MOHON BANTUAN KEPADA SEMUA SEKIRANYA ADA MAKLUMAT TENTANG AKTIVITI PENYELUDUPAN PENDATANG ASING (PATI) TOLONG SALURKAN ADUAN KE PUSAT KAWALAN MALAYSIA (MCC), BUKIT AMAN MELALUI TALIAN TALIAN 0322663333/ 0322663444 atau e-mel ke mcc@rmp.gov.my.
Dengar sini wahai saudara-saudaraku rakyat Malaysia, ketahuilah apa yang diberitakan ini adalah benda yang sedang berlaku pada negara kita.
MALAYSIA sedang menghadapi ancaman PATI yang cuba mengambil kesempatan untuk menceroboh dan mendarat di negara kita semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sedang berjalan.
Seperti COVID-19, kehadiran mereka tidak diundang dan kedatangan mereka akan membawa masalah kepada kita semua.
Selain itu, terdapat juga pihak yang bersekongkol terlibat dalam membawa masuk PATI ke negara ini.
Demi kepentingan diri, mereka sanggup gadaikan keselamatan dan kedaulatan negara kita cintai.
Oleh itu, mana-mana rakyat Malaysia yang sayangkan negara, yang mengambil peduli akan tanah air kita DIGALAKKAN untuk MENYALURKAN MAKLUMAT kepada kami untuk membanteras kegiatan sebegini.
Maklumat boleh disampaikan dengan pelbagai cara untuk tindakan pihak kami dalam membantu sahabat-sahabat lain untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan tanah air kita.
Maklumat boleh disalurkan melalui laman Facebook kami.
Oleh itu, beringatlah bahawa, mungkin pada hari ini kita lihat perkara sebegini seperti tiada apa-apa dan tidak memberikan impak – sikap sebegini akan menyebabkan kita merana.
Pada waktu itu, menangis berair mata darah pun tiada gunanya.
Inilah saatnya kepada rakyat Malaysia untuk berbakti kepada tanah air tercinta.
Ayuh, laksanakan peranan anda dalam doktrin Pertahanan Menyeluruh (HANRUH)
====================
Tekong musuh negara, awas anda sedang diperhati
KUALA LUMPUR, 16 Apr – Rakyat Malaysia perlu menjadi mata dan telinga kepada negara untuk menumpaskan ‘tekong’ yang membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui ‘laluan tikus’.
Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam paparan Facebook rasminya berkata, kegiatan tekong ini merupakan sebahagian musuh kepada negara.
“Jangan biarkan mereka (tekong) berkuasa, kelak kluster wabak pandemik COVID-19 bertambah,
“Kita (rakyat Malaysia) juga yang akan merana, Jangan biarkan PATI menjejak kaki ke Malaysia angkara tekong yang bermaharajalela,” katanya.
Pasukan keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) kini giat mempertingkatkan kawalan dan pemantaun di sempadan dan perairan negara.
Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih wujud cubaan untuk membawa masuk PATI ke Malaysia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan terdapat PATI yang cuba masuk ke negara ini secara senyap-senyap melalui sempadan negara semasa PKP.
Manakala menurut sumber, PATI diramal memasuki Malaysia kerana kes positif dan kematian wabak COVID-19 di negara asal mereka semakin meningkat dan seolah-olah tidak terkawal.
Ramai dikalangan mereka memilih untuk ke Malaysia walau berisiko tertangkap asalkan diberi makanan dan kemudahan perubatan sekiranya dijangkiti COVID19.
Sebarang maklumat mengenai kegiatan ini boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Malaysia (MCC), Bukit Aman melalui talian talian 03-22663333/ 03-22663444 atau e-mel ke mcc@rmp.gov.my.
Pusat Kawalan Malaysia atau MCC (Malaysia Control Centre) adalah nadi operasi PDRM yang penting sekali.
Selain daripada berfungsi sebagai pusat penerimaan dan penyaluran maklumat berkaitan jenayah dan ketenteraman awam, ia juga bertindak sebagai koordinator PDRM dalam mengendalikan ketenteraman awam di Malaysia.