Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Transkrip perbualan Datuk Seri Najib Razak dengan individu dipercayai Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

NAJIB ARAB

Transkrip perbualan Datuk Seri Najib Razak dengan individu dipercayai Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, pada 22 Julai 2016 – 11.23 malam.

Putera Mahkota: Perdana Menteri, beta mohon maaf kerana lewat (membuat panggilan)

Najib: Tidak mengapa Tuanku

Putera Mahkota: Selepas berunding dengan pegawai beta, kami memutuskan untuk tidak menunggu lagi, sebaliknya mencari jalan penyelesaian yang adil kepada anda dan beta, demi kepentingan bersama. Jadi beta sedang berusaha mencari jalan menyelesaikan hal ini

Najib: Ya, Tuanku sangat baik hati, adakah Tuanku mahu saya terbang ke sana

Putera Mahkota: Saya tidak rasa perlu berbuat demikian, orang ramai akan tahu mengenainya. Saya akan panggil Khaldoon (Khaldoon Al Mubarak – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mubadala Development Company) untuk kembali ke sini.

Najib: Bila Tuanku panggil Khaldoon, bila beliau akan tiba?

Putera Mahkota: Beta akan panggil beliau pulang. Sekarang beliau (Khaldoon) berada di California, apabila dipanggil pulang, beliau boleh terbang terus ke sini

Najib: Tuanku, saya ada satu permintaan membabitkan anak saya (anak tiri), Riza. Ini ada kaitan dengan produksi filem yang beliau hasilkan di Amerika Syarikat. Jika boleh diwujudkan satu perjanjian pembiayaan kewangan antara Riza dengan Sheikh Mansour supaya ia dilihat sebagai satu urusan kewangan yang sah bukannya tindakan pengubahan wang haram. Pada masa ini beliau (Riza) menerima tekanan di Amerika Syarikat. Saya bimbang beliau akan dijadikan kambing hitam. Saya harap perjanjian dengan Sheikh Mansour itu dapat ditandatangani secepat mungkin, mungkin juga dengan mana-mana wakil Sheikh Mansour supaya ia dilihat sebagai satu perjanjian yang sah di sisi undang-undang. Apabila Riza menerima perjanjian itu, jadi bank dapat mengesahkan sumber wang berkenaan. Saya tidak mahu dia (Riza) jadi mangsa kerana beliau tidak mengetahui sumber wang berkenaan dan supaya orang fikir wang itu benar-benar daripada Sheikh Mansour. Saya mahu perjanjian itu dimeterai secepat mungkin. Inilah permintaan khas saya.

Putera Mahkota: InsyaAllah. Beta akan selesaikannya, beta akan bantu.

Najib: Ini satu malapetaka. Saya tidak mahu malapetaka ini memberi kesan kepada kerajaan saya dan pihak tuanku. Saya percaya perkara ini tidak mustahil untuk diselesaikan. Sudah pasti kita dapat menyelesaikannya.

Putera Mahkota: Saya setuju

Berikutan adalah transkrip perbualan antara Najib dengan Khaldoon Al Mubarak, jam 2.49 pagi pada 23 Julai 2016.

Najib: Ini saya sekali lagi buat panggilan

Khaldoon: Saya sudah bercakap dengan beliau (Riza), dan kami setuju berjumpa pagi esok

Najib: Adakah anda mahu dia datang berseorangan atau bersama peguamnya

Khaldoon: Saya fikir lebih baik kami bertemu berdua saja. Saya hendak duduk dan berbincang supaya saya lebih faham dan dapat mengambil tindakan yang sesuai.

Najib: Bolehkah anda sampaikan kepada beliau, kerana saya tidak dapat bercakap dengannya kerana dia masih berbincang dengan peguamnya

Khaldoon: Apa cadangan anda, patutkah saya bertemu berdua saja atau dengan peguam sekali

Najib: Saya tidak mahu beliau bawa peguamnya bersama. Pertemuan satu dengan satu lebih baik, hanya anda berdua.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/645108/najib-minta-bantuan-untuk-lindungi-anak-tiri

Tahniah Latheefa Dan SPRM Kerana Berjaya Membuat Najib 2 Kali Terkejut Beruk.

Image may contain: 6 people, text

SEMALAM: Terkejut kononnya tak tahu RM42 juta masuk ke akaun peribadi sendiri ialah wang SRC.

HARI INI: Terkejut lagi SPRM dedah rakaman audio suara Najib & Rosmah sendiri berkait skandal 1MDB & SRC.

ESOK : Apa lagi yang bakal Najib terkejut plok.

Tahniah Latheefa Dan SPRM Kerana Berjaya Membuat Najib Panas Punggung.

Image may contain: one or more people and text

1 JEMAAH SESAT

1 BERIBADAT DGN DUIT HARAM

1 KAPAL LAUT TAK SAMPAI

Logik UMNOPAS

Yang dedah jenayah disuruh letak jawatan.

Yang buat jenayah dipanggil bossku.

Pendedahan rakaman audio boleh panjangkan lagi kes 1MDB, kata bekas hakim – Tahniah Latheefa Dan SPRM Kerana Berjaya Membuat Najib Tidak Lena Tidur.

Tindakan SPRM mendedahkan rakaman perbualan telefon Najib Abdul Razak boleh memanjangkan perbicaraan berkaitan 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Mah Weng Kwai.

Katanya, klip audio itu boleh dianggap sebagai sub judice berhubung dengan perbicaraan melibatkan RM42 juta dana SRC International yang sedang berjalan, perbicaraan RM2.28 bilion 1MDB dan perbicaraan dakwaan mengubah laporan audit 1MDB.

Memandangkan pasukan undang-undang Najib sedang menimbang untuk menyaman SPRM dan ketua pesuruhjayanya, Latheefa Koya, Mah berkata tindakan sedemikian akan memanjangkan lagi kes-kes tersebut.

Katanya, perbicaraan-perbicaraan berkenaan juga boleh ditangguhkan jika pihak yang terlibat memohon untuk menggunakan rakaman audio itu untuk kes mereka.

Mah juga menyorot kepada dua kes terdahulu di mana bukti yang diperoleh secara tidak sah namun dibenarkan mahkamah.

Beliau berkata Mahkamah Agung memutuskan demikian dalam kes melibatkan Ramli Kechik dengan Pendakwa Raya (1986), dan sama halnya dengan kes di Mahkamah Rayuan melibatkan Hanafi Mat Hasan dan Pendakwa Raya (2006).

Justeru, Mah meramalkan bahawa pasukan perundangan Najib akan berusaha untuk menggunakan sebahagian daripada rakaman audio yang didedahkan SPRM untuk pembelaan anak guam mereka.

“Mungkin ada penangguhan yang lebih panjang dalam perbicaraan kes (1MDB) kerana saya fikir pasukan pembelaan akan memohon untuk menggunakan sebahagian rakaman audio ini, jika mana-mana bahagian rakaman itu memihak kepada mereka.

“Jadi akan ada satu lagi proses untuk menentukan sama ada rakaman ini perlu dimasukkan ke dalam perbicaraan yang sedang berlangsung ketika ini,” katanya kepada Malaysiakini.

“Saya fikir meneruskan perbicaraan adalah keutamaan,” katanya.

Mengapa tergesa-gesa?

Mengambil kita respons yang mungkin berlaku, Mah berkata beliau “terkejut” oleh pendedahan SPRM dan mempersoalkan tujuan dan pemasaan tindakan suruhanjaya pencegahan rasuah itu.

“Apa gunanya mendedahkannya (rakaman audio) ketika ini?

“Sekiranya SPRM merasakan bahawa maklumat itu boleh diperkenalkan sebagai sebahagian daripada bukti dalam kes mahkamah sekarang, mereka sepatutnya teruskan saja dan melakukan itu.

“Buktikan kesahihan, kandungan dan signifikan semuanya di mahkamah. Itu adil kepada semua orang,” katanya.

Begitu juga, hakim Mahkamah Tinggi Syed Ahmad Idid juga mempersoalkan masa pendedahan itu.

“Saya dalam perjalanan dan tidak mempunyai masa untuk mendengar sepenuhnya rakaman audio itu.

“Daripada apa yang dilaporkan di akhbar, masa penerbitan rakaman perbualan itu kelihatan tidak sesuai, tetapi ketua pesuruhjaya SPRM mungkin mempunyai sebab yang baik untuk menyebarkannya ketika ini.

“Mereka yang menganggap perbuatan ini sebagai sub judis boleh mendapatkan penghakiman mahkamah,” katanya kepada Malaysiakini.

Selain daripada dua bekas hakim itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan peguam Ramkarpal Singh juga menyatakan kebimbangan mengenai pendedahan rakaman audio itu.

Menyifatkan tindakan itu sebagai “tidak wajar dan dikesali”, Ramkarpal berkata terpulang kepada mahkamah untuk menentukan sama ada rakaman audio berkenaan menunjukkan salah laku jenayah atau tidak.

“Perlu dikatakan bahawa Latheefa tidak sepatutnya melakukan ini kerana ia boleh dianggap sebagai penghakiman media terhadap pihak yang dikaitkan dalam rakaman itu,” katanya.

Melibatkan kepentingan awam

Bagaimanapun, peguam Lim Wei Jiet, menyokong tindakan SPRM kerana menurutnya isu-isu serius yang tersirat dalam rakaman itu menjadikan ia lebih daripada sekadar kes jenayah biasa dan melibatkan kepentingan awam.

“Wajarkan SPRM telah menyiarkan rakaman itu kepada media? Kenapa tidak hanya menampilkannya sebagai bukti di mahkamah? Kerana ia adalah kepentingan awam tertinggi.

“Kita tidak pernah mengadu apabila polis bercakap kepada media mengenai dadah, senjata api dan rampasan beg isteri Najib (Rosmah Mansor).

“Bukankah semua itu juga bukti mahkamah?” katanya dalam siri ciapan Twitter.

“Ini bukan mengenai pegawai Jabatan Imigresen peringkat rendah meminta rakan polisnya untuk menutup pemalsuan pasport.

“Ini adalah tentang seorang perdana menteri (ketika itu) yang berpotensi menyalahgunakan kuasa di peringkat tertinggi kerajaan dan pemimpin-pemimpin asing yang terlibat dalam transaksi haram. Orang ramai mempunyai […] hak untuk mengetahui tentang ini,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/506662?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR00kAfTn3TqlcppqtDyuzB6rB1Y7u_92yfzvieWKWVjlv_yhZnjAkEpEWQ

Antara rakaman dan apa yang berlaku ?

No photo description available.

· 5 hrs 

Untuk kita lebih memahami tentang rakaman pintasan telefon yang dikatakan berkaitan dengan kes 1MDB dan juga pemecatan-perlantikan Pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ini adalah timeline atau kronologinya. Tarikh dan peristiwa yang berlaku saling berkait rapat.

SPRM sedia lawan cabaran notis kompaun 1MDB – Tahniah SPRM & Latheefa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia berdepan pihak yang mengambil tindakan undang-undang terhadap kompaun yang dikeluarkan ke atas individu yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB daripada bekas perdana menteri Najib Razak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mengesahkan badan antirasuah itu dinamakan sebagai responden dalam beberapa permohonan semakan kehakiman yang difailkan beberapa individu daripada sejumlah 80 individu dan entiti yang dikatakan menerima wang berkenaan.

“Perkara kompaun sememangnya, bila kita (SPRM) beri peluang untuk membayar denda dan jika tidak berbuat demikian, kita perlu ambil tindakan,” kata Latheefa kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

“Sewaktu kami berbuat demikian, SPRM telah menerima satu permohonan mahkamah yang mencabar hak SPRM dalam pengeluaran kompaun tersebut.

“Itu sememangnya, kita akan lawan. Ini di bawah Jabatan Peguam Negara dan sekarang dalam peringkat permohonan. Kami adalah responden.

“Peguam Negara akan cabar fakta tersebut. Bolehkah kalau kita cabar seseorang yang mengeluarkan kompaun?” jelas Latheefa.

Bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad dan bekas Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan adalah antara mereka yang telah memfailkan permohonan semakan kehakiman secara berasingan terhadap notis yang dikeluarkan oleh SPRM bagi mendapatkan semula dana yang didakwa diterima mereka daripada 1MDB, lapor The Edge.

Laporan itu juga menyatakan bahawa permohonan sama telah difailkan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Sumaili Reduan; Jawatankuasa Perhubungan Umno Pulau Pinang, serta bahagian Umno di Batu, Labis, Indera Mahkota dan Taiping.

Permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dilaporkan bermula hari ini di hadapan Hakim Nordin Hassan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Latheefa, dalam satu temu bual bersama Berita Harian pada 31 Disember tahun lalu, dilaporkan sebagai berkata bahawa SPRM bakal segera mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu atau entiti yang enggan memulangkan dana yang mereka didakwa diterima daripada 1MDB.

Ditanya berkenaan perkara tersebut, Latheefa enggan mendedahkan butiran lanjut, melainkan menjelaskan bahawa tindakan awal yang bakal dikenakan adalah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla).

“Tidak (kenakan tindakan) minggu ini … (tapi) dalam masa terdekat,” kata Latheefa.

Sementara itu, Latheefa berkata SPRM masih belum menerima sebarang laporan rasmi berkaitan pilihan raya kecil (PRK) Kimanis yang sedang berlangsung.

“Buat masa sekarang tidak ada laporan,” katanya menambah SPRM Sabah sedang memantau secara dekat kempen yang sedang dijalankan oleh BN dan Warisan, yang kini sudah memasuki hari kedua.

https://www.malaysiakini.com/news/506100?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2Doc5c0uOOgCj0btF9y6sRYYKJiIb_NB1af99uFj1WFXeCw3j8PMRzUxM

Puteri, dua pemimpin kanan Umno cabar kompaun RM10j SPRM

Puteri Umno dan dua pemimpin kanan parti itu memohon untuk membatalkan notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka kerana didakwa menerima RM10 juta dana 1MDB melalui akaun bank bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Setiausaha Eksekutif Umno, Mohd Sumali Reduan, Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Maslan dan ketua bahagian Umno Johor Bahru, Shahrir Abdul Samad memfailkan permohonan semakan kehakiman berasingan melalui firma guaman Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq, di pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, masing-masing pada 28 Nov, 3 Dis dan 27 Nov tahun lepas.

Sumali bertindak bagi pihak Puteri Umno dalam tindakan undang-undang berkenaan.

Pada sidang akhbar 7 Okt lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dilaporkan berkata badan anti-rasuah itu mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti untuk mendapatkan semula lebih RM420 juta wang 1MDB yang didakwa diterima mereka.

Antara nama yang disenaraikan sebagai penerima dana 1MDB termasuk bekas Pengerusi Kumpulan CIMB Nazir Razak, yang juga adik kepada Najib; Anggota Parlimen Pontian, Ahmad Maslan; bekas Ketua bahagian Umno dan bekas pembantu kepada Najib, Mohamad Fatmi Che Salleh; dan bekas pengerusi Felda Shahrir Samad.

Menurut kertas kausa (dokumen mahkamah) yang diperolehi oleh Malaysiakini petang ini, permohonan semakan kehakiman itu menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM (yang tidak dinamakan) serta SPRM sendiri sebagai responden pertama dan kedua.

Ketiga-tiga pemohon memohon perisytiharan mahkamah, perintah certiorari (perintah daripada mahkamah yang lebih tinggi terhadap badan kehakiman yang lebih rendah) dan perintah larangan untuk membatalkan keputusan 7 Okt untuk mengenakan kompaun  menjadi ultra vires, batal, tidak sah, dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Ketiga-tiga mereka memohon pengisytiharan mahkamah bahawa keputusan 7 Okt 7 yang dibuat di bawah Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Pencegahan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram Akta 2001 (AMLATFPUAA), atas alasan untuk mendapatkan semula dana 1MDB yang dikatakan wang rakyat adalah pra-matang, salah tanggap (misleading) dan salahguna jawatan awam (tort of misfeasance in public office);

Mereka juga memohon kebenaran yang diberikan dan diperintahkan oleh mahkamah berkuatkuasa sebagai satu perintah penggantungan prosiding di bawah Aturan 53 kaedah 3(5) KKM 2012 sementara pelupusan akhir dan muktamad permohonan untuk semakan kehakiman dan;

Jika kebenaran diberikan dan diperintahkan, pemohon memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman dan notis pendengaran permohonan bagi semakan kehakiman dalam masa empatbelas (14) hari dari tarikh perintah kebenaran diberikan oleh mahkamah.

Mereka juga memohon perintah bahawa gantirugi ditaksirkan dan dibayar oleh responden-responden kepada pemohon; kos ditanggung oleh responden dan perintah-perintah selanjutnya atau lain-lain perintah yang difikirkan adil oleh mahkamah.

[Baca berita penuh]

https://www.malaysiakini.com/news/505718?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3Gj52KaE95RMxcyvzxf-bT3QIzfcPvOh3Wo1rOJqXWUQJZJSMUQUg1fIo

Kes curi kambing: Koperal polis menangis teresak-esak rayu ringan hukuman

Kes curi kambing: Koperal polis menangis teresak-esak rayu ringan hukuman

Tertuduh, Shahrul Sufian Mohd Jaini, 33, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan di hadapan hakim Madihah Harullah. – Foto Astro AWANI

SEREMBAN: Padah menerima suapan RM3,000 sebagai dorongan ‘menggelapkan’ kes curi kambing, tahun lalu, seorang anggota polis berpangkat koperal didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini.

Tertuduh, Shahrul Sufian Mohd Jaini, 33, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan di hadapan hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Pondok Polis Sungai Kelemah Gemas, Daerah Tampin didapati menerima wang tunai RM3,000 daripada Mohd Azmil Abdul Manaf, 37, yang mana ia ada kaitan dengan tugas rasminya sebagai anggota polis.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati meminta wang rasuah berkenaan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengadu berkenaan yang dikatakan bersubahat bersama dua rakan dalam kes mencuri kambing.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di pekan Gemencheh Baru, Tampin sekitar jam 12 tengahari hingga 1 petang, 10 September tahun lepas.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, prosiding yang dikendalikan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Zainab yahaya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun menangis teresak-esak sambil merayu hukumannya diringankan dengan alasan dia menanggung kedua ibu bapa yang menghidap penyakit kronik.

Tambahnya dua anaknya juga akan memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan selain sempat meminta ampun dan penyesalan kepada mahkamah terhadap kesalahan yang pertama kali dilakukan itu.

Madihah pada penghakimannya kemudian menjatuhi hukuman denda RM5,000 terhadap tertuduh serta lapan bulan penjara sekiranya gagal melunaskan jumlah berkenaan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-curi-kambing-koperal-polis-menangis-teresak-esak-rayu-ringan-hukuman-226185

SPRM terima 1,871 maklumat babitkan PBT sejak 2014

MACC FORCE
10 mins

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 1,871 maklumat berhubung dakwaan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tempoh 2014 hingga 12 Disember lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, berkata susulan itu, sebanyak 126 kertas siasatan sudah dibuka dengan tangkapan 73 individu yang kebanyakannya membabitkan kesalahan tuntutan palsu, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Mengikut statistik secara keseluruhan, katanya, SPRM menahan seramai 2,740 individu berumur 40 tahun ke bawah daripada 5,186 tangkapan yang dibuat sejak 2014 hingga bulan lalu.

Beliau berkata, daripada keseluruhan 5,186 yang ditahan itu, seramai 2,428 atau 46.8 peratus adalah penjawat awam.

“Tidak dapat dinafikan, kes berkenaan rasuah memang berlaku dalam kalangan penjawat awam. Selaras perkembangan itu, fokus kita ialah membantu agensi berkenaan menangani masalah ini.

“Bagi mengatasi masalah ini, SPRM memerlukan komitmen termasuk daripada PBT, dalam usaha mentransformasikan agensi menjadi organisasi berintegriti tinggi dan bebas rasuah melalui rujukan lengkap bagi semua warga organisasi tanpa mengira pangkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Pelan Antirasuah Majlis Perbandaran Taiping 2020-2024 di Wisma Perbandaran Taiping, baru-baru ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Borhan Abdul Halim, serta Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Mohamed Akmal Dahalan.

Majlis itu turut menyaksikan MPT muncul yang pertama dalam kalangan 149 PBT di Malaysia, membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) tersendiri dalam usaha memerangi gejala rasuah secara komprehensif.

Shamshun Baharin berkata, tindakan itu bukan saja mencerminkan komitmen dan sokongan warga MPT dalam memerangi rasuah, malah secara tidak langsung menjadi pembakar semangat SPRM untuk terus memerangi rasuah serta salah guna kuasa secara habis-habisan.

Sementara itu, Borhan dalam ucapannya pula berkata, melalui pelan berkenaan, tumpuan diberi terhadap empat bidang keutamaan yang dikenal pasti berpotensi cenderung kepada amalan rasuah, iaitu penguatkuasaan undang-undang, perolehan awam, tadbir urus terbaik organisasi, dan perundangan.

“Pelan ini terhasil daripada beberapa siri perbincangan dan bengkel pembangunan dijalankan bersama pegawai MPT yang mendapat bimbingan, nasihat serta pemurnian daripada Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sebelum ia dibentangkan kepada Pusat Governans, Integriti, dan Antirasuah Nasional (GIACC) serta INTEGRITI.

“Ia sekali gus memperlihatkan komitmen seluruh warga kerja MPT dalam memerangi rasuah, selain bertindak sebagai peringatan dan amaran kepada semua bahawa MPT tidak menerima rasuah yang disifatkan sebagai amalan keji serta menjijikkan,” katanya.

https://www.bharian.com.my/…/sprm-terima-1871-maklumat-babi…

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/639498/sprm-terima-1871-maklumat-babitkan-pbt-sejak-2014?fbclid=IwAR1ibr2xW8nrHRl6wLHOjVfIpmy61esg_qq2wk9bXnmJwkYhENW-3h1yc1A

NGO anti rasuah hari ini menggesa tindakan punitif terhadap ahli parlimen yang enggan mengisytiharkan harta mereka.

Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel.

PETALING JAYA: NGO anti rasuah hari ini menggesa tindakan punitif terhadap ahli parlimen yang enggan mengisytiharkan harta mereka, mengatakan Perintah Tetap “tidak cukup kuat” untuk memaksa wakil rakyat tersebut berbuat demikian.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata hanya 160 daripada 222 ahli Parlimen – 139 dari Pakatan Harapan – mengisytiharkan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga 5 Dis.

Ia berlaku walaupun Perintah Tetap akan merujuk ahli Parlimen yang enggan mengisytiharkan aset mereka kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan di bawah Peraturan Mesyuarat 80 dan masa tambahan 2 bulan diberikan kepada mereka.

“Jelas, Perintah Tetap sahaja tidak cukup kuat untuk memaksa ahli Parlimen mengisytiharkan aset mereka sebagai sebahagian akauntabiliti mereka sebagai penggubal undang-undang.

“C4 percaya tindakan punitif sebenar mesti dikenakan terhadap mereka yang enggan mematuhi keperluan itu,” kata Pengarah Eksekutifnya, Cynthia Gabriel dalam satu kenyataan.

Cynthia berkata inilah sebabnya mengapa C4 menggesa pengisytiharan aset dikanunkan, dan tindakan punitif dinyatakan dengan jelas.

Apabila ia dikanunkan, beliau berkata, kaedah pengawalseliaan yang betul dengan tindakan punitif akan digariskan dengan jelas.

Beliau berkata, kerajaan harus memastikan undang-undang baru itu terpakai kepada penggubal undang-undang dan pegawai awam di semua peringkat dalam kerajaan supaya pengisytiharan aset diumumkan.

Cynthia juga menyeru speaker Dewan Rakyat menggantung ahli Parlimen yang enggan mengisytiharkan aset mereka, sambil berkata tamabahan masa 2 bulan itu menunjukkan “banyak kelonggaran kepada Ahli Parlimen yang bersalah”.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/12/15/ngo-gesa-tindakan-tegas-terhadap-mp-enggan-isytihar-harta/?fbclid=IwAR14iLayPknH_LMvONXOXYek_n-fcnAMEcxmprJgW9SIxXO2CzsTBrj3b8g