Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Transkrip perbualan Datuk Seri Najib Razak dengan individu dipercayai Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

NAJIB ARAB

Transkrip perbualan Datuk Seri Najib Razak dengan individu dipercayai Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, pada 22 Julai 2016 – 11.23 malam.

Putera Mahkota: Perdana Menteri, beta mohon maaf kerana lewat (membuat panggilan)

Najib: Tidak mengapa Tuanku

Putera Mahkota: Selepas berunding dengan pegawai beta, kami memutuskan untuk tidak menunggu lagi, sebaliknya mencari jalan penyelesaian yang adil kepada anda dan beta, demi kepentingan bersama. Jadi beta sedang berusaha mencari jalan menyelesaikan hal ini

Najib: Ya, Tuanku sangat baik hati, adakah Tuanku mahu saya terbang ke sana

Putera Mahkota: Saya tidak rasa perlu berbuat demikian, orang ramai akan tahu mengenainya. Saya akan panggil Khaldoon (Khaldoon Al Mubarak – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mubadala Development Company) untuk kembali ke sini.

Najib: Bila Tuanku panggil Khaldoon, bila beliau akan tiba?

Putera Mahkota: Beta akan panggil beliau pulang. Sekarang beliau (Khaldoon) berada di California, apabila dipanggil pulang, beliau boleh terbang terus ke sini

Najib: Tuanku, saya ada satu permintaan membabitkan anak saya (anak tiri), Riza. Ini ada kaitan dengan produksi filem yang beliau hasilkan di Amerika Syarikat. Jika boleh diwujudkan satu perjanjian pembiayaan kewangan antara Riza dengan Sheikh Mansour supaya ia dilihat sebagai satu urusan kewangan yang sah bukannya tindakan pengubahan wang haram. Pada masa ini beliau (Riza) menerima tekanan di Amerika Syarikat. Saya bimbang beliau akan dijadikan kambing hitam. Saya harap perjanjian dengan Sheikh Mansour itu dapat ditandatangani secepat mungkin, mungkin juga dengan mana-mana wakil Sheikh Mansour supaya ia dilihat sebagai satu perjanjian yang sah di sisi undang-undang. Apabila Riza menerima perjanjian itu, jadi bank dapat mengesahkan sumber wang berkenaan. Saya tidak mahu dia (Riza) jadi mangsa kerana beliau tidak mengetahui sumber wang berkenaan dan supaya orang fikir wang itu benar-benar daripada Sheikh Mansour. Saya mahu perjanjian itu dimeterai secepat mungkin. Inilah permintaan khas saya.

Putera Mahkota: InsyaAllah. Beta akan selesaikannya, beta akan bantu.

Najib: Ini satu malapetaka. Saya tidak mahu malapetaka ini memberi kesan kepada kerajaan saya dan pihak tuanku. Saya percaya perkara ini tidak mustahil untuk diselesaikan. Sudah pasti kita dapat menyelesaikannya.

Putera Mahkota: Saya setuju

Berikutan adalah transkrip perbualan antara Najib dengan Khaldoon Al Mubarak, jam 2.49 pagi pada 23 Julai 2016.

Najib: Ini saya sekali lagi buat panggilan

Khaldoon: Saya sudah bercakap dengan beliau (Riza), dan kami setuju berjumpa pagi esok

Najib: Adakah anda mahu dia datang berseorangan atau bersama peguamnya

Khaldoon: Saya fikir lebih baik kami bertemu berdua saja. Saya hendak duduk dan berbincang supaya saya lebih faham dan dapat mengambil tindakan yang sesuai.

Najib: Bolehkah anda sampaikan kepada beliau, kerana saya tidak dapat bercakap dengannya kerana dia masih berbincang dengan peguamnya

Khaldoon: Apa cadangan anda, patutkah saya bertemu berdua saja atau dengan peguam sekali

Najib: Saya tidak mahu beliau bawa peguamnya bersama. Pertemuan satu dengan satu lebih baik, hanya anda berdua.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/645108/najib-minta-bantuan-untuk-lindungi-anak-tiri