Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Dr Mahathir, Matthias perlu jawab pendedahan Shafee

Demi kuasa maka atuk mahathir dan najib berkerjasama utk penjarakan Anwar sekarang yg pecahkan rahsia puak mereka

Dr Mahathir, Matthias perlu jawab pendedahan Shafee
By Wartawan MalaysiaGazette – 11 September 2018
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Pendedahan Tan Sri Muhamamd Shafee Abddullah yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak beliau menjadi Pendakwa Raya Khas bagi perbicaraan liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Perdana Menteri itu pernah mencampuri urusan negara semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Malah, Dr Mahathir juga didakwa menggunakan ugutan dan mengutamakan agenda peribadinya.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pendedahan peguam tersohor itu pasti digeruni kerana ia membongkar keburukan Dr Mahathir.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu berkata, mana mungkin Shafee membuat kenyataan mengejutkan itu tanpa asas apatah lagi jika bertujuan fitnah memandangkan beliau seorang peguam yang boleh dipercayai.

“Shafee mendedahkan Najib keberatan dengan permintaan Dr Mahathir itu yang boleh menyinggung perasaan Tan Sri Ghani Patail.

“Berkemungkinan Dr Mahathir juga telah memanggil Ghani sehingga akhirnya perlantikan Shafie sebagai Pendakwa Raya Khas kes Sodomi II melalui kaedah “fiat” dipenuhi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Puad, jalan ceritanya hampir sama apabila Dr Mahathir mengadakan perjumpaan tertutup dengan UMNO Johor di Hotel Pullman Putrajaya.

Dalam pertemuan itu, dakwanya, Dr Mahathir memaklumkan beliau telah berjumpa dengan Najib dan Najib bersetuju membina semula jambatan bengkok dengan syarat UMNO Johor juga bersetuju.

Menurut Puad lagi, bagaimanapun UMNO Johor tidak bersetuju dan ia menjadi satu sebab Dr Mahathir marah dengan Najib.

Lebih mengejutkan, Matthias memaklumkan Dr Mahathir ada enam tuntutan terhadap Najib dan jika ia tidak dipenuhi, Dr Mahathir akan menentang Najib habis-habisan.

Katanya, kenyataan Shafee tempoh hari itu turut mendedahkan bahawa Dr Mahathir telah ‘tikam belakang’ Anwar.

Beliau bimbang Anwar menang kes liwat dua dan mahu Anwar dipenjarakan.

“Sekarang dia terpaksa membebaskan Anwar, sebab itu mana mungkin Anwar akan menjadi Perdana Menteri ke-8,” katanya.

Puad mahu Dr Mahathir dan Matthias Chang perlu tampil membuat penjelasan kerana kenyataan Shafee itu melibatkan pendedahan serius dan mencabar kredibiliti termasuk konspirasi memfailkan saman di Pejabat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Katanya, rakyat, Majlis Peguam, UMNO, Pas, badan-badan kerajaan (NGO) termasuk NGO guaman perlu membuat laporan polis.

Polis juga, kata Puad, mesti secara professional membuat siasatan penuh. – MalaysiaGazette

17 KEJAHATAN MAHATHIR YANG MENYEBABKAN PH HANCUR.

JIKA TIDAK KERANA MAHATHIR

1. Jika tidak kerana Mahathir lead PH kepada kemenangan, sampai bila2 kita anggap janji manis mereka satu yang realistik.

2. Jika tidak kerana Mahathir melantik Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, selagi itu ramai ingat dialah pakar ekonomi terbaik dunia.

3. Jika tidak kerana Mahathir acah anti Sultan, kita tak akan nampak betapa beraninya mereka menyanggah perlembagaan dan sistem Raja berperlembagaan.

4. Jika tidak kerana Mahathir berjanji ingin memberi kuasa kepada Anwar Ibrahim, kita tak akan nampak betapa Anwar Ibrahim menjilat ludah sendiri.

5. Jika tidak kerana Mahathir mendiamkan liberal bersuara, kita tak akan nampak betapa mereka yang sblm ini kononnya berfakta rupanya ramai yang cetek akademik.

6. Jika tidak kerana Mahathir meletakkan paksinya di dalam PKR, kita tak akan nampak kegilaan kuasa dalam parti tersebut.

7. Jika tidak Mahathir masuk ke dalam PH dan membawa undi Melayu sekadar perlu, DAP takkan berani menendang PAS dan membantu menubuh serta memberi talian hayat kepada PAN.

8. Jika tidak Mahathir memberi banyak jawatan memberi kepada DAP, kita tak akan tahu semua kerja mereka tidaklah hebat seperti kata-kata mereka sejak 20 tahun lalu.

9. Jika tidak kerana Mahathir membuka talian hayat kepada orang UMNO ke PPBM, tidak kita nampak siapa orang UMNO yang opportunist.

10. Jika tidak kerana Mahathir membuka ruang dan peluang memperoleh kuasa, tidak akan tertubuhnya PAN dan PAS dapat membersihkan kepimpinannya yang gila kuasa.

11. Jika tidak kerana Mahathir merealisasikan kejatuhan BN, maka pemimpin BN selamanya makin tak sedar diri dan lari dari perjuangan politiknya sendiri serta pembersihan sukar dilakukan dalam skala besar.

12. Jika tidak kerana Mahathir, agenda penyatuan ummah sukar untuk berlaku.

13. Jika tidak kerana Mahathir meletakkan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan, tidaklah kita sedar akademik selebriti boleh keluar agenda kasut hitam.

14. Jika tidak kerana Mahathir membuka ruang kuasa timbalan menteri pendidikan kepada pendidikan, tidak kita dapat lihat betapa sakainya mereka bila dapat kuasa dan cauvinis tanpa selindung.

15. Jika tidak kerana Mahathir meletakkan Kulasegaran sebagai Menteri Sumber Manusia, tidak kita tahu betapa incompetent dan sakainya beliau bila mendapat kuasa.

16. Jika tidak kerana Mahathir meletakkan boss Hindraf sebagai Menteri Perpaduan, tidaklah kita dapat lihat betapa porak perandanya perpaduan kaum diwaktu ini dibawah kepimpinan mereka.

Mungkin anda benci Mahathir tetapi anda tidak boleh menolak realiti bahawa dia adalah punca kepada terbukanya hijab kepura-puraan dan kecetekan pemikiran serta kemampuan kepimpinan PH.

Mungkin anda pelik mengapa TGHH dan Tok Mat memberi sokongan kepada Mahathir to keep his throne till next PRU, ini adalah kerana hanya Mahathir yang berani rival dengan DAP, cekap bertarung dengan taktik sesumpah Anwar dan satu-satunya individu didalam PH yang mempunyai capability memerintah negara. Do u think Anwar can do so? He can’t even control his own party.

Lihat segalanya dengan mata kiri dan kanan. Insyallah dalam musibah ada rahmat. Aentiasa berdoa semoga Allah masih mengurniakan rahmat dan keberkatan kepada kita Allah juga yang menggerakkan hati Mahathir dalam melakukan segalanya. C&P.

Tun M beri bayangan kemungkinan kerajaan PN tumbang esok

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berdepan kemungkinan akan jatuh sekali lagi jika pengundian kali ketiga Belanjawan 2021 gagal mendapat sokongan majoriti esok, kata Dr Mahathir Mohamad.

Menyatakan hal itu Mahathir berkata ahli parlimen perlu memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan sendiri atau jawatan kerana ketika ini rakyat sudah cukup marah kepada kerajaan.

Justreru bekas perdana menteri itu berkata dia dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sedia menawarkan diri untuk membantu mengembalikan negara dan membantu rakyat.

Tengku Razaleigh juga mengesahkan dia tidak akan terlibat dalam pengundian belanjawan esok.

Dr M sokong Muhyiddin-Azmin secara senyap?

Pemuda PKR (AMK) menyifatkan serangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ke atas presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai usaha untuk menyokong “secara senyap” Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Menyentuh kenyataan Mahathir yang mengimbas semula gerakan politik yang menyaksikan kejatuhan Pakatan Harapan (PH), Naib Ketua AMK Thiban Subbramaniam mendakwa ramai orang percaya Mahathirlah “dalang” di sebalik Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan PH dan kegagalan Anwar menjadi perdana menteri.

“Coretan Tun (Mahathir) yang menyerang Anwar adalah satu cubaan untuk melagakan, memecahbelahkan PH dan menyokong Muhyiddin-Azmin kekal berkuasa secara senyap.

“Kita semua tahu bahawa Mahathir tidak pernah ikhlas semasa PH menjadi kerajaan. Beliau yang menyusun segala langkah untuk Muhyiddin (Yassin), Azmin (Ali) dan Hamzah (Zainuddin) menyusun Langkah Sheraton.

“Baling batu dan sembunyikan tangan, ini politik Mahathir sekarang bagi memastikan Najib (Razak) dan Anwar sekaligus hilang daripada politik negara […]” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, dalam coretan di blognya, Mahathir mempertahankan keputusannya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Katanya, selepas Muhyiddin membawa Bersatu keluar daripada PH dan bekerjasama dengan Umno dan PAS sebagai Perikatan Nasinal (PN), PH masih berpeluang untuk kembali berkuasa ketika Yang di-Pertuan Agong bertemu ahli parlimen untuk menentukan majoriti, sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Kata Mahathir, pada ketika itu, dia sudah mempunyai sokongan 66 ahli parlimen, namun Anwar memujuk ahli 92 parlimen PH untuk menyokong dirinya sendiri, menyebabkan jumlah 158 sokongan yang sepatutnya dimilikinya, tidak kesampaian.

“Saya kalah dan Anwar juga gagal,” kata Mahathir.

Menyentuh soal majoriti yang dibangkitkan Mahthir, memandangkan Anwar memiliki 92 sokongan berbanding 66 yang dimiliki Mahathir, Thiban memberi bayangan bahawa seharusnya bekas pengerusi Bersatu itu yang mengalah, bukannya Anwar.

“Siapa yang harus mengalah dalam situasi sebegini? Jika Tun tidak dapat menyokong Anwar pada masa itu bagaimana dia boleh dapatkan sokongan untuk Anwar selepas enam bulan beliau jadi perdana menteri?

“Ingat rakyat bodoh ke?”

Thiban turut menuduh Mahathir mempunyai agenda jahat menerusi rakaman audio yang bocor beberapa bulan lalu semasa mesyuarat PH dan Bersatu – yang pernah dijawab Mahathir sebagai hasil suntingan dan berniat jahat.

Thiban juga menyifatkan serangan terbuka Mahathir terhadap Anwar menunjukkan presiden PKR itu berjaya meraih sokongan.

“… Perubahan bakal berlaku dalam masa terdekat. Ini masanya untuk PH dan yang lain berdiri teguh bersama Anwar,” katanya lagi.

MAHATHIR TAK SANGKA DIMALUKAN PH

MAHATHIR TAK SANGKA DIMALUKAN PH

Tidak perlu saya ulas mengapa PKR, DAP dan Warisan menolak undi belah bahagi yg dibuat oleh Mahfuz Omar kerana rata kita telah membaca sebab2 tersebut.

Ramai yg kecewa, seperti saya juga inilah peluang utk PH menjatuhkan kerajaan PN. Kita kecewa kerana sebelum ini kita tidak tahu dan ambil tahu bagaimana proses Belanjawan di Parlimen berlaku kerana inilah kali pertama kita ingin ambil tahu lebih mendalam. Dlm mahu ambil tahu byk benda kita tak tahu akhirnya kita marah2 mcm kita serba tahu.

Malah ramai yg menghentam Anwar walaupun Syafie Apdal sekutu Mahathir dan MPnya seorang pun tidak bangun. Lebih pelik Mat Sabu dan Timbalannya Salahuddin juga tidak bangun tetapi Anwar tetap dipersalahkan… itu tandanya kita prejudis.

Ramai penyokong Amanah menghentam Anwar kerana dendam mereka kerana Anwar tidak mahu menyokong Mahathir sebagai calon PM buat kali ketiga😅… itu sahaja.

Saya mulanya terkejut mengapa MP2 PH tidak berdiri menyokong Mahfuz. Saya ambil pendekatan tenangkan diri dan tunggu sebab2nya. Mesti ada sebab lebih 90% MP pembangkang tidak bangun…Selepas 2 jam baru saya mendapat penjelasan dari rakan2 di KL.

Apa implikasi daripada keputusan semalam kpd PH?

Pertama berkisah kpd nombor. Selama hari ini ramai menyindir Anwar tiada nombor tapi mereka yakin Mahathir ada nombor. Terbukti Mahathir tiada nombor. Lebih memalukan Mahathir hanya mampu membawa 13MP bersamanya.

Kedua… semalam MP PN/BN hampir semua berada di Parlimen. Sehari sebelum ini kita telah melihat gambar keriangan pemimpin2 UMNO bersama Zafrul. Kita kena belajar politik Malaysia ini berubah setiap jam. PH tahu UMNO sudah membuat uturn buat sekalian kalinya. Ia bukan setakat kesanggupan PN memenuhi permintaan mereka tetapi kita yakin ada rundingan disebalik rundingan ke atas individu2 terbabit.

Ketiga ia satu kemenangan moral kpd kerajaan PH apabila PN akur dgn kemahuan PH atau Anwar agar kerajaan bersetuju dgn Moratorium dan KWSP.

Bayangkan jika kita menolaknya di saat ratusan ribu rakyat memerlukan wang tersebut… setiap hari siang dan malam media memburukkan PH hanya pentingkan kuasa bukan rakyat. Ia memberi kesan sgt buruk utk PH bangkit semula.

Bola tanggung yg diharapkan PN gagal. Sekaligus ia membuktikan kpd rakyat PH benar2 ikhlas memperjuangkan nasib rakyat. Yg mana baik kita sokong dan bukan menolak mentah2 kebaikan dari belanjawan itu. Inilah kemantangan politik atau seni politik. Membaca gerak geri musuh hingga di saat2 akhir.

Keempat ia kemenangan moral kpd Anwar dan sekaligus idea licik Mahthir digagalkan dlm dua kemungkinan. Pertama kita semua mengetahui Mahathir ada rundingan dgn Ku Li dgn angan2 jika kerajaan PN jatuh dia mahu menjadi PM buat kali ketiga. Kedua kemungkinan Mahathir ingin memalukan Pengerusi PH tidak mencukupi nombor. Semua org tahu kelicikan Mahathir jika tidak takkan lah MP2 Amanah seperti menganggap Mahathir sebagai rakan dan individu penting utk mereka dlm berpolitik. Malah semalam membuktikan betapa kuat kerjasama mereka bersama Mahathir dan rakan2nya.

Persoalannya skg kita ingin bertanya adakah Mahfuz tidak mengetahui arahan Anwar? Adakah pemimpin2 Amanah tidak melihat Presiden dan Tim Presiden mereka tidak berdiri? Adakah Mat Sabu tidak memaklumkan kpd MP2 Amanah utk mengikut arahan Majlis Presiden atau sengaja membiarkan mereka berbuat sesuka hati?

Adakah Mahfuz bertindak sendirian walaupun sudah mengetahui arahan Anwar semata mata utk mengambil hati Mahathir? Adakah MP2 Amanah yg sejak kebelakang ini sentiasa berbeza pendapat dgn Anwar sengaja melakukannya? Ini isunya yg kita tunggukan hari ini utk wartawan bertanya kpd Mahfuz.

Lebih penting Mat Sabu patut bertanggungjawab kenapa ia berlaku dan dia patut membuat sidang khas utk memaklumkan kpd penyokong yg skg bercakaran sesama sendiri. Bukannya lagi bertanya kenapa PH tidak menyokong kerana Anwar Ibrahim dan Athony Loke telah menjelaskan semalam.

Saya kagum apa yg dikatakan Ngeh Koo Kham dari DAP apabila mahu menenangkan penyokong parti tersebut. Katanya kita hanya mempunyai satu Jeneral ( Anwar ) yg keputusan akhirnya adalah dari Anwar. Jika prinsip yg sama ada pada MP Amanah saya yakin tidak akn berlaku undi belah bahagi semalam yg hanya menimbulkan pelbagai fitnah sesama penyokong PH.

Kita terkejut apabila Khalid Samad memberitahu rupanya MP Amanah telah mengetahuinya dlm meeting Majlis Presiden tetapi sengaja tidak mahu mematuhinya. Sukarlah PH selepas ini kerana MP2 Amanah sukar mengikuti Jeneral mereka atas nama hak masing2. Susah kalau duduk sekali jenis yg tak boleh duduk berpakat dlm satu organisasi.

Sebab itu kita berpendapat adalah lebih baik PKR dan DAP menumpukan gabungan bersama dgn mengajak Warisan utk menyertainya. Fokus kpd Selangor, N9, Melaka, PP dan Sabah ia sudah memadai dan bagus utk Malaysia. Jika tidak Amanah hanya menjadi duri dlm daging kpd PH.

Penutupnya tanya saya… ada bagusnya selepas ini kekuatan sesebuah kerajaan itu tidak terlalu melebar. Bila berlaku keadaan 50-50 pemimpin2 berlumba lumba bersetuju menerima permintaan rakyat. Tidak lah seperti dahulu rayuan rakyat tidak diendahkan oleh pemimpin2 BN.

Akhir kata kemenangan moral utk Anwar ke atas Mahathir yg cuba memecah belahkan PH gagal. Sekaligus membuktikan permuafakatan PH bakal kembali seperti dahulu. Jelas Anwar melebihi kepentingan rakyat daripada kepentingan dirinya. Politik dendam Mahathir memang wajar dijauhi PH kerana adalah baik PH fokus membela rakyat daripada melayani karenah Mahathir yg terkenal semua org tak betul.

https://web.facebook.com/friendsDSAI

GAME ATAS GAME DAN KEJAHATAN TUN M

GAME ATAS GAME.

Tulisan ini berdasarkan pemerhatian aku terhadap apa yang berlaku. Tiada sumber rasmi dari mana-mana parti mahupun individu.Kepada pembenci DSAI tak digalakkan baca. Aku jamin 100% akan sakit hati.**

GAME 1Kenapa Najib bangkitkan isu duit KWSP? Tak lain tak bukan kerana Najib tahu kedudukan kewangan KWSP. Najib arif yang KWSP tak punya cukup tunai untuk diberikan kepada pencarum.

DS Anwar pada awalnya tidak bersetuju duit hari tua rakyat diusik. Tapi kemudian berubah pandangan apabila melihat ada keuntungan di situ.

Pertama, rakyat memang perlukan duit. Dan kedua, PN takkan mampu tunaikan. Ini akan buatkan rakyat marah kepada PN dan itu menguntungkan PH.

GAME 2

PN asalnya berkeras tidak mahu beri duit KWSP. Berbagai-bagai episod sedih cuba diketengahkan. Termasuklah cerita KWSP terpaksa jual aset.

Tetapi kemahuan rakyat yang mahukan duit mereka tak dapat dibendung. PH dan UMNO gunakan isu itu dengan cemerlang untuk menolak bajet seterusnya menjatuhkan PN tanpa dicap sebagai derhaka kepada YDPA malah disokong oleh rakyat.

Sebagai langkah berani mati, Menteri Kewangan menyatakan persetujuan kepada tuntutan pembangkang saat akhir iaitu ketua sessi penggulungan, bersandarkan 2 natijah.

GAME 2 – NATIJAH I

DSAI gagal dapatkan bilangan number yang mencukupi untuk merampas kuasa. Maka PN dengan bangganya berkata yang DS Anwar hanya menipu. Kemudian mereka dengan bangga berkata mereka memang kerajaan yang cukup majoriti.

GAME 2 – NATIJAH II (a)

DSAI cukup numbers, Muhyiddin akan bubar parlimen. Kemudian PN akan masuk PRU dengan sentimen PH derhaka titah YDP Agong. Dan lagi, PRU terpaksa diadakan ketika Covid-19 kerana PH gila kuasa.

Rakyat akan berasa geram dan rasa dimangsakan. Akhirnya mereka luahkan kemarahan pada keras undi. PH tergolek dan terkubur.

GAME 2 – NATIJAH II (b)

Mahathir dengan licik akan mendapatkan sokongan dari beberapa kumpulan dalam Umno dan juga PH, kemudian dengan sokongan lalang dari Borneo, dia mampu mengumpul numbers dan menghadap YDP Agong untuk jadi PM kali ketiga.

GAME 3

Secara tiba-tiba DS Anwar tidak menyokong undi belah bahagian. Secara tidak langsung Belanjawan 2021 dikira lulus di peringkat dasar.

Menteri Kewangan ternganga. Mana nak cari dana untuk tunaikan apa yang disebut dalam penggulungan tadi. Sekarang PN dah terjelepok dalam perangkap sendiri.

Mahathir juga meroyan. Sepatutnya dia dapat buktikan DSAI tak cukup sokongan. Dan kalau cukup pun, dia sepatutnya dapat mencilok tang konar dan menjadi PM untuk kali ketiga.

Tapi DS Anwar dah tukar permainan. Sekarang muncung senapang tertuju ke mulut Muhyiddin dan Tengku Zafrul. Mahathir pula terbelit dalam simpulan yang dia buat sendiri.**Ini telahan secara logik berdasarkan pemerhatian. Nampaknya game ini makin menarik. Kerana lain dirancang, lain yang terjadi. Sekarang siapa pun tak tahu apa rencana seterusnya..- R a j a G e l a p –

https://web.facebook.com/friendsDSAI

23 TUDUHAN PALSU AZMIN TERHADAP TUN M

Mahatir Hari ini :::

TUDUHAN PALSU AZMIN

1. Saya telah diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan Perikatan Nasional (PN).

2. Saya telah berkali-kali terangkan bahawa ini tidak benar sama sekali kerana PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh UMNO secara en-bloc.

3. Jika saya merancangnya mengapa perlu saya tolak apabila ia menjadi kenyataan dan jika saya terima sudah pasti saya kekal sebagai Perdana Menteri (PM) seperti yang diakui sendiri oleh Azmin.

4. Keduanya, jika ada sesiapa yang beria-ia merancang menubuh Kerajaan PN dan keluar Pakatan Harapan (PH) sudah pasti ianya Azmin dan juga Muhyiddin, yang mendapat hasil paling lumayan.

5. Jangan lupa ketika semua ini berlaku, kedudukan Azmin di dalam Keadilan dan juga PH amat terancam. Anwar dan penyokong-penyokongnya merancang dan berusaha untuk menjatuhkan Azmin dan ini bermula sejak pemilihan di dalam Keadilan.

6. Anwar secara terbuka menyokong Rafizi yang menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden dan apabila usaha tersebut gagal, muncul pula video yang mengaitkan Azmin dengan perlakuan seks sumbang.

7. Ini menambah tekanan kepada Azmin dan apabila beberapa penyokong Anwar dikatakan terlibat di dalam penyebaran video tersebut, kedudukan Azmin di dalam Keadilan serta hubungannya dengan Anwar menjadi “untenable” atau tidak boleh diperbaiki.

8. Kerana itu, walaupun saya menentang tindakan Azmin merancang Langkah Sheraton tetapi saya faham kenapa dia berbuat demikian.

9. Ini kerana baginya, yang paling penting ialah menyekat Anwar dari menjadi Perdana Menteri. Tetapi jika PH terus memerintah, sudah pasti Anwar akan berpeluang menjadi PM.

10. Di masa yang sama, Azmin juga bercita-cita untuk menjadi PM. Kerana itu dia bergabung dengan Muhyiddin dan amat jelas hari ini, Azmin diletak oleh Muhyiddin sebagai de facto Timbalan Perdana Menteri.

11. Selain itu, saya pasti Azmin telah membuat perancangan membentuk Kerajaan PN dan Langkah Sheraton agak lama kerana saya percaya tidak mudah untuk dia meyakinkan 9 ahli Parlimen Keadilan untuk ikut serta dalam Langkah Sheraton itu.

12. Dan Azmin tahu bahawa jika sekadar Bersatu menarik diri dari PH, ia masih tidak cukup untuk menjatuhkan Kerajaan PH. Tetapi apabila Azmin ikut serta maka secara langsung Kerajaan PH hilang majoriti dan jatuh.

13. Di pihak Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin pula, mereka cuba yakinkan saya bahawa Anwar dan DAP sedang merancang untuk menjatuhkan saya dan kerana itu perlu saya bergabung dengan parti-parti Melayu yang lain untuk membalas perancangan itu.

14. Ketika ini sedang dirancang, UMNO atau lebih tepat lagi Najib, menghasut kumpulan-kumpulan Melayu supaya membenci PH yang dikatakan dikuasai oleh DAP.

15. Selain isu Rome Statute dan ICERD yang dikaitkan dengan Raja-Raja Melayu, mereka juga menabur kebencian dan pendustaan mengenai isu kematian Adib, LTTE, Tabung Haji dan apa-apa saja berkaitan Melayu dan Islam yang dapat dipersalahkan kepada PH dan DAP selain memainkan isu perkauman.

16. Keadaan menjadi agak tegang dan orang Melayu yang terpengaruh dengan kleptokrat-kleptokrat tersebut telah mula menunjukkan sikap agresif dan hilang pertimbangan.

17. Malangnya orang Melayu yang percaya dengan dakyah kleptokrat-kleptokrat tidak sedar bahawa isu mengenai Melayu dan Islam ini semata-mata usaha untuk membebas diri penjenayah-penjenayah dari menghadapi tindakan undang-undang.

18. Buktinya, hari ini, segala isu yang ditimbul mengenai Melayu/Islam tidak lagi menjadi isu dan didiamkan begitu sahaja.

19. Kerana itu saya bersetuju hadir ke Kongres Maruah Melayu yang hari ini diguna sebagai tuduhan terhadap saya yang menyokong ke arah pembentukan Kerajaan PN.

20. Jika ada yang masih ingat, kehadiran saya ke Kongres itu saya gunakan untuk ingatkan orang Melayu mengenai perlunya bekerja keras dan mengubah sikap jika mahu kekal bersaing pada masa kini.

21. Bagi saya lebih baik saya yang hadir dan menerajui Kongres itu dari benarkan kleptokrat-kleptokrat gunakan sebagai pentas untuk memanjangkan agenda perkauman dan anti-bukan Melayu dan Islam.

22. Inilah peristiwa dan perkara-perkara yang berkait dengan terbentuknya Kerajaan PN dan Langkah Sheraton.

23. Pendirian saya ialah saya menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat dan secara langsung, menolak UMNO secara en-bloc dan kekal bersama PH pada ketika itu.

https://web.facebook.com/friendsDSAI/photos/a.377456696335269/859650128115921/

Mahathir setuju berkerjasama semula dengan Muhyiddin jika syarat dipenuhi

Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.Dalam program khas Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersiaran di Astro AWANIpada Rabu malam, bekas Perdana Menteri itu berkata, bagaimanapun beliau setuju untuk bekerjasama semula seandainya syarat-syarat tertentu boleh dipenuhi.Katanya lagi, sudah ada cubaan pihak-pihak tertentu untuk berjumpa dan berunding dengan beliau, tetapi Dr Mahathir masih enggan berbuat demikian kerana ada beberapa perkara yang pada hematnya tidak kena, termasuk bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang sudah didapati bersalah.“(Cubaan untuk memujuk) Dah dibuat dah, tetapi saya kata biar kena syaratlah. Saya masuk saja tak jadi apa. Mereka nak tonjolkan saya sebagai menyertai mereka, itu bukan caranya. Saya dapati banyak yang tak kena.

Saya dapati gabungan itu terdapat UMNO, dengan semua enam orang penjenayah semua tu. Jadi saya tak mahulah dapat sokongan daripada enam orang ini kita harus ingat kalau menang pun, enam orang ni, kalau dia pergi ke tempat lain jatuh juga kerajaan,” katanya lagi.Pada 29 Julai lepas, Mahkamah Tinggi mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, dan dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta.Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap kesemua pertuduhan terhadap Najib.Bagaimanapun, Mohd Nazlan bersetuju hukuman itu ditangguhkan sehingga selesai proses rayuan di peringkat seterusnya.Dalam pada itu, Dr Mahathir berpendapat, kerajaan Perikatan Nasional terlalu lemah, dan tidak boleh menjalankan tugas dengan berkesan kerana sokongan Ahli Dewan Rakyat yang sangat tipis.“Kerajaan ini terlalu lemah. Ia mempunyai kelebihan cuma satu orang, dua orang sahaja . Jadi apabila kita lemah, kita tak boleh nak jalankan tugas dengan sempurna dengan jaya.“Dulu masa saya jadi Perdana Menteri dulu saya punyai dua pertiga di belakang saya. Ini cuma dua orang saja. Satu orang senak perut, jatuh. Dua orang sakit perut, habis,” katanya lagi.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/boleh-berbaik-semula-dengan-muhyiddin-tetapi-tun-mahathir-270145

Selagi Tun hidup Anwar takkan jadi PM

1 MAHATHIR DALAM TONG SAMPAH1 TUN JAHAT

Mukhriz jadi proksi untuk langsai agenda politik peribadi

BANGI, 5 Zulkaedah 1441H, Ahad – Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mahu menjadi Perdana Menteri kesembilan kerana ingin melangsaikan agenda penting politik peribadi beliau yang gagal dilaksanakan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun keputusan bekas Perdana Menteri itu mendapat tentangan yang hebat dari pakatan pembangkang yang cuba dibentuk terutama dari parti Warisan, dakwa Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad.

Dakwanya lagi, sebagai jalan tengah Dr Mahathir bersetuju untuk melantik Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

“…dengan syarat anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri 2 bagi melaksanakan agenda perjuangan politik peribadi beliau yang masih tetangguh (sebagai proksi).

“Perkembangan politik semasa ini menyebabkan kita amat yakin bahawa selagi Tun M hidup Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan jadi Perdana Menteri,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Lukman turut mendakwa selagi Dr Mahathir hidup, beliau akan terus mengumpul kekayaan dan perjuangkan agenda peribadi untuk ahli keluarga sendiri seperti mana yang telah dilakukan sejak menjadi Perdana Menteri keempat selama 22 tahun yang lalu.

“Demikianlah bacaan politik saya. Boleh jadi betul. Boleh jadi salah. Namun kedua-duanya merugikan kita semua,” katanya.

Dr Mahathir telah memusnahkan sekali lagi impian Anwar apabila memilih Shafie untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH).

Keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama Shafie; Presiden PAN, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan beberapa Ahli Parlimen lain seperti Anthony Loke, M Kulasegaran, Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai dalam satu pertemuan.

Dr Mahathir berkata, mereka turut bersetuju untuk mencadangkan Anwar sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 manakala Muhriz sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

Sebelum ini, cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri musnah selepas Dr Mahathir melepaskan jawatan sehingga Pakatan Harapan (PH) tumbang.