Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Pemandu Mabuk: Berapa Nyawa Lagi Akan Terkorban, Kenapa Kelantan Masih Menghalalkan Arak ?

1 ARAK HALAL KN

1 ARAK KELANTAN

 

1 DOA HANCUR UMNO

Pemandu Mabuk: Berapa Nyawa Lagi Akan Terkorban?
==============
1. Kali ini seorang anggota polis pula dilaporkan meninggal dunia akibat dilanggar pemandu mabuk. Apa yang menyedihkan insiden sebegini terkadang mengorbankan nyawa yang tidak bersalah. Berapa banyak nyawa lagi yang harus dikorbankan sebelum kita mengambil tindakan tegas berhubung perkara yang melibatkan arak?

2. Satu tindakan tegas mestilah dilaksanakan bagi menangani kejadian yang tidak dingini seperti ini berulang lagi. Sekiranya pemandu tersebut disahkan dibawah pengaruh alcohol, tindakan tegas mestilah dikenakan agar menjadi pengajaran kepada semua. Begitu juga dengan kesalahan yang melibatkan nyawa yang lain.

3. Barangkali prosedur penjualan arak juga perlu diperketatkan. Semua langkah yang dilihat membantu mengawal kemunculan pemabuk di atas jalan mestilah dipertingkatkan supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

4. Ketegasan Umar Abdul Aziz dalam isu ini mesti dijadikan contoh. Umar Abdul Aziz diriwayatkan pernah mengarahkan supaya orang kafir tidak menzahirkan aktiviti arak mereka. al-Imam al-Bayhaqi ketika menghuraikan tentang syarat-syarat ahli zimmah (non Muslim) yang tinggal bersama Muslim, beliau menyebutkan:

كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ: أَلَّا يُظْهِرُوا الْخَمْرَ

“Umar Abdul Aziz pernah menulis surat supaya majlis arak (bagi non Muslim) seharusnya tidak dizahirkan” (tidak diheboh, didedah dan berlaku secara tertutup). (al-Bayhaqi, Ma’rifa al-Sunan wa al-Athar, 13/383).

4. Bahkan, Umar Abdul Aziz dilihat cuba menyekat kemasukan dan kebebasan aktiviti import/eksport penjualan arak. Perkara ini direkodkan oleh Ibn Zanjaweh di dalam kitab al-Amwal:
كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَهُوَ عَامِلُهُ عَلَى الْكُوفَةِ: أَنْ «لَا تُحْمَلَ الْخَمْرُ مِنْ رُسْتَاقٍ إِلَى رُسْتَاقٍ.

“Umar Abdul Aziz menulis surat kepada Abdul Hamid ibn Abdul Rahman iaitu Gabenor beliau di Kufah: (kata Umar) Jangan dibawa arak dari satu bandar atau wilayah (rustaq) kepada bandar atau wilayah yang lain.” (Ibn Zanjaweih, al-Amwal, 1/282).

6. Menyedari betapa bahayanya kerosakan arak ini, Rasulullah, para sahabat serta khalifah terdahulu bertindak tegas menanganinya. Jangan pula ada dikalangan kita yang melihatnya sebagai dosa peribadi yang kita tidak perlu masuk campur. Dari perkara peribadi inilah ia merosakkan nyawa orang lain.

7. Jangan juga ada dikalangan pemimpin kita yang menganggap ringan perkara ini sehingga melihat arak ini seumpama orang kafir yang “meminum teh sahaja.” Ini kerana kesan “teh” ini bukan sahaja merosakkan akal, bahkan mengorbankan nyawa Muslim.

Semoga Allah membimbing kita.

Negara Lain Melarang Arak Ketika PKP

1 ARAK HALAL KN1 ARAK KELANTAN

 

Negara Lain Melarang Arak Ketika PKP
=============
1. Awal bulan ini kita digemparkan dengan kejadian seorang lagi anggota polis yang terbunuh akibat dirempuh pemandu mabuk. Ini bukanlah insiden pertama yang terjadi sejak Perintah Kawalan Berkurung (PKP) dilaksanakan. Bulan April sahaja sebanyak tiga insiden rempuhan sekatan jalan melibatkan pemandu mabuk di Ipoh, Petaling Jaya dan Bintulu.

2. Terkadang kita terlalu bimbang untuk mengenakan tindakan yang ketat dalam mengawal urusan jual-beli arak sedangkan negara lain telah mula mengorak langkah sedemikian sekalipun mereka bukanlah negara orang Islam. Afrika Selatan sebagai contoh telah mula mengharamkan penjualan arak dalam tempoh lockdown mereka.

3. Menteri Keselamatan Afrika Selatan, Bheki Hamilton Cele pada 26 Mac yang lalu telah melakukan pengumuman itu dengan justifikasi bahawa pengharaman penjualan arak dalam tempoh lockdown ini berupaya memutuskan rantaian penyebaran Covid19. Salah satu justifikasi yang diberikan adalah kerana alkohol dikatakan berupaya melemahkan sistem pertahanan badan seseorang.

4. Di Nuuk, ibu negeri Greenland turut mengenakan sekatan penjualan arak dalam tempoh lockdown ini. Martha Abelsen, Menteri Kesihatan tempatan menjelaskan bahawa sekatan penjualan arak ini adalah bertujuan menyelamatkan mangsa dera kanak-kanak yang berlaku sepanjang tempoh perintah kawalan berkurung yang berlaku di Greenland.

5. Begitu juga di Hong Kong, Ketua Eksekutif Carrie Lam telah mengumumkan penyekatan pengeluaran lesen arak bagi 8600 resteoran dan bar dalam menghadapi tempoh kedua gelombang Covid19 di Hong Kong.

6. Perhatikan bagaimana negara-negara yang tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi mereka boleh bertindak secara rasional dalam mengekang penjualan arak, mengapa tidak kita bertindak dengan tindakan yang sama. Apatah lagi perkara ini telah pun diajarkan oleh Baginda Nabi 1400 tahun yang lalu.

– Artikel penuh di Harian Metro hari ini 12 Mei 2020.

Semoga Allah membimbing kita.

PETISYEN DESAK TUTUP KILANG ARAK KECUALI NEGERI KELANTAN

1 ARAK HALAL KN

1 PAS SYITAN

 

1 ARAK KELANTAN

KELANTAN TETAP MENGHALALKAN ARAK.

PETISYEN DESAK TUTUP KILANG ARAK

Kemalangan maut yang diakibatkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi tiada noktahnya. Sejak dulu hingga kini, tidak habis-habis mencadangkan hukuman lebih berat. Bukan sahaja tidak menepati syarak, malah tidak pernah menyelesaikan masalah, kerana punca kepada masalah iaitu membenarkan kilang arak beroperasi.

Atas dasar itu menyeru seluruh umat Islam untuk menandatangani petisyen ini sebagai tanda sokongan mendesak kerajaan menutup kilang air kencing syaitan ini:

1. Menutup kesemua kilang arak serta-merta;

2. Mengharamkan segala penjualan arak secara terbuka baik di kedai-kedai serbaneka, di restoran-restoran, kelab-kelab malam, hotel-hotel dan lain-lain;

3. Orang kafir hanya dibenarkan meminum arak secara tertutup dan kecil-kecilan sahaja, dan hanya dibenarkan meminum arak dalam hayatul khas (kehidupan khas) seperti di rumah, atau dalam komuniti mereka secara terpencil;

4. Peminum arak wajib dihukum menurut Islam iaitu sama ada dengan 40 atau 80 kali sebatan. Jika ia melakukan kesalahan lain ketika mabuk seperti memandu dan melanggar orang lain, apatah lagi hingga menyebabkan kematian, maka uqubat (hukuman) Islam wajib dikenakan ke atasnya.

Nyatakan sokongan anda di link petisyen ini:
👉🏽 http://chng.it/PRXy9LxXN6