Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

NIK OMAR MENERIMA KUNJUNGAN TETAMU NEGARA MALAYSIA DR ZAKIR NAIK DAN ROMBONGAN

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

MENERIMA KUNJUNGAN TETAMU NEGARA MALAYSIA

Sepagian ambo bersama Dr Zakir Naik dalam mempelajari dan mendengar sendiri pengalaman beliau menyampaikan dakwah dan berjaya mengislamkan ribuan manusia di luar sana.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Zakir Naik dan rombongan atas kesudiaan berkunjung ke pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan berkongsi pandangan.

Sebarkan keamanan dan kesejahteraan walau di mana kita berada.

Kita doakan segala ujian & mehnah yang beliau hadapi menjadikan beliau terus kuat, dan sebagai seorang muslim, wajib keatas kita untuk membantu beliau kerana itu tuntutan hak bersaudara.

#IslamRahmatBuatSekalianAlam
#DrZakirNaikPendakwahAntarabangsa

Dr Zakir Naik Bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Memohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and beard

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 3 people, people smiling, text

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

1 hr

Tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang bebas dari melakukan kesilapan. Dr Zakir Naik sudah minta maaf. Saya sendiri banyak kali lakukan kesilapan dan kena berlapang dada bila ditegur.

Tidak perlu nak mendabik dada & mengeruhkan keadaan lagi. Tidak perlu nak menghina & mencaci. Let’s move on. The country needs healing.

Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa & agama. We believe in moderation over extremism. Kesatuan kita, adalah kekuatan kita. Setiap bangsa, ada sumbangannya yang tersendiri. Mereka merupakan rakyat Malaysia, sama seperti saya. Mari kita terus mengikat masa depan kita bersama.

Unity in diversity. Stronger, together, forever.

 

Hadi Awang, PAS & UMNO Gagal Pecah Belahkan Penyokong PH
Dengan Mempergunakan Zakir Naik

……. — with Ahmad Al-Rawanji Al-Segambuti,Adnan IsmailMuhammad Juumayri and Adnan Adnan.

Setelah Zakir Naik “dikudakan” dipentas PAS.

Pandangan ambo……..

Zakir Naik telah menimbulkan provokasi yang menyentuh isu kaum di negara ini dalam syarahannya di Kelantan.Keadaan ini diakui oleh beliau dengan menampilkan permohonan maaf.

Seharusnya ucapan sedemikian tidak wajar bagi seseorang dari negara luar yang diberi perlindungan dinegara ini.

Setiap satu provokasi pasti akan ada tindak balasnya. Itulah yang terjadi kini. Pihak-pihak yang berkepentingan politik terus memainkan isu agar bersesuaian dengan dakyah yang ditanam dalam otak pengikutnya bahawa islam kini berada dalam keadaan terancam terus relevan.

Disesetengah tempat atau negeri, PAS terus memainkan isu Zakir Naik didesak untuk diusir dari negara ini dengan membuat report polis walaupun dari segi undang-undang ambo tak nampak local standi atau bahasa paling mudah, apa relevannya report polis terhadap tindak balas dari ucapan Zakir Naik di Kelantan? Jika Zakir Naik berhak menuduh, apakah pihak yang kena tuduh MESTI berdiam diri baru mengembirakan?

Nasihat ambo untuk Zakir Naik, teruskan kepakaran anda apabila suasana telah reda.Itu hak anda tapi anda sebagai seorang islam tetapi tiada hak bagi anda menyentuh soal politik negara ini dan mengeluarkan pendapat yang menyentuh isu perkauman.Keharmonian yang ada tidak wajar diganggu gugat.

Teruskan apa yang anda pakar tentangnya dan jangan menjadi pakar pada benda yang anda tidak tahu. Jadikan apa yang telah terjadi sebagai pengajaran dan pengalaman.

Nyamuk Menggigit
24 Ogos 2019

Tindakan PH Memalukan Umnopas Dalam Isu Dr. Zakir Naik

Image may contain: 2 people, meme, beard and text

الحمد لله الذى نعبده ونستعينه
Pujian kepada Allah yg padaNya kita beribadah dan minta pertolongan
….

Apabila kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menghantar pulang Dr Zakir Naik, atas faktor keselamatannya di India dan kerana Zakir Naik sudah meminta maaf daripada seluruh rakyat Malaysia, kita berjaya halang niat jahat PAS UMNO yang akan mempergunakan situasi tersebut untuk menaikkan sentimen kononnya “Islam semakin dimusuhi”.

Kita sedia maklum bahawa isu Zakir Naik adalah sangat sensitif dalam negara yang majmuk. Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang masih sudi memberi perlindungan kepada Zakir Naik. Tiada lagi negara Islam lain yang sudi menerima penceramah berkelulusan doktor perubatan ini atas faktor perpaduan rakyat mereka.

Oleh itu, marilah kita bersyukur, tiada apa-apa insiden rusuhan kaum yang berlaku dan

rancangan jahat musuh negara dapat dibendung.
Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB

11 hrs

PAS-UMNO tidak pernah teragak-agak untuk menggunakan sentimen kaum & agama dalam strategi politaiknya terhadap Pakatan Harapan.

PAS-UMNO menjangkakan kerajaan PH akan menghantar pulang Zakir Naik (ZN) ke negara asalnya (berkaitan kes pengubahan wang haramnya) supaya PAS-UMNO punyai modal serang balik kerajaan.

Walaubagaimanapun Tun M bertegas tidak hantar ZN pulang, KECUALI jika ZN timbulkan ketegangan antara kaum dalam negara.

SEKALI NIAT JAHAT PAS-UMNO DIGAGALKAN..

Semoga Allah melindungi Malaysia daripada fitnah & mehnah permainan politaik PAS-UMNO.

Dr Zakir dilarang ceramah semua medium – KPN

Image may contain: 1 person, smiling, text

 

PENCERAMAH bebas, Dr Zakir Naik. – Foto Fathil Asri

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Dr Zakir Naik, tidak dibenarkan memberi ceramah di semua medium, termasuk dalam media sosial, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, larangan memberi ceramah di seluruh negara itu terpakai sehingga siasatan polis selesai.

“Satu arahan sudah dikeluarkan polis yang melarang Zakir memberikan ceramah selanjutnya selepas episod di Kelantan, baru-baru ini, yang bertujuan untuk memberikan waktu kepada kami untuk melengkapkan siasatan berhubung laporan pihak yang berkaitan dengan episod ceramah itu.

“Apabila keluarnya arahan ini, semua Ketua Polis Negeri akan bertanggungjawab menasihati pihak yang mempunyai perancangan bagi menjemput Zakir untuk beri ceramah terbuka supaya menolaknya,” katanya kepada BERNAMA.

Abdul Hamid berkata, ceramah Dr Zakir di Kelantan menimbulkan keresahan dan kekeliruan pelbagai pihak, dan pihaknya meminta diberikan masa untuk menyiasat perkara itu.

“Kami akan mendapatkan fakta-fakta yang sebenarnya, apa yang berlaku dalam kes berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, arahan yang dikeluarkan bertujuan bagi mententeramkan keadaan dan hanya bersifat sementara.

“Itu adalah arahan yang memang adil untuk mententeramkan keadaan, ia hanya bersifat sementara dan jika keadaan masih lagi berserabut, arahan tersebut akan kekal.

“Ia jelas bahawa kita tidak mahu forum-forum ceramah agama ini diselitkan dengan isu berkaitan dengan politik. Amat tidak sesuai sekali dalam ceramah-ceramah agama yang membabitkan isu-isu politik, baik dalam negeri mahupun luar negara,” katanya.

Abdul Hamid berkata dengan arahan yang dikeluarkan itu, polis berharap tidak timbul isu bantahan sehingga keputusan muktamad diperoleh.

“Berhubung kes ini, saya tidak mahu mengatakan pihak sana salah pihak sini betul (menuding jari) sebab beberapa tindakan diambil oleh kedua-dua pihak…oleh Zakir dan juga pihak yang tidak berpuas hati dengan kandungan ceramah beliau,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/598120/dr-zakir-dilarang-ceramah-semua-medium-kpn

Polis panggil Zakir Naik

POLIS akan memanggil penceramah bebas, Dr Zakir Naik untuk memberi keterangan susulan mengeluarkan kenyataan yang didakwa boleh mengancam keamanan negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, laporan sudah dibuat dan siasatan juga sedang dijalankan.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut kerana prosedur yang dijalankan adalah biasa selepas menerima laporan polis.

“Pada masa yang sama, kita minta orang ramai supaya berhenti daripada penyebaran perkara (video rakaman) yang boleh memecahkan keharmonian kaum di negara ini.

“Kita akan mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang cuba mengganggu ketenteraman awam,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu, hari ini.

Sebelum itu, beliau membuat lawatan terhadap Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi yang cedera ditetak dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM.

Mengulas lanjut beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah memberi amaran

dan polis memantau kes itu.

“Pemantauan dilakukan kerana kita tidak (mahu) ada sesiapa mengganggu gugat ketenteraman awam di negara ini,” katanya.

Terdahulu, penceramah bebas itu didakwa memberikan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina di negara ini sebagai kenyataan balas kepada pihak yang mengarahkannya supaya keluar dari Malaysia.

Zakir dalam satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu juga didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan penganut Hindu di negara ini lebih percaya kepada Perdana Menteri India berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad.

Susulan itu, pihak polis menerima sebanyak 115 laporan berkaitan Zakir dan polis membuka kertas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/486583/polis-panggil-zakir-naik

Polis siasat Zakir Naik – Hasil Hasutan Perkauman Dan Agama Umnopas Yang Rasis

POLIS membuka kertas siasatan terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, ia susulan laporan polis yang diterima pihaknya daripada pelbagai pihak sebelum ini.

Menurutnya, sehingga kini pihak polis menerima sebanyak 115 laporan berkaitan Zakir.

“Kita memang ada menerima laporan dan telah membuka kertas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, penceramah bebas itu didakwa memberikan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina di negara ini sebagai kenyataan balas kepada pihak yang mengarahkannya supaya keluar dari Malaysia.

Zakir dalam satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu juga didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan penganut Hindu di negara ini lebih percaya kepada Perdana Menteri di India berbanding Tun Dr Mahathir.

Semalam, dua menteri Kabinet iaitu Gobind Singh Deo dan M Kulasegaran juga mahu Zakir tidak lagi dibenarkan mengadakan ceramah serta mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kaum dan ketenteraman awam di negara ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/486290/polis-siasat-zakir-naik?fbclid=IwAR28L6eIFF2JgnoObCLMCLrde2Uq8MNyqU6r01wzDCjBmn9QpGrXT6lVz2c

Bukti Zakir Naik sudah mencampuri urusan politik negara secara langsung, walaupun hanya memegang status penduduk tetap.

Image may contain: 3 people, text

Ada satu yang tak kena.
Zakir Naik dalam pelarian kerana mengelakkan pertuduhan PENGGUBAHAN WANG HARAM (MONEY LAUNDERING). Baru2 ini, tindakan dan ucapan Zakir Naik dilihat seolah2 cuba memecah belahkan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.

Seolah2 Zakir Naik dijadikan boneka oleh PAS dan UMNO.

Tiba2 Zakir Naik lantik SHAFEE ABDULLAH sebagai peguamnya dalam membuat tuntutan kepada beberapa menteri Pakatan Harapan, untuk meminta maaf atas dakwaan Zakir Naik memecah belahkan masyarakat (betul apa! Ini Malaysia, bukan India!!).

Kenapa Zakir Naik terlibat dengan Shafee Abdullah? Dah tak ada lawyer lain?? Takkan ‘pendakwah Islam’ rela bersekongkol dengan orang seperti Shafee Abdullah yanh kita tahu, juga terlibat dalam jenayah wang???

Mungkinkah SPRM dan Interpol menyiasat harta zakir naik, setelah zakir naik terlibat dengan politik secara langsung, walaupun hanya berstatuskan penduudk tetap dari segi undang2 negara ? Perangkap umnopas mungkin akan makan diri.

Syed Saddiq Juga Mahu Dr Zakir Naik (Penduduk Tetap) Diusir

Image may contain: 1 person, smiling, text

Orang Cina Malaysia BUKAN TETAMU, tetapi warganegara Malaysia yang cintakan Negara bertuah ini.

Kekuatan Malaysia adalah kesatuan rakyatnya.

Cukup lah perlekehkan kesatuan & kesetiaan kita.

Saya kenal ramai orang cina & india yang sanggup mati pertahankan negara tercinta kitahttps://t.co/RlGkMipSYD

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 14, 2019