Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

KELANTAN DAPAT RM400 JUTA, RAMAI RAKYAT BERPUASA TANPA BEKALAN AIR BERSIH.

SAYA TAK MINTA PERABIS RM 400 JUTA. ITU DUIT RAKYAT.

Saya tersenyum apabila membaca komen balas Mohd Amar Nik Abdullah berhubung lontaran pandangan saya berhubung RM 400 juta.

“Kalau nak habiskan RM 400 juta, hari ni pun boleh”

Takkan nak habiskan dengan sembrono. Saya cuma mahu kebajikan rakyat Kelantan perlu dibantu disaat mencengkam begini. Saya minta sedikit sahaja.

Akhirnya rakyat terpaksa bergantung harap kepada kedai pajak gadai. Yang ada barang kemas boleh pergi kedai pajak gadai. Yang tak ada barang kemas macamana?

Ada hadis, “Kemiskinan itu dekat kepada kekufuran” Bila terdesak seorang suami sebagai ketua keluarga akan terdorong memecah rumah, mencuri duit tabung masjid semata2 nak membeli makanan dan susu anak.

Kelantan mempunyai lebih kurang 1.6 juta dgn melibatkan hampir 315 ribu keluarga.

Miskin tegar sebanyak 6, 210 orang manakala kategori miskin seramai 31, 217 orang.

Jika dlm keadaan pandemik Covid 19 begini kerajaan Kelantan membantu setiap miskin tegar dgn RM 800, jumlahnya hanya RM4,968, 000. Dan sekiranya RM 500 diberi kepada golongan miskin jumlah hy mencecah RM 15,563,500. Jika dicampur keduanya ia hanya sekadar RM 20,531,500 shj.

Dan sekiranya dibagi pula bantuan raya RM 200 seorang bagi kedua golongan berkenaan, jumlah peruntukan hanya RM 7,485,400. Keseluruhan RM 28,016,900.

Hanya 7 persen dr keseluruhan RM 400 juta. Kita akui mmg Kerajaan Kelantan sudah khususkan utk program rumah dhuafat, jalan2 dll. Tetapi kenapa tidak mahu digunakan membantu rakyat secara langsung dlm keadaan sekarang ? Bukan suruh perhabis RM 400 juta.

Kelantan tidak akan miskin membantu rakyat yg miskin. Bahkan akan lebih diberkati pemerintahannya.

Saya serius mengutarakan hal ini mengambil kira kemampuan yg ada dari jumlah RM 400 juta tersebut. Jawapan sambil lewa tidak menggambarkan keprihatinan kerajaan kpd rakyat Kelantan.

Soalnya sekarang kenapa terlalu berkira dgn rakyat? Itu belum lagi mengambil kira keperluan besar golongan rakyat yang kehilangan pekerjaan, keperluan rakyat utk menikmati air bersih, urusan sistem perparitan yg tersumbat dan isu sampah yang tidak pernah selesai.

Hj Rushdan Mustafa.
Naib Pengerusi AMANAH Kelantan
Merangkap Ketua AMANAH Kws Pasir Mas.

13 Mei 2020