Hasil kaji selidik mendapati penduduk Kuala Lumpur gembira dengan keadaan semasa negara pada ketika ini bersama Kerajaan Pakatan Harapan.

1 A CERDIK1 TUN SAYANG1 MUJAHID1 A TERANCAM1 INFO

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Hasil daripada kaji selidik mendapati penduduk Kuala Lumpur gembira dengan keadaan semasa negara pada ketika ini.

Kaji selidik Kebahagiaan Domestik Kasar (GDH) yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Kaji Selidik UCSI itu mengambil kira beberapa faktor antaramya situasi politik, kestabilan ekonomi, serta kesihatan mental dan fizikal.

“Kaji selidik GDH itu menunjukkan skor sebanyak 6.92 daripada 10 mata yang terdiri daripada 1,051 orang yang terlibat secara langsung sepanjang 1 September hingga 6 September.

“Skor tertinggi sebanyak 7.15 yang direkodkan menunjukkan orang ramai berpendapat kebahagiaan mereka dipengaruhi institusi kekeluargaan sementara skor terendah yang direkodkan iaitu 5.15 meletakkan politik sebagai faktor yang paling sedikit mempengaruhi kebahagiaan,” menurut pusat penyelidikan tersebut dalam kenyataan hari ini.

Faktor lain yang boleh mempengaruhi termasuk kesihatan fizikal (6.50), kesihatan mental (6.46), tempat kerja (6.15), komuniti (6.05), situasi kewangan dan perbelanjaan harian (5.96), sumber semula jadi (5.88), dan faktor masyarakat secara keseluruhan (5.81).

Sementara itu, Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan Kaji Selidik UCSI, Penolong Prof. Dr Noppadon Kannika berkata, data kaji selidik itu diuji menggunakan ukuran statistik yang lebih tinggi iaitu Hasil Regresi Berganda (Multiple Regression Analysis).

Jelasnya, didapati sebanyak 61.4 peratus daripada kebolehubahan dalam GDH boleh dihuraikan berdasarkan kepada kehidupan sesebuah keluarga, situasi di tempat kerja, kestabilan kewangan, komuniti, kesihatan mental, sumber semula jadi serta masyarakat dan politik.

“Sudah pasti kebahagiaan seseorang individu pada satu tahap bergantung kepada daya usaha serta pandangan peribadi mereka tentang kehidupan.

“Kaji selidik ini menunjukkan wang ringgit adalah penting tetapi ia bukanlah satu faktor yang terpenting. Kekeluargaan, kesihatan mental, dan keadaan di tempat kerja merupakan faktor yang lebih penting seperti yang ditunjukkan melalui kaji selidik GDH,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berpandangan, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan bagi menggesa kerajaan untuk melakukan perubahan kepada polisi untuk menaikkan GDH masyarakat Malaysia. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/penduduk-kl-gembira-1.966513?fbclid=IwAR3p0KdHEcsn-u3YfQK1SMDQNDCkcWfAZICESaOT5-n1-9JcrT4tk0aYkF0

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

 

Ekonomi negara dapat suntikan 121 projek pembinaan

Ekonomi negara dijangka meraih manfaat daripada bermulanya semula beberapa projek pembinaan berskala besar. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ekonomi negara dijangka meraih manfaat daripada bermulanya semula beberapa projek pembinaan berskala besar yang bakal mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk kontraktor tempatan secara khususnya dan rakyat secara umumnya.

Ketua Penganalisis AmBank Research, Dr Anthony Dass, berkata ia akan membabitkan 121 projek pembinaan bernilai RM13.93 bilion yang disemak semula oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih pentadbiran di peringkat persekutuan setahun lalu, yang telah menghasilkan penjimatan sebanyak RM805.99 juta.

“Ini tidak termasuk projek mega seperti Aliran Transit Ringan 3 (LRT3) yang kini berkos RM16.63 dan Mass Rapid Transit 2 (MRT2) bernilai RM30.53 bilion berbanding kos asal masing-masing iaitu RM31.65 bilion dan RM39.35 bilion. Penjimatan kos daripada kedua-dua projek berjumlah RM23.84 bilion,” katanya.

Selain itu, Dr Anthony berkata, penyambungan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini bernilai RM44 bilion berbanding kos asal RM65.5 bilion, ditambah dengan Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang dan Pan Island Link 1 akan memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi domestik.

Tambahan pula, katanya dengan komitmen kerajaan untuk menyatukan konsolidasi fiskal, ia membayangkan bahawa perbelanjaan swasta akan terus menerajui pertumbuhan.

“Walaupun sektor awam mengalami rasionalisasi dan eksport menyederhana meskipun langkah-langkah sokongan dari China mendapat daya tarikan dan sepatutnya membantu memulihkan eksport yang lemah, langkah dasar akan terus menyokong perbelanjaan swasta.

“Dengan itu, KDNK pada 2019 diunjurkan berkembang sekitar 4.5 peratus dengan separuh pertama 2019 berkemungkinan pada 4.2 peratus dan separuh kedua 2019 pada 4.8 peratus. Inflasi diunjurkan pada 1.0 peratus untuk tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata, dengan latar belakang pertumbuhan yang lebih sederhana, dasar monetari akan tetap akomodatif.

“Ruang untuk pelonggaran monetari akan terus kekal, terutama jika sentimen perniagaan dan pengguna kekal lemah.

“Justeru, kami menjangkakan ringgit berada pada tahap 4.10. Dengan mata wang tempatan masih rendah berbanding dolar AS, ia harus memberi kelebihan kepada pengeksport,” katanya.

Dalam segmen bon, beliau berkata meskipun pertumbuhan negara baharu muncul (EM) berdepan tekanan menurun, risikonya adalah rendah dengan peningkatan isyarat penstabilan.

“Hasil bon Malaysia akan disokong oleh asas makro yang sihat seperti pertumbuhan yang mampan, rizab yang sihat, lebihan akaun semasa, inflasi rendah dan aliran wang sebenar.

“Kami menjangkakan terbitan kasar MGS / GII di pasaran utama untuk 2019 berlegar sekitar RM120 bilion dan RM125 bilion, manakala pasaran bon dan sukuk dijangka menyaksikan jumlah terbitan RM80 hingga 85 bilion.

“Hasil MGS 10 tahun Malaysia pada 3.75 peratus hingga 3.80 peratus. Sekiranya tiada pemotongan kadar faedah, kami menjangkakan hasil 10 tahun kembali beralih ke paras asal antara 3.90 peratus hingga 4.00 peratus,” katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/04/555899/ekonomi-negara-dapat-suntikan-121-projek-pembinaan?fbclid=IwAR0_f1b6vUDq7q5IgKPOY2eaD2fNUyWhwC_qNWwHU_OqE6NfHGV5oc9CT4A

Kalau PH kalah pada PRU 14 Malaysia akan bankrap seperti Sri Lanka sebelum PRU 15.

1 A J HARTA RIBA1 PEROMPAK UMNOunnamed

*Kalaulah dulu PH kalah dan yg naik ialah masih lagi BN yg dibantu PAS,  kemungkinan besar Msia akan bankrap mcm Sri Lanka sebelum PRU 15. Penyangak2 Kleptokrat ini tak kisah negara bangkrap sbb duit dlm poket depa dah berkepuk2 disembunyikan berpuluh billon didalam & diluar negara.*
*Makan 10 keturunan lagi pun tak habis.  Kita golongan marhain yg akan merasakan akibatnya.*
*Mungkin kita akan merempat tanpa pekerjaan dan rumah tangga.*
*Mungkin rakyat miskin dihalau tinggal didalam hutan belantara oleh Komunis Tanah Besar Negara China & zionist isreal laknatullah.*
*Itu pun masih bernasib baik tidak dibunuh beramai2 & ditanam dlm 1 liang lahad mega saiz.*
*Itulah sebab pembangkang2 ini amat takut dgn perjanjian Statut Rom – kerana tanpa Statut Rom mereka BEBAS melakukan apa2 shj kezaliman ,penindasan & kekejaman dgn tiada gangguan kuasa2 dunia Islam & negara2 yg ingin membantu rakyat yg dizalimi.*
*Oleh itu kita bersyukurlah kerana Allah mengalahkan gabungan PAS dan UMNO dan memenangkan PH.*
*Syukur padamu Allah.*
*Moga2 kerajaan PH kekal dalam memberikan perkhidmatan terbaik utk rakyat.. Aamiin.*
Kenapa, apa & bagaimanakah keadaan negara kita selepas PH jadi kerajaan -barulah kita rakyat dari segenap lapisan masyarakat dpt tahu perkara berikut⁉‼
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
*1) Khazanah*:-
💣 Separuh kerugian Khazanah kerana ‘Bail-out’ MAS.
💣 MAS menyebabkan 6000 orang rakyat Malaysia hilang pekerjaan demi membela 2 orang CEO Mat Salleh.
💣 CEO Mat Salleh GADAI laluan MAS kepada Emirates lepas tu dia resign(berhenti) keje dengan Emirates.
💣 Syarikat-syarikat GLC bawah Khazanah jugak gagal menyumbangkan keuntungan.
*2) Felda*:-
💣 Felda mempunyai hutang RM8 bilion hingga menjejaskan perancangan tanam semula.
💣 FGV yang merupakan IPO kedua terbesar di dunia gagal memberikan pulangan kepada Felda seperti yang ‘dibawangkan’.
💣 FGV membeli ladang milik Peter Sondakh pada nilai yang lebih tinggi daripada market price. Disahkan oleh Jabatan Audit sendiri.
💣 Pelaburan FGV di luar negara tidak menguntungkan langsung.
*3) Tabung Haji*:-
💣 TH sejak 2014 lagi sepatutnya diisytiharkan rugi dan tidak boleh isytihar Hibah kerana nilai liabiliti melebihi nilai aset.
💣 Najib dan Azeez menyembunyikan kerugian TH dengan memanipulasikan nilai aset dan liabiliti TH tanpa mempedulikan Akta TH sendiri yang melarang sedemikian.
💣 TH turut diperalatkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya untuk ‘Bail-out’ skandal 1MDB menerusi pembelian hartanah TRX.
💣 Lembaga Pengarah TH jugak dianggotai oleh Pengurusan 1MDB.
*LTAT*:-
💣 Syarikat-syarikat GLC milik LTAT terlibat dalam pembelian AES pada harga tinggi.
💣 Dana LTAT jugak dikatakan dipergunakan untuk menutup skandal 1MDB.
💣 Menteri Pertahanan sendiri baru-baru ini mendedahkan pembinaan 2 kem tentera melibatkan GLC bawah LTAT hanya semata-mata untuk tambah pengundi UMNO.
*KWAP*:-
💣 RM3 bilion duit KWAP hangus dipergunakan oleh 1MDB melibatkan urusniaga dengan IPIC.
💣 Sampai sekarang duit itu tidak diganti tetapi ‘Money Trail’ menunjukkan ianya disonglap oleh Jho Low – rakan Najib sendiri dalam 1MDB
*KWSP*:-
💣 Pelaburan EPF di UK untuk projek Battersea tidak menguntungkan.
💣 EPF jugak kerugian dalam membeli IPO FGV
💣 Dana EPF juga jadi modal Najib untuk ‘membantu ekonomi US’ semasa dia jumpa Trump.
*PNB*:-
💣 Pelaburan PNB jugak tidak begitu untung kerana ada GLC-GLCnya turut berkait dengan skandal 1MDB dan Felda.
💣 Masalah Sime Darby
*Apa lagi kerugian yang disembunyikan oleh Najib umpama dia berak tapi suruh orang lain yang basuh?*
*Kalau ikut semua pendedahan Najib sendiri dalam Twitternya, memang dia tahu hampir kesemua GLC yang diganggunya selama 9 tahun ini telah rugi/kurang untung tapi dia dan Cybertrooper UMNO cuba alihkan kesalahannya itu kepada Kerajaan PH..*‼
*Sebab itu zaman Najib dia berhutang dengan China dan perkenalkan GST untuk tampung duit yang dia memang tahu dah dia songlap dah lesap..forever*
*Umpama dia longgarkan skru tayar keretanya yang akan dipandu oleh pemandu lain… bertujuan membunuh pemandu lain.*
*Sekarang berlakon badut, mengemis2 belas ikhsan rakyat… pd hal dialah pengkhianat, pembohong, perompak wang rakyat jelata, pengkhianat Raja2 Melayu di atas Takhta serta pengkhianat negara Malaysia‼*

Semoga umnopas akan bersemadi sebelum PRU 15.

Tahniah SKMM kerana sekat 46 sesawang, nyahaktif 4,618 akaun palsu

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah menyekat 46 laman web dan blog yang dikesan menyebarkan berita palsu.

Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Pemantauan Media Baharu, Pematuhan dan Advokasi SKMM, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, berkata pihaknya juga berusaha menyahaktifkan 4,618 akaun palsu media sosial yang digunakan untuk menyebarkan berita palsu.

Ketua Pegawai Operasi SKMM, Datuk Dr Mazlan Ismail, pula berkata, lebih 50 peratus daripada 1,500 berita palsu yang disebarkan menerusi media sosial dan sedang disiasat suruhanjaya itu mengandungi unsur menyerang agensi kerajaan, Melayu dan Islam.

Mazlan berkata, sebahagian besar atau 99 peratus berita palsu yang disebarkan itu dilakukan pihak yang berada di dalam negara.

Beliau berkata, pihaknya menghadapi cabaran bagi mengenalpasti dalang yang menggerakkan ‘kilang’ mewujudkan berita palsu berkenaan berikutan kebanyakannya menggunakan akaun palsu di alam maya.

“Kalau ‘kilang’ dahulu memerlukan tempat, contoh macam Red Bean Army, yang ada pejabat dan sebagainya untuk menggerakkan operasi, tapi sekarang ini bukan lagi seperti itu, ‘kilang’ itu mungkin boleh berada di atas katil di mana-mana sahaja

“Sekarang zaman ‘tanpa wayar’, tidak perlukan pejabat pun untuk menggerakkan agenda seperti ini, dan masing-masing ada masa sendiri untuk gerakkan operasi. Ini cabaran dihadapi SKMM untuk mengenalpasti dalang yang menggerakkan ‘kilang’ kepada penyebaran berita palsu ini.

“Ia juga menjadi semakin rumit, apabila pihak yang melakukannya menggunakan akaun palsu, dan sebahagiannya atau 30 peratus daripada 1,500 berita palsu disebarkan ini menggunakan akaun palsu, apabila sudah viral sesuatu isu itu, mereka akan cepat-cepat tutup akaun berkenaan bagi mengelak dijejaki,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Sukarelawan Teknologi Komunikasi Maklumat (MIV) Institusi Pendidikan Tinggi yang disempurnakan Pengerusi SKMM, Tan Sri Dr Halim Shafie di Universiti Multimedia (MMU) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MMU, Prof Datuk Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq.

Semalam, menerusi Program Bicara BH bertajuk Internet dan Pilihan Raya, SKMM mendedahkan wujud gerakan tertentu bersembunyi di sebalik media sosial atau Internet, yang aktif menyebarkan dakyah memburukkan kerajaan melalui medium maya itu.

Gerakan itu berperanan seperti ‘kilang’ untuk mewujudkan berita palsu dengan motif utama mempertikai integriti dan kecekapan kerajaan, selain turut menyasarkan Melayu dan Islam.

Mengulas mengenai penguatkuasaan terhadap penyebar berita palsu, Mazlan berkata, sepanjang tahun lalu, 40 orang sudah disiasat mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan daripada jumlah itu setakat ini, 10 orang sudah didakwa di mahkamah.

Sementara itu, mengulas program sukarelawan MIV yang disertai 50 pelajar MMU di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Selangor dan Melaka, Halim berkata, inisiatif yang dijalankan itu diharap dapat membantu komuniti dalam membudayakan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan seharian mereka.

“Ini pasti dapat membantu masyarakat dalam memanfaatkan penggunaan teknologi bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka. Malah program ini turut memberi manfaat kepada pelajar yang menyertainya,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/413782/skmm-sekat-46-sesawang-nyahaktif-4618-akaun-palsu

 

DAFTAR SEGERA MYSALAM

15 PH

DAH DAFTAR MYSALAM ?
Kerajaan Pakatan Harapan dibawah manifesto kesihatan rakyat dah buka pendaftaran perlindungan insuran khas untuk B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM3,860.00) berusia 18-55 tahun.
Kepada yang belum boleh daftar di link dibawah:
(Masukkan No.IC dan untuk password gunakan 6 digit terakhir No. IC.)
Tunggu lagi, pi la daftar! C&P

Hadi Pembohong Dan Khadam Umno Untuk Menghancurkan Keharmonian Ahli Keluarga PH

24 UMNOPAS22 UMNOPAS
Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan dakwaan terdapat usaha untuk membuat usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di parlimen.
Ditanya sama ada beliau akan menyokong Mahathir sekiranya usul berkenaan, Anwar berkata, usul seumpamanya hanya akan datang daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
“Apa isunya? Kenapa anda bangkitkan apa yang Abdul Hadi mahu?
“Itu usul Abdul Hadi. Biar dia yang buat usul tu,” kata Anwar kepada pemberita di Petaling Jaya hari ini.
Anwar juga berkata bahawa spekulasi untuk menjatuhkan Mahathir hanya percubaan PAS untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan (PH).
“Sebab mereka gagal teruk (dalam pilihan raya) dan mereka menyokong rasuah atas nama Islam, satu-satunya pilihan adalah untuk memecahbelahkan,” katanya.
PAS sebelum ini mendakwa wujud usaha untuk meminggirkan Mahathir. Dakwaan itu hadir selepas perjumpaan pemimpin PAS termasuk Abdul Hadi dengan perdana menteri.
Abdul Hadi hari ini sekali lagi menegaskan bahawa sekiranya wujud undi tidak percaya itu, pihaknya akan menyokong Mahathir.
Pemimpin PH bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai spekulasi.
Anwar hari ini mengulangi bahawa sukar untuk tentukan sama ada PAS membohong kerana parti berkenaan mewajibkan pembohongan. C&P.
Create your website with WordPress.com
Get started