BENARKAH 80 % JANJI MANIFESTO PAS DI SEMUA PRU DULU & KINI..KELANTAN & TERENGGANU TIDAK DILAKSANAKAN !!!
KALAU TAK BENAR DAKWAAN2 DI BAWAH, APA YG BENAR?
ADA SESIAPA WAKIL PAS BOLEH BAGI PENCERAHAN, SILAKAN..
************
Di antara janji manifesto Pas…
1. Jika menang PRU14 (Mei 2018) di Terenggnu, Pas akan laksanakan Hukum Hudud
2. Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera.( Kelantan dan Terengganu).
3. Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar . (Kelantan Dan Terengganu).
4. Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada Rakyat negeri.
5. Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas.
6. Menghapuskan cukai pintu rakyat Kelantan.
7. Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah.
8. Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan.
9. WiFi percuma kepada rakyat Kelantan .
10. Penghapusan bayaran caj letak kereta di seluruh Majlis Perbandaran di Kelantan. Malah pada 25hb Julai 2019 MPKB-BRI telah laksanakan kaedah Kepit Tayar dimana projek tersebut diberikan kepada pihak swasta Syarikat Vista Summerose Sdn. Bhd.
11. Air paip yang bersih dan terawat. (Majoriti penduduk Kelantan yang putus harapan dengan Air Kelantan telah menggunakan kaedah ‘air tebuk’ / telaga tiub) semenjak tahun 2000.)Isu ini juga menjadi penghalang kepada pelabur luar dan perlancongan, terutama sektor perhotelan & pelbagai Taman Tema untuk melabur di Kelantan.
Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali. Isu bekalan air terawat juga menjadi faktor yang utama bagi para pelabur membuat pelaburan hartanah di Kelantan.
12. Tambatan Banjir Kota Bharu – sehingga kini masih belum dilaksanakan.
13. Stadium negeri yang baru dan canggih. Belum ditunaikan oleh kerajaan Pas.
14. Pelabuhan Tok Bali.
15. AFTA City di Rantau Panjang.
16. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh, Tumpat.
17. Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian.
18. Projek Agro Tourism DiPergau Jeli.
19. Pusat Bandar Baru Pengkalan Kubor.
20. Pelabuhan Darat diKuala Krai.
21. Petrokimia City, di Bachok.
22. Eco – Tourism City di Danau Tok Uban, Pasir Mas.
23. Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu Palekbang – Kg.Cina yang dijanjikan dari tahun 1996 lagi. Batu asas sahaja yang terbina.
24. Pembangunan Lembah Sireh di Kota Bharu. Dimana kerajaan Pas telah serahkan tanah seluas 1,000 hektar bersamaan dengan 2, 471 ekar kepada sebuah syarikat pada tahun 2003.
25. Masjid Baru di Kampung Sireh.
26. Jambatan Baru Di Kampung Sireh.
27. Stadium Mini Tertutup Wanita di Kota Bharu.
28. Tembatan Banjir disepanjang Koridor Sungai Golok.
29. Lebuh Raya Rakyat, Machang – Kuala Krai sejauh 30km yang bernilai RM550 juta yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pas. Lebuh Raya Rakyat tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan Negeri Pas pada Mac 2018 dan kutipan sumbangan rakyat Kelantan sebanyak RM3.2 juta tidak tahu kemana.
30. Pembangunan Bandar Baru Islam di Tok Bali seluas 140 hektar diberikan kepada syarikat swasta, Aimfora Holdings Sdn Bhd.
31. Masjid Baru di Tok Bali
32. Pusat Keewangan Islam di Tok Bali.
33. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu.Sehingga kini kerajaan Pas Kelantan gagal selesai isu pengambilan tanah penduduk tempatan.
34. Projek Solar Park di Danau Tok Uban seluas 80 hektar yang kerajaan Pas berikan tanah kepada syarikat swasta.
35. Projek Bachok Perdana. Tanah PKINK seluas 10 hektar diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan pada tahun 2013.
36. Kegagalan menangani hakisan pantai di Pantai Cinta Berahi atau Pantai Cahaya Bulan. (PCB).
37. MPKB – BRI dan kerajaan negeri yang gagal tangani kebersihan bandar.
38. Kegagalan Kerajaan Negeri menyediakan 5, 000 rumah mampu milik kepada rakyat Kelantan.
39. Projek Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Lojing.
40. Kegagalan kerajaan Negeri mengekalkan pelbagai kilang asing supaya kekal di Kelantan. Akibat kekurangan pelbagai kemajuan infrastruktur serta insentif menarik daripada kerajaan Negeri dan dasar tidak mesra pelabur parti Pas.
Dalam tempoh 28 tahun sebanyak 250 kilang menutup operasi serta berpindah ke pelbagai negeri lain. 20,000 pekerjaan kepada rakyat Kelantan hilang akibat kesan penutupan kilang tersebut.
41. Projek Pembangunan Jalan Gajah Mati.
42. Projek pembangunan Lundang.
43. Projek Pembangunan wakaf Mek Zainab.
44. Projek Bandar Baru Tunjong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 2,000 ekar.Gagal dilaksanakan kerajaan negeri.Kini kes saman oleh pihak Bank menanti.
45. Projek Batutta Ville diatas tanah milik MPKB – BRI dijalan Telipot ( kawasan Elitis Kota Bharu). Pada tahun 2010.MOU disaksikan oleh Exco Yb Takiyuddin.
46. Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. Projek MPKB – BRI bersama syarikat swasta. Pembangunan sebanyak 5 Fasa. Fasa 4 & 5 terbengkalai.
47. Projek Madinatur Raudhah diatas tanah milik kerajaan negeri sebelah di Jalan Sultan Ibrahim di Kota Bharu.Tanah secara Kontra basis.
48. Projek MPKB – BRI Highrise Tower diatas tapak pasar lama Arked MPKB di Kota Bharu.
49. Projek Bazaar Tok Guru – Kota Bharu.Tapak asal IPD Kota Bharu.Gagal dimajukan serta gagal juga menjadi tempat yang popular diKota Bharu berbanding di tempat lama Arked MPKB.Tingkat 1 sahaja dipenuhi peniaga.Tingkat 2 dan 3 kosong.Peniaga banyak yang rugi dan bungkuss.Pelan layout pun hancur.
50. Projek Airport City di Pengkalan Chepa milik MPKB – BRI. Seluas 200 ekar.Kegagalan kerajaan Pas Kelantan.
51. Projek Kandis Eco Tourism Bachok seluas 7 ekar. Gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan..
Permit import daging nie business besar. Mustahil tak melibatkan kepentingan politik kerana kelulusan AP mestilah dari menteri.Kartel daging nie mestilah orang politik yang jaga.Akhirnya mereka lebih kuat, kaya, dan berpengaruh mengalahkan tauke politiknya.Senang cakap, tauke kartel daging nie adalah dari kalangan circle politik Umno.
Masa PH mentadbir dalam tempoh yang singkat, Menteri Pertanian bukan sahaja berhadapan dengan kartel daging, tapi bermacam-macam jenis kartel lagi.Ini semua adalah legasi peninggalan Umno yang tak sempat dibetulkan kerana PH mentadbir terlalu singkat.Penyalahgunaan subsidi nelayan adalah antara pembaziran paling besar yang dikesan.Ini juga kerja kartel yang Umno bela sekian lama.Bila Menteri nak ambil tindakan pembaikan, maka berlaku pertembungan dengan kartel.Pernah menteri terpaksa buat report polis sebab diugut dengan menghantar peluru hidup ke rumah.Sampai sekarang siasatan itu entah ke mana.Sama macam nasib siasatan klip video Sandakan agaknya.
Kenapa isu kartel daging dibangkitkan sekarang?Bagi saya ianya ada kaitan dengan mainan politik kuasa antara Umno dan PPBM. Umno cuba menekan PPBM dengan pelbagai tuntutan. Antaranya dengan memberikan surat sokongan kepada DSAI sebagai PM dan menumbangkan Menteri Besar Perak.
Kini tiba giliran PPBM pula menunjukkan kepada Umno siapa bos sebenar. Kartel daging adalah legasi Umno dan antara penyumbang dana politik yang besar kepada Umno. Saya difahamkan, Umno menerima jutaan ringgit dari kartel-kartel daging ini dalam bentuk sumbangan politik.PPBM menggunakan kuasanya sebagai peneraju utama kerajaan untuk bertindak balas terhadap Umno. Mesejnya PPBM kepada Umno ialah, ‘I can reach deep into your pocket if I want to’.
Bagi pemuka-pemuka Bani Melayu ini, bukan isu halal-haram sebenarnya yang mereka perjuangkan, tetapi sekadar permainan politik kuasa sesama mereka.Isu ini memang sangat berkesan terhadap sentimen rakyat, dan ianya digunakan sebagai komoditi politik dalam pertembuangan antara dua kelompok Bani Melayu ini.
Dua hari lepas terserempak Ketua Bersatu Bahagian Pendang, Abdul Razak Khamis.Kawan lama, tapi haluan politik kami berbeza.Dia dari UMNO kemudian masuk BERSATU.Saya pula LALANG.Non-partisan. Saya sokong apa yang saya fikirkan betul dan baik. Kalau di pertengahan jalan, yang betul dan baik itu bertukar jadi tak betul dan tak baik, sebagai rakyat, saya akan cuba gunakan hak untuk menegur. Kalau nak dengaq, saya lawan dengan cara saya. Itu prinsip politik saya.Mudah.
Dan saya sokong kerajaan negeri yang ada sekarang.Tak nampak sebab kenapa nak tentang.So far so good, kata orang Putih. Cara dan pendekatan yang kerajaan negeri bawa la ni, bagi saya, cukup sesuai dengan keadaan dan persekitaran. Yang ke depan, kita tak tau. Tetapi kita tetap mengharapkan yang terbaik.
Berbalik pasal Razak.Waktu terjumpa dengannya di sebuah restoran di Jalan Pegawai, dia baru balik daripada berjumpa MB, YAB Haji Sanusi Md Nor. Dan untuk seminit dua pertama, dia puji Sanusi habis-habisan.
“Tak pernah aku jumpa MB senang berurusan macam ni. Tak dak protokol, tak payah tunggu lama-lama.Sempoi habis. Mesra pula tu. Sat sahaja urusan selesai,” itu antara ayat-ayatnya.
Dan saya teringat kisah sendiri, 15 tahun lalu bila terpaksa melangut di luar pejabat menteri besar Perak selama lebih tiga jam walaupun temujanjinya tiga jam sebelum itu.Tapi rekod yang paling lama adalah ketika menunggu orang kanan Tan Sri Mat Taib, waktu dia jadi MB Selangor dahulu.Dia punya ‘on the way’ sampai saya terlena dua tiga kali.
Saya tak kenal Sanusi secara peribadi. Tetapi sejak dia jadi MB, saya kerap ‘menelaah’ gerak lakunya menerusi apa juga sumber. Sekarang ni senang, kalau tanya dinding pun, dinding tu bagitau.
Sebagai rakyat, saya selesa dengan pendekatan yang dia gunakan.Biasa.Bersahaja.Tak nampak macam menteri besar pun. Jauh berbeza dengan seorang kawan saya dahulu, lepas diumum jadi timbalan menteri, cara melangkah pun dah lain macam!
Dalam dunia sekarang saya berpendapat cara Sanusi itu betul. Apatah lagi di Kedah ni. Kami yang bawah-bawah ni tak mengharapkan merak untuk jadi pemimpin. Lebih-lebih lagi jenis merak buih. Yang kami harapkan pemimpin biasa-biasa, yang mampu bekerja dengan cara luar biasa. Pemimpin yang boleh berkomunikasi dengan rakyat dengan bahasa rakyat, bukan dengan retorik dan bombastik.
Kedah tak perlukan pemimpin cap tabur duit. Yang kami perlukan adalah pemimpin yang bersedia mendengar, kemudian berusaha untuk bertindak.Yang paling penting, mudah didekati dan sedia mendekati.Jangan masa nak naik sanggup keluar kut tingkap nak bersalam dengan rakyat, bila dah di atas duduk menyorok di sebalik cermin gelap.
Pemimpin jenis tu, sila pi main jauh-jauh.
Dan untuk Sanusi, thumbs up sekali lagi. Teruskanlah menjadi diri sendiri, insyaAllah segala-galanya akan diberkati.
Dulu dulu kabornya ada seorang pemimpin kanan parti ehem pernah dilaporkan berkata yang beliau meminta para pembeli yang beli makanan di bazar ramadan agar berhati-hati membeli makanan dari penjual yang tak tutup aurat atau tak solat. Sekarang ni, kabornya yang bercakap tu dah jadi Bapak Menteri.
Maaf,setakat ini saya tak dengar lagi dari mulut Bapak Menteri ini tentang isu kartel daging haram ini – tak dengar dari mana mana arah..atas, bawah, kanan dan kiri!
Apapun, orang Islam ini ,secara umumnya, amat peka dengan apa yang mereka masukkan dalam perut mereka. Dalam kitab-kitab agama biasanya dibawa dalil-dalil yang mengatakan makanan dari sumber yang haram akan ada kesan besar pada “daging daging” yang tumbuh di tubuh badan manusia.
Dalam sejarah Islam, ada diriwayatkan kisah khalifah Islam yang sanggup memuntahkan semula makanan yang masuk ke dalam mulutnya bila tidak diketahui dari sumber mana makanan itu datang.
Ya, mungkin sahaja ia datang dari sumber halal tapi kerana tak pasti, sanggup dimuntahkan semula. Ini, orang agama kata, warak. Orang kuat beragama ini biasanya depa bukan setakat berjubah, berkopiah atau berserban sahaja tapi dalam soal sumber rezeki atau sumber makan ,depa juga lumrahnya pilih sikap amat berhati-hati @meticulous @ احتياط ( Ihtiyat ) !
Jika dah terang-terang dari sumber yang haram , anda semua rasa lagu mana?
Justeru itu, jika umat Islam begitu bising isu kartel daging haram, kita perlu lihat isu tersebut dari latarbelakang yang saya sebut di atas.
Alhamdulillah, umumnya masih tinggi lagi kepekaan orang Islam dalam negara ini tentang pengambilan rezeki dari sumber yang sah dan halal.
Cuma , maaf, ada musykil sikit. Macam mana pendirian agamawan dan para pengikut mereka yang dilihat tak berapa nak cakna sumber pendapatan hasil dari bersama para PENGKHIANAT di dalam Gomen Tebuk Atap.
Maaf, yang itu macam mana ya? Sumber pendapatan yang macam tu “halalan, toyyiban wa kholisan” kot ? Ke guana?
Opps jangan bising depa kata, orang bukan Islam sedang tengok kita ! Opss, sorry tuan!
Kartel daging : Bukan tak nak dedah, takut calar imej syarikat yang jadi mangsa – Timb Menteri
Sebuah syarikat yang didapati terbabit dalam pemalsuan logo halal dalam kes kartel daging haram, akan didakwa di mahkamah esok, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid.
Menurutnya, tindakan itu sekali gus menafikan dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan cuba melindungi pihak dan syarikat yang terbabit dalam perkara yang menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
“Bukan kita tidak mahu mendedahkan syarikat yang terbabit, namun masalahnya perkara ini dilakukan oleh sebuah syarikat pengumpul daging, yang kemudiannya menggunakan logo syarikat lain (mangsa) yang terkenal dan mempunyai permintaan tinggi untuk memasarkan produk itu.
“Kalau kita mendedahkan nama syarikat yang jadi mangsa itu, ia akan mencalarkan imej syarikat berkenaan sedangkan itu bukan salah mereka,” katanya pada sesi penggulungan usul kartel daging haram yang dikemukakan oleh Senator Asmak Husin.
Lebih sembilan orang Senator mengambil bahagian dalam sesi perbahasan isu itu, selepas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim membenarkan usul itu dibahaskan mengikut Peraturan 17 (1).
Rosol menjelaskan kerajaan tidak pernah memandang remeh berkenaan isu itu dan telah melakukan beberapa tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.
Jelasnya ia termasuk langkah membeku aset syarikat itu yang bernilai RM1 juta, merampas 24 rubber stamp syarikat-syarikat jenama yang mempunyai permintaan tinggi, menyita 5,000 keping pelekat halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan 2,428 kotak daging beku yang dianggar bernilai RM738,640.
Pada masa yang sama, beliau turut menafikan laporan yang mengatakan bahawa aktiviti kartel daging haram itu telah berlaku hampir 40 tahun.
“Tidak benar perkara ini telah berlaku hampir 40 tahun, sebab siasatan kementerian mendapati, syarikat terlibat baharu mendaftar pada 2014 dan memperoleh lesen untuk mengimport produk sejuk beku pada 2017.
“Pada masa yang sama ujian Jabatan Kimia terhadap sampel daging beku yang diambil daripada gudang simpanan itu mengesahkan, ia bukan daging kuda, kangaroo serta babi, dan ini memberikan kelegaan kepada kita,” katanya.
Untuk mengelak perkara yang sama berlaku pada hadapan, Rosol memaklumkan kementerian telah menubuhkan sebuah jawatankuasa perundangan dan penguatkuasa halal, bagi menyelaras tindakan dan isu penguatkuasaan halal dalam negara.
ISU KARTEL DAGING IMPORT: KORUPSI SAMPAI JEJAS HALAL?
Rakyat Malaysia berang apabila dikejutkan dengan isu sindiket kartel yang menyeludup daging sejuk beku import dan betapa mereka telah ‘ditipu hidup-hidup’ selama hampir 40 tahun lamanya!
Sejak 2 Disember lalu juga, setiap hari Sinar Harian membongkar satu demi satu isu ini dengan mendapatkan penjelasan ramai pihak.
Namun masih tak nampak jalan penyelesaian – masyarakat semakin keliru, kerajaan masih membisu.
Apa selepas pembongkaran hebat ini?
Saksikan Wacana Siri 220 MALAM ESOK, Selasa, 29 Disember 2020 di semua platform media sosial kami:
ISU KARTEL DAGING IMPORT: KORUPSI SAMPAI JEJAS HALAL?
Rakyat Malaysia berang apabila dikejutkan dengan isu sindiket kartel yang menyeludup daging sejuk beku import dan betapa mereka telah ‘ditipu hidup-hidup’ selama hampir 40 tahun lamanya!
Sejak 2 Disember lalu juga, setiap hari Sinar Harian membongkar satu demi satu isu ini dengan mendapatkan penjelasan ramai pihak.
Namun masih tak nampak jalan penyelesaian – masyarakat semakin keliru, kerajaan masih membisu.
Apa selepas pembongkaran hebat ini?
Saksikan Wacana Siri 220 MALAM ESOK, Selasa, 29 Disember 2020 di semua platform media sosial kami: