Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

PH DI JALAN KEBENARAN, UMNPAS DI PIHAK KEBATILAN KERANA MELINDUNGI PELAKU RASUAH DAN PECAH AMANAH

1 Tun Islam1 PH1 BBB ISLAM DAN MELAYU1 HADI RASUAH

HANYA REDHA ALLAH YANG KAMI HARAP..

(BUAT RENUNGAN PARA PEJUANG RAHMATAN LIL ALAMIN)

1) Biar letih Mempertahankan KEBENARAN daripada letih memperjuangkan perkauman , kebatilan, membela rasuah dan melakukan pecah amanah.

2) Biar letih MEMBELA JAMAAH ISLAM yang menjadikan Islam sebagai Rahmatam Lil Alamin daripada letih meruntuhkan Jamaah yang mengaku Islam tetapi siang malam melaga-lagakan agama dan menciptakan fitnah untuk melahirkan rasa permusuhan kaum .

3) Biar letih MENCINTAI ULAMA YANG WARAK daripada letih Membela ulamak yang melindungi perompak wang negara.

4) Biar letih memperjuangkan, mempertahan POLITIK ISLAM – RAHMATAN LIL ALAMIN daripada letih mempertahankan Politik Taliban, Rasis, Evengalis, Liberalisma, Pluralisma, Sekular.

5) Biar letih yang BERPAHALA daripada letih mendapat dosa
dengan melaga-lagakan agama dan menimbulkan permusuhan kaum.

6) Biar letih di dunia menjawab PERSOALAN MANUSIA demi memuliakan agama Allah SWT daripada letih menjawab persoalan Allah di Akhirat kelak kerana menjadikan wang. pangkat dan nafsu sebagai raja!!!

7) Biar rasa letih dibenci kerana berdakwah di Jalan Allah SWT. Jangan sekali-kali kita letih kerana mengikut dan mengangkat mereka yang melakukan amalan rasuah dan pecah amanah sebagai pemimpin, sehingga kita tidak mampu menanggung letih dan takut diakhirat nanti. Disaat tersebut kita dibenci dan dimurkai Allah disebabkan mengikut perintah mereka yang mengangkat pemimpin dikalangan orang-orang yang menghalalkan penipuan dan menerima rasuah sebagai modal utama menggerakkan parti perkauman mereka.

Tiada Istilah lelah dan letih jika semuanya adalah kerana Allah dan demi redha Allah juga.

#Rahmatanlilalamin