Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Mahkamah Tinggi Benarkan Tulisan Jawi Diajar Di Sekolah Cina dan Tamil Di Seluruh Negara – Tahniah PH

Mahkamah Tinggi benar tulisan jawi diajar di sekolah Cina, Tamil

Amarjit Serjit Singh berkata pelaksanaan kelas Jawi tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan. – Gambar fail

No photo description available.

Ada tulisan Khat Jawi dalam duit kertas negara China seperti dalam gambar ini, kenapa di Malaysia ianya jadi perosak minda?

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis menolak permohonan parti Gerakan supaya pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh dalam keputusannya berkata Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.

Beliau berkata pelaksanaan kelas Jawi tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Pada September lepas, Gerakan telah memfailkan saman terhadap kerajaan Pusat bagi mencabar keputusan kerajaan yang mahu melaksanakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Gerakan yang memfailkan saman itu melalui Presidennya, Dominic Lau Hoe Chai menamakan Menteri Pendidikan Maszlee Malik, Timbalannya Teo Nie Ching dan kerajaan Persekutuan sebagai responden.

Gerakan diwakili peguam Tan Lee Kiat dan Mak Kah Keong.

Mak ketika dihubungi di sini hari ini berkata jawatankuasa pusat Gerakan akan bermesyuarat untuk menentukan sama ada mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-tinggi-benar-tulisan-jawi-diajar-di-sekolah-cina-tamil-224021

 

Isu Jawi, Pas Menjadi Khadam MCA

Yang sokong khat/jawi, DAP.
Yang tolak khat/jawi, MCA.
Yang ajak masyarakat Cina terima khat/jawi, DAP.
Yang hasut masyarakat Cina tolak khat/jawi, MCA.

Tapi akhirnya DAP jugalah yang diratib dihentam difitnah PemBANGANG UMNO PAS, manakala MCA pula disucikan selepas dijadikan rakan tawaun. Terang2 MCA menolak jawi dan cuba menghasut DAP tolak jawi, tapi UMNO PAS diam takut nak kata apa2.

Kalau pejuang-pejuang Melayu dalam UMNO PAS ikhlas nak jawi/khat, sepatutnya sokong dan gandakan lagi usaha DAP/PH yang sedang memujuk masyarakat Chinese menerima khat/jawi.

Tapi sebaliknya yang berlaku. Pimpinan tertinggi DAP/PH yang mati-mati pujuk Chinese terima khat/jawi diminta letak jawatan, manakala MCA yang sedang ke hulu hilir hasut Chinese tolak khat/jawi dibiarkan sahaja.

Maklumlah. UMNO PAS sudah jadi khadam MCA, sudah jadi tali barut ekstrimis-ekstrimis dalam MCA, sudah jadi MCA MCA.

PH JADIKAN ISU JAWI BAGAIKAN TEKNOLOGI TERTINGGI UNTUK MEMAJUKAN NEGARA DAN AGAMA ISLAM SEHINGGA SEMUA MENTERI PH BERCAKAP TENTANG ISU JAWI.
UMNOPAS PULA BAGAIKAN BERJIHAD MENENTANG ISU JAWI.
POLITIK MALAYSIA MASIH DI TAHAP YANG AMAT RENDAH KERANA  KERAJAAN PH TIADA PENGALAMAN MEMERINTAH KECUALI TUN M DAN BEBERAPA MENTERI YANG AGAK KREATIF SERTA AKTIF,  SEMENTARA PEMBANGKANG PULA (UMNOPAS BN ) TIDAK MEMILIKI ILMU PENGATAHUAN YANG TINGGI SEKADAR MEMUASKAN NAFSU DAN AKTIF MEMBUAT FITNAH SEMATA-MATA INGIN MERUNTUHKAN NEGARA WALAUPUN ANAK-ANAK  MEREKA SENDIRI TURUT MENERIMA KESAN BURUK TERSEBUT.

Bukti Fitnah Jahat Umnopas Turut Dirasai Oleh Golongan Bukan Islam

1 AAA BAKAR NAJIB.7

Image may contain: 1 person, smiling, text and close-up

 

1 AA Adha 20191 Tun Islam1 PH1 Pemakan Rasuah Babi1-MERUNTUHKAN NEGARA

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi pada 12hb Ogos 2019 (Isnin):

*Taktik perkauman dipermainkan oleh UMNO dan MCA dalam isu tulisan Jawi*

Saya amat kecewa kerana ucapan saya untuk menerangkan isu pengenalan Jawi oleh Kementerian Pendidikan telah dipetik luar daripada konteks oleh ahli politik MCA dan UMNO.

Ucapan saya tersebut disampaikan dalam satu dialog dengan Persatuan Tiong Hwa Kluang pada 9 Ogos di Kluang.

Tindakan jahat memutarbelik ucapan saya ini menunjukkan bahawa MCA dan UMNO bersekongkol untuk memainkan sentimen perkauman dalam isu tulisan Jawi ini.

Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah mengadakan satu dialog bersama Persatuan Tiong Hwa Kluang dan wakil 27 persatuan masyarakat Cina di Kluang bagi memberikan penerangan terhadap isu tulisan Jawi.

Ucapan saya telah dirakam tanpa kebenaran oleh seorang pemimpin MCA yang turut hadir. Selepas itu, Naib Pengerusi Pemuda MCA Kluang Joan Ng telah memuatnaik rakaman tersebut ke akaun media sosialnya dengan komen dalam bahasa Cina yang bermaksud, “Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi menyokong Tulisan Jawi”.

Rakaman video tersebut kemudiannya dipadamkan selepas cybertrooper UMNO pula memetik sebahagian rakaman itu untuk menfitnah saya menghina Jawi.

Dengan merujuk kepada ucapan saya yang sama, MCA mendakwa saya menyokong tulisan Jawi dengan tujuan menghasut orang Cina manakala UMNO pula mendakwa saya menghina tulisan Jawi dengan tujuan menghasut orang Melayu. Begitu terang lagi bersuluh permainan politik jahat mereka.

Dalam ucapan saya tersebut, saya menerangkan bahawa tulisan Jawi digunakan sebagai sistem tulisan Bahasa Melayu secara amnya sebelum tahun 1956 dan telah digunakan untuk menulis pelbagai jenis bahan bacaan dalam Bahasa Melayu serta tidak terhad kepada penulisan agama Islam sahaja.

Dalam pembentangan tersebut, saya menggunakan tiga slaid untuk menjelaskan hujah tersebut melalui sejarah penggunaan tulisan Jawi, seperti berikut:

Dalam slaid pertama, saya menerangkan bahawa tulisan Jawi adalah tulisan untuk Bahasa Melayu sebelum tulisan Rumi diperkenalkan. Justeru, tulisan Jawi pernah digunakan untuk mengarang kitab agama Kristian pada abad ke-19.

Slaid kedua pula memberikan contoh bahan-bahan bacaan lain yang menggunakan tulisan Jawi, termasuk bahan bacaan pornografi.

Dalam slaid ketiga, saya telah menerangkan bahawa walaupun ada penganut agama Buddha yang menulis kaligrafi bahasa Cina bagi mempersembahkan manuskrip agama Buddha, namun, hampir tiada orang yang akan beranggapan bahawa kaligrafi Cina adalah untuk kegunaan agama Buddha sahaja.

Semua ini bertujuan untuk menjelaskan kekeliruan bahawa pengenalan tulisan Jawi oleh Kementerian Pendidikan ialah suatu taktik pengIslaman.

Sebagai penerangan lanjut, saya lampirkan bersama transkrip ucapan bagi slaid kedua:

“Gambar ini merupakan buku-buku pornografi zaman dahulu dan sekadar digunakan di sini sebagai contoh gambaran. Jika tulisan Jawi hanya dikhaskan untuk agama Islam sahaja, maka sekiranya ada ekstrimis Islam yang tahu benda ini, ada kemungkinan mereka akan menghalang penggunaan tulisan Jawi oleh orang bukan Islam, kerana bahan sebegini menghina agama Islam.

Bahan-bahan sebegitu diterbitkan zaman dulu-dulu, dan membuktikan bahawa tulisan Jawi adalah tulisan yang digunapakai secara meluas. Hubungan tulisan Jawi dengan Bahasa Arab sama dengan Bahasa Inggeris dengan Bahasa German atau Perancis. Sekiranya anda faham ABC, adakah bermakna anda juga faham Bahasa Perancis dan Bahasa German? Kenapa? Walaupun ABC semua sama tetapi anda tidak dapat memahami (Bahasa Perancis dan Bahasa German) kerana walaupun ketiga-tiga bahasa menggunakan sistem tulisan yang sama iaitu tulisan Rumi, namun ketiga-tiganya merupakan bahasa berbeza.

Jadi, ramai bertanya bagaimana kita membaca tulisan Jawi? Tulisan Jawi yang ada dekat papan tanda jalan agak senang untuk dibaca: apa bahasa Melayu yang ditulis di situ, maka itu cara membaca tulisan Jawi tersebut.”

_Wong Shu Qi_

Jauhi Umnopas yang suka melaga-lagakan manusia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api peperangan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Umat Islam dan Rakyat Malaysia akan hidup maju dan harmoni jika umnopas dapat dihapuskan dengan segera dari bumi Malaysia.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

 

Bukti Jelas Umnopas Menjadi Khadam Kepada MCA & MIC Untuk Menentang Tulisan Jawi.

1 AAA BAKAR NAJIB.61 LAFAZ ZIKIR TERBAIK PILIHAN HADI1 B DAP1 A SEMUA DAP1-MERUNTUHKAN NEGARA1 HADI RASUAH1 AA Adha 20191 Tun Islam1 PH1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN

Jauhi Umnopas yang suka melaga-lagakan manusia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api peperangan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Umat Islam dan Rakyat Malaysia akan hidup maju dan harmoni jika umnopas dapat dihapuskan dengan segera dari bumi Malaysia.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

 

Amanah sokong tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu tahun 4

Amanah sokong tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu tahun 4

Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong rancangan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan tulisan khat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang dijadual dilaksanakan mulai tahun depan.

Naib Presidennya, Mahfuz Omar berkata, apa yang dihasratkan kerajaan itu dilihat dapat memperkasakan semula tulisan jawi serta memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam seni penulisan khat.

“Bagi saya tidak ada masalah pun seni khat ini diperkenalkan, cumanya kadang-kadang kita dimomokkan dengan sentimen seolah-olah ia ke arah hendak mengislamkan orang bukan Islam, ini tidak benar kerana ia satu seni, tulisan khat sangat cantik.

“Bukan sahaja tulisan Jawi, tulisan lain termasuk tulisan kaligrafi Cina juga boleh diketengahkan kerana ia berkaitan dengan seni tulisan yang membawa kebaikan dan boleh juga menjana pendapatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Terbuka Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkseso) di Alor Setar, hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan akan dilaksanakan seperti yang dijadualkan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga timbalan menteri sumber manusia berkata beliau yakin Kementerian Pendidikan akan memberi pemahaman kepada semua pihak atas pelbagai isu yang ditimbulkan mengenai pelaksanaan perkara itu.

Sementara itu di Seremban, Negeri Sembilan, Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany mencadangkan agar tulisan seni dari kaum lain turut didedahkan dan dipelajari setiap kaum dalam negara.

Katanya bukan setakat mempelajari tulisan khat, tetapi bahasa asing lain seperti tulisan Cina dan India juga boleh dipelajari kerana ia merupakan satu budaya dan peninggalan nenek moyang.

Beliau berkata setiap masyarakat mempunyai sejarah dan budaya mereka tersendiri dari segi bahasa, pakaian kerana Malaysia ini merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan budaya.

“Oleh itu, saya sangat menggalakkan penyuburan budaya dan kepelbagaian etnik kerana ada budaya-budaya baik dari sesebuah kaum itu boleh dijadikan panduan dan contoh,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Konvensyen Pemuda Amanah Negeri Sembilan 2019 hari ini.

– Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/486547