Gambar diatas sekadar untuk renungan dan muhasabah diri sahaja.
INDIVIDU YANG DITUNTUT MELAKUKAN IBADAH QURBAN
Syarat-syarat bagi individu yang dituntut melakukan ibadah qurban adalah seperti yang berikut:
(a) Seorang Islam yang masih hidup. Tidak boleh melakukan untuk si mati jika dia tidak meninggalkan wasiat.
(b) Seorang yang merdeka. Tidak dituntut ke atas hamba.
(c) Mencapai umur baligh dan berakal.
(d) Bermukim, iaitu menetap di sesuatu kawasan.
(e) Mampu melaksanakan, iaitu mereka yang mempunyai wang untuk berbelanja mendapatkan ternakan qurban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya untuk Hari Raya dan Hari-hari Tasyrik kerana tempoh itulah masa bagi melakukan qurban.
Apakah yg disunatkan untuk mereka yg amik bahagian dalam ibadah kurban?..
Tidak memotong kuku & rambut bermula setelah masuknya waktu Maghrib malam .
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ هِلَالَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
Bermaksud
dari Ummu Salamah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kalian telah melihat hilal sepuluh Dzul Hijjah, dan salah seorang dari kalian hendak berkurban, hendaknya ia tidak mencukur rambut dan tidak memotong kuku terlebih dahulu.”
Hadis Riwayat Muslim
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا دَخَلَتْ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا
Bermaksud
dari Ummu Salamah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika telah tiba sepuluh (dzul Hijjah) dan salah seorang dari kalian hendak berkurban, maka janganlah mencukur rambut atau memotong kuku sedikitpun.”
Juga riwayat Imam Muslim
Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama’ berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama’ Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulama’nya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang tidak sampai kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim].
Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persediaan pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.
Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Sekian, wassalam.
وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
Ustaz Muhammad Amin IsmailApakah yg disunatkan untuk mereka yg amik bahagian dalam ibadah kurban?..
Tidak memotong kuku & rambut bermula setelah masuknya waktu Maghrib malam esok ( Khamis 1 Ogos)
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ هِلَالَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
Bermaksud
dari Ummu Salamah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kalian telah melihat hilal sepuluh Dzul Hijjah, dan salah seorang dari kalian hendak berkurban, hendaknya ia tidak mencukur rambut dan tidak memotong kuku terlebih dahulu.”
Hadis Riwayat Muslim
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا دَخَلَتْ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا
Bermaksud
dari Ummu Salamah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika telah tiba sepuluh (dzul Hijjah) dan salah seorang dari kalian hendak berkurban, maka janganlah mencukur rambut atau memotong kuku sedikitpun.”
Juga riwayat Imam Muslim
Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama’ berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama’ Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulama’nya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang tidak sampai kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim].
Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persediaan pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.
Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.
TEMPOH DAN MASA BERQURBAN
Tempoh dan masa berqurban dilakukan berdasarkan ketetapan yang berikut, iaitu:
(a) Penyembelihan hendaklah dilakukan pada Hari Nahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13. Qurban tidak sah dilakukan pada malam sebelum Hari Raya (10 Zulhijjah). Ia juga tidak sah dilakukan pada malam 14 Zulhijjah.
(b) Penyembelihan dilakukan apabila berlalu masa dua rakaat solat sunat Hari Raya Adha serta bacaan khutbah. Sebagai contoh: Masa yang ditetapkan untuk solat sunat Hari Raya pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 9.30 pagi. Maka waktu berqurban bermula pada jam 9.30 pagi.
(c) Penyembelihan yang dilakukan selepas tempoh tersebut, sama ada imam menunaikan solat atau tidak, sama ada orang berqurban menunaikan solat atau tidak, sama ada imam menyembelih haiwan qurban atau tidak, hukumnya adalah sah.
(d) Waktu penyembelihan qurban berterusan siang dan malam (tetapi makruh dilakukan pada waktu malam) sehingga Hari Tasyrik yang terakhir (13 Zulhijjah) sebelum terbenamnya matahari.
Bagi penyembelihan qurban yang dilakukan sebelum terbit fajar, maka hukumnya adalah tidak sah.
(e) Penyembelihan qurban yang dilakukan selepas terbit matahari dan sebelum waktu solat sunat Hari Raya Adha adalah tidak mendapat pahala sunat dan tidak dikira sebagai ibadah.
SYARAT SAH HAIWAN TERNAKAN UNTUK QURBAN
Untuk memenuhi syarat-syarat sah sesuatu ibadah qurban, perkara-perkara berikut disyaratkan ke atas haiwan ternakan berkenaan, iaitu:
(a) Ibadah qurban tidak sah kecuali dengan haiwan ternakan sahaja, iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina, yang menjadi baka ataupun dikasi. Dengan itu, tidak sah berqurban selain dengan haiwan ternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya.
(b) Haiwan ternakan itu hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.
(c) Haiwan ternakan itu tidak mempunyai kecacatan, sama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah tanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain sepertinya.
(d) Haiwan ternakan itu telah mencapai satu tahap minimum umur, iaitu:
(i) unta : berumur lima tahun masuk tahun keenam;
(ii) lembu/kerbau : berumur dua tahun masuk tahun ketiga;
(iii) kambing : berumur dua tahun masuk tahun ketiga;
(iv) biri-biri : berumur satu tahun masuk tahun kedua, ataupun telah bersalin gigi hadapan.
SYARAT PENYEMBELIH HAIWAN QURBAN
Afdal bagi orang yang melakukan qurban menyembelih sendiri qurbannya. Walau bagaimanapun, dia boleh mewakilkan kepada orang lain atau syarikat atau persatuan yang bersetuju untuk menguruskan ibadah qurban dan sunat baginya sama-sama hadir menyaksikannya dengan syarat-syarat seperti yang berikut:
(a) Penyembelih qurban hendaklah seorang muslim, sama ada lelaki atau perempuan. Namun yang afdal menyembelih qurban adalah orang lelaki dan sunat orang perempuan mewakilkan kepada orang lelaki;
(b) Seorang yang telah mumayyiz dan berakal;
(c) Mampu melakukannya (pandai menyembelih) dan dilakukan tanpa ada paksaan;
(d) Sembelihan makruh jika mewakilkan qurban itu untuk disembelih oleh ahli kitab, atau kepada kanak-kanak dan perempuan haid;
(e) Jika qurban itu disembelih oleh orang kafir yang diwakilkan oleh tuan qurban, maka qurban itu tidak sah.
AGIHAN DAGING QURBAN
Sebelum melaksanakan pengagihan daging qurban, tindakan pertama yang wajib dilakukan ialah mengasingkan antara daging bahagian qurban wajib daripada daging bahagian qurban sunat sebelum diagihkan kepada penerima.
Jika perkongsian tujuh bahagian itu berlaku antara mereka yang berniat qurban wajib dengan mereka yang berniat qurban sunat, atau ada bahagian yang diniatkan untuk aqiqah.
Ini langkah pertama yang amat penting kerana daging qurban wajib, wajib diagihkan kepada yang berhak kesemuanya, begitu juga dengan bahagian aqiqah yang ada cara pengagihannya yang sedikit berbeza dengan pengagihan qurban sunat.
Beberapa urusan lain yang berkaitan dengannya hendaklah diputuskan melalui jawatankuasa yang dibentuk untuk memudahkan pengagihan kepada pihak-pihak yang telah dikenal pasti seperti yang berikut:
(a) Memastikan daging qurban cukup untuk diagihkan kepada pihak-pihak yang telah disenaraikan;
(b) Menyediakan senarai penerima daging qurban mengikut keutamaan;
(c) Mengutamakan golongan fakir dan miskin yang telah dikenal pasti status mereka;
(d) Mengagihkan daging qurban kepada mereka yang tinggal di kawasan terpencil;
(e) Menyediakan kontena sejuk (jika perlu) untuk menempatkan daging qurban sebelum ia diagih ke kawasan pedalaman;
(f) Mengagihkan daging qurban kepada golongan yang berada sekiranya terdapat lebihan daging qurban tersebut.