Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

25 Adun BN solid sokong Saarani sebagai MB, sudah tandatangan SD

Semua ADUN Barisan Nasional (BN) Perak sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan kesepakatan menyokong Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sumber UMNO Perak memberitahu SuaraTV bahawa 25 orang ADUN BN telah pun membuat keputusan menandatangani SD menyokong Saarani yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak sebagai Menteri Besar.

“Semua ADUN BN Perak sokong Saarani jadi Menteri Besar baharu.

“25 ADUN BN sudah tandatangan SD,” kata sumber dalam tersebut.

Maka, bertebaranlah khabar angin nama-nama pemimpin yang bakal naik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu, tidak terkecuali juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir.

Bagaimanapun, Zambry dilaporkan menafikan spekulasi beliau bakal menerajui Perak sekali lagi.

Difahamkan Saarani bakal menjadi Menteri Besar atas sokongan PKR dan DAP.

Menurut sumber Saarani telah mempunyai sekurang-kurangnya 32 akuan bersumpah (SD) dari Adun BN, PKR dan DAP bagi membolehkan beliau menjadi Menteri Besar.

Berita penuh : https://suara.tv/04/12/2020/25-adun-bn-tandatangan-sd-sokong-saarani-mb-perak-baharu/

Nazri Aziz cadang UMNO, Amanah dan PKR tubuh kerajaan di Perak

Nazri Aziz cadang UMNO, Amanah dan PKR tubuh kerajaan di Perak


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan sebuah kerajaan baharu ditubuhkan di Perak susulan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.Nazri juga mencadangkan agar UMNO bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu.“UMNO Perak perlu bekerjasama dengan Amanah dan PKR bagi membentuk kerajaan baharu yang diterajui UMNO.“Apa yang berlaku di DUN Perak hari ini, Amanah dan PKR telah bersama UMNO menolak usul percaya terhadap Menteri Besar. Bersatu dan Pas tidak bersama UMNO,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

LAPOR LANGSUNG: Undi Percaya DUN Perak – Faizal gagal peroleh sokongan majoriti

Bagaimanapun, Nazri menjelaskan, apa yang berlaku di Perak tidak akan menjejaskan kerajaan Pusat.“Ini hanya berlaku di Perak, tidak ada kena mengena dengan Pusat… tidak semestinya bila di Perak berubah kerajaan maka di Pusat juga akan berubah. Ini norma baharu,” katanya lagi.Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang dilantik sebagai Menteri Besar semasa Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan negeri dalam pilihan raya umum lalu.Selepas penjajaran semula politik tanah air yang menyaksikan PH ditumbangkan Februari lalu, Ahmad Faizal kekal menjadi Menteri Besar dengan sokongan BN dan Pas.Pada Jumaat, Ahmad Faizal kalah dalam undi percaya yang dibawa oleh wakil rakyat UMNO, menyebabkan Timbalan Presiden Bersatu itu hilang majoriti sebagai Menteri Besar.Hanya 10 daripada 59 ADUN menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak sementara satu undi rosak atau berkecuali.

Umno Perak Akui Terima Dana RM25 Juta Dari Najib

Umno Perak Akui Terima Dana RM25 Juta Dari Najib

IPOH- Umno Perak mengakui telah menerima dana berupa cek secara peribadi sejumlah RM25 Juta dari Bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013 bagi kepentingan parti politik dan kesejahteraan umum.

Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno, Datuk Mohd Khusairi Bin Abdul Talib berkata, adalah menjadi kebiasaan dan tidak menjadi satu kesalahan bagi politik di negara ini di mana parti politik tidak dibenarkan untuk menerima dana politik terutamanya daripada presiden parti sendiri.

“Cek tersebut diterima secara peribadi oleh Najib yang ketika itu menjadi Presiden Umno negeri dan juga ketua bahagian, jadi jikalau ada sebarang masalah berkaitan dengan dana diperingkat negeri atau bahagian, kita akan mengadu perkara ini kepada presiden.

“Cek berjumlah RM25 Juta tersebut telah diterima dalam tempoh saya menjadi Setiausaha Umno Perak dan kerana itu lah saya mengambil peranan untuk membuat laporan polis pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan tuntutan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Beebi Koya untuk membayar kompaun kepada pihak SPRM sebanyak RM62.5 Juta pada 11 Oktober lalu atas tuduhan menerima wang berjumlah RM25 Juta dari sumber “haram” penyalahgunaan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Balai Polis Sungai Senam, di sini, hari ini.

 

Menurut Mohd Khusairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, pihaknya membuat laporan polis tersebut bagi meminta pihak polis melakukan pengawasan dan mengambil tindakan terhadap Lateefa Koya kerana telah menghina mahkamah serta menjatuhkan imej SPRM sebagai sebuah institusi yang sepatutnya bebas dan berwibawa.

“SPRM adalah satu badan bebas dan satu badan yang mempunyai integritinya tersendiri, apabila notis seumpama ini diberikan, ia adalah satu tindakan yang boleh dikatakan sebagai ‘rule of the jungle’ iaitu Peraturan Rimba.

“Belum ada penyelesaian dan belum ada sebarang keputusan tetapi pihak SPRM tetapi mereka mengaitkan duit itu adalah berpunca dari sumber haram iaitu pengubahahan wang haram 1MDB.

“Kita merasakan tindakan SPRM ini adalah menghina mahkamah, mendahului keputusan mahkamah dan dalam masa sama, beliau selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM telahpun menjatuhkan maruah SPRM itu sendiri,” katanya.

Umno Perak Akui Terima Dana RM25 Juta Dari Najib