Beliau berkata, pasukan dikenali sebagai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) itu akan mengambil-alih kesemua kes berkaitan isu berkenaan di seluruh negara, berkuat-kuasa semalam.

“Bermula semalam, setiap laporan berkaitan isu ini akan dilaporkan terus kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan saya. Kami sendiri akan pantau setiap daripada kes.

“Tindakan segera ini dapat dilihat dalam pendakwaan seorang lelaki di Selangor semalam,” tegas beliau dalam sidang akhbar selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada seramai 300 orang anggota dan pegawai polis di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Polis Kedah, Datuk Abd. Rahim Jaafar. – UTUSAN ONLINE