Pengawal peribadi Najib ditarik balik
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Razak akan mendapat layanan ‘istimewa’ sebagai bekas Perdana Menteri sekiranya didapati tidak bersalah dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Perdana Menteri berkata, jika didapati tidak bersalah, beliau akan dapat kembali kelebihan seperti bekas Perdana Menteri yang lain.
“Beliau (Najib) dalam siasatan dan tidak mewakili bekas Perdana Menteri,” katanya selepas Majlis Iftar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, malam ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Najib menerusi Facebook bahawa semua pegawai keselamatan, polis pengiring serta anggota dari Unit Tindakan Khas (UTK) sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang juruiring kanan atau Aide De Camp (ADC).
Dalam kenyataannya Najib berharap, kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya sentiasa menjaga kebajikan kumpulan pengawal pengiring, UTK, polis pengiring dan pegawai yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada beliau dan keluarganya.
Menurut Najib, semua mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan.
“Hari ini saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, UTK, polis pengiring dan pegawai yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana,” kata Najib menerusi kiriman itu di Facebook.
Najib berkata, tidak dapat dinafikan semua mereka diselubungi emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika melafazkan kata-kata perpisahan.
“Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang sembilan tahun ini termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun semasa saya masih Timbalan Perdana Menteri.
“Hingga kita bertemu lagi, saya ucapkan kepada mereka selamat maju jaya dan berharap mereka akan terus berkhidmat kepada kerajaan baharu dengan dedikasi dan kesetiaan yang sama ketika bersama saya,” katanya.
Sementara itu ditemui pada majlis sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata penarikan balik pengawal dan polis pengiring Najib serta keluarga adalah mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, ada kelayakan tertentu mengikut SOP yang patut diterima bekas Perdana Menteri.
“Kita akan kekalkan SOP yang ditetapkan. Bekas-bekas Perdana Menteri ada kelayakannya tertentu dan kita akan akur.
“ADC kita akan kekalkan. ADC untuk Datin Seri (Rosmah Mansor) kita akan kekalkan termasuk bodyguard (pengawal peribadi),” katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, pengurangan atau jumlah pengawal dan pegawai polis sebagai pengiring serta pengawal peribadi dikurangkan berbanding sebelum ini berdasarkan SOP.
Beginikah layanan kerajaan NAJIB BN PADA BEKAS PM 22 TAHUN???!!!
Jasa TUN M 22 tahun lalu TIADA KAITAN dengan penglibatannya dalam politik arus perdana sekarang.
TUN M layak mendapat perlindungan dari pengawal peribadi PDRM kerana JASA2NYA SEBAGAI PM DULU!!!
Menafikan hak TUN M sbg mantan PM hanya menunjukkan tanda2 KLEPTOKRAT kini mula bersalin kulit menjadi REGIM yg memaksa semua orang mengikut kehendaknya tanpa menghiraukan peruntukan2 tentang keistimewaan yg dijamin untuk mantan PM.
Sbg ketua kerajaan, Najib lupa.. selain dgn kehendak Allah, usaha Tun M sedikit sebanyak membantunya menjadi pm ketika ini. Namun Najib macam kacang lupakan kulit
Najib dan zahid kelihatan sangat terdesak sehingga sanggup membenarkan kerja2 kotor dan hina sebegini berlaku dibawah pemerintahan mereka.
Bangsa melayu bangsa yg penuh sopan dan tahu menghormati dan menghargai jasa2 pemimpin. Bangsa bugis dan jawa… tak tahu la pulak.
Tapi jelas dengan penarikan pengawal peribadi Tun M dari PDRM ini, Najib dan Zahid tak reti nak beza layanan untuk mantan pm dan orang biasa.
Orang yang tak reti nak hormat orang lain TAK LAYAK DIHORMATI!!!
03 Nov 2017
4.30pm
PETALING JAYA: Sebuah kumpulan veteran tentera berikrar memberi perlindungan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan keputusan kerajaan menarik balik perkhidmatan pengawal peribadinya.
Persatuan Patriot Kebangsaan (PPK) berkata mereka komited untuk memastikan tiada bahaya fizikal yang akan menimpa Dr Mahathir pada bila-bila masa, dan menggesa semua yang mendakwa diri mereka patriot memberikan komitmen sama.
“Seseorang tidak boleh menjadi ‘patriot’ bangsa jika dia tidak mempedulikan pemimpin negara yang telah berkhidmat kepada rakyat, negara dan pemerintah Malaysia.
“Sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada kesejahteraan peribadi Dr Mahathir, ahli PPK akan menyalahkan sepenuhnya kepada kepimpinan negara dan penjaga undang-undang dan ketenteraman, dan akan menuntut siasatan bagi mendedahkan kegagalan kerajaan hari ini,” kata Presiden PPK, Brig-Jen (Bersara) Datuk Mohamed Arshad Raji.
Rabu lalu, kerajaan mengumumkan penarikan balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) Dr Mahathir.
Putrajaya turut menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu rumah di pejabatnya.
Tahun lalu, khidmat polis trafik mengiringi perjalanan Dr Mahathir ditamatkan, dengan alasan beliau menyertai perhimpunan yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang.
Dr Mahathir, yang mentadbir negara dari 1981 hingga 2003, merupakan perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat. Beliau keluar Umno tahun lalu dan kini mempengerusikan pakatan pembangkang melalui Pakatan Harapan.
Arshad berkata keputusan menarik balik pengawal peribadi Dr Mahathir adalah bersifat “amatur, tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah dan jelas merendahkan martabat”.
“Saya tidak fikir rakyat Malaysia yang patriotik mahu melihat bekas pemimpin yang mereka dihormati dan dihargai, yang menjadikan Malaysia lebih baik, dilayan dan dimudaratkan dalam keinginannya yang tinggi untuk perubahan kepimpinan negara sekarang.
“Pemimpin dunia memandangnya dengan penuh hormat, dan Malaysia pernah dipandang tinggi semasa kepimpinannya. Semasa kemelesetan dunia pada 1998 yang turut merebak ke Asia Tenggara, tindakan Dr Mahathir yang menyelamatkan ekonomi kita.
“Tidak kira bagaimana beliau hari ini, lelaki yang begitu tegas menentang kerajaan pemerintah sekarang kerana alasan yang kita semua tahu, beliau pastinya tidak layak menerima layanan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan.”
Melihatkan pelbagai perkhidmatan yang ditarik balik, Arshad persoal apa lagi yang akan diambil.
#TabikHormat
#SokongTun
#sedihplaktgkpicni⬇️😢😭
#sebakrasa