Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

23 kematian akibat vaksin Pzifer, Kerajaan Pintu Belakang (KKM) buat penilaian risiko

Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk meneliti dan membuat penilaian terhadap vaksin buatan Pfizer-BioNTech.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba mengeluarkan arahan berkenaan susulan laporan kematian 23 individu berusia 80 tahun ke atas di Norway selepas disuntik vaksin COVID-19 itu.

“Saya telah arahkan NPRA untuk menilai laporan tersebut. Buat masa ini saya belum ada sebarang perincian lagi,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Dalam perkembangan yang membimbangkan, 23 warga emas meninggal dalam waktu singkat setelah menerima suntikan vaksin coronavirus pertama mereka di Norway.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan sama ada terdapat hubungan langsung antara suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dan kematian itu.

Walaupun hubungan langsung antara suntikan vaksin dan kematian tersebut masih belum diketahui, beberapa pakar mengatakan bahawa 13 dari 23 orang yang meninggal menunjukkan kesan sampingan vaksin mRNA yang biasa seperti cirit-birit, mual dan demam.

Institut Kesihatan Awam Norway telah mengeluarkan amaran supaya vaksin itu tidak diberi kepada warga emas berusia lebih 80 tahun dengan mengatakan bahawa mereka yang mempunyai jangka hayat yang pendek mungkin tidak mendapat banyak manfaat dari suntikan itu.

Mengulas lanjut, pengawal selia kesihatan Norway itu berkata kepada Bloomberg, kesan sampingan vaksin yang agak ringan boleh membawa akibat yang serius kepada individu yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah.

Pfizer dan BioNTech kini sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Norway untuk menyiasat kematian tersebut. – AA

Artikel berkaitan : Gempar !!! 23 warga emas maut selepas terima suntikan vaksin Pfizer

Corona virus yang menyerang dunia bukan virus semulajadi -Professor Dr. Tasuku Honjo (Jepun)

Tasuku Honjo 201311.jpg

BERANI DAN MENGEJUTKAN

Seorang Professor Perubatan Jepun (Professor Physician-Sceintist and Immunologist), Professor Dr. Tasuku Honjo telah mengejutkan media hari ini dengan pendapatnya tentang Covid-19.

Beliau mengatakan bahawa Corona virus ini bukan terbentuk secara semulajadi. Jika ia semulajadi, ia tak akan menyerang seluruh dunia seperti hari ini.

Secara semulajadi, suhu tempat virus itu muncul merupakan satu faktor utama dan faktor cepatnya ia merebak. Jika ia muncul di China, sepatutnya ia hanya merebak dan menyerang negara yang suhunya hampir sama dengan China.

Ini tidak, ia telah menyerang seluruh dunia termasuk tempat sejuk seperti Switzerland dan tempat yang sangat panas seperti di gurun. Jika ia semulajadi dan muncul di tempat sejuk, ia akan mati bila terdedah di tempat yang panas.

Saya telah berkecimpung dalam kajian tentang haiwan dan Virus selama lebih 40 tahun. Corona Virus ini bukan semulajadi. Ia telah dicipta dan dengan bahasa mudahnya adalah buatan manusia.

Saya sendiri juga pernah bekerja di Makmal Wuhan di China. Dan saya sangat kenal dengan semua rakan-rakan setugas saya di sana.

Sebaik sahaja isu Corona Virus ini berlaku, saya telah cuba menghubungi rakan setugas semasa di Makmal Wuhan dahulu. Tapi semuanya gagal di kesan. Semua talian mereka telah tiada perkhidmatan sejak 3 bulan yang lalu. Di sini saya faham, bahawa mungkin mereka semua telah mati.

Berdasarkan kepada semua pengetahuan dan semua kajian saya tentang virus hingga ke hari ini. Saya percaya dan yakin 100% bahawa, Corona Virus ini bukan semulajadi. Ia bukan datangnya daripada Kelawar. Tetapi ia telah dicipta dan dihasilkan oleh China.

Jika apa yang saya katakan ini adalah salah, sebelum atau selepas saya mati, saya benarkan kerajaan menarik semula semua Hadiah Nobel yang pernah saya terima.

Tetapi China telah menipu seluruh dunia dan penipuan ini akan terbongkar. Percayalah suatu hari nanti, kebenaran ini pasti akan diakui oleh semua manusia.

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Tasuku_Honjo

Darjat Orang Berilmu

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمْ
وَالَّذِينَ أُوتُواْ الْعِلْمَ دَرَجَـتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِير

“Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadilah : 11)

Kenapa orang bukan Islam, Allah SWT berikan ilmu kepada mereka ?

Kenapa orang Islam hanyalah menjadi penonton kepada nikmat ciptaan Allah SWT sahaja ?

Kenapa orang Islam suka mencari kekuasaan, darjat dan pangkat secara kotor dan jijik sedangkan pada perkara kotor tidak ada keberkatan di dunia dan Akhirat ?

Kenapa Ulamak Islam sanggup menjadi keldai tunggangan sekular dan asobiyah demi mencapai kehendak nafsu ? Sedangkan kita lihat orang-orang bukan Islam berlumba-lumba mencari ilmu dan teknologi secara sihat dan berhemah.

Kenapa Muhyiddin (KDN) Benarkan Perhimpunan Jemaah Tabligh ?

1 JEMAAH TABLIGH

1 TAHNIAH FRONLINER

Dr Adham perlu henti tuding jari salahkan PH, tegur Dr Dzul
1. Sangat malang cubaan Yang Berhormat Menteri Kesihatan, menyalahkan Kerajaan PH yang kononnya gagal membendung Kluster Tabligh yang mengakibatkan penularan COVID-19. Benar Kluster Tabligh, akhirnya menyumbangkan 40% dari seluruh kes positif di negara ini.
2. Untuk meletakkan rekod yang tepat, perhimpunan di Masjid Seri Petaling itu bermula pada 28 Februari dan berakhir 3 Mac.
3. 24 Februari Tun M meletakkan jawatan sebagai PM ini menyebabkan Jemaah Menteri juga melepaskan jawatan dan Tun M seorang dilantik sebagai PM interim. Hari terakhir saya berada di KKM adalah pada 24 Februari seperti bukti kicauan Tweet saya (yang mendapat 48.1K likes dan 38.5K RT).
4. Pada 8 April lalu, KP Kesihatan dalam rakaman video sidang akhbarnya, mengesahkan kesiapsiagaan awal KKM bermula pada Disember 2019 di bawah Kerajaan PH dan saya sebagai YBMK dipertanggungjawab mengawal wabak covid19 ini, bersama-sama kepimpinan KKM. Saya bertanggungjawab melaporkan kepada YAB PM & Jemaah Menteri pada setiap hari mula Mesyuarat Kabinet sejak bermula kes pertama pada 24 Januari 2020.
5. Nah, kalaulah ada Menteri yang lebih memaklumi kedudukan perkara perhimpunan Tabligh ini, pastinya beliau itu ialah Menteri KDN, yang sekarang ini ialah Perdana Menteri ke-8. YBMK wajar bertanya beliau kalau ingin tahu letak duduk dakwaannya bahawa kerajaan PH gagal mengawal perhimpunan tabligh. Mungkin sahaja YAB PM-8 tidak perasaan, kerana ada agenda lebih serius yang mengganggu tumpuan kerja beliau ketika itu.
4. Sesungguhnya, sangat mengecewakan, fokus mengurus krisis COVID-19 telah di’hijack’ dengan keberantakan ‘Sheraton Move’ atau ‘Langkah Sheraton’.
5. Pada 29 Febuari TSMY dilantik sebagai Perdana Menteri dan mengangkat sumpah pada 1Mac dan hanya dapat menubuhkan sebuah Kabinet pada 9hb Mac, sekaligus menyebabkan lebih dari 2 minggu pengurusan COVID-19, tidak punya kepimpinan politik dan strategik berbanding sebelumnya. Tidak dapat dinafikan kepimpinan KPK adalah cemerlang dalam saat ‘Hari-Hari Kegelapan Politik Malaysia’ itu.
6. Justeru, saya ingatkan Menteri Kesihatan supaya segera berhenti ‘berpolitik’ dalam suasana negara berdepan krisis COVID-19 ini, tambahan pula dalam tempoh lanjutan PKP ketika ini.
7. Lebih konstruktif seandainya beliau benar-benar menguasai realiti cabaran getir yang dihadapi negara mutakhir ini dengan menampilkan kepimpinan YB dengan mengesyorkan, antara lainnya:
A. Pemikiran dan cadangan yang jelas dan tuntas, Bagaimana ‘Satu Exit Strategy’ mampu diolah dengan pendekatan yang berteraskan ‘Data and Evidence’ guna membimbing PM & Kabinet, membuat langkah-langkah ‘Penamatan PKP/MCO Bertahap-Berfasa’ ke depan nanti.
B. Membimbing Kabinet dalam isu menangani ‘Kajian lmmuniti’ atau ‘Sero-Surveillance’ bagi mengenal pasti ‘tahap infeksi dalam negara-komuniti’, bagi merancang secara konkrit, ‘Penamatan PKP’ serta mengorak langkah untuk ‘Jump Start The Economy’. Amat parah ramalan MIER yang mengunjurkan rakyat yang akan kehilangan 2.4 juta pekerjaan serta mengalami pertumbuhan negatif – 2.9% KDNK.
C. Menangani dan menyelesaikan tuntutan pembuatan PPEs (contoh gowns, face shields, plastic aprons, boots dan penutup kepala) serta pengedaran secara meluas dan seimbang, khasnya untuk ‘Frontliners’ samada untuk warga KKM serta seluruh ‘sukarelawan dari pihak Swasta dan NGOs.
Sekali lagi saya menyeru semua pihak Kerajaan dan Pembangkang serta Swasta dan NGOs, supaya bersama menggembleng tenaga, dana dan kepakaran untuk segera mengurus seterusnya krisis COVID-19 dengan pendekatan yang lebih berkesan, bertanggungjawab, telus dan berintegriti.
Semoga Rakyat & Negara dilindungi AlLah Azza Wajalla..Amin.
Dr Dzulkifly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Gang Utara Fan Club

is with

Ainul Hakim

and

Ahmad Al-Rawanji Al-Segambuti

.

Orang ramai kumpul dana RM1,000 bantu lelaki 80 tahun lunas denda akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan

 

Rakyat Malaysia dan sifat pemurah memang tidak boleh dipisahkan. Apabila melihat ada insan yang sedang dalam kesusahan, rakyat Malaysia akan beramai-ramai berganding bahu membantu mereka, tanpa rasa prejudis.

China Press

Begitulah hal yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah yang ditimpa malang ini. Menurut China Press, semuanya bermula apabila lelaki tersebut didenda sebanyak RM1,000 kerana telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagaimanapun, kerana lelaki itu tidak lagi bekerja dan tidak mempunyai simpanan yang mencukupi, lelaki itu tidak mampu untuk melunaskan denda yang dikenakan kepadanya itu.

China Press

Namun syukurlah, kisah lelaki ini mendapat perhatian warganet dan mereka sama-sama mengumpul dana sehingga mencapai jumlah RM1,000 untuk diberikan kepada lelaki itu agar dendanya dapat dilunaskan.

Seorang wakil seterusnya datang melawat lelaki itu di rumahnya, dengan membawa wang sumbangan yang terkumpul, dan turut memberikan topeng penutup hidung dan mulut kepadanya.

China Press

Syukurlah, semuanya telah kembali ke sedia kala dan diharapkan agar semua orang kekal berada di rumah bagi sama-sama memutuskan rantaian penularan wabak virus Parti Komunis China.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

 

Orang ramai kumpul dana RM1,000 bantu lelaki 80 tahun lunas denda akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan

Betapa Tingginya Penghormatan Kerajaan Thailand Kepada Jemaah Tabligh Selepas Di Kuarantin Covid-19.

 

DOA MOHON ALLAH SWT LINDUNGI DARI PENYAKIT YANG AMAT BERBAHAYA.

Hadis Riwayat Abu Daud (1554)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

 

 
Cara: Baca doa ini selepas solat fardhu/sunat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

اَللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّـا البَلآءَ وَالغَلاَءَ وَالوَبَاءَ وَالطَّاعُونَ وَالفَحْشَاءَ وَالمُنْـكَرَ وَالبَغْيَ وَالسُّوءَ المُخْتَـلِفَ وَالشَّدَائِدَ وَالمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ مِنْ بَلَدِنَا وَقَرْيَتِـنَا هَذِهِ خَآصَّةً وَمِنْ بُلْدَانِ المُسْلِمِينَ كَآفَّةً عَآمَّةً إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَبِالإِجَابَةِ جَدِيرٌ.

تَحَصَّـنَّا بِذِى العِزَّةِ وَالجَبَرُوتِ، وَاعْتَصَمْـنَا بِرَبِّ المَلَـكُوتِ، وَتَوَكَّـلْنَا عَلَى الحَيِّ الَّذِي لاَ يَمُوتُ، اَللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذَا الوَبَاءَ، وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى، وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ وَالطَّاعُونِ وَالبَلاَءِ، بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ، يَا خَبِيرُ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ.

Yang bermaksud:

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, ahli keluarga dan para sahabatnya

Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit, taun, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah! Selamatkanlah negeri kami ini khususnya, dan negara umat Islam amnya daripada segala bencana tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala-galanya dan Engkaulah yang selayaknya memberi perkenan.

Aku berlindung dengan Allah Tuhan yang Maha Gagah Perkasa dan yang Mempunyai Kekuasaan Mutlaq. Aku berpegang teguh kepada Allah Tuhan yang Memiliki Kerajaan yang Maha Agung dan aku berserah diri kepada Allah yang Hidup dan tidak akan mati.

Ya Allah! Wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami daripada segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan penyakit taun serta segala bala’ yang datang, dengan kelembutan-Mu ya Allah, Tuhan yang Maha Berlemah Lembut, wahai Tuhan yang Maha Halus Pengetahuan-Nya, Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam semesta.

 

 

 

Dengan Rendah Diri Kami Meminta  Para Sahabat Yang Dikasihi Sekalian Untuk Subscribe Channel  Youtube Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/channel/UCyC4FMCfTqhfqsSdw4qKe_w/videos

 

Sebagai Tanda Sokong Usaha Berdakwah Di Jalan Allah SWT Dan Berkongsi Pahala Di Akhirat Sebagai Amal Jariah Setelah Kita Tiada Nanti.

 

Takutlah Wahai Manusia Di Hari Dimana Tangan Dan Kaki Kamu Menjadi  Saksi Di Hadapan Allah SWT Nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=Ez8ef2CQf0A

 

Mohon Like Page Pintu Ke Syurga :

https://web.facebook.com/Pintu-Ke-Syurga-110968047089773/

 

FIRMAN Allah SWT: “Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Surah Al-Hadid, ayat 21).

 

Jutaan Terima Kasih Di Atas Kesudian Sahabat Melayari Laman-Laman Media Ihya Assunnah.

Luahan hati kakitangan kesihatan dalam perang lawan Covid-19

Luahan hati kakitangan kesihatan dalam perang lawan Covid-19

Yang sangat terkesan apabila COVID19 melanda ni adalah kakitangan kesihatan. Tak kira doktor pakar atau doktor biasa, jururawat atau PPP, PPK atau pemandu kenderaan, juruteknologi makmal atau pengurusan, dan juga semua peringkat tak kira atasan atau bawahan. Kerja meningkat berkali ganda, cuti masing2 dibekukan, risiko dijangkiti penyakit pula tinggi sebab di barisan hadapan, yang bekerja suami isteri pening nak tinggal anak kat mana sebab sekolah dan pusat asuhan tutup, macam-macam lagi. Rasa tertekan tak usah cerita – ramai mengadu semakin ‘burnout’.

Tiba-tiba PM announce elaun khas rm600 pada doktor dan kakitangan kesihatan. Wah. Doktor dan kakitangan kesihatan seronok; sekurang-kurangnya dapat la melegakan hati dan jiwa yang sedang lara. Kerja berat pun rasa terubat.

Selang beberapa hari pekeliling pun diedar. Tak semua dapat elaun khas tadi rupa-rupanya. Kalau kerja secara langsung dengan rantaian pengurusan, menangani dan membendung wabak COVID-19 sahaja yang dapat. Yang lain, tak dapat.

Yang berpeluh jaga screening pesakit di pintu masuk hospital, tak dapat.
Sebab dia tak ‘direct’ dengan pesakit covid19. Padahal kalau tidak ada wabak covid ni, mereka tak perlu pun jaga screening counter. Mereka boleh buat tugasan masing2 di wad.
Padahal mereka lah yang memastikan potensi jangkitan covid tidak masuk ke hospital dan menjangkiti orang lain. Tapi tidak, mereka tidak dikira merawat pesakit covid.

Yang bertugas memang secara langsung jaga pesakit Covid19, tapi tak cukup 15 hari juga tak dapat penuh rm600. Walaupun katakan mereka perlu kerja secara bergilir selang sehari atau dua mengikut jadual, menyebabkan di dalam rotation itu tak sampai 15 hari mereka jaga pesakit covid. Walaupun di hari lain mereka tetap sibuk bekerja merawat pesakit bukan covid yang lain. Cuma dapat separuh sahaja.

Kakitangan di jabatan kecemasan yang tak terlibat secara langsung dengan rawatan pesakit covid19 juga tidak dapat. Walaupun dia bertugas di kawasan berisiko tinggi yang mungkin terdedah kepada pesakit covid 19. Tidak dapat kerana dikira tidak merawat covid secara langsung.

Di peringkat daerah, pemandu dan ambulans terpaksa travel dari pusat tanggungjawab masing-masing untuk bertugas secara standby di hospital tertiari, seawal 7 pagi dan tunggu pula hingga ke 10 malam. Tapi rupanya tak dapat elaun khas, kerana tiada pesakit covid 19 yang dihantar sepanjang tempoh standby itu, walaupun ada yang diarah bertugas sehingga 3 kali seminggu.

Kakitangan KKM juga sedar akan hakikat, bekalan PPE akan diutamakan kepada hospital dan kawasan perkhidmatan yang merawat covid secara langsung. Hasilnya, perlindungan untuk mereka adalah lebih baik berbanding kakitangan yang bertugas di kawasan perkhidmatan yang dianggap tidak merawat covid secara langsung. Mereka tidak memakai PPE lengkap. Dalam keadaan sekarang di mana setiap pesakit merupakan potensi pembawa virus ini, maka mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terdedah.

Atas sebab2 ini, wajar untuk kerajaan mempertimbangkan semula beberapa aspek di atas, bagi memastikan kakitangan KKM terus kuat dan bersemangat di barisan hadapan dalam perang melawan COVID 19 ini.

Sekian.

Luahan mereka.
………………….

Justeru, luahan ini bukanlah untuk menghentam kerajaan semata-mata, tetapi memohon agar kerajaan mempertimbangkan agar mereka yang terlibat sama jua diberikan perhatian.

Ammar Atan
Mantan Pegawai Khas Mantan Menteri Kesihatan 2018-2020.

Luahan hati kakitangan kesihatan dalam perang lawan Covid-19

VIRUS CORONA ATAU COVID-19 MERUNTUHKAN SIFAT EGO MANUSIA

1 TAHNIAH FRONLINER

Tiada siapa akan mempercayai satu delegasi dari negara kaya, Italy yg kini berada di Somalia, yg mana permit tinggal mereka akan berakhir membuat keputusan tidak mahu pulang, sebaliknya memohon untuk terus tinggal dinegara miskin tersebut.

Tiada siapa akan mempercayai yg bekas Perdana Menteri Somalia yg lari ke Britain untuk menyelamat dirinya telah mati akibat jangkitan corona virus dinegara harapannya.

Tiada siapa akan mempercayai tembok yg dibina olih Trump untuk menyekat pelarian Mexico drp membanjiri negaranya kini telah menjadi tembok untuk menyekat pelarian Amerika yg meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.

Tiada siapa akan mempercayai, dua bulan lalu Spanyol mengelami krisis bilamana bot-bot membawa beribu-ribu pendatang haram dari Afrika melalui Morocco, sebaliknya kini bot-bot tersebut belayar balik membawa pelarian2 Spanyol meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.

Tiada siapa akan mempercayai masjid2 dinegara-negara Islam akan ditutup sehingga rukun Haji tahunan ditangguhkan, sedangkan dinegara2 yg pernah mengharamkan laungan azan kini sibuk membuka semula masjid2 dgn laungan azannya.

Tidak siapa akan mempercayai doktor2 perubatan yg merawati pesakit2 menemui ajal sedangkan pesakit2 mereka beransur pulih.

Tidak siapa akan mempercayai doktor2 perubatan kini sibuk mengkaji dan menyediakan formula2 drp sumber2 asli untuk meningkatkan sistem imuniti manusia.

Tiada siapa akan mempercayai akhbar2 dan jurnal2 utama dinegara Barat kini sibuk memetik dan mengupas Hadith2 Junjungan Besar Nabi SAW, sehingga Newsweek Amerika menceritakan bagaimana Nabi SAW melaksanakan lockdown bilamana berlakunya wabak jangkitan penyakit, wp alat mikroskop belum diciptakan lagi 1,400 tahun yg lalu.

Tiada siapa yg akan mempercayai negara-negara kuasa dunia yg mempunyai armada perang paling canggih kini berada dlm ketakutan seperti tikus2 dlm gereja.

Tiga bulan yg lalu tiada siapa yg akan mempercayai peristiwa2 diatas.

Subhana Allah, KAU lah yg Maha Besar Yang Mengetahui semuanya sedangkan kami hanya manusia kerdil ciptaan MU.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَان
{Then which of the Blessings of your Lord will you deny}

ilham nukilan hamba Mu ya ALLAH Maha Kuasa, Yg Memiliki alam ini.. ALLAHUAKBAR!!

Peruntukan hospital lulus zaman PH ditarik balik pada zaman PN?

Peruntukan hospital lulus zaman PH ditarik balik pada zaman PN?

Kita akan menang bersama-sama!

Wira-wira barisan hadapan, anda tidak bersendirian, kami semua di belakang anda.

Hari ini saya telah melawat Hospital Seberang Jaya untuk memberikan sumbangan 5,000 facemask dan 500 face shield kepada warga hospital. Terima kasih saya ucapkan kepada wira barisan hadapan kita.

Saya sempat berborak-borak dengan pengarah hospital Dr Saiful dan beliau merakamkan penghargaan atas kelulusan peruntukan semasa saya berada di MOF berjumlah RM400,000 untuk membeli bekalan perubatan. Namun malangnya saya difahamkan kelulusan tersebut telah ditarik balik. Saya berharap kerajaan pusat akan memberikan semula peruntukan tersebut kepada Hospital Seberang Jaya.

Peruntukan hospital lulus zaman PH ditarik balik pada zaman PN?

Negara yang hebat tidak lagi mampu menghadapi tentera Allah Covid-19.

Sila lihat outbreak Covid satu dunia ni, aku bersyukur sangat aku di Malaysia 🇲🇾.

1) USA 🇺🇸 yang konon superpower pun koyak healthcare dia. 300k kes. Tak MUSTAHIL capai 1mil.

2) Eropah 🇪🇺 baru sedar kemampuan sebenar diaorang handle krisis, walaupun ramai pakar segala bidang di sana tetap koyak bila ribuan mati setiap hari. Boleh kata lepas ni silap2 diaorang lagi teruk dari Asia nak bangun balik.

3) India 🇮🇳 memang dah jadi macam drama dah. Polis sebat, rotan, penampar, sepak semua orang yang keluar. Quarantine fasiliti dia???? Toilet awam kita lagi cantik 10x.

4) Indonesia 🇮🇩 tengah spike dengan highest death in Asean. Dah almost 200 death. Mostly doktor & nurse. Nurse sampai kena halau dari rumah sewa sebab takut bawa balik penyakit. Katanya by July akan sampai 100k kes. Sedihnya. Tengok video, dah ada yang pengsan di tepi jalan.

5) Philippines 🇵🇭 tengah start curve. Tak pasti sana macam mana. Tapi Presiden kata tembak 💥🔫 je siapa yang langgar arahan (curfew).

6) Jiran kita, Thailand 🇹🇭 terus lockdown lagi ketat dari kita. Kita ni boleh pegi Tesco mall etc lagi, masak menu feberet hari-hari.

7) Vietnam 🇻🇳 dengan segala kekurangan, pesakit kuarantin dalam pondok mengkuang, Allahu. Fasiliti di sana? Wallahualam.

Alhamdulillah sangat kita ni. Polis 👮🏻‍♂👮🏻‍♀ masih boleh bertolak ansur. Doktor 👨‍⚕& Nurse 👩‍⚕kita jaga, Hormat dan sanjung. NGO semua giat bagi makan jaga kawasan masing-masing. Kerajaan bagi itu ini. Jiran-jiran pun ambil berat masing-masing.

Recovery pesakit covid kita pun sangat baik. Alhamdulillah. Syukur.

Ada masa lagi PKP ni, cuba fikir macam mana kita nak menyumbang pada negara, umat, dan agama. Allah bagi kita peluang ni, jangan kita sombong. Bagaimana kita nak bangkit semula.

Ramadan dah dekat. Ramai yang tidak bekerja nanti. Tak boleh dah pikir periuk masing-masing. C&P.

BERBAGAI PERUNTUKKAN UNTUK RAKYAT ADALAH HASIL KERJA KERAS KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.

“Bagi saya apa yang dibuat oleh pentadbiran dahulu sudah baik, tinggal lagi kita menambah baik.”

1 HADIAH PH UNTUK RAKYAT.

1 A 250 BILION

1 BOHONG HADI TERBARU

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhasrat meneruskan usaha kerajaan terdahulu dalam membangunkan industri sawit.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan menghentikan segala usaha murni kerajaan lalu dan akan menambah baik dari semasa ke semasa sekiranya perlu.

Hal ini tambahnya dilakukan berdasarkan prinsip beliau yang gemar meminimakan kos dalam mengusahakan sesuatu.

“Bagi saya apa yang dibuat oleh pentadbiran dahulu sudah baik, tinggal lagi kita menambah baik, mereka telah buat apa yang mereka patut buat dan saya ambil konsep ialah kita tidak mahu bermula daripada kosong.

“Kita bergerak bermula pada titik dimana mereka berhenti, dimana titik berhenti menteri yang lalu, di situlah bermula. Sebagai contoh Kempen Sayangi Sawitku yang dimulakan oleh menteri yang lalu.

“Saya akan teruskan, kerana kalau kita tukar jenama, kita perlukan dana lagi, kita perlukan kempen yang baru, tidak. Saya bukan bekerja begitu, cara saya kita minimakan kos, apa yang baik pada kerajaan lalu, kita teruskan,” ujarnya dalam satu temubual bersama Bernama TV sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika disoal berkenaan maklum balas yang mengatakan bahawa promosi kementerian itu sebelum ini yang kurang mendapat sambutan akibat daripada kegagalan menepis serangan-serangan pihak luar.

Katanya, agak meremehkan sekiranya setiap kali bertukar tampuk pemerintahan perlu mengambil pendekatan untuk memulakan semula kempen yang baharu.

Lagipula, beliau juga tidak pasti adakah beliau akan terus memegang jawatan tersebut setelah tiga tahun.

Sementara itu, beliau dalam temubual sama turut menekankan beberapa faktor lain untuk mengukuhkan insdutri sawit di Malaysia seperti cadangan untuk melahirkan peladang yang ‘smart’ dalam penggunaan tenaga buruh seperti penggunaan mesin.

Selain itu, beliau turut merancang untuk mencari kaedah bagi memastikan pelaksaan Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah dimana beliau mendapati hanya segelintir dari penoreh getah yang memohon sumbangan tersebut. – HARAKAHDAILY 2/4/2020

Komited bangunkan industri sawit, minimakan kos – Menteri