Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Jeli Terus Maju Bersama Tok Pa – PH Kelantan

Image may contain: 7 people, people smiling

Anugerah Allah kepada rakyat Jeli.
Terima kasih Tok Pa kerana terus berusaha memajukan Jeli.
Terima kasih untuk bersama PH.

Datuk Seri Mustapa Mohamed, penyandang kerusi Parlimen Jeli, telah berjaya membawa perubahan besar ke kawasan Parlimen itu.sejak pertama kali dipilih mewakili kawasan itu pada 1994.

Malah, Mustapa, ataupun yang lebih dikenali dengan panggilan mesra ‘Tok Pa’ mendapat gelaran ‘arkitek perubahan Jeli’ kerana melakukan transformasi ke atas bandar Jeli. Usaha dan kerja keras Mustapa jelas sekali dilihat lebih terancang dan cepat membuahkan hasil.

Bandar Jeli asalnya sebuah penempatan kecil di daerah terpencil Kelantan, tetapi sejak kehadiran Mustapa Mohamed sebagai wakil rakyat Jeli, bandar itu dan kawasan sekitarnya menyaksikan proses transformasi yang ketara.

Pelawat ke Jeli kini menikmati panorama berlatar belakangkan Masjid Bandar Jeli yang tersergam indah, selain daripada bangunan sekolah, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Sains, Politeknik, ,Pusat Giatmara dan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan, yang menerima sokongan padu rakyat, Mustapa membawa pembangunan berpandukan empat teras iaitu meningkatkan syiar Islam, pembangunan pendidikan, penyediaan kemudahan awam dan menjamin kebajikan rakyat.

Dalam meningkatkan syiar Islam, masjid dan surau dibina dan ada yang dibaik pulih.
Beliau memberi perhatian khusus kepada aspek pendidikan dengan menyediakan lebih banyak kemudahan termasuk mewujudkan Pusat Tuisyen Darul Falah.
Penyediaan dan penambahbaikan dalam kemudahan awam jelas ketara di Parlimen Jeli khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas di mana terletaknya bandar Jeli dan kampus UMK.

Jeli sebagai status luar bandar, beliau seperti juga rakan-rakannya yang lain berasa bangga dengan kewujudan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Bunga, Hospital Jeli, klinik kesihatan, dewan orang ramai, jambatan baharu dan pusat perniagaan kerana pada satu ketika dahulu Jeli jauh ketinggalan daripada segi kemudahan pembangunan.
Segalanya bermula di bawah kepimpinan Dato Mustapa.

Sebagai pemimpin berjiwa rakyat Mustapa sentiasa bersedia memikul amanah rakyat untuk terus membangunkan Parlimen Jeli antaranya menaiktaraf jalan kampung, ruang niaga yang memenuhi keperluan penduduk, melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dan membawa projek yang boleh meningkatkan pendapatan penduduk yang majoritinya adalah petani.

Mustapa berazam dan akan terus berusaha untuk memaju dan memakmurkan rakyat jeli.

Mustapa yang pernah memegang Menteri kewangan II,menteri pembangunan usahawan,menteri pertanian dan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berpengalaman luas peringkat nasional dan antarabangsa.Pengalaman itu akan membantunya menarik pelaburan asing dalam memajukan Kelantan.
#DOA RAKYAT JELI AGAR TOK PA DILANTIK MENTERI SEKALI LAGI.