Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

WAJAH-WAJAH ORANG POLITIK UMNO YANG TELAH MEROSAKKAN NEGARA DAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM

1-MERUNTUHKAN NEGARA

1 3 PENYAMUN1 ROSMAH2 ULAMAK BISU1 1mdb1 2mdb

5 CHINA3 CHINA

WAJAH-WAJAH ORANG POLITIK UMNO YANG TELAH MEROSAKKAN NEGARA DAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM

1 B DAP1 A SEMUA DAP

KERAJAAN PH ROSAKKAN PENTADBIRAN AWAM DENGAN LANTIKAN POLITIK

1. Institusi pentadbiran awam di Malaysia telah dirosakkan kerajaan PH dengan lantikan politik sejak awal pentadbiran lagi. Sebelum ini, kita digemparkan dengan lantikan ahli PKR iaitu Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

2. Kini, YB Wong Kah Woh (DAP) iaitu Ahli Parlimen Ipoh Timur telah dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).

3. Tindakan kerajaan PH bukan sahaja memungkiri janji di mana ingin mewujudkan sebuah sistem perkhidmatan awam yang bebas dari mana-mana pengaruh politik untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian awam.

4. Pada hari ini, sektor tenaga lestari merupakan fokus utama Malaysia dalam mewujudkan sebuah negara yang mampan. SEDA telah menerima peruntukan terbanyak pada tahun 2019 iaitu sebanyak RM 812 juta bagi bajet pembangunan berbanding RM 675 pada tahun 2018.

5. Lantikan politik dalam agensi kerajaan yang menguruskan sumber yang banyak ini menimbulkan kecurigaan dalam kalangan rakyat kerana dilihat mampu mewujudkan ketirisan dan sebagai langkah untuk kepentingan parti khasnya DAP.

6. Agensi yang memainkan peranan penting ini sepatutnya diterajui oleh golongan profesional di mana bebas dari kepentingan politik dan mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

7. Kerajaan PH bukan sahaja gagal dalam melakukan reformasi pentadbiran awam, malah merosakkan agensi kerajaan dengan lantikan politik hanya semata-mata untuk kepentingan parti.

8. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan konsisten sebagai agen semak dan imbang dengan memberikan kritikan yang progresif terhadap tindakan kerajaan PH yang semakin hari semakin membimbangkan ini.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu