Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Ada unsur rasuah dalam isu penyeludupan sempadan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat unsur-unsur rasuah berhubung penyeludupan di sempadan negara baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu.

Beliau berkata JIPS telah diarahkan untuk menyiasat beberapa dakwaan dan menimbang beberapa bukti diterima, yang mengatakan berlakunya penyelewengan dalam kalangan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan negara.

“Masalah ini telah lama berlarutan sejak tahun lepas, Majlis Keselamatan Negara ada mendedahkan video penglibatan beberapa pegawai dan anggota PGA yang didapati bersekongkol dan tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas perbuatan penyeludup yang didapati melakukan kegiatan itu di depan mata mereka.

“Saya sudah bagi amaran daripada dulu lagi, agar menghentikannya dan hasil gesaan-gesaan yang saya buat, beberapa individu telah tampil yang sanggup dan berani menyalurkan maklumat kepada saya mengenai amalan-amalan yang tidak baik ini (penyeludupan melibatkan PGA).

“Kami akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian sijil penghargaan kepada anggota-anggota polis di Bukit Aman, di sini.
 
Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata 10 jabatan di bawah PDRM antaranya Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Cawangan Khas diarah untuk mengembleng tenaga bagi menangani isu rasuah dan penyelewengan kuasa dalam kalangan para pegawai dan anggotanya.

“Saya telah mengarahkan satu tindakan holistik dilakukan melibatkan 10 jabatan dalam PDRM termasuk Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik.

“Semua 10 (jabatan) ini bersatu tenaga untuk menggempur (mana-mana pegawai atau anggota) untuk dikenakan tindakan. Saya akan pastikan mereka yang hidup mewah dengan mengumpulkan harta-harta menerusi jalan yang salah ini akan dirampas balik dan kembalikan kepada negara,” katanya.

Beliau turut mengakui bahawa perbuatan terkutuk menerima rasuah ini mencemarkan imej  PDRM dan merosakkan negara.

“Terdapat ramai pegawai polis didapati telah dirasuah (oleh sindiket yang melakukan penyeludupan) dan ramai juga diantara mereka yang telah dikenakan tindakan tatatertib. Pada waktu yang sama juga, mereka (penyeludup) mencuri hasil-hasil yang sepatutnya masuk ke dalam kewangan negara dan menerusi penyeludupan ini juga mereka berjaya lari dari sistem pencukaian,” katanya.

Hari ini, Bernama melaporkan seorang anggota PGA ditahan kerana dipercayai cuba menyeludup masuk tiga migran melalui sempadan Kalimantan-Sarawak, di Tebakang, semalam.

Anggota yang ditahan itu bertugas di pos kawalan Ops Benteng di Tebedu, Sarawak. – BERNAMA

Pengarah penguat kuasa MBSA direman

pengarah1-681x413

Pengarah Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam direman enam hari bagi membantu siasatan kes melindungi premis perniagaan haram di SUgai Buloh

1 RASUAH PDRM

1 Asri janggut 1

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 19 Ogos 2020 itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada pukul 10.15 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan.

Penangkapan baharu ini menjadi keseluruhan 10 individu telah ditahan SPRM bagi kes berkenaan melibat 9 pegawai dan anggota penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga. – MalaysiaGazette

Pengarah penguat kuasa MBSA direman

Timbalan Ketua Polis balai daerah Muar ditahan pada Ahad,kerana didakwa mencabul dua anggota sukarelawan polis wanita.

 

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan, Timbalan Ketua Polis balai di daerah Muar ditahan pada Ahad, kerana didakwa mencabul dua anggota sukarelawan polis wanita. Suspek seorang pegawai polis berpangkat Sarjan berusia 55 tahun itu akan direman bagi siasatan lanjut. SUBSCRIBE now! https://www.youtube.com/user/njoiawan… Visit https://beta.astroawani.com/ for more new Astro AWANI LIVE http://www.astroawani.com/videos/live Social Media: FACEBOOK https://www.facebook.com/astroawani TWITTER https://twitter.com/501Awani INSTAGRAM https://www.instagram.com/501awani TELEGRAM https://t.me/astroawani #NormalBaharu #DisiplinMalaysia kita mampu #HapusCOVID19 #AWANINews #AstroAWANI #BeritaTerkini #BuletinAWANI #BeritaSemasa #AWANI745 #BeritaMalaysia #BeritaUtamaHariIni

Bicara Ekslusif bersama Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengenai tokeh Judi di negara kita

Bicara Ekslusif bersama Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengenai tokeh Judi di negara kita.

#RF8

https://web.facebook.com/RF8Malaysia/videos/606705926503430/

SILA DENGAR SENDIRI VIDEO DI ATAS.

Amaran IGP pada anak buahnya: Hentikan hubungan dengan tauke judi

Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Abdul Hamid Bador memberi amaran kepada pegawai dan anggota polis untuk menghentikan sebarang hubungan dengan tauke sindiket perjudian dan maksiat sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka.

Beliau secara sinis berkata pegawai dan anggota masih mempunyai peluang untuk menghentikan sebarang hubungan dengan sindiket haram sebelum ditahan.

Katanya pasukan tidak akan bersubahat atau melindungi mereka yang menjalankan kegiatan haram di negara ini.

“Nasihat saya, hentikan segera connection (hubungan) dengan sindiket judi dan maksiat kerana saya tidak akan bertolak ansur dan akan berusaha hapuskan gejala rasuah dalam pasukan.

“Selagi mereka (anggota polis) belum memakai baju jingga (baju lokap) dan digari tangan, ia masih belum terlambat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 15/2019 sempena Aidilfitri di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata kegiatan judi yang berleluasa ketika ini hanya akan merosakkan tamadun.

“Saya seru tauke judi ini lakukan perniagaan yang halal kerana Malaysia banyak sumber,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata kenaikan pangkat dan surat penghargaan akan diberi kepada pegawai dan anggota yang menolak rasuah.

“Kepada orang ramai jangan sesekali menawarkan rasuah kepada polis dan agensi penguat kuasa yang lain, jika berdegil mereka akan ditangkap oleh pegawai dan anggota polis,” katanya.

Ditanya mengenai pembabitan beberapa anggota dalam perlakuan jenayah akhir-akhir ini, beliau berkata perkara itu adalah menyedihkan apabila ia turut berlaku dalam bulan Ramadan.

“Anggota yang melakukan jenayah telah ditahan serta-merta dan disiasat sebelum tindakan lanjut dikenakan kepada mereka…ini memberikan mesej jelas yang kelajuan jenayah oleh pegawai dan anggota polis tidak akan dipandang ringan,” katanya.

Selasa lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan berkata pegawai polis berpangkat Inspektor dan lima anggota ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes samun seorang ahli perniagaan pada 19 Mei.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/477246?fbclid=IwAR1JmvvrA7kvR0fAtd2kmFQzGnzYFAew6wHzkvb0rhSIU7gV1LJahe_f2uQ

Dua pegawai, lima anggota polis ditahan kes samun

Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua pegawainya berpangkat inspektor serta lima anggota bagi membantu siasatan membabitkan satu kes samun seorang ahli perniagaan, pada Ahad lalu.

Kesemua pegawai serta anggota terbabit ini ditahan kelmarin dan direman selama empat hari sehingga Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, semakan mendapati dua pegawai berkenaan masing-masing bertugas di Maktab Teknik PDRM, Muar dan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurutnya, lima anggota lain termasuk seorang dari IPD Petaling Jaya, tiga dari Balai Polis Sea Park dan seorang dari Balai Trafik, Jalan Bandar.

“Turut ditahan semalam (21 Mei) adalah empat orang awam termasuk seorang kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mazlan berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 31 hingga 41 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pada Ahad lalu, kira-kira jam 4.40 petang, seorang ahli perniagaan membuat laporan polis menyatakan semasa dia berada di premisnya di Jalan Silang, Kuala Lumpur, telah didatangi sembilan individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis Bukit Aman dari Bahagian Jenayah Perdagangan dan Pegawai BNM.

Ahli perniagaan terbabit dikatakan menjalankan perniagaan pengurup wang tanpa lesen.

https://www.sinarharian.com.my/article/29269/BERITA/Jenayah/Dua-pegawai-lima-anggota-polis-ditahan-kes-samun?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Dua%20pegawai%20lima%20anggota%20polis%20ditahan%20kes%20samun&utm_content=&utm_term=