Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kor Risik Diraja pantau usaha hidupkan semula PKM

SERDANG, 7 DIS: Pasukan Kor Risik Diraja (KRD) memantau rapi perkembangan semasa berhubung dakwaan wujudnya percubaan pihak tertentu menghidupkan semula semangat komunisme di negara ini.

Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani sebarang anasir yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Sama ada ia benar-benar wujud atau tidak, kita sememangnya berada dalam mood memantau ancaman tersebut dan pemantauan berjalan setiap hari secara rapat dan rapi.

“Apa sahaja elemen ancaman yang ada dalam negara kita pantau dan pemantauan ini turut melibatkan kerjasama PDRM, khususnya dalam hal perisikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Pesta Kor Risik Diraja (Perisik) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Sheikh Mokhsin berkata, secara umumnya ancaman dalam bentuk tersebut masih terkawal, malah apa yang berlaku lebih kepada elemen mensensasikan isu untuk tujuan tertentu.

Sebelum ini, media melaporkan terdapat perjumpaan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, Selangor, memaksa Kementerian Dalam Negeri mengarahkan polis dan Cawangan Khas menyelesaikan segera siasatan berhubung dakwaan pertemuan tersebut.

Dalam pada itu, Sheikh Mokhsin berkata, cabaran semasa KRD selepas 50 tahun ditubuhkan adalah berdepan ancaman asimetrik membabitkan isu keselamatan seperti serangan siber dan penggunaan media sosial.

Bagi mendepani cabaran itu, katanya, usaha memperlengkapkan KRD dengan aset siber dan teknologi maklumat terkini seperti Cyber Defence, Cyber Exploitation dan Cyber Offensive giat dilakukan bagi menjamin hasil risikan yang lebih mantap.

“Secara asasnya, pertahanan siber kita telah lengkap sepenuhnya tetapi pemilikan perlatan tersebut akan menjadikan KRD dan hasil risikannya setanding dengan negara-negara maju yang lain,” katanya.

Mengenai karnival Perisik, Sheikh Mokhsin berkata, ia merupakan program julung kali diadakan bersempena Jubli Emas penubuhan KRD bagi mendekatkan orang ramai dengan tugas dan fungsi perisikan ketenteraan yang selalunya hanya bertindak di belakang tabir.

Katanya, melalui karnival selama tiga hari sehingga esok itu, orang ramai akan didedahkan dengan transformasi agensi perisikan daripada operasi konvensional kepada siber dan keganasan seiring perubahan semasa melalui pameran dan aktiviti yang disediakan.

Kor Risik Diraja pantau usaha hidupkan semula PKM

Abu Chin Peng: Pejabat Liew akan lapor polis artikel Raja Petra

1 UMNO HANCUR

1 ROSMAH

1 PENGKHIANAT

5 CHINA3 CHINA

PETALING JAYA: Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong akan membuat laporan polis terhadap artikel penulis blog, Raja Petra Kamaruddin tentang abu mayat pemimpin komunis, Chin Peng.

Ia menepis artikel “The Fake Ashes of Chin Peng” bertarikh 3 Dis 2019 sebagai fitnah, mengatakan artikel itu mendakwa tindakan membawa masuk abu mayat bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu perancangan Liew.

“Timbalan menteri pertahanan tidak pernah membuat sebarang komen tentang perkara terbabit dan memandang serius tulisan fitnah Raja Petra,” katanya dalam kenyataan.

Ia juga meminta semua pihak bertenang dan tidak menyebarkan artikel tersebut.

Abu mayat Chin Peng menjadi perbualan selepas media melaporkan abu bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu dibawa masuk ke negara ini dan ditabur di laut berhampiran Lumut, Perak dan di banjaran Titiwangsa.

Pendedahannya pada 26 Nov lalu mengundang kemarahan beberapa pihak dan membawa kepada siasatan polis.

MoU Umno dengan Parti Komunis China

Umno siap buat mou dengan parti komunis headquartes lagi , bukan takat taraf chin peng pencacai pkm yg berak tidur dlm hutan mlaysia tu ,,, umno siap ikat mou peluk cium dengan chip komunis peringkat lagi atas kat headquarters komunis sana tau ,,,,,
Punya la cillanat umno ni ,,,,
Ulang , bukan kerajaan mlaysia , tapi umno yg pergi jumpa dan ikat mou kerjasama dgn komunis ,,

NOTA :  PKM ADALAH KOMUNIS DI BERJUANG DALAM HUTAN BELANTARA DAN MCA KOMUNIS YANG BERJUANG DI DALAM BANDAR.