Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Pada 23 Feb 2020 Tertubuhnya Kerajaan Pintu Belakang Laknatullah Bersama Wabak Covid-19

1 MN AA

1 TANDA MUNAFIK

1 BERMUKA DUA

Kita biarkan dulu mereka ketawa menangis gembira sebelum tangisan yang menggambarkan kekecewaan melanda jiwa golongan ini.

PAKATAN HARAPAN bukan bodoh.

Strategi tersusun rapi dan penuh rahsia. Kita akan hadapi Pakatan Nasional sebagai anak jantan!

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan ketika wabak Covid-19 menyerang negara ini

Beliau dilantik sebagai perdana menteri pada 1 Mac dan pada bulan yang sama, jangkitan baharu di Malaysia meningkat kepada tiga digit di samping kematian yang mulai meningkat, sehingga penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan untuk dilaksanakan pada 18 Mac.

Bermula tarikh ini harta negara dijarah dalam bentuk saraan gaji dan elaun kepada Penyokong yang dibeli dengan jawatan. Bagi mereka,mereka telah berjaya memperbodohkan rakyat yang dikelukan lidahnya dengan sedikit habuan ekonomi.

Bantuan Prihatin Nasional dan Geran Khas Prihatin tidak akan dapat membantu perniagaan B40, M40 dan kecil yang menghadapi badai kewangan merujuk pemberian wang tunai dan suntikan tunai.

Kerajaan nampaknya tidak berada di barisan depan dalam menangani masalah tersebut. Tidak ada sesi parlimen untuk membincangkan pandemik dan implikasinya sangat mengecewakan.

Segala instrumen yang ada untuk memastikan perbelanjaan negara mendapat pengesahan parlimen telah disekat dan dihalang dengan alasan COVID 19 setelah mereka tahu mereka tidak ada numbers di Parlimen untuk mendapat keabsahan perbelanjaan negara.

Rakyat terus dihimpit derita ekonomi. Kehilangan pekerjaan harus ditangani.Namun ianya tidak berlaku. Ini adalah kerajaan yang terganggu kerana banyak berpolitik.

Check and Balance sudah tidak wujud kepada kerajaan kendalian Pakatan Nasional. Mereka sedang berbahagi ghanimah dengan menganggap rakyat seperti BUTA MATANYA.

Pembelaan rakyat tetap akan diteruskan walau apa cara sekalipun oleh PAKATAN HARAPAN. Hak pilihan rakyat yang dirampas mereka akan kita usahakan ianya kembali ke pangkuan PAKATAN HARAPAN.

Strategi tersusun rapi dan penuh rahsia!

TUNGGULAH HARI MU!

Nyanuk Menggigit
Pagi 11:03 7 Jun 2020