MPKK negeri diganti dengan MPKK Persekutuan – Tahniah Kerajaan PH Kerena Mengenang Jasa Para Pejuang PH.

Kerajaan persekutuan memperkenalkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Persekutuan berkuat kuasa tahu depan, bagi menggantikan MPKK negeri yang sebelum ini turut disertai wakil daripada parti kerajaan negeri.

Penyelaras MPKK Persekutuan negeri Kelantan, Sazmi Miah berkata, susulan itu pembentukan MPKK negeri dengan kerjasama antara PH dan kerajaan negeri Kelantan yang dibuat sebelum ini turut terbatal.

“Kita mendapat khabar gembira daripada menteri pembangunan luar bandar supaya PH di negeri yang dikuasai pembangkang supaya menubuhkan MPKK Persekutuan.

“Jadi MPKK Persekutuan akan bergerak berasingan daripada MPKK negeri yang dipelopori oleh wakil yang dilantik kerajaan negeri,” katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini kerajaan persekutuan memperkenalkan MPKK di peringkat negeri yang tidak ditadbir PH iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis yang dianggotai ahli lantikan negeri dan pusat.

Bagaimanapun formula kerjasama itu dilihat gagal khususnya di Kelantan apabila pihak kerajaan negeri dikatakan tidak dapat memberi kerjasama baik dalam memperkasakan program-program untuk rakyat.

Sebaliknya kata Sazmi, MPKK di Kelantan yang menerima dana kerajaan persekutuan mengambil kesempatan menjadikan penubuhan itu sebagai platform pergerakan program politik.

“Kita melihat perjalanan MPKK negeri sejak di awal penubuhan pada Mac lalu, terdapat penyalahgunaan dana dipelopori pihak parti pembangkang dengan menggunakan dana untuk program parti.

“Jadi kita lihat perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa sekali gus memberi tekanan tinggi kepada penggerak parti PH di peringkat akar umbi.

“Kita lihat pula perubahan politik semasa di mana kita cuba untuk berbaik-baik dengan pihak pembangkang dan bekerjasama dengan kerajaan negeri, tetapi sebaliknya yang berlaku. Mereka tidak memanfaatkan persahabatan yang cuba dijalin oleh kerajaan PH,” jelasnya.

Tambah beliau, PH Kelantan kini akan mengatur semula dan menambah keanggotaan MPKK Persekutuan termasuk melantik ahli dalam kalangan wanita dan belia.

“Kita akan susun dan menambah keanggotaan MPKK Persekutuan dengan mengambil lebih ramai ahli daripada pimpinan wanita dan belia.

“Bagi MPKK negeri yang dianggotai parti pembangkang (PAS), mereka boleh teruskan jika mahu dan bergantung kepada kerajaan negeri. Tapi tiada lagi dana daripada kerajaan persekutuan disalurkan,” kata Sazmi yang turut berterima kasih kepada menteri pembangunan luar bandar atas penambaikan itu.

https://m.malaysiakini.com/news/496755?fbclid=IwAR0EaF-XzbGQEvb3YqfX4Psmpe1H4SgltCHvT2B_q3zqXWSv7Dq1hxKkUGY

 

Kerajaan persekutuan memperkenalkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Persekutuan berkuat kuasa tahu depan, bagi menggantikan MPKK negeri yang sebelum ini turut disertai wakil daripada parti kerajaan negeri.