Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

KENAPA UMNO PERLU DIHAPUSKAN ?

1 HADI SESAT 41 MEMALI1 PN PAU RAKYAT1 LIDAH SYAITAN1 PECAH AMANAH

Minda Wala’un

Mantan Perdana Menteri UMNO juga Mantan Presiden UMNO, menyeru org melayu hapuskan UMNO.

Apalah dosa UMNO sehingga tokoh kemerdekaan negara menyarankan agar UMNO dihapuskan.

Mungkin UMNO adalah parti politik yg berdosa pada pandangan beliau.

Pemimpin PAS pasti ada butirannya, sbb berpuluh tahun mereka berusaha utk menghapuskan UMNO.

Pejuang2 politik veteran dari PAS telah menghabiskan masa, tenaga, wang ringgit. Ada juga yg mengorbankan jiwa raga berpuluh tahun berusaha utk menghapuskan UMNO.

Jasa mereka dlm perjuangan menentang assobiah, toghut dan UMNO rasanya tidak dihargai.

Tetapi. Perjuangan dan pengorbanan pejuang PAS selama berpuluh tahun menentang UMNO. Sebenarnya adalah perjuangan yg sia-sia.

Andai pejuang terdahulu ini masih hidup pasti mereka kecewa dengan usaha yg sia-sia berpuluh tahun tersebut

PAS dan UMNO sekarang dah pun sehati sejiwa. Ulamak PAS lebih mementingkan pangkat, kuasa dan kemewahan dunia daripada perjuangan asal mereka.

Bukan Muslim tunjuk sokongan terhadap Ebit, mohon ustaz jangan putus asa 26/04/2020

Bukan Muslim tunjuk sokongan terhadap Ebit, mohon ustaz jangan putus asa

UMNO AKAN MENINGGALKAN PN SEBELUM PRU KE-15 – Datuk Seri Mohamad Hasan

1 KERA SUMBANG 1

BERITA»Politik
Sabtu, 25 April 2020 | 6:04pm

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.Foto/ NSTP/ MOHD YUSNI ARIFFIN
Mohamad nafi UMNO dalam dilema
Oleh Mohd Amin Jalil
bhnews@bh.com.my
Share

Tweet
SEREMBAN: UMNO tidak berada dalam dilema susulan penyertaan parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata UMNO tidak pernah menyertai PN kerana PN bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional (BN).

“Hubungan UMNO dengan PN hanyalah satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam Pakatan Harapan (PH).

“Secara mudahnya, ia adalah persefahaman untuk membentuk kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH.

“Persefahaman ini berbeza dengan kerjasama politik UMNO dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN),” katanya.

Mohamad berkata, kerjasama UMNO dan PAS diurus secara rasmi melalui Piagam MN dan sudah melalui pelbagai proses sumbang saran, termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung UMNO sebelum piagam

berkenaan dimeterai.

“UMNO juga mempunyai kerjasama politik yang mengikat antara MCA, MIC serta PBRS melalui BN,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Beliau memberikan kenyataan itu sebagai maklum balas terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming dalam suatu saluran media dalam talian semalam.

Kian Ming dilaporkan berkata, UMNO mungkin menghadapi dilema dalam PN yang mana kemungkinan parti Melayu itu akan meninggalkan PN dalam pilihan raya akan datang.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, UMNO dan Pas serta UMNO dan BN mempunyai perjanjian kerjasama politik yang teratur, kemas dan terikat.

Beliau berkata, matlamatnya ialah untuk membentuk kerjasama politik dan memenangi pilihanraya sebagai sebuah gabungan (coalition).

“Tetapi jika tidak berjaya sekalipun, kerjasama politik itu akan tetap kekal dan berfungsi. Kerjasama ini diterjemahkan melalui pelbagai aktiviti, projek dan program politik bersama di pelbagai peringkat agar MN dan BN semakin mengukuh.

“Justeru, UMNO tidak akan menghadapi apa jua dilema tentang kedudukannya dalam PN, malah ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PN apatah lagi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Mohamad berkata, penyertaan UMNO dalam kerajaan PN adalah atas dasar mendukung Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin sebagai Perdana Menteri, untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia.

Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, sebagai parti politik, tugas dan fokus UMNO ketika ini ialah untuk menyediakan parti bagi memenangi pilihanraya akan datang bersama rakannya dalam MN dan BN.

“UMNO akan terus menjadi parti politik Melayu terbesar di negara ini dan insya-Allah, parti ini akan memenangi paling banyak kerusi dalam pilihanraya umum seperti lazimnya.

“Bagaimana UMNO ingin melakukannya? Itu adalah urusan dan strategi dalaman UMNO dengan sekutunya iaitu PAS dan BN,” katanya.

Katanya lagi, sebagai parti politik Melayu terbesar, UMNO mesti bertanding di semua kerusi tradisionalnya dan kerusi yang sangat berpotensi untuk menang.

Mohamad juga berkata, kekuatan UMNO adalah di kawasan ‘the Malay heartland’ dan ia akan menguatkan pengaruh, keterlihatan dan khidmatnya di semua kawasan terbabit.

Beliau berkata, menerusi dukungan jutaan ahli parti, orang Melayu serta seluruh rakyat Malaysia, UMNO akan bekerja keras untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi.

“Menerusi pendekatan itu, UMNO boleh menjadi parti dengan majoriti terbesar di Parlimen dan memimpin kerajaan seperti sebelumnya,” katanya.

Dalam pada itu, tegas beliau lagi, UMNO sangat mengalu-alukan kerjasama, tetapi mestilah dengan keikhlasan dan kesediaan mereka untuk menyertai MN ataupun BN.

“UMNO sangat menghargai setiakawan rakan,” katanya. C&P.

ANTARA WABAK COVID-19 DAN PARASIT.

1 LANGGAR PKP1 pembaziran pn1 TAHNIAH FRONLINER1 MELAYU BODOH1 PN BEREBUT DEDAK1 MENTERI MELAYU BODOH

1 PENGKHIANAT BERDOA B

ANTARA WABAK COVID-19 DAN PARASIT.

1. Kami dari Pakatan Harapan (PH) terpaksa memohon kepada rakyat Malaysia supaya menghadapi realiti baru kerana kita tahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini jelas tidak melakukan apa yang kerajaan sendiri menyarankan rakyat melaksanakan. Banyak unsur hipokrit telah kelihatan. Tidak pernah dalam sejarah dunia harga minyak dunia jatuh sehingga bawah aras negatif USD -37.63! Negatif USD tiga puluh tujuh dollar enam puluh tiga sen. Inilah realiti hari ini yang mengerikan.

2. Bagaimanapun semasa harga minyak jatuh dari US60 Ke USD25, kerajaan telah melantik duta Khas ke Timur Tengah, YB Haji Hadi Awang, bertaraf Menteri yang ke-71. Semasa harga minyak jatuh dari US25 ke bawah negatif USD0, kerajaan melantik pula Duta Khas ke China, YB Tiong, bertaraf Menteri yang ke-72. Entah berapa banyak lagi pelantikan bertaraf Menteri akan diadakan sebagai habuan untuk memastikan survival kerajaan PN. Ada yang menyatakan secara lawak mungkin akan mencecah 112 supaya dijamin majoriti PN selamat hingga PRU15. Semasa Kerajaan PN menyarankan rakyat menghadapi realiti baru dunia, kerajaan sendiri tidak melakukan yang sama untuk berjimat cermat, seperti ketam ingin mengajar anaknya berjalan lurus.

3. Sementara rakyat diminta berkurung di rumah serta ditangkap dan ada yang disaman RM1,000, Menteri, Timbalan Menteri, Exco serta anak Menteri PN bergerak bebas dengan jamuan dan solat berjamaah lagi tanpa tindakan yang sama dikenakan. Itu adalah juga realiti baru hari ini ala cerita P. Ramlee ‘Antara Dua Darjat’. Datuk Seri Mustapa Mohamed dari Kerajaan PN telah menyatakan setiap USD harga minyak jatuh, Malaysia akan kerugian beratus juta ringgit . Bayangkan bajet Malaysia pada disember 2019 mengambil kira harga minyak di tahap USD60 berbanding dengan harga hari ini di tahap USD0! Tetapi Kerajaan PN terus menambah perlantikan bertaraf Menteri demi Menteri dan berhasrat membahagikan lagi jawatan Ketua GLC dan jawatan korporat lumayan lain kepada MP dan penyokong kerajaan sebagai habuan tanpa mengira kelayakan individu atau implikasinya. Apakah Menteri Kewangan yang dilantik dari Bank terkemuka tidak memberi nasihat sepatutnya?

4. Ada kelihatan kerajaan PN peduli keadaan kesihatan kewangan negara atau dunia hari ini? Mereka terus membahagikan harta negara selepas rampasan kuasa sesuka hati dan nafsu mereka. Sesuatu makhluk yang menghisap darah makhluk lain sehingga kering tidak bermaya lagi, dipanggil parasit. Parasit hanya berminat menghisap khasiat kekayaan keluar dari tubuh makhluk yang dikuasai itu tanpa mengira akibat dan nasibnya asalkan dia kenyang. Apakah kerajaan PN hari ini ada karakter mirip parasit?

5. Mereka kelihatan tidak mengambil kira situasi keadaan negara serta dunia atau bebanan hutang negara selagi mereka boleh melantik kroni serta kuncu mereka mengaut kekayaan negara. Tidak banyak perbezaan sikap kerajaan dari era Najib berbanding sekarang asalkan golongan mereka kenyang. Sebenarnya Malaysia amat malang kita dilanda dua wabak pendemik berbisa dalam waktu yang sama ia itu wabak global Covid-19 dan wabak tempatan parasit.

6. Parasit yang telah menghisap darah negara lebih 60 tahun telah dikalahkan oleh rakyat pada PRU14. Tetapi kerana pengaruhnya serta akar umbi yang agak masih wujud, parasit veteran 60 tahun berjaya mengambil alih semula melalui pintu belakang. Walaupun wabak Covid-19 merupakan wabak global berusia beberapa bulan tetapi insya Allah dengan usaha global penawarnya akan dijumpai. Wabak parasit berusia 60 tahun ini adalah lebih berbahaya kerana pengaruh tidak sihatnya yang telah berakar umbi di Malaysia kalau tidak dihapuskan segera akan menjadi gejala sebati tidak sihat rakyat untuk selama-lamanya.

7. Mungkin ubat dibawa oleh Kerajaan PH dahulu untuk mematikan parasit itu ada kalanya kurang enak ditelan, seperti langkah berjimat cermat, reformasi kewangan dan tiada pemberian tender secara terus ,tetapi ubat yang mujarab memanglah sedikit pahit untuk ditelan. Dalam waktu kurang 2 tahun kami tidak sempat merawat sepenuhnya penyakit 60 tahun dahulu. Allah ingin menguji dan memberi sesuatu isyarat kepada rakyat Malaysia. Tidak beberapa hari selepas PN mengambil alih kerajaan, wabak Covid-18 makin merebak luas dan harga minyak jatuh dari harga bajet USD60 sehingga di bawah USD0 untuk pertama kali dalam sejarah dunia! Rakyat perlu menilai adakah kerajaan yang mewah dan boros PN ini sesuai untuk menyelamat negara?

8. Rakyat ditangkap dan disaman jika melanggar peraturan yang sama yang Menteri dan Timbalan PN bebas mengadakan jamuan makan dan sembahyang berjemaah. Antara wabak global Covid-19 dan wabak parasit tempatan, parasit adalah jauh lebih merbahaya kepada kita. Parasit ini telah berada dalam kalangan kita lebih 60 tahun dan kemunculan semula parasit yang pernah ditolak rakyat ini adalah dalam bentuk lebih berbisa serta merbahaya kerana ianya pernah berakar umbi dalam badan kita. Parasit ini telah tahu segala kelemahan kita dan tahu bagaimana hendak menakluki kita sepenuhnya.

9. Ingatlah pesanan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat supaya ‘jangan jatuh dalam lubang yang sama dan digigit ular yang sama’, yang kini lebih berbisa dan lebih ganas.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
22 April 2020

PAS RASIS TERPAKSA KERJA DENGAN BANGSA CHINA YANG MEREKA JIJIKAN DAHULU.

1 PAKAR CHINA.1 DOA PAS GILA.1 COVID DAP1 HARAM KERJA KAFIR.

Cina di M’sia yg tak sebulu sehaluan politik dgn PAS & UMNO digelarnya komunis-DAP.
Tapi bila Kerajaan PNipu sendiri jemput doktor komunis-China dtg ke M’sia, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗟𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗣𝗔𝗦, 𝗠𝗘𝗪𝗔𝘂𝗻𝗣𝗮𝘀 & 𝗺𝗮𝗰𝗵𝗮𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗶𝘀𝘂 𝗽𝗲𝗸𝗮𝗸
Nasib baiklah semasa PH memerintah dahulu tak panggil doktor² dari China berbanding Kerajaan Tebuk Atap PN skrg ni terpaksa panggil doktor² dari China utk bantu M’sia lawan wabak COVID-19.
Bygkan jika PH dahulu minta bantuan dari China.. Sudah tentu MEWAunPas ratib 24/7 siang mlm zikir DAP-komunis.. TV3suku siang mlm siar kat tv utk hasut rakyat burukkan PH..
Tetapi, Allah itu Maha Berkuasa…
Suara Rakyat

BMF SUDAH TINGGAL KENANGAN, KINI GLC JIHAD SEBENAR.

1 TAHNIAH FRONLINER1 PAS MABUK ARAK1 ARAK BMF1 BARUA MCA1 PAS TIADA AGAMA1 HARAM SYURGA1 HADI JELIR1 HADI KOMUNIS1 COVID DAP1 DOA PAS GILA.

1 LIDAH SYAITAN

*BMF : Dulu lain, bila dah jadi kerajaan lain pula*

Seorang penggerak utama Kempen Beli Produk Muslim (BMF) kecewa apabila pemimpin Islam tidak konsisten dengan perjuangan mereka selama ini.

Ketua Prasarana Kempen (BMF), Izzat Johari berkata, harapan beliau untuk melihat pemimpin tersebut untuk terus konsisten dengan perjuangan tersebut sangat meleset.

“Allahuakbar! Saya mengharapkan setidak-tidaknya, pemimpin Islam yang lantang memperjuangkan BMF di Perak ini akan istiqomah tetapi sangkaan saya meleset,” katanya di laman Facebooknya.

Walaubagaimanapun beliau tidak menyebut nama pemimpin Islam tersebut namun di dalam ‘posting’ tersebut, beliau memuatnaik satu tangkap layar berkaitan isu membabitkan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria merangkap ADUN Gunong Semanggol.

Kemuncak kejayaan Red Bean Army (RBA)

1 LIDAH SYAITAN1 AHLI SYURGA1 AHLI PAS TERBARU1 SOLAT BETUL XPAS.1 MENTERI BULUH 1

Kemuncak kejayaan RBA ialah apabila berjaya menumbangkan kuasa politik orang MELAYU pada PRU14…. tumbangnya kuasa politik orang MELAYU adalah kerana fitnah dan propaganda yang menjadi MO perang saraf RBA…. setelah parti DAP yang mendanai RBA berjaya menguasai kerajaan maka dapat dilihat bagaimana rakusnya mereka merealisasikan segala agenda yang selama ini didukung, antaranya;

1] Gerakan menukar sejarah orang Melayu di bumi Malaysia
2] Menghidupkan fahaman komunis dengan cara menyusupkan fakta-fakta berlawanan ke institusi pendidikan.
3] Melelong aset-aset Melayu dan Bumiputera.
4] Menghapuskan geran-geran istimewa untuk orang Melayu.
5] Menyulitkan syarat-syarat pinjaman untuk kaum Melayu seperti di MARA.
6] Usaha mengiktiraf UEC sebagai kelayakan untuk memasuki universiti awam.
7] Mempraktikkan undang-undang yang menindas pesalah Melayu.
8] Meringan-ringankan isu penghinaan agama islam.
9] Sengaja memandang ringan penghinaan terhadap Institusi Diraja.
10] Membiarkan penyebaran agama kristian walaupun ianya bertentangan dengan perlembagaan malaysia.

Dan banyak lagi isu yang tidak menguntungkan orang Melayu sebagai bangsa pribumi.

 

SENDIRI HANCING : 80 % JANJI MANIFESTO PAS DI SEMUA PRU DULU & KINI..KELANTAN & TERENGGANU TIDAK DILAKSANAKAN !!!

Di Antaranya…

1. Jika menang PRU14 di Terenggnu akan laksana Hukum Hudud

2. Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera.( Kelantan dan Terengganu).

3. Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar . (Kelantan Dan Terengganu).

4. Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada Rakyat negeri.

5. Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas.

6. Menghapuskan cukai pintu rakyat Kelantan.

7. Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah.

8. Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan.

9. WiFi percuma kepada rakyat Kelantan .

10. Penghapusan bayaran caj letak kereta di seluruh Majlis Perbandaran di Kelantan. Malah pada 25hb Julai 2019 MPKB-BRI telah laksanakan kaedah Kepit Tayar dimana projek tersebut diberikan kepada pihak swasta Syarikat Vista Summerose Sdn. Bhd.

11. Air paip yang bersih dan terawat. (Majoriti penduduk Kelantan yang putus harapan dengan Air Kelantan telah menggunakan kaedah ‘air tebuk’ / telaga tiub) semenjak tahun 2000.) Isu ini juga menjadi penghalang kepada pelabur luar dan perlancongan, terutama sektor perhotelan & pelbagai Taman Tema untuk melabur di Kelantan.

Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali. Isu bekalan air terawat juga menjadi faktor yang utama bagi para pelabur membuat pelaburan hartanah di Kelantan.

12. Tambatan Banjir Kota Bharu – sehingga kini masih belum dilaksanakan.

13. Stadium negeri yang baru dan canggih. Belum ditunaikan oleh kerajaan Pas.

14. Pelabuhan Tok Bali.

15. AFTA City di Rantau Panjang.

16. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

17. Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian.

18. Projek Agro Tourism DiPergau Jeli.

19. Pusat Bandar Baru Pengkalan Kubor.

20. Pelabuhan Darat diKuala Krai.

21. Petrokimia City, di Bachok.

22. Eco – Tourism City di Danau Tok Uban, Pasir Mas.

23. Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu Palekbang – Kg.Cina yang dijanjikan dari tahun 1996 lagi. Batu asas sahaja yang terbina.

24. Pembangunan Lembah Sireh di Kota Bharu. Dimana kerajaan Pas telah serahkan tanah seluas 1,000 hektar bersamaan dengan 2, 471 ekar kepada sebuah syarikat pada tahun 2003.

25. Masjid Baru di Kampung Sireh.

26. Jambatan Baru Di Kampung Sireh.

27. Stadium Mini Tertutup Wanita di Kota Bharu.

28. Tembatan Banjir disepanjang Koridor Sungai Golok.

29. Lebuh Raya Rakyat, Machang – Kuala Krai sejauh 30km yang bernilai RM550 juta yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pas. Lebuh Raya Rakyat tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan Negeri Pas pada Mac 2018 dan kutipan sumbangan rakyat Kelantan sebanyak RM3.2 juta tidak tahu kemana.

30. Pembangunan Bandar Baru Islam di Tok Bali seluas 140 hektar diberikan kepada syarikat swasta, Aimfora Holdings Sdn Bhd.

31. Masjid Baru di Tok Bali

32. Pusat Keewangan Islam di Tok Bali.

33. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu. Sehingga kini kerajaan Pas Kelantan gagal selesai isu pengambilan tanah penduduk tempatan.

34. Projek Solar Park di Danau Tok Uban seluas 80 hektar yang kerajaan Pas berikan tanah kepada syarikat swasta.

35. Projek Bachok Perdana. Tanah PKINK seluas 10 hektar diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan pada tahun 2013.

36. Kegagalan menangani hakisan pantai di Pantai Cinta Berahi atau Pantai Cahaya Bulan. (PCB).

37. MPKB – BRI dan kerajaan negeri yang gagal tangani kebersihan bandar.

38. Kegagalan Kerajaan Negeri menyediakan 5, 000 rumah mampu milik kepada rakyat Kelantan.

39. Projek Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Lojing.

40. Kegagalan kerajaan Negeri mengekalkan pelbagai kilang asing supaya kekal di Kelantan. Akibat kekurangan pelbagai kemajuan infrastruktur serta insentif menarik daripada kerajaan Negeri dan dasar tidak mesra pelabur parti Pas.

Dalam tempoh 28 tahun sebanyak 250 kilang menutup operasi serta berpindah ke pelbagai negeri lain. 20,000 pekerjaan kepada rakyat Kelantan hilang akibat kesan penutupan kilang tersebut.

41. Projek Pembangunan Jalan Gajah Mati.

42. Projek pembangunan Lundang.

43. Projek Pembangunan wakaf Mek Zainab.

44. Projek Bandar Baru Tunjong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 2,000 ekar. Gagal dilaksanakan kerajaan negeri. Kini kes saman oleh pihak Bank menanti.

45. Projek Batutta Ville diatas tanah milik MPKB – BRI dijalan Telipot ( kawasan Elitis Kota Bharu). Pada tahun 2010. MOU disaksikan oleh Exco Yb Takiyuddin.

46. Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. Projek MPKB – BRI bersama syarikat swasta. Pembangunan sebanyak 5 Fasa. Fasa 4 & 5 terbengkalai.

47. Projek Madinatur Raudhah diatas tanah milik kerajaan negeri sebelah di Jalan Sultan Ibrahim di Kota Bharu. Tanah secara Kontra basis.

48. Projek MPKB – BRI Highrise Tower diatas tapak pasar lama Arked MPKB di Kota Bharu.

49. Projek Bazaar Tok Guru – Kota Bharu. Tapak asal IPD Kota Bharu. Gagal dimajukan serta gagal juga menjadi tempat yang popular diKota Bharu berbanding di tempat lama Arked MPKB. Tingkat 1 sahaja dipenuhi peniaga. Tingkat 2 dan 3 kosong. Peniaga banyak yang rugi dan bungkuss. Pelan layout pun hancusss..Aduhaii

50. Projek Airport City di Pengkalan Chepa milik MPKB – BRI. Seluas 200 ekar. Kegagalan kerajaan Pas Kelantan.

51. Projek Kandis Eco Tourism Bachok seluas 7 ekar. Gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan..

Lebai Oh Lebai…
Tak Nampak Janji Manifesto Sendiri Berserabai..

Orang lain hancing kata lobai …..tapi kat punggung dan jubah lobai tertepek taik taik hijau sambil berlari keliling kampung menipu Ahli lobai. Tak sedar lalst langau dok ikut …Adoii.

😁😁😁😋😋😋😋🤣😛

Ex Pas Kelantan.

Bukti Kerajaan Umnopas Amat Rasis Dan Zalim

1 MENTERI MELAYU BODOH1 PN BEREBUT DEDAK1 MELAYU BODOH

PKD & MPKK ni hampir 100% dianggotai aktivis PAS. Sentimen politik menebal masih menghantui 2 bdn ini. Apa punya barang diskriminasi antara ADUN PAS dgn ADUN UMNO dgn stiap ADUN PAS RM350K & ADUN UMNO RM45K, sementara PKD RM305K. Peruntukan ini bkn dari RM10j dari Pusat. Dari Pusat, 1 sen duit blum diberi kpd ADUN UMNO. Mungkin peruntukan negeri tu dari Tabung Darul Iman.

Dgn sdikit duit dari negeri pun dah x bleh berlaku adil. Gitu juga ke mana dibelanjakan RM10j dari Pusat? Masuk tabung PAS ke? Ni blum lagi libatkan peruntukan ratusan juta RM dari Pusat yg sblum PN naik, Krajaan PH dah kasi scara one-off sbnyk RM200j.

Jawapan isu bantuan Covid-19 RM45k kepada Adun BN

SAYA menghormati YB Dato’ Seri Ahmad Said sebagai mantan Menteri Besar Terengganu, rakan pentas politik. Saya juga terbuka untuk menerima apa jua pandangan dan kritikan, walaupun sebenarnya saya merasakan beliau boleh sahaja menghubungi saya atau bertemu untuk memberikan pandangan atau cadangan beliau.

Tentunya dalam hal ini kita perlu memahami apa yang berlaku. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan sebanyak RM10 juta untuk membantu golongan yang terjejas ini. Peruntukan ini disalurkan kepada Kerajaan Negeri dan perlu diuruskan dengan segera.

Kerajaan Negeri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Covid-19 untuk diagihkan kepada rakyat yang sangat terjejas. Suasana semasa wabak pandemik ini pula memerlukan bantuan disampaikan dengan kadar yang segera dan tepat pada sasarannya.

Ada dua perkara yang berkait dengan penyampaian bantuan ini. Pertama, bantuan mesti disampaikan pada rakyat yang memerlukan, tanpa mengira warna politik mereka. Kedua, kaedah penyampaian disampaikan mesti berkesan, perlu segera dalam suasana batasan pergerakan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terhad.

Oleh yang demikian keputusan diambil untuk mengagihkan bantuan ini menerusi agensi rasmi kerajaan iaitu Pusat Khidmat DUN dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang paling hampir dengan rakyat dan bertanggungjawab secara langsung terhadap kebajikan mereka.

MPKK akan menilai senarai mereka yang layak dengan merujuk berbagai data (dari agensi kerajaan negeri dan persekutuan) disamping penentuan keadaan sebenar fizikal di bawah. Arahan khusus diberikan pada MPKK supaya berlaku adil, menyampaikan bantuan pada yang selayaknya tanpa mengira warna politik penerima.

Walau bagaimanapun, memahami keperluan dan tugasan yang perlu dijalankan oleh ADUN, maka kerajaan negeri turut menyalurkan sebahagian bantuan Covid-19 sejumlah RM45,000 kepada ADUN BN di negeri Terengganu untuk diuruskan.

Sekali imbas cara yang paling ideal ialah bantuan diberikan secara sama rata pada semua ADUN.

Namun, terdapat ‘missing link’ pada waktu ini antara ADUN BN dengan MPKK, kerana model jawatankuasa komuniti kampung yang sedia ada pada waktu ini adalah model yang dibina sebelum pembentukan muafakat politik berlaku.

Saya yakin bahawa sekiranya berlaku penambahbaikan pada komposisi MPKK ini dengan mengambil kira wakil yang berbagai dalam masyarakat dan muafakat politik baharu di peringkat nasional, maka keadaan baharu yang lebih inklusif ini boleh diurus supaya menjadi lebih baik dan harmoni di masa depan.

Insya-Allah dengan pendekatan yang cermat, dan penjelasan yang menyeluruh kepada rakyat dan pimpinan parti-parti politik, kita mampu untuk mencapainya di negeri Terengganu.

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar – HARAKAHDAILY 17/4/2020

Jawapan isu bantuan Covid-19 RM45k kepada Adun BN

Bantuan Covid-19 di Terengganu hanya untuk penyokong Pas – Umnopas Memang Rasis

Bantuan Covid-19 di Terengganu hanya untuk penyokong Pas

‘Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara’. Itulah asas konsep Islam universal yang menyatukan kita baik pada waktu aman atau darurat.

Semalam Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Dato Sri Ahmad Said menyatakan Umno serta rakan BN lain tidak menerima apa-apa bantuan langsung dari kerajaan Pas Terengganu dari peruntukan RM10 juta bantuan krisis Covid-19 dari Kerajaan Pusat.

Perlu diingat Umno-BN bersama PPBM merupakan rakan Pas dalam Perikatan Nasional. Mereka merupakan gabungan yang di katakan kerajaan Melayu-Islam yang didominasi oleh tiga parti Melayu-Islam itu.

Kalau rakan satu angkatan Muafakat Nasional pun tidak dihulurkan bantuan Covid-19, apa pula nasib rakyat biasa yang lain yang dibiarkan terpinggir pada waktu mereka memerlukan bantuan serta pembelaan menjelang bulan Ramadhan ini?

Minggu lepas, saya telah menyuarakan keluhan rakyat biasa Terengganu yang bukan daripada kalangan penyokong Pas yang tidak menerima apa-apa bantuan langsung.
Kerajaan Pas Terengganu menjawab bahawa mereka telah selesai fasa ketiga pembahagian bantuan. Yang nyata ramai rakyat bukan penyokong Pas belum menerima apa-apa bantuan.

Semalam, sahihlah dengan pendedahan Ketua Perhubungan Umno Terengganu bahawa bantuan Covid-19 hanya diberi kepada penyokong Pas sahaja.

Amatlah mendukacitakan Kerajaan Terengganu, yang diterajui parti yang mengakui sebuah parti Islam, mengamalkan diskriminasi pembahagian bantuan rakyat susah dalam negeri yang 97 peratus rakyatnya Islam-Melayu.

Sangat memalukan dibandingkan di pantai barat beberapa NGO swasta kecil membahagikan bantuan makanan percuma tidak mengira agama dan kaum sementara negeri digelar Kuwait Malaysia, bukan sahaja tidak mengeluarkan wang negeri untuk membantu rakyat umum, tetapi menafikan peruntukan kerajaan pusat yang di peruntukan khas untuk bantuan Covid-19.

Pendedahan YB Dato Ahmad Said menunjukkan sikap disriminasi Pas walaupun dalam kalangan rakan satu angkatan, satu agama dan bangsa dalam PN. Tuduhan ini juga di sokong oleh seorang lagi mantan Menteri Besar Terengganu Dato Sri Razif.

Ini juga mendedahkan Pas bukan sahaja enggan untuk berkongsi peruntukkan bantuan untuk rakyat tetapi juga berkongsi kuasa di peringkat negeri.

Walaupun di peringkat pusat PAS memiliki 8 perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri, di negeri milik PAS tiada langsung lantikan dari UMNO atau PN di dalam EXCO Negeri. Sebagai mantan Menteri Besar Negeri, sekurang kurangnya Dato Ahmad Said dan Dato Razif patut di lantik dalam Exco Negeri Terengganu.

Inilah sikap PAS yang tidak ingin berkongsi kuasa. Mereka hanya ingin menerima tetapi enggan memberi atau berkongsi.

Semasa Kerajaan PH memerintah, kami bukan sahaja memberikan Royalti terus kepada Terengganu, tetapi berbagai Kementerian Kerajaan PH juga menurunkan peruntukan masing-masing kepada Negeri.

Hari ini, Kerajaan PAS Negeri tidak memberi langsung bantuan kepada rakyat biasa, selain dari penyokong parti sendiri, dan membiarkan rakyat lain dalam kesusahan di ambang menyambut bulan ramadhan yang mulia ini.

Di manakah semangat Islam yang bersaudara, baik di kalangan rakan mereka sendiri dari Perikatan Nasional, atau di kalangan rakyat Islam- Melayu Terengganu lain yang menghadapi kesusahan di Negeri Darul Iman ini ?

Apapun slogan PAS menyatakan di bibir hari ini, sebenarnya pegangan perjuangan PAS masih berada pada amanat tahun 1981 di Banggol Peradong.

Amanat YB Haji Hadi Awang di Banggol Peradong masih mencorakkan politik mereka yang hanya percaya yang hanya diri mereka yang betul dan tiada akan bolih ujud kerjasama berkekalan yang bermakna dengan mana mana pihak lain. Inilah yang di alami oleh PN bersama UMNO dan PPBM hari ini.

Peristiwa bersejarah Banggol Peradong amat mendalam kesannya di mana dalam suatu masyarakat tempatan keluarga diasingkan, suami isteri bertelagah dan komuniti berpecah belah.

Walaupun ini kurang di perkatakan hari ini, malangnya budayanya masih ujud di lubuk hati masyarakat tempatan PAS Terengganu terutamanya terhadap UMNO.

Malangnya semasa masyarakat seluruh dunia hari ini bolh melupakan persengketaan dan perbezaan semasa menghadapi wabak Covid, seperti masyarakat Sunni dan Shiah serta rakyat Islam dan Yahudi yang bolih berdamai, tetapi Kerajaan PAS Terengganu sangat menebal sikap pemusuhan mereka.

Tidak berapa hari lagi tinggal sebelum bulan ramadhan yang mulia tiba di mana yang susah amat mengharapkan bantuan. Malangnya sikap kerajaan PAS negeri Terengganu Darul Iman, masih meminggirkan sesama Islam dan Melayu rakyat sendiri di bulan yang mulia menghadapi krisis global Covid.

Perlu kita renung makna apa yang ada pada nama ‘Kerajaan Islam Melayu’ yang di laungkan oleh PAS.

Tidak ada taburan rakyat yang lebih ramainya Islam dan Melayu di Malaysia selain dari Terengganu.

Di antara empat negeri termiskin, tidak ada taburan rakyat termiskin nelayan serta petani yang lebih ramai di Malaysia selain dari Terengganu.

Inikah caranya sebuah kerajaan Islam memimpin negeri begelar Darul Iman di bawah kerajaan Islam Melayu ?

Didalam situasi hari ini nampaknya, “Islam-Melayu hanya di bibir, PAS sebenarnya bersendiri di hati”.

Bantuan Covid-19 di Terengganu hanya untuk penyokong Pas

 

Demi Allah PAS UMNO kerajaan Melayu 100% telah tunaikan janji.

1 LIDAH SYAITAN1 AHLI SYURGA1 AHLI PAS TERBARU1 AMANAT HADI1 ulamak jahat1 HADI B.RAB.1 PAS MABUK ARAK1 TENTERA SYAITAN.1 HUKUM HUDUD MANSUH IKUT UMNO1 SUJUD SYUKUR

Alhamdulilah. PAS UMNO kerajaan Melayu 100% telah terbentuk. Rakyat kini mengharapkan:

1.Kilang Arak di Malaysia ditutup
2.Disko ditutup
3.Hudud dilaksanakan
4.Semua LGBT ditangkap dan disebat
5. Sekolah venukular dihapuskan
6. Casino di Genting & kedai no ekor ditutup
7. Pemandu mabuk dihukum mati
8. Harga minyak RM1.50
9. Pembunuh Adib ditangkap
10. RUU355 dipinda & diluluskan
11. Div Tabung Haji 15%
12. 4 buah hotel milik TH diambil semula
13. Tulisan Jawi wajib termasuk di SJK
14. PTPTN mansuh
15. Semua Tol ditutup esok

Diharap kerajaan Melayu-Islam 100% ini mampu tunaikan 15 harapan rakyat ini penggal ini. Jika tidak, sama aje laa dengan PH & BN dulu