10 malam tadi. FOTO Petah Wazzan Iskandar

SEKUMPULAN Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir ke kediaman Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya malam ini.

Kenderaan milik wakil rakyat terbabit termasuk yang mempunyai jata Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri memasuki kediaman berkenaan dipercayai mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR itu.

Wakil rakyat berkenaan dipercayai berada di situ sejak 7 malam sebelum beransur-ansur meninggalkan kediaman Mohamed Azmin mulai 11 malam dengan yang terakhir dilihat keluar ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin.

Antara yang dilihat keluar ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid, Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) dan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (BN-Maran).

Ahli Parlimen Cameron Highlands (BN) Ramli Mohd Nor yang turut hadir ketika diminta mengulas lanjut mendakwa tiada apa-apa yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan.

Pemimpin lain yang turut hadir ialah Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin); Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau); Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau); Datuk Hasbullah Osman (Gerik).

Selain itu Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar); Datuk Jamaluddin Alias (Jelebu); Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) serta Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong) yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Terdahulu portal Malaysia Today melaporkan Mohamed Azmin mengadakan pertemuan itu bagi mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN bagi menafikan cubaan menjatuhkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui undi tidak percaya.

“Sekiranya Azmin mendapat sokongan daripada 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional dan bergabung dengan kumpulan pro-Mahathir dalam Pakatan Harapan, apa-apa percubaan untuk mengguling Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar akan gagal,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/518487/azmin-jumpa-ahli-parlimen-bn?fbclid=IwAR3jp-0bBSTICVKC5aNW1Lp1912HNKtm3_w6pgsfudYcd9nLR81uIUIaHTo