Pelaksanaan Hukum Hudud Di Malaysia : Cabaran Dari Segi Undang-undang

1 BIAWAK PAS1 RAJA TIPU AAA1 JEMAAH MUNAFIK 71 JEMAAH MUNAFIK PAS1 HUDUD DALAM MUZIUM1 HUDUD DALAM MUZIUM 11 SAJAT TERBAIK1 HADI TOTO

Pelaksanaan Hukum Hudud Di Malaysia : Cabaran Dari Segi Undang-undang

Terdapat beberapa buah negara-negara umat Islam yang telah atau pun pernah melaksanakan undang-undang hudud sama ada pelaksanaannya secara menyeluruh dalam sebuah negara seperti Arab Saudi, Pakistan, Sudan dan Iran ataupun pelaksanaannya hanya di beberapa buah negeri sahaja seperti negara Nigeria. Manakala kerajaan Brunei baru sahaja muncul sebagai negara pertama di Asia Timur yang melaksanakan hukum hudud. Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud dan qisas di Brunei telah diwartakan pada 22 Oktober 2013 dan penguatkuasaannya akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dari Mei 2014.

Berdasarkan negara-negara yang disebutkan di atas, Malaysia mempunyai kesamaan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh negara Nigeria iaitu Pemerintahan Persekutuan yang memperuntukkan bidang kuasa Kerajaan Pusat dan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dalam Pemerintahan Persekutuan yang diamalkan di Malaysia, undang-undang tertinggi adalah Perlembagaan Persekutuan, dimana Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan sebarang undang-undang yang tidak seiring dengannya adalah tidak sah.

Oleh itu, walaupun hukum hudud dipentuntukan dalam undang-undang Islam yang berada dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, namun sebarang undang-undang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah terhad sebatas peruntukan yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tersebut mestilah konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan bidang kuasa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, undang-undang hudud yang tertakluk dalam Undang-undang Syariah adalah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui Dewan Undangan Negeri. Dengan kata lain, undang-undang hudud yang ingin dilaksanakan di Malaysia bukannya di peringkat Kerajaan Persekutuan tetapi pelaksanaanya adalah hanya boleh dilakukan  diperingkat kerajaan Negeri sahaja. Jika kesemua ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam bergabung dan berjaya membentuk Kerajaan Pusat dengan majoriti ⅔ sekalipun, hudud tidak boleh diterapkan di peringkat Kerajaan Pusat (Dilaksanakan secara menyeluruh di kesemua negeri yang ada di Malaysia) kerana tiada peruntukan Undang-undang Syariah yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Kerajaan Pusat, ianya hanya diberikan kepada Kerajaan Negeri sahaja. Kuasa majoriti yang dimiliki di peringkat Kerajaan Pusat hanya boleh digunakan untuk meminda undang-undang yang bagi memberikan kuasa yang mencukupi kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan undang-undang Syariah termasuklah hukum hudud.

Oleh yang demikian, hasrat Kerajaan Negeri Kelantan berdasarkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 untuk melaksanakan hukum hudud yang dilakukan melalui saluran demokrasi adalah dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan jika ianya hanya dilaksanakan di negeri Kelantan dan hanya terikat kepada orang Islam sahaja. Namun, sebelum ianya dapat dilaksanakan terdapat pindaan yang perlu dilakukan di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang kini hanya berkuasa sebatas menjatuhkan hukuman dengan had tidak melebihi 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan atau 6 kali sebatan. Pindaan yang perlu dilakukan ialah dengan memperuntukkan kuasa yang lebih luas kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan hukuman hudud. Pindaan tersebut perlu dilakukan di Dewan Rakyat dengan sokongan ⅔ undi daripada penggubal undang-undang iaitu ahli-ahli Parlimen.

Maka sebab itulah walaupun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 1993 lagi namun hukum hudud tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan di Negeri Kelantan kerana kekangan peruntukan undang-undang yang sedia ada di dalam Perlembagaan Persekutuan. Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan persediaan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan terhad kepada soal infrastruktur sahaja, sebaliknya masih banyak yang perlu dilakukan dalam soal perundangan.

http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/04/pelaksanaan-hukum-hudud-di-malaysia.html