Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kemenangan Anifah Aman batal, satu lagi PRK di Kimanis tidak lama lagi

Kemenangan Anifah Aman batal, satu lagi PRK di Kimanis tidak lama lagi
Kemenangan Anifah pada PRU14 dibatalkan selepas mahkamah mendapati berlaku pelbagai salah laku dan pelanggaran undang-undang sewaktu pilihan raya di kerusi itu. – Gambar fail
Image may contain: 18 people, people smiling, text

KUALA LUMPUR: Satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kimanis, Sabah akan diadakan tidak lama lagi berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan pembatalan kemenangan penyandangnya, Datuk Seri Anifah Aman.

Agensi berita Bernama melaporkan, Mahkamah Persekutuan sebulat suara mendapati mahkamah pilihan raya tidak melakukan kesilapan dalam keputusannya.

Panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat turut mendapati berlaku pelbagai salah laku dan pelanggaran undang-undang sewaktu pilihan raya di kerusi itu.

Oleh itu, perkara berkenaan menjejaskan keputusan pilihan raya di kerusi itu, katanya.

 

Anifah memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi menewaskan calon Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

KEPUTUSAN PRU 14 09 MEI 2018

P176
KIMANIS
Anifah Aman
11,942
Karim Bujang
11,786
Jaafar Ismail
1,300
N23
N24
 EMBED
 KONGSI
KLIK DI SINI UNTUK KEPUTUSAN PENUH DAN
TERKINI PILIHAN RAYA

Pada 16 Oktober lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu Lee Heng Cheong mengisytiharkan kemenangan Anifah yang juga bekas Menteri Luar sebagai tidak sah dan terbatal.– BERNAMA