BUKTI LIM GUAN ENG LEBIH ISLAMIK

Terima kasih Zafrul, akhirnya kami tahu kesungguhan PH selama ni

Selepas mendengar penjelasan semua mantan Menteri PH tadi.. aku amat bersyukur, hikmah besar dari rencana jahat UMNO dan PAS mainkan isu 101 Projek yang bernilai Rm 6.6 Billion ini.. Cara terbaik Allah zahirkan pentadbiran PH terutama Lim Guan Eng jauh lebih amanah..menepati prisip Al Qawwi Al Amin berbanding pentadbiran yang dikata menjulang prinsip Islam…
Jika semalam perbandingan jumlah procurement atau Perolehan yang terlibat darunding terus adalah 1.4 %.. dari penjelasan menteri, Boleh dikatakan hampir 100% tidak ada runding terus.. Hanya RM 350 Juta bukan dari projek dari zaman BN, mana RM 170 juta adalah kes melibatkan Kementerian Zuraidah.. Tak sampai 0.2%..
Jika ditolak jumlah Kementerian Zuraidah, dan faktor mendesak menepati konsep Dharurah yang dijelaskan.. Maknanya reform kerajaan PH itu berjaya..Jumlah tender terbuka adalah 99.9%… Dalam konteks hukum sedikit itu dimaafkan.. Bagi aku cukup membanggakan.. Dalam kaedah Fiqh disebutkan ..

ما لا يدرك كله لا يترك كله..
“Jika tidak didapati seluruhannya, jangan tinggalkan seluruhnya (semampu kamu).”
Kaedah ini diambil sesuai dengan firman Allah yang selalu disentuh Ds Anwar sendiri..menyentuh pesanan Nabi Syuaib Alaihissalam keatas kaumnya, juga menyentuh soal ekonomi dan..soal Islah( reform)..
إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ
“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku..”
Dalam Islam bukan hanya melibatkan Soal Islah dalam Siyasah, dalam Ekonomi..hatta dalam urusan Ibadah..ada Rukhsah atau keadaan yg dimaafkan.. dalam Ibadah soal kemampuan ini juga diguna pakai , iaitu konsep Kita harus menunaikan hak Allah semampunya (مَا اسْتَطَعْتُمْ)..
Malah aku berterima kasih dengan Tg Zafrul atas sifat telusnya mendedahkan semua senarai projek ini dan tidak menyembunyikan fakta..Kalau projek dan fakta Projek itu disembunyikan, ia akan jauh lebih teruk fitnah itu disebarkan kelompok ruwaibdhah dan Khawarij dari kalangan PAS..

Samaada Tg Zafrul terlibat atau hanya menjadi buah catur UMNO dan PAS memburukkan Lim Guan Eng dan PH dengan soalan Politik bagi menutup kes Takiri atau sebagai modal menghadapi PRK Slim River..aku tak pasti… tetapi tindakan Tg Zafrul tidak menyembunyikan fakta itu amat aku puji..
Tidak siapa menjangkakan..hatta mereka yang cuba kononnya mendedahkan salah laku PH.. dan Akhirnya, Allah zahirkan begitu amanahnya pemimpin PH.. Untuk mencari satu kesalahan Menteri dan Kementerian amat sukar.. apalagi mahu dikaitkan dengan Lim Guan Eng.. jauh lebih jahat mereka yang menuduh Rm 6 billion itu lesap seperti lesapnya duit 1MDB..
Seperti aku katakan, Besar hikmahnya tertubuhnya Kerajaan Khianat tebuk atap ini.. satu persatu Allah Zahirkan kebenaran, lalu menutup pintu fitnah UMNO dan PAS dari mulut dan tindakan mereka sendiri…
Maka benarlah firman Allah..
firman Allah..
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padehal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui…. ”
( Surah Al-Baqarah Ayat 216 )
Ipohmali

Tazkirah Zohor
27 Ogos 2020
Sumber :

DAP rupanya dibenci komunis China : Ini fakta yang perlu anda tahu

1 MCA RASIS1 HADI KHADAM MCA1 DAP TERBAIK1 MCA ANTI ISLAM1 MCA KOMUNIS1 MCA ANTI HUDUD

Nak ubah buku sejarah tu tipu sahaja. Saya adalah Panel Sejarah Kem. Pendidikan Msia bersama Khoo Kay Kim dan beberapa orang lagi. Saya nak betulkan fakta sejarah Malaysia.

DAP tak condong pd PKM atau PKC. Sebab tu sejak DAP ditubuhkan dalam tahun 1966 hingga sekarang DAP tak pernah pun jemput wakil PKC hadir Persidangan Agong DAP.

Yang jemput wakil PKC sebagai pemerhati ialah UMNO dan MCA.Kalau DAP condong pd PKC sudah tentu PKC selalu jemput pemimpin2 DAP hadir dalam Kongress PKC.

Pemimpin DAP seperti Dr Chan Man Hin , LKS. LGE dan ramai lagi memohon visa utk melawat China pun tak diberi. LGE 10 tahun jadi KM Penang dan 2 tahun jadi Menteri Kewangan Msia pun tak dapat visa nak lawat China.

Sebenarnya sebelum tubuh DAP parti asal yg mereka tubuh ialah PAP of Malaysia. Mereka anak didik Lee Kuan Yew. China anti LKY atas sebab Singapore antara negeri yg simpan wang USD, Pound dan Emas yg dibawa lari oleh Koumintang tahun 1949.

PKC sejak zaman Mao Zedong, Hua Guofeng Deng Xiaoping meminta berkali2 suruh Spore pulangkan wang dan emas yang dibawa lari oleh Komintang dan simpan di Singapore tetapi Singapore enggan.

Tahun lepas apabila berlaku rusuhan di Hong Kong, mastermindnya ialah CIA yg berpejabat di Kedutaan US Singapore. Wang di salurkan ke akuan NGO melalui HSBC dan OCBC Bank.

Oleh kerana DAP adalah kembar PAP maka kerajaan China cukup benci pada DAP.

Dulu yang lulus projek Forest City, Kulim City sehingga beratus ribu China Komunis dapat PR Malaysia siapa yang bagi ?

Nadwa dari Bersatu yang cakap kata DAP tu Komunis tak faham sejarah. Beliau keluar UMNO sama dgn Anina dan Datuk Hamidah, lepas tu tak dapat jawatan dan tak dapat bertanding PRU jadi cakap merapu.

Maaf saya bukan sokong DAP tetapi saya sokong kebenaran fakta Sejarah.

Dato Abd.Malek Hanafiah

DAP rupanya dibenci komunis China : Ini fakta yang perlu anda tahu

Mengapa orang melayu menuduh  DAP mempunyai agenda politik menghapuskan kepentingan Melayu ?

1 UMNO MENIPU

1 UMNO ISRAEIL

1 MCA RASIS 2

Mengapa orang melayu menuduh  DAP mempunyai agenda politik menghapuskan kepentingan Melayu ?

7.1 Orang Melayu selalu ditakutkan-takut kan oleh cybertrooper umno yang Dap mempunyai agenda tersendiri untuk menghapuskan kepentingan orang Melayu.

7.2 Ini adalah kerana DAP mengamalkan kesederhanaan untuk mewakili semua rakyat Malaysia, bukan satu kaum atau satu agama. Perkara ini tidak berlaku di dalam PN yang rata-rata nya hanyalah mengumpulkan kekayaan untuk diri sendiri, keluarga dan kroni mereka.

7.3 Walaupun pemimpin PAS menghina DAP, Lim Guan Eng meluluskan dana apabila kerajaan Kelantan meminta bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan sebanyak dua kali yang  bertujuan membantu membayar gaji kakitangan awam negeri.
7.5 Disebabkan ketidakcekapan menguruskan ekonomi mereka (Kelantan), LGE segera meluluskan pinjaman berjumlah RM192 juta supaya penjawat awam di Kelantan akan terus mendapat gaji mereka.

7.6  Walaupun DAP menentang lawan politik  tetapi DAP tidak bersifat perkauman atau lebih ekstremis

7.7https://www.malaysiakini.com/news/503724

7.8 Berikut adalah peruntukan budget 2020 yang diperuntukan oleh DAP untuk orang Melayu

7.8.1 Kerajaan naikkan elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru KAFA dengan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta.

7.8.2 Kerajaan cadang beri bantuan khas one-off sebanyak RM500 kepada imam, bilal (Muazzin), tok siak/noja/merbot (penjaga masjid) dan guru takmir.

7.8.3 Kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk inisiatif Rahmatan Lil-Alamin bagi bangunkan pemahaman Maqasid Syariah.

7.9https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/616535/inti-pati-belanjawan-2020

7.10Memang ada juga pemimpin DAP yang rasis tetapi mereka telah berpindah ke PN, iaitu di Perak dan di Melaka.

7.11 https://www.sinarharian.com.my/article/73711/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Mungkin-akan-ada-lagi-ADUN-PH-keluar-parti-Norhizam

7.12Dap juga memenangi banyak  kes saman fitnah terhadap mereka. Bukti mereka difitnah oleh Melayu Islam selama ini.

7.13 https://www-bharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/node/660322/amp?amp_js_v=a3&amp_gsa=1&usqp=mq331AQFKAGwASA%3D#aoh=15891028359252&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fkes%2F2020%2F02%2F660322%2Fguan-eng-menang-saman-isu-terowong

7.14 https://m.malaysiakini.com/news/184140

7.15 https://www-sinarharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/73921?amp_js_v=a3&amp_gsa=1&usqp=mq331AQFKAGwASA%3D#aoh=15891028359252&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.my%2Farticle%2F73921%2FBERITA%2FNasional%2FFitnah-anak-Guan-Eng-ambil-tindakan-saman

Wallahualam.

Faris Saleh.
Renungan Marhaen Kuala Lumpur.

Selamat Hari jadi Tan Sri – Lim Guan Eng.

1 PM PN BERSAMA LIL GUAN ENG1 KEJI 6 JAHANAM

Selamat Hari jadi Tan Sri.

Bila Tan Sri susah, yang menyokong Tan Sri adalah DAP.

Bila Tan Sri dihina & dipijak oleh UMNO, yang berjuang bersama Tan Sri adalah DAP.

Bila Tan Sri sakit, yang melawat Tan Sri memberi sokongan moral adalah juga DAP.

Sekarang Tan Sri jadi PM, bagaimana Tan Sri balas budi DAP?

Kerajaan pimpinan Tan Sri & kuncu-kuncu baru yang berebut kuasa sesama lain terus menghina DAP, memfitnah DAP & memijak kepala DAP sedangkan Tan Sri tahu DAP tidak pernah mengkhianati kawan malahan bertungkus lumus membantu Tan Sri menyelamatkan negara kita.

Tan Sri, budi emas boleh dibayar, budi hati dibawa mati.

Inilah kata pepatah Melayu.

Berlakulah adil kepada DAP. Balaslah dengan budi, bukannya hasad dengki.

Selamat Hari jadi ke 73.

Tarikh : 15hb Mei, 2020.

DAP ajak bahas cara elak gelombang ketiga Covid-19

DAP ajak bahas cara elak gelombang ketiga Covid-19

1 A TIKTOK C

Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan agar satu perbahasan diadakan untuk membincangkan kaedah menangani gelombang ketiga wabak Covid-19 dari terus melanda negara.

Kit Siang berkata, ia termasuklah diskusi tentang lanjutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlaku sekarang ini dalam tempoh satu tahun akan datang sebelum vaksin virus tersebut ditemui.

Menurutnya, pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam adalah melegakan apabila buat kali pertama negara mencatatkan lebih separuh daripada individu yang dijangkiti, telah pulih.

“Secara peribadi, saya berasa lega kerana pembacaan data amatur saya tidak salah. Pada 3 April lalu, kita mencapai puncak gelombang kedua wabak ini dengan sejumlah 3,333 kes.

“Ia sekaligus menolak prognosis terburuk yang dibuat oleh JP Morgan yang menganggarkan kira-kira 6,300 kes pada pertengahan April atau unjuran yang lebih mengerikan dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang mencapai sehingga 8,900 kes.

“Namun, Malaysia bukan sahaja perlu menewaskan gelombang kedua yang sedang melanda ketika ini, bahkan perlu memastikan tidak ada gelombang ketiga dan tiada keperluan untuk lanjutkan PKP di negara ini,” tegas Penasihat DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, buat pertama kalinya, kes Covid-19 di Malaysia berada di bawah angka 100 dengan mencatat 85 kes baharu yang menjadikan jumlah kes Covid-19 kepada 5,072.

Pengumuman tersebut dibuat Noor Hisham yang turut memaklumkan terdapat satu kematian baru menjadikan jumlah keseluruhan 83 orang.

Manakala, seramai 169 orang lagi pulih menjadikan jumlah keseluruhan pemulihan menjadi 2.647 atau 52.2 peratus yang juga mencatat kali pertama, lebih separuh daripada orang yang dijangkiti pulih.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Iskandar itu mendakwa, Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum lagi mencapai kaedah terbaik dalam perang menangani Covid-19.

Katanya, maklumat harian mengenai empat zon dalam pengawasan iaitu Merah, Oren, Kuning dan Hijau itu berdasarkan data ketinggalan zaman yang masih menggunakan kumulatif kes dan bukannya statistik terkini.

Dalam ulasan sama, beliau berkata, kredit pencapaian perlu diberikan kepada petugas barisan hadapan dan keberkesanan PKP oleh kerana negara tidak pernah lagi mencatat adanya lonjakan kenaikan kes sehingga 1,000 atau 2,000 kes sehari.

“Malaysia antara salah satu negara yang merekodkan tahap pemulihan terbaik. Kita mencapai kadar pemulihan 52.2 peratus atau 2,647 kes pemulihan daripada sejumlah 5,072 jangkitan. Ini lebih baik daripada Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara-negara Eropah.

“Tapi, ada satu perkara yang pasti. Dalam satu hingga dua tahun ke depan, jarak sosial ekonomi, politik dan kehidupan sosial tidak hanya berlaku di Malaysia, tetapi juga seluruh dunia.

“Kita perlukan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum kita dapat kembali ke keadaan normal sebelum Covid-19. Tetapi, kita juga harus menghadapi kejatuhan ekonomi akibat wabak yang dihadapi satu dunia,” katanya.

P.Pinang lantik wakil rakyat pembangkang dalam j/kuasa Covid-19

Malaysiakini

Kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui Pakatan Harapan (PH) melantik pemimpin pembangkang Muhamad Yusoff Mohd Noor, yang juga Adun Umno Sungai Dua, bagi menganggotai jawatankuasa keselamatan negeri dalam menyelaraskan usaha menangani Covid-19.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata beliau sudah menghubungi Yusoff berhubung perkara itu.

“Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penyelarasan pelbagai agensi negeri dan Persekutuan berhubung pengurusan isu Covid-19.

“Malah, saya juga menjemput beliau untuk hadir di mesyuarat seterusnya iaitu pada Isnin, 30 Mac 2020 jam 9.30 pagi di Komtar.

“Sebagai makluman, beliau telah bersetuju dengan pelantikan dan jemputan berkaitan,” katanya.

Chow juga mengumumkan peruntukan RM30,000 untuk setiap kawasan, termasuk kawasan pembangkang, untuk menangani krisis Covid-19.

“Sebagaimana saya tekankan sejak awal krisis ini bahawa kini bukan masa untuk berpolitik. Kita perlu menggembleng tenaga agar usaha membantu rakyat boleh dilaksanakan dengan pantas dan lancar.

“Dalam aspek ini, kerajaan negeri memberikan peruntukan khas dana bantuan rakyat RM30,000 secara saksama kepada semua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang tanpa mengira parti politik mereka,” katanya.

Chow berkata beliau berharap program rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan persekutuan semalam, bersama dengan Pakej Bantuan Pulau Pinang sendiri, dapat membantu rakyat semasa kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik itu.

“Fokus kita sekarang ialah untuk memastikan segala bantuan dan insentif kewangan sampai dengan pantas serta jitu kepada kumpulan sasar.

“Bagi Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang, saya berjanji wang bantuan akan mula diagihkan bermula bulan April 2020, iaitu dalam tempoh empat hari lagi,” katanya.

Perintah kawalan pergerakan telah dikuatkuasakan mulai 18 Mac untuk mengekang penyebaran Covid-19.

Di bawah PKP, perniagaan dan perkhidmatan yang tidak penting diperintah tutup dan orang ramai tidak digalakkan meninggalkan rumah tanpa alasan munasabah.

PKP pada mulanya ditetapkan untuk berakhir pada 31 Mac, namun dilanjutkan hingga 14 April.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

https://www.malaysiakini.com/news/517341?fbclid=IwAR0lF1QAX1BY5YYgakjTqzGQflfK0z2pMuXizCZLWy8GaudtZCROhzFgVDA

DAP sumbang pam RM20,000 bantu mangsa lawan Covid-19

DAP sumbang pam RM20,000 bantu mangsa lawan Covid-19

Menurut pengerusinya, Chong Chieng Jen, peralatan tersebut diperlukan untuk ‘mendispen’ ubatan dalam bentuk titisan IV kepada pesakit termasuk mereka yang dijangkiti virus COVID-19.

Parti DAP Sarawak telah menyumbangkan sebanyak lima Pam Infus dengan tiang IV (pendiri) yang bernilai RM20,000 kepada Hospital Umum Sarawak semalam bagi membantu mangsa melawan Covid-19.

Menurut pengerusinya, Chong Chieng Jen, peralatan tersebut diperlukan untuk ‘mendispen’ ubatan dalam bentuk titisan IV kepada pesakit termasuk mereka yang dijangkiti virus COVID-19.

Katanya, Hospital Umum Sarawak amat memerlukan semua peralatan itu dengan pesakit sedia ada terpaksa menunggu masa panjang untuk menggunakannya mengikut prosedur kerajaan sedia ada.

“Dalam keadaan yang mendesak seperti ini langkah segera perlu dilakukan dan DAP Sarawak telah mengambil langkah proaktif menangani masalah ini.

“Terima kasih kepada penderma dana yang merealisasikan pembelian peralatan ini semua.

“Juga ucapan terima kasih kepada Julian Tan Kok Wei(mantan Ahli Parlimen Stampin) atas usaha gigih beliau memastikan penghantaran peralatan ke Hospital Umum Sarawak,” jelas Chong dalam satu kenyataan di Kuching hari ini.

Beliau memberitahu, DAP Sarawak kini masih dalam proses menunggu peralatan-peralatan perlindungan diri(pekerja perubatan) yang sedang dalam proses penghantaran menggunakan laluan udara.

“Kami menjangkakan semua peralatan tersebut akan tiba ke Kuching selewat-lewatnya hari ini.

“Sehubungan itu juga saya menyeru kepada warga Sarawak supaya semua kekal tabah, bersikap positif dan bersatu dalam menghadapi krisis di saat ini,” tambah beliau lagi.

DAP sumbang pam RM20,000 bantu mangsa lawan Covid-19

SEMUANYA KERANA TINDAKAN BIADAP DAP

1 MCA ANTI ISLAM1 PencuriKERAJAAN PINTU BELAKANG.

Dr Shukri Abdullah – Dr Shukri Abdullah
( Pakar Motivasi Malaysia )

Melayu Mundur Kerana Melayu !

Memang mudah tuding jari kepada DAP
Memang senang tuduh MCA atau MIC
Betul ke Cina dan India yang menyebabkan Melayu mundur ?
Melayu alpa.
Melayu merempit.
Melayu ambil dadah.
Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.
Di dewan – konsert, di padang – konsert,
Di staudium – konset, di TV – konsert.
Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Bintang Tua !
Angkara Cina dan India kah semua tu ?

Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.
Dalam sektor swasta mereka kuasai.
Sukar anak Melayu nak naik pangkat.
Dunia perniagaan mereka control.
Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.
Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.
Tetapi Melayu juga ada diskriminasi Cina dan India !!

Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.
Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.
Hingga kini bukan saja remaja Melayu
Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan
Barangkali tok dan tok wan Melayu juga !
Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.
Pun bergencok. Pun berlenggang. Pun lupa diri.
Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.
Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.
Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,
Salah Cina dan India lagi ????

Siapa perintah negara setakat ini …. Cina dan India ?
Siapa kesemua PM setakat ini …. Cina dan India ?
Siapa semua hampir kesemua MB – KM setakat ini … Cina dan India ?
Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini … Cina dan India ?
Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini … Cina dan India ?

SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.
Perbaiki bangsa kita.
Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita.
Perbaiki pelajar kita

Dengan menoleh ke dalam diri kita
Dengan muhasabah kesilapan kita
Dengan ikhlas dengan kekurangan kita
Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.

Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.
Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !
Lihat dalam Islam …
Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.
Kan berkemundang “Haiyya Alal Falah”
Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah … 5 kali sehari.
Mari berjaya. Come to success.
Tetapi “Haiyya Alal Falah” didahului dengan “Hayya Alal Solah”
Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.
Mari bersolat, mari berjaya.
Come to solat, come to success.

Rumusan:
Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan kealpaan bangsa sendiri.
Muhasabah bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh Cina dan India.
Kita tambah dengan Kadazan dan Iban
Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.
Itu salah kita selama ini.
Usah beralasan lagi.
Mari kita sama-sama cari jalan keluar.
Ayuh Melayu … sama-sama fikir, sama-sama renung.
Sama-sama bertindak dengan bijaksana.
Bukan emosi tak tentu hala!!