Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

GAJI ELAUN ADUN PAS KELANTAN…BILA USTAZ BERBOHONG..

GAJI ELAUN ADUN PAS KELANTAN…BILA USTAZ BERBOHONG..

Tak pasti tulisan ustaz atau YB mana dari Kelantan yang beredar di Whatsapp.. kononnya nak mempertahankan kenaikan elaun adun dan Exco di Kelantan… pandai dia bersilat fakta cuba mengelirukan atau berbohong..Kononnya Elaun Adun PAS sebelum 2015 hanya RM 4 ribu.. Lebih rendah dari pegawai Kerajaan..

Kenapa dia sebut sebelum tahun 2015 ? Kenapa tak selepas 2015..Memang benar..Sebelum tahun 2015 tu tahun dimana MB nya adalah seorang Ulama yang zuhud iaitu Almarhum Tok guru Nik Aziz.. masa tu Husam masih Exco yg jaga Ekonomi.. masa zaman Tok guru Nik Aziz berpuluh tahun..memang Elaun adun tak lebih pun RM 4000.. Memang cukup rendah.. gaji cikgu hari ni lagi tinggi..

Tapi kita tahu tak..Selepas saja Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia.. Bila Kelantan ditadbir kelompok Ruwaibidhah dan Ulama jahat.. Tok Guru Nik Aziz meninggal bulan febuari 2015..Bulan November depa dah naikkan elaun Adun dari RM 4600 kepada RM 8000.. Depa naik hampir sekali ganda… itu belum kenaikan Elaun MB dan Exco.. depa naik tu time tu tahun yang sama banjir besar melanda Kelantan.. kenaikan kali ini time wabak Melanda Negara..

Tapi awat Ustaz tu berbohong dan sorokkan fakta kenaikan kepada RM 8000 pada hujung tahun 2015.. kenapa sebut elaun sebelum 2015 ? saja kononnya nak nampak Elaun adun kelantan kononnya rendah ? betul betul membohong lah… Dari RM 8 ribu maknanya nak tambah dari RM 3 hingga RM 5 ribu.. nampak tak ?

Ni nak habaq..TG Nik Aziz tu betul betul Zuhud.. Dia Meninggal Dunia, gaji memang rendah..dah lah rendah.. separuh dia Infaq… Mana ada koleksi kereta.. dia pergi tanpa apa apa harta dan kenderaan kemegahan.. kereta Honda pun takda.. jangan kata Vellfire atau Mercedes.. walhal dia MB 20 tahun.. Hutang Kerajaan pusat tak pernah tak bayar walaupun hasil negeri sikit..tu orang panggil berkat..

Pesan kat MB Kelantan..Toksah lah berlakon zuhud naik basikal Pi Masjid.. Kononnya beli nasi bungkus naik motor.. atau ada Ulama dunia tunjukkan rumah dia dari papan..lantai dimakan anai anai kononnya..Sedangkan kereta mewah.. Nombor Plat kereta pun harga berpuluh ribu… lagi mahal dari rumah lantai anai anai dia.. Dok tibai gaji Duta berstatus Menteri dekat berpuluh ribu sebulan..tapi lantai rumah pun tak boleh nak ganti.. Tu orang tak panggil zuhud..

Nak naik gaji..naik jer.. tak payah Bagi dalil.. berlakon zuhud..apalagi cuba buat perbandingan Bohong dengan bandingkan gaji dan Elaun sebelum 2015… 🙂

Ipohmali
(melayoumembangsatkanmelayu)

Kelantan dapat RM400Juta tetapi ada keluarga duduk dalam kawasan pembuangan sampah

1 KOPIAH TERBANG1 GLC JADI ALI BABA

1 Nik Amar Golok

1 LEBAI MEWAH

*PAS Kelantan & Rantau Panjang Terima Kejutan Besar Bila Ustaz Ebit Lew Ziarah Keluarga Duduk Dalam Kawasan Pembuangan Sampah Tidak Mampu Diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.* – Komen Anak Perantau.

Kata Membangun Bersama Islam?

Kritik orang No 1, tapi badan sendiri penuh kudis tidak nampak.

Rakyat Malaysia terkejut! Lagi terKejut PAS bila Utz Ebit Lew g tgk rumah daif di kwsn pembuangan sampah @ Kg Cherang Hanggus di Parlimen Rantau Panjang.

Habis kelam kabut Pas Rantau Panjang, Pejabat Tanah Pasir Mas, Jabatan Kebajikan Masyarakat dll.

Negeri yang dikatakan berkebajikan dan Membangun Bersama Islam, realitinya rakyat Negeri sendiri pun merempat tiada tanah, cari makan dengan kutip sampah sarap untuk sara keluarga.

YB Zailah, YB Rozi, Ajk2 Pas Kawasan, Pemuda Pas Rantau Panjang, Penghulu dl nampaknya gelabah semua komen2 di Media Sosial nak counter balik. Nak Kaunter apa? Dah berpuluh tahun benda itu berlaku. Ramai yang tahu.

YB Zailah Timbalan Menteri Wanita sekarang, Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah kelolaan beliau. Sepatutnya kerja nya lebih efektif; Bukannya datang lawat dan agih beras dan akanan dll, kemudian biar sahaja mereka disitu berpuluh-puluh tahun.

Khabarnya di Kawasan Pembuangan Sampah itu juga jadi ‘kawasan gelap’ bagi orang kampung, kerana ramai anak muda terlibat dengan kegiatan jual beli Pil Kuda. Ini juga masalah kronik No 1 di Kelantan, dah jadi Kerajaan Pusat pun benda ini masih tidak di ambil berat.

Itu belum lagi kes HIV AIDS yang banyak orang tempatan ke Golok, Thailand sempadan Rantau Panjang. Jika tak silap YB Ustaz Nik Abduh pula pernah bagi statement komen Pentadbiran Selatan Thai dulu kes itu, waktu beliau jadi Ahli Parlimen Pasir Mas.

YB Kak Lah pun dah berapa puluh tahun jadi YB situ. YB Abdul Rosol pula Adun situ, sebelum ini Hj Abdul Fatah Harun.

Tempat pembuangan sampah tu ramai penduduk kampung buat bantahan; kerana isu bau dan waktu banjir sampah sarap hanyut ke rumah orang kg. Nilai tanah jadi merosot, isu sosial bertambah dan pencemaran meningkat.

Banyak isu telah dibangkitkan, keluar surat khabar dan media sosial; Pihak Kerajaan hanya diam membisu. Sampah tetap dibuang, hingga membukit. Soalah-olah tiada cara lain pelupusan sampah. Menteri Alam Sekitar pun Timbalan Presiden PAS sekarang; takkan tidak boleh selesai? Gaji mahal. Dah la jadi Ahli Parlimen di Kelantan.

Majlis Daerah Pasir Mas buat pekak badak aduan rakyat, pembuangan sisa sampah dibawah kelolaan mereka. Mungkin sebab ramai orang politik Pas jadi Ahli Majlis Daerah, jadi tidak efektif. Bab melawat/melancong Luar Negara nampak selalu ada. Tapi tiada result untuk rakyat.

Orang tu sudah lebih 20 tahun duduk situ, tanah tiada nak buat rumah, menumpang tanah orang. Tanah Kerajaan, tempat pembuangan sampah tu telah dipagar. Bukan satu keluarga, berberapa keluarga duk situ. Semua susah.

Kerajaan Pas sentiasa duk agih lot lot tanah, antaranya tanah yang Felcra teroka sekitar Pejabat Pas Rantau Panjang, dan yang terkini tanah rizab haiwan di Mukim Repek. Agih kat orang politik aje ke? Makcik tu takleh?

Banyak sangat isu tanah orang kg, yang bayar premium/Permohonan tanah baru, akhirnya bertukar tangan kepada orang-orang yang ada kabel politik dan pejabat tanah? Tanya.

Soal orang kg, pada siapa mereka agih tanah? Sedangkan rakyat susah tidak dapat.

Orang kg sekitar situ tahulah bertapa ‘mewah’ nya tanah orang-orang politik Rantau Panjang. Boleh rujuk isu isu tanah sebelum ini. Bayar resit kuning, lepas bertahun-tahun dapat tahu tanah lot yang dibayar dapat pada orang lain itu biasa.

Duit RM400 JUTA yang Kerajaan dulu bagi buat apa agaknya? Duit hasil minyak pun dah masuk Akaun Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Kelantan lebih RM50 juta setahun. Kemana duit itu dibelanjakan. Takkan nak bayar sewa rumah untuk keluarga tu macam Ustaz Ebit buat pun tak boleh?

Mb, Tmb, Exco haritu dapat kereta Mercedes Mewah sebijik seorang, dapat pula Elaun RM50,000 seorang. Waktu COVID 19, bantuan tunai hanya diberikan kepada kakitangan Kerajaan Negeri dan orang politik sahaja, rakyat tak dapat apa. Kemana duit itu dibelanjakan?

Duit banyak, Takkan nak bayar sewa rumah untuk keluarga tu macam Ustaz Ebit buat pun tak boleh? Jawab lah depan Allah Swt nanti.

Dulu PAS boleh la jaja Kerajaan tiada duit, sekarang dah jadi Kerajaan Pusat dan dah dapat duit, takkan takda hasil juga? Masalah Air belum masuk lagi, raya dah dekat. Air kuning dan keluar angin ja musim PKP aritu.

Apa nak jdi dengan Negeri Kelantanku? Sedih. Laungan Islam tu hanya di slogan, tidak di amalan.

Anak Perantau Kelantan Sedih

Polis cari empat individu bantu kes rogol di Kota Bharu, Serambi Mekah.

Polis cari empat individu bantu kes rogol  di Kota Bharu

KOTA BHARU: Polis kini berusaha menjejaki empat individu lelaki bagi membantu siasatan kes rogol di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Ganti Jimmy berkata, keempat-empat individu tersebut dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes jenayah rogol melibatkan tahun 2009, 2014 dan dua kes pada 2018.

“Kami berharap mana-mana pihak atau orang ramai yang mengenali mereka dapat maklumkan kepada kami untuk membantu menyelesaikan kes ini.

“Kepada mereka yang mengenali individu terlibat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di talian 09-9751222 untuk sebarang aduan dan sebagainya.

“Kerjasama daripada mereka amat kami perlukan untuk bantu kami selesaikan kes tersebut,” katanya.

Mereka yang dikehendaki ialah Muhammad Mustaqimi Mat Soh, Mohd Dik Awang Senik, Mohd Faizul Saari dan Wan Fazmer Akib Wan Mahadi. - Foto PDRM

Mereka yang dikehendaki ialah Muhammad Mustaqimi Mat Soh, Mohd Dik Awang Senik, Mohd Faizul Saari dan Wan Fazmer Akib Wan Mahadi. – Foto PDRM

Mereka yang dikehendaki ialah Muhammad Mustaqimi Mat Soh, Mohd Dik Awang Senik, Mohd Faizul Saari dan Wan Fazmer Akib Wan Mahadi.

Kesemua individu terlibat adalah dalam lingkungan umur 18 hingga 51 tahun dan beralamat di sekitar daerah ini.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-cari-empat-individu-bantu-kes-rogol-di-kota-bharu-226186

Umnopas Terbakar Kerana Lim Guan Eng Menteri Kewangan

Image may contain: 1 person, smiling, text

Image may contain: 13 people, people standing and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

DAP PERAK LAPOR POLIS STATUS FB PAS KAWASAN BUKIT GANTANG

DAP telah membuat satu laporan polis terhadap satu hantaran Facebook oleh PAS Kawasan Bukit Gantang yang dipaparkan pada 13 September, jam 2.16 petang. (https://web.facebook.com/…/a.465129073828…/968628556812319/…).

Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh berkata, hantaran Facebook yang berserta dengan gambar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, jelas bertujuan untuk memberikan gambaran bahawa Lim Guan Eng telah membeli MYKAD dari Jabatan Pendaftaran Negeri.

“Ia juga bertujuan untuk memburuk-burukkan nama YB Lim Guan Eng, DAP dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mana YB Lim Guan Eng pernah menjadi Ketua Menteri dari tahun 2008 sehingga 2018.”

Wong, yang juga merupakan seorang peguam berkata, perkara ini membabitkan perbuatan fitnah yang merupakan suatu jenayah yang serius.

Laporan polis tersebut telah difailkan oleh Ketua DAPSY Negeri Perak, Steven Chaw Kam Foon.

Chaw berkata, negara baru sahaja meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-62, justeru tindakan seumpama itu amat dikesali kerana masih ada pihak yang cuba untuk memainkan isu perkauman dengan dakwaan yang berunsur fitnah.

Beliau turut memohon supaya pihak polis dapat menyiasat perkara ini.

Pada masa yang sama, Pegawai Khas Ahli Parlimen Ipoh Timor, Mohamad Norriduan berkata, agama Islam melarang sebarang fitnah dan pembohongan.

Parti pembangkang seharusnya bersikap bertamadun dan menjadi pembangkang yang berfakta, tambahnya.

 

Bangunan PAS Kelantan Merupakan Hadiah Dari Lim Goh Tong, Towkey Judi Genting Highland

Image may contain: car and outdoor

ASAL USUL BANGUNAN PAS KELANTAN.

Tahukah anda bangunan PAS kelantan merupakan hadiah dari Lim Goh Tong,towkey judi Genting Highland. Ianya dibinar sekitar tahun 1963 dan siap pada tahun 1966.

Lim membina bangunan yang sekarang menjadi mercu unggul kepada PAS kelantan melalui syarikatnya Kien Huat Private Limited. Ianya sebagai timbal balik setelah di beri projek membina Jambatan Sultan Yahya Petra pada tahun 1962 bernilai RM 5 juta.